Thursday, December 24, 2009

Bagaimana Nak Letak Nuffnang dalam blog anda?

Gambar ini adalah tidak berkaitan ya,heh

Yeeha!Nampaknya kita bertemu lagi dalam rancangan..Tuisyen Blog Kiz..Bersama hos anda..Iz!!Ok,tanpa melengah-lengahkan masa lagi..Jom kita makan..Apa plak makan,mulakan la..Ops ho hoi..baca bismillah dulu ye bagi yang beragama islam.
Beberapa hari lepas adala Kiz jalan-jalan sambil bawak anak(anak kunci je,hehe)ke blog-blog diseluruh Malaysia ni.Senang cakap blogwalking la kan.Pastu Kiz tengok ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak letak Nuffnang dalam blogger?Apa cara nak letak iklan Nuffnang?Apa itu nuffnang?Boleh dapat earning ke?


Ok..Mula-mula Kiz akan terangkan secara ringkas apa itu nuffnang ye adik-adik.Nuffnang ni adalah website blog yang membuat servis pengiklanan syarikat-syarikat besar lah.Cara dia mengiklankan iklan Syarikat-syarikat gergasi tu adalah dengan meletakkan iklan-iklan mereka dalam blog-blog mereka yang mahulah.Hehe,and the best thing,cara dia nak tarik blogger untuk nak letak iklan tu adalah dengan adanya system pay per click..Jadi,sesiapa yang datang ke Blog yang ada Nufnang dan dengan lincahnya tangan menkelik iklan nuffnang dalam blog kita tu maka dapatlah earning kat kita.Haa,sebab tulah kalau anda semua perasan,kat chat box tu,mesta ada je ayat-ayat macam,"Klik ur nuffnang,hit me back","Naik Kapal terbang(Maknanya tekan iklan Air Asia la tu)","Belajar kat taylor universiti(ada ke yang ni?hehe)" dan macam-macam lagi lah.

Tu semua kira macam kami antara sesama blogger yang ada nuffnang tu kira membantu satu sama lain la untuk dapat pendapatan.Bak kata pepatah,sikit-sikit lama jadi bu...kit(sebut ramai-ramai ok).OK,setakat ni faham tak?Kalau tak faham tanya kat komen nanti ok.

Ok sekarang jom kita tengok apa cara-caranya nak letakkan iklan nuffnang ni Ok.Tumpukan perhatian mulai sekarang(Eceh,dah macam cikgu kat sekolah la pula).

CARA-CARA NAK LETAK NUFFNANG
(1)Mula-mula anda MESTI mendaftarkan diri ke website nuffnang..Kelik je ni nak senang
Nuffnang Website.

(2)Pastu kelik 'Add ads' dan anda akan perasan ada 3 benda utama iaitu 'To put on header','To put on sidebar','To put on between content'.Anda berhak memilih nak letak tiga-tiga jenis ,nak letak dua je atau satu je.

(3)CAranya senang je.Mula Login Blogger anda>Layout>Edit HTML (Jangan lupa tick pada kotak kecik yang ada tulis 'Expand widget template'

(4)To put on header:
- Copy dari web Nuffnang's 'Add Ad' kat bahagian "To put on header" pastu paste betul-betul bawah code nie---> <body> <------
To put on sidebar:
- Copy the code from Nuffnang's 'Add Ad' kat bahagian 'To put on sidebar' pastu paste ikut gambar bawah ni

To put between content:
- Copy the code from Nuffnang's 'Add Ad' kat bahagian 'To put between content' pastu paste ikut gambar dibawah ni ya..

(5)Ok dah siap,dah double cek yang anda dah copy paste code yang betul?Sekarang,kelik save template dan view blog anda.

(6)Ingat!Ia terpulang kepada anda samaada nak letak yang mana ataupun nak letak semua macam yang biasa blogger buat ok.

P/S:Haa,sekarang anda dah boleh start menjanakan pendapatan dengan nuffnang.Haa,Kiz da ajar ni jangan lupa kelik-kelik nuffnang kiz dan tinggalkan link untuk dibalas ok.

P/S:Macam biasa jika ada pendapat atau pertanyaan ataupun cadangan.Sila Lemparkan tuduhan eh.Silap2,sila lemparkan komen kat bawah nie ek..tak nak tuduh-tuduh ea..hehe..
YEEHA!

Seikhlas Hati,


Wednesday, December 23, 2009

Antara Lupa Dan Ingat?




Dalam hidup,banyak benda perlu kita ingat.

Dalam hidup,banyak perkara perlu kita lupakan.

Persoalannya,mana satu harus kita ingat,mana satu perlu kita lupakan.

Dalam kita harus mengingat,kita terpaksa melupakan.

Lupa atau ingat?

Kadang-kadang bila kita lupa,akibatnya mengecewakan.

Seringkali bila kita ingat,ia menyakitkan.

Hidup kiz memang tak lekang dalam lupa dan ingat.tapi yang indahnya bila hidup kita berdua,berteman,bila seorang lupa,yang satu lagi mengingatkan.sempurna.

Sunday, December 20, 2009

Kerap Minum Nescafe 3in1.APA KESANNYA?


Hookey..Entri yang dibawa Kiz kali ni mungkin sedikit lari dari konsep yang sering dibawa oleh Kiz.Iainya pasal Nescafe 3 in 1. 4 5 jam yang lepas,Kiz baru sahaja taip Nescafe (Tiba-tiba rasa nak tau pasal Nes ni) kat Pak Cik Google ni.Lalu terjumpalah sebuah topik forum yang membahaskan isu ni.Sangat menarik perhatian Kiz.Kenapa menarik?Jom kita baca lebih lanjut ok.

