Tuesday, December 21, 2010

TUMOR bukan HUMOR.

Ya.tumor memang bukan humor.
entry kali ini bukan hanya sekadar entry.tapi juga sedikit pesanan untuk nyawa insan yang kita sayang.mungkin mereka adalah ibu,kakak, adik dan mungkin juga keluarga terdekat kita.tidak ketinggalan mungkin juga sahabat kita.yang kita sayang.yang kita cinta.

Tumor bukan kanser.ia hanyalah ketulan kecil yang mungkin belum membahayakan nyawa kita.tapi ketulan kecil itu lambat laun adalah pembunuh kita juga.(betulkan jika kiz silap).ketulan itu boleh hinggap di mana saja.ada yang jumpa di pipi.di peha.dan yang paling kerap di dada.ya perempuan selalunya.ada satu cerita yang mana dia membiarkan ketulan di dadanya bertahun lama,yang akhirnya kanser yang dia terima.harga yang cukup tinggi dia perlu bayar ketika mendapat berita yang dia menghidap berast cancer.

riben untuk breast cancer campaign
dan kali ini walaupun mungkin entry ini buat anda tak lalu makan atau bukan kesukaan anda untuk membaca entry sebegini rupa, hakikatnya kanser ini pembunuh nombor satu wanita di dunia.

Kata orang mencegah lebih baik dari merawat bukan.dan mari kita cegah sebelum terlambat.
girls,kita ada banyak masa untuk memilih pakaian cantik di shopping mall.kita ada banyak waktu menonton wayang bersama teman dan kekasih tapi boleh kan kalau kita luangkan sedikit masa untuk diri kita yang kita sayang.sedikit waktu boleh merubah masa depan.walau masa bukan kawan.tapi masa itu adalah peringatan.

kiz ada pengalaman sebegini.maksudnya kechix.ketulan yang hanya sebesar kacang hijau boleh berubah menjadi sebesar bola golf dalam masa hanya 4 bulan.cepat bukan.niat untuk membetulkan baju tapi terjumpa pula ketulan ini.tidak sengaja terjumpa.tapi  perjumpaan hari itu membuat diri jadi huru hara.betul ke apa aku jumpa ni?monolog diri.tapi kerana diri cepat gelabah dan panik,terus bagitahu ibu.dalam keluarga kechix belum ada sejarah begini.kami membiarkan ketulan tersebut.

2 minggu kemudian ketulan sudah sebesar 1 cm.ya Allah.memang mencemaskan.dan sebulan kemudian ketulan makin membesar dan membesar.ketika doktor memberitahu pembedahan harus di jalan kan dengan secepat mungkin air mata mengalir laju.tak sangka pada umur 20 tahun kechix sudah perlu menjalani pembedahan tumor.kata doktor kalau di biarkan akan menjadi breast cancer.what?

Tapi rawatan kerajaan mengambil masa yang agak lama juga.maklumlah keluarga bukan orang senang untuk ke hospital swasta.4 bulan selepas itu baru berpeluang untuk pembedahan.bayangkan dalam masa setahun hidup dalam kerisauan.kebimbangan.mujur ada keluarga yang menyokong.mencari ubat sana sini.pantang dengar ada rawatn bagus untuk breast cancer cepat-cepat pergi.thanks family.(masa ni kiz belum couple tapi dah kenal).
dan akhirnya pembedahan berjaya.ngeri bila doktor tunjuk tumor tu.dan pembedahan adalah separuh sedar.bius hanya di tempat tertentu.maksudnya awak sedar dan nampak apa doktor lakukan.bunyi gunting jarum dan peralatan pembedahan lagi menambah ketakutan.tapi itu pengalaman.



kiz bukan nak beritahu tentang pembedahan atau apa.sekadar peringatan.kalau bukan hari ini,esok lusa bukan pasti hari yang baik untuk kta.kalau bukan anda,mungkin insan yang anda sayang akan terkena.

Beringat dan selalu mengingatkan.buat pemeriksaan setiap bulan (terutama girls).kalau ada yang tak kena,cepat-cepat berjumpa doktor.jangan malu atau segan.(kechik jumpa semua dokor lelaki).

Untuk lelaki,semoga sedikit kasih sayang anda mampu mengubah nasib perempuan.jangan terlalu ego takut nanti sesal tak berguna.beri sokongan dan dorongan.cinta juga.

Girls,ribbon pink bukan setakat comel sahaja,tapi ada makna untuk kita.sokonglah breast cancer campaign bila oktober menjelma.tapi buat pemeriksaan bukan hanya oktober.januari hingga disember jangan di lupa.

Hari ini mungkin kta gembira.tapi esok jangan pula duka di dada.selamat menjalani hidup dengan sempurna.

Pesanan istimewa dari taman kiz.assalamualaikum.

8 comments:

Anisa said...

mintak dijauhkan semuanyaa

jaga kesihatan yaa
(:

Anis izyan Abd Rahman said...

tumor itu mmudaratkan bila dia besar apabila berlaku penyekatan kepada system badan
kechik..u r very lucky coz u found it early..
dan tindakan yang sgt bagus dgn cara mmbuang
ada sesetgh patient yang pernah lecturer anis cerite, die tak nak buang...
tumor itu bukan sahaja membesar
malah merebak
sekarang dah arwah da~
mencegah lebih baik drp merawat
kechik!! mari sama2 pergi buat suntikan hpv
jgn lupe taw~

Unknown said...

bahaya oo ada tumor..my friend ada tumor kat otak..dah bedah tahun lepas,,thun ni tumbuh balik..

chentaMAYA said...

ish! tkt gak kan?

KizZ said...

haaa..tumor kat otak?bahaya nya..
err...suntikan hpv?

MIMIE AIZA said...

erkk sungguh bahaya

mox said...

ingat lagi masa chix nx operate.kami sgt2 nervous.alhamdulilah.she is strong!!!

KizZ said...

To mox..hehe..Tq ( ni iz balas komen tau )

Masih Ada Plan B, Mari baca!