Thursday, March 31, 2011

Kiz Huiyoo Bazaar yoh!

Okes!
Akhirnya ada jugak time gua nak update belog!Ecceehh cakap 'gua' bajek ganaz pulak Kiz ni*Bish(tumbok diri sendiri)*

Seperti yang anda-anda ketahui,Kiz akhirnya berjaya untuk julung-julung kalinya bukak Booth kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam..Memang sangat penat,Tapi berbaloi-baloi Okayh!

Respon??
Alhamdulillah,respon daripada Geng-geng Blogger , geng-geng sekelas , geng-geng sedara mara , geng-geng FaceBook adalah sangat me'mmuahhh'kan..Cayang korunk lah!Ramai yang datang support Kiz..

Pengalaman Kiz??
Bukak Booth adalah susah okay..Tapi sangat Besh! dan dah start rasa ketagih nak berniaga lagi.
Kiz sangat seronok berniaga..Macam-macam gak dugaan Kiz n Noor terpaksa tempuhi sepanjang pembukaan booth nie.Macam-macam,saat-saat paling mencabar  Kiz adalah part nak mengangkut barang ke booth sebab kitorang takde troli angkut barang macam-macam peniaga-peniaga lain kat booth tu soo Kiz n Noor terpaksa ulang-alik angkut barang bertiga.Masa tu Kiz dapat belajar 'kalau kau nak bukak booth kau perlu ada at least satu troli angkut barang'.Ahah!

Pastu pemenang kedua saat-saat kesukaran Kiz adalah part Kiz dah nak balik tak jumpa-jumpa tempat bayar parking yang berkaunter sebab untuk dapat diskaun parking untuk berniaga kena pergi bayar kat tempat parking berkaunter.Dekat 30 Minit jugak tau kitorang pusing-pusing kat tempat parking tu,berpeluh-peluh tu pasal Kereta Kekancil Cooper Kiz ni takde air-cond.Takpe Kiz,esok kita pergi repair air-cond kayh.

Ok kita stop jap pasal pengalaman..Saat yang ditunggu-tunggu..
Jom kita terjah gambar-gambar kenangan manis Kiz sepanjang booth Huiyoo Bazaar!.Kalau ada gambar yang tak termasuk tu mintak maaf la yep.Kiz dah cuba captha semua gambar-gambar korunk yang datang dah cuma takut ada yang Kiz tak sempat captha okayh.

Jom Terjah menerjah dan diterjah!

Haiyak!Ini Cik Noor kita yang banyak membantu Kiz sambil-sambil Menjual Brooch-Brooch comei.
P/S: Cik Noor sudah berpunya okayh so takleh kaco dia tau jejaka-jejaka hangat diluar sana


Orite!Ini dia first customer Kiz & Noor..Geng-geng Klaz iz yang sangat supportive.TQ yah Fira,Fati & Mimi.


Cik Fira sempat rembat satu baju vintage yang sangat cantik dan vintage..Pengumuman,Cik Fira ni jugak adalah seorang model part time okayh.Awesome!


Kiz garden baru siap settings Kedai.Eh silap,booth ya.Buzy yah nampaknya sorang-sorang.


Dira Azhar datang melawat booth..Cuba tengok muka diorang ada iras tu..Moga kekal ke jinjang pelamin ya korunk..Eh Kiz pun sama ya..Doakan tau korunk.


Bro Hassan dan Zyra Abbas pun datang melawat Booth..Oops tak lupa jugak geng-geng rumah sewa Cik Kechik kita.TQ yah!


Ini dia geng-geng Stylo mylo juga sama-sama memeriahkan Kedai Kiz.Eh silap lagi,Booth Kiz.Eh macam dah ada tanda-tanda bakal bukak butik nih!


Cik Wani yang gojes meng'gojes'kan diri di belakang skirt-skirt polkadot Kiz.


4 Beradik kusyuk mendengar tutorial pakai shawl satin bersama Cik Kecik Kiz kita.


Blogger Cun melecun Cik Lyaa Suriany jugak datang jenguk-jenguk booth Kiz..Cun kan dia??
Leh jenguk belog dia jugak kat sini . Best uh belog dia..Segan Kiz.


Blogger Cik Eesyahira pun datang memeriahkan Booth Kiz yang tak seberapa ni..Oppss..Siapa yang berbaju biru tu Cik Ee??Boleh terjah belog dia pulak kat sini.


Kiz bergambar bersama 2 blogger hebat dan gojes , Cik Anis Izyan and Cik Eesyahira.Best sangat dapat jumpa blogger-blogger ni..Diorang sangat frenly..Nak melawat Belog Cik Anis Izyan ( tudung hitam ) tu meh kelik sini.Her belog is also superb okayh..


Ayah Iz A.K.A father in law kechix jugak datang support Booth Kiz.Eh siapa yang lambai-lambai tu??Tentulah anak sedara Iz , Baby Anis Az-zahara yang sangat comel!!Geram!


Okayh dah masuk hari kedua..Besar kan booth Kitorang?Hihi..


Inilah patung yang banyak membantu Kiz sepanjang Booth..Asyik bertukar-tukar aja baju dia..Naseb baik dia patung soo tak malu lah nak tukar-tukar baju..Kan patung kan??Eh ape Kiz ni bercakap ngan patung pulak.


TQ banyak-banyak sangat kat  Cik Ain Syikin And Ain Aziz datang awal-awal pagi tolong Kiz siapkan booth.


Amaran bila anda bukak booth: Jenguk-jenguk booth sebelah tup-tup terbeli baju sehelai..Itulah dia Cik Kecik kita..hihi


Geng-geng rumah sewa kecik yang sangat supportive lah!


Muka-muka dah penat..hihi..penat-penat pun senyum lagi tuh..itulah dia Kiz.

Last skali,Kiz nak terima kasih banyak-banyak kat semua yang support Kiz daripada Kawan-kawan hinggalah sedaramara...Tanpa Korang,Kiz tak mungkin ada semangat nak bukak booth nih..Tanpa korang,siapalah Kiz yah.

Harap dilain masa,lain hari , dapat lah Kiz bukak lagi Booth macam ni..Sangat seronok okayh.

P/S : Barang-barang yang tak habis dijual nanti Kiz akan upload Kat Belog Biznes Kiz ,
Variaty Kiz hanie . So rajin-rajin lah melawat yah..

MMMUUUAHHHH!!!

Penulis hari ini : En.Iz Kiz.

Saturday, March 26, 2011

HuiyoO!! Bazaar ( ESOK & LUSA )

Hai Hoo..Dah lame Iz tak menulis so malam ni nak menconteng-conteng cket belog Kiz yang comot nih...

Ahah,as been said kat poster atas ni,Kiz akan bukak booth kat Plaza Alam Sentral,Shah Alam 26 Mac and 27 Mac iaitu esok dan lusa lah ok..Sabtu dan Ahad...

Soo..

Mana-mana yang rumahnya dekat-dekat ngan Shah Alam tu leyh la datang beramai-ramai yah..Ajak kawan-kawan datang skali tau..Haa pastu suruh kawan-kawan tu ajak kawan-kawan diorang skali..Pastu suruh kawan-kawan diorang ajak kawan-kawan diorang datang jugak skali.Kira macam system MLM la nih.Eh apa aku cakap ni??*mengarut!*

Tak sabar dan berdebar-debar ni sebenarnya tunggu waktu tengah malam ni berubah menjadi pagi..Excited pun ada..Fuhhh...

Ahah,sape yang datang nanti kalau anda adalah seorang blogger jangan lupa bagitau Kiz kayh..Leh kite kenal-kenal tol tak..T leh amek gambar sama-sama chee wahh..

Amat penat sebenarnya minggu ni tapi nak buat camne kan..Dah Kiz memang suke ape yang Kiz buat,.Belajar,Buat Biznes,Buat Performance...Semua Kiz suke soo Kiz kena pandai cari masa nak dapatkan tiga-tiga...

Hihi...anyway..doakan Kiz untuk Booth esok yah..Datang tau beramai-ramai..Wuyooo!!Nak Tido sudaoo!!!

TATA

Friday, March 18, 2011

Nak lebih gorgeous? Ready made Cotton Skirt HERE!

Maka dengan tajuk yang terang lagi bersuluh dengan ini KIZ kali ini membawakan kepada gadis-gadis di luar sana READY MADE COTTON SKIRT.

So lets talk about detail of this skirt.
  • Free size.Strechable.
  • Labuh 39-40 inch.
  • Kain adalah jenis cotton tshirt.
  • Harga RM35. Beli 2 dan keatas PERCUMA postage.
Dan mari kita layan sedikit gambaran untuk gambaran yang lebih jelas.

weewit.motif bergaya begini tak di ketahui.hanya untuk memastikan skirt cantik sahaja.



this skirt like bestfreind.veryyy comfortable.Model-model juga menunjukkan orang tinggi ke rendah tetap boleh cantik dengan skirt ini.
Selesa untuk ke mana sahaja.



ewaaaaaaaaaah..