Hmm,siapa kat sini,yang baca entri ni,tak pernah minum nescafe 3in 1?Ahah!Kompem hampir kesemuanyalah pernah minum bukan?Lagi-lagi kalau dalam keadaan mengantuk tatkala assignment yang perlu dihantar esok masih belum lagi disiapkan.Haa,study lagi last minute(kutuk diri sendiri).Apatah lagi kalau nak berjaga sampai pukul 3 atau 4 pagi untuk menonton perlawanan bola pasukan yang disanjungi.Ataupun untuk berjaga sebab tiba-tiba ada idea nak tulis entri kat blog(khas untuk blogger2,hehe)?Tup tup tup,maka nescafe 3 in 1 lah jawapannya termasuklah Kiz.Mmm,sedappp, namun banyak kesan sampingannya.

Bukan nak dijadikan cerita tapi ni betul-betul berlaku.Dan dipendekkan ceritanya,Sorang budak yang bernama Ahmad Al bukan nama sebenar ni pergi mengadu kat doktornya bahawa dia ada masalah Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

Antara Masalah-masalah lain adalah.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak
jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga
satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Lalu doktor tu pun terus mengadakan survey tentang pemakanan yang diambil Ahmad tiap-tiap kali makan dan hasil dari survey tersebut..Ahmad
1) Breakfast with Nescafe
2) 10am break with Nescafe
3) Lunch with Nescafe ais
4) Minum petang also with Nescafe.
5) Malam supper pun pekena Nescafe.
Macam iklan selalu kata..1 now 1 nescafe..

So...Bagaimana sekarang?Rasanya dah tak perlu Kiz terangkan banyak-banyak.Betul tak?So,marilah kita sama-sama kurangkan minum nescafe 3 in 1 ni ya.Kenapa kurangkan dan bukan berhenti?Jawapannya mudah,kita dah memang terbiasa dengan minum 3 dalam 1.Bak kata orang puteh kita dah addicted.Macam si Iz ni.Kat kolej tu hampir tiap-tiap malam minum walaupun takde niat nak stay up ke apa.Haiii..Nampaknya Kiz dah kena stop minum nes 3 in 1.

Hmm..Apa solutionnya?Kalau mengikut pakar-pakar kesihatan,
  • Elakkan krimer yang dibuat dari susu
  • Jauhi Cofee Mate
  • Elakkan makan Ais Krim ( Wah!ini susah)
  • Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain
    susu.
  • Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
  • Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan
    segala yang sewaktu dengannya
  • Elakkan mandi selepas makan
  • Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam
    air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus
    sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
    makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.(Kompem malasnya nak buat nie)
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,
    daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  • Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di
    kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar
    nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat(haa,sedap tu nasi lemak,aduyai).
Apa kata Kiz pula?
  • Haa,Kiz cuba buat perkara diatas selagi mampu,hehe..
  • Bertukat kepada 3 in 1 yang lebih baik,tiada kofien ya..Minumlah radix koko ( Kiz panggil choco radix,sedap sikit bunyinya)
  • Buat nescafe guna cara manual dengan memastikan susu pekat manis yang digunakan memang betul-betul susulah

Dan akhir sekali..Apa kata anda semua?Ada cadangan?Ada Pendapat?Mari-mari kongsi bersama Kiz..

Kelik Nescafe Forum link untuk lebih detail.Huhu,credit untuk entri ni.

Seikhlas Hati,


11 Handmade Pencilbox Cute & Murah Untuk Direbut.Ayuh Dapatkannya

Ladies and Gantleman..Mempersembahkan..11 PENCILBOX CUTE DAN MURAH UNTUK DIJUAL KEPADA ANDA!!Handmade tau..Tak Faham apa itu handmade?Hehe,pencilbox tu kami jahit dan design sendiri dengan penuh hati-hati dan kasih sayang OK.Sangat Cantik DAn comel.Serius.

Kami Jual dengan harga RM6.00 untuk 1 unit ATAU RM10.00 kalau beli dua.Murah bukan?Apa?Tak Percaya pencilbox ni cute?Nak Kiz review sikit?OK..meh lihat-lihat..


Haa,tu baru 4 Kiz preview,ada 11
semuanya,semuanya cun-cun belaka..Apalagi?Jom ke KizHanie Misc's Shop sekarang untuk maklumat lanjut dan tengok benda lain yang dijual oleh kiz.Kepada yang lelaki tu adalah digalakkan sesama sekali beli untuk kekasih hati anda ataupun jadikan hadiah untuk si Gadis impian anda ok.Manalah tau sebuah pencilbox handmade berjaya membuatkan si dia tangkap cintan?Sapa tau kan.Selain dari itu..

KIZ juga menjual
  • Handmade Bag
  • Baju-baju ( Girl ) yang menarik
  • Shawl(Selendang) chantek
  • Servis edit Gambar kahwin atau gambar biasa
Jom Kita lawat kedai ni untuk tinjau-tinjau barang jualan kami..tekan link dibawah

























































Seikhlas Hati,


Thursday, December 17, 2009

Blog Tutorial 2: Cara Nak buat Newspaper Style diHuruf Pertama Entri?


Yeeha..Salam smile dari Kiz.Ok,semua sihat?Abu mana?Ok ada..JOyah?OK ada..Velu?...Velu?(WOI!!Mengarut ape tu!!??Cepat la aja!!)

Alamak..kena sound lagi dengan Mr.I..OK,mula-mula sekali Kiz akan terangkan apa itu Newspaper Style dalam huruf pertama blog post.Siapa kat sini selalu baca suratkhