Saturday, July 24, 2010

Youth Got Talent.Kiz Got Talent.

Yeahhh..kiz got talent.proven sudah.ok ok mari kiz cerita.
kami baru je masuk competition Youth Got Talent.anjuran kolej perindu uitm shah alam.
termasuk sebenarnya competition ni..sebenarnya mula-mula tak adalah nak masuk pun.lepas tu tibe-tibe je nak masuk.eh ape cakap ni.

dan secara tiba-tiba pabila hasrat nak masuk datang,kami terlepas waktu saringan.kecewa lah juga,tapi macam tak apalah kan.dan kemudian,secara tiba-tiba,sehari sebelum pertandingan,penganjur telefon kechix suruh masuk ini pertandingan.what?dan kemudian segalanya bermula.

ini adalah pertandingan talent show pertama yang kami masuk.teruja sebab pertama kali.
maka senarai lagu kami cari.dan akhirnya melalui perbincangan hati ke hati lagu Bertamu di Kalbu kami pilih.iz main gitar dan kechix nyanyi.waktu latihan kami sangat singkat.terlalu banyak kekangan.kami cuba juga.sewaktu sesi latihan kami di tegur oleh penganjur.macam-macam mereka suruh perbaiki.aduh.memang kami sangat give up lantas mahu tarik diri.tapi semangat kawan-kawan yang dah buat sepanduk bagai terus hasrat kami makin membara untuk menang dan melakukan yang terbaik.

check chenck rock rock.tibalah waktu nya.masa kat pentas ramai orang sorak sorak.seronok jugak lah.turun pentas crew belakang tabir semua tunjuk bagus.ececeh hepi lah sangat kan.

dan jeng jeng jeng.kami mendapat tempat ke 3.sungguh tak di sangka.cempedak jadi nangka.saingan yang hebat-hebat menjadikan kami tak menaruh harapan langsung.tapi kalau dah dapat terima saje lah..hehe..ok dan marilah kita melayan gambar gambar yang sempat di tangkap.







doakan yang baik baik untuk kiz.

Friday, July 9, 2010

ececeh dah dekat lah mereka.

alolo title.tapi memang lah kan.kiz garden sudah dekat semula.ececeh.dekat sangat-sangat.hidup pun dah berjiran.lepas ni bulan puasa dah boleh tukar-tukar juadah kan.

ok.maaf.terlambat sebenarnya nak cerita tentang kedekatan kami ini.dah seminggu dah lamanya.sebab masuk-masuk semester baru terus huru hara.terus kelam kabut macam-macam nak di buat oleh kami.

berita gembira kami sudah dekat ini sememangnya harus di kongsi oleh kawan-kawan blog.sebab sebelum ini,yang selalu kami cerita adalah kisah sedih yang alahai nak cerita semula pun boleh bergenang air mata.

kami dapat dua berita gembira dalam satu masa.sangat lah gembira.
iz dapat further shah alam dan pada masa yang sama telah di belikan sebuah kereta kancil oleh abah beliau.suka kan?

perasaan kechix?
alhamdulillah.semuanya tak terduga dan tak terjangka.kata ibu,hadiah hari jadi kechix yang istimewa.betul.memang seperti hadiah yang tak boleh di buka tapi boleh di nikmati rasanya.

bila dekat ni,cabaran dan dugaannya ada juga.tapi,malas sangat lah nak ambil pusing.
makin di layan makin menjadi pula lah nampaknya.
setakat ini ok sahaja.semoga seterusnya juga begitulah nampaknya.

eh eh baru perasan.tiade langsung amik gambar berdua ni sejak duk dekat hidup berjiran ni.hahaha.tak apelah kan.lain kali lah.

ok.jumpa lagi.tak sabar ni wat entry kami berdua adalah clumsy.sangat.

Thursday, July 1, 2010

Faizal tahir - gemuruh (cover by iz)



Hai..everybody..sory sangat2 sebab sejak kebelakangan Kiz kedua-duanya sangat lah busy.Macam-macam urusan nak masuk degree kat Shah-alam ni..Ni jelah yg sempat Kiz post untuk kali ni..enjoy yah!!hehe,.

Masih Ada Plan B, Mari baca!