Dan apa tunggu lagi.Kalau suka ORDER SEKARANG! Limited stok.
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA.(kiz minggu ini terperap di rumah sebab minggu depan dahlah test menimbun pastu dah nak dekat tarikh bukak booth.sumpah cuak).

Sunday, March 13, 2011

Cerita Hari Jumaat Kiz.(biasalah).

Hai hai semua.Lama tak jumpa.Sihat ke?Kiz alhamdulillah.Bahagia dan sihat hendaknya.

Kesibukan berbisness telah membataskan sedikit masa untuk kami berhibur.Apatah lagi berfoya-foya(kategori baik).Dah rindu nak tengok wayang dah rindu nak karok dah rindu nak makan-makan.Macam dah tua yang mana rasa dah lamanya tak buat itu ini.

Maka,seperti biasa,hari jumaat yang tercinta tiba.Setelah urusan bisness di selesaikan yang mana jam 7 malam baru settle jumpa customer terus kami ke ke mall berhampiran untuk nonton wayang( kali terakhir menonton awal january).

Konon-konon lepas maghrib nak tengok Hikayat Merongmahawangsa lah kan.Fine pukul 7.50 habis.pukul 10 habis.damn tinggal pukul 12.20 am.Dan keterujaan semua kawan-kawan dan Iz tak dapat di bendung lagi untuk menonton cerita termahal ini memaksa kechik juga turut serta menonton jam 12.20 pagi ya.

Dan sebelum tibanya waktu jam 12 jalan-jalan makan-makan karok-karok.Selesai semua dalam satu malam.Puas sebab settle sebelum 2 minggu lagi persediaan membuka booth di Huiyoo Bazar.Selepas ini bermulalah semula sesi penat lelah demi biz terchenta ever.

Kali ini terpaksa layan pic kechiq je sebab pakai kamera iz sahaja.zass.


now kami kerap gaduh-gaduh manja.merajuk semualah.macam nilah muka merajuk kechix.

kalau ada pemenang lelaki mithali suka teman girl shopping iz is the winner!

c c merajuk lagi.tak dapat beli kasut.bajet takda.
 Ok semua.selamat malam.

26 dan 27 March Kiz akan buka booth di Plaza Alam Sentral.Kalau yang berdekatan jomlah singgah.Sya hi n you can get the gift..

Wednesday, March 9, 2011

Akhirnya jumpa Izdiyani!

Kali ini Kiz jumpa IZDI.dak omel sangat-sangat dan friendly dan nice style.Kiz jumpa sebenarnya nak bagi iz gift for her belated bufday.Hope dia sukalah bila pakai shawl itu.




Nanti setiap selasa jumpa depan kolej kenanga ya..Jumpa Lagi!

Tuesday, March 8, 2011

Kali ini,SKIRT pulak.

entry kena cepat-cepat taip sebab esok ada presentation.esok juga jumpa supervisor untuk final year projek dan esok ada test.ok go!


Khas untuk gadis-gadis comel atau lelaki yang ingin gf/wife kelihatan comel dan bergaya,Kiz membawakan kepada anda SKIRT POLKADOT.ok ini nak bagi preview dulu.

skirt polka seperti ini.nak tak awak?




Dan semoga di permudahkan Allah segala urusan untuk melancarkan skirt ini tercapai lah hendaknya..kita tunggu jumaat untuk segala detailnya.Tunggu....

Thursday, March 3, 2011

Terima Kasih untuk Shameena..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah.Berkat nama Tuhan,berkat kesungguhan dan berkat doa-doa dari kesayangan semua,Shawl Shameena berjaya di jual dengan baik.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada gadis-gadis yang membeli dan berpuas hati.Meh sini nak kongsi sedikit gambar gadis-gadis yang membeli dan menggayakan dengan sangat gojes.Tepuk tangan berdiri untuk hasil tarbaek mereka.Tanpa mereka siapalah Shameena..ecewahhh...

kakak lela yang ya allah gojes sangat.

si manis mimi.

si cantik omel wani tajudin.

Tidak ketinggalan gadis-gadis yang belum tag gambar untuk di kongsi.
Izzah , Bella Nabilah , Xomie Stuff , Rin , Sis Mel , Ieka , Dira Azhar dan Ira..

Terima kasih daun keladi.Kalau suka mari beli lagi.
Kepada yang masih belum mendapatkan, boleh hubungi Kiz ya..Terima kasih.

Masih Ada Plan B, Mari baca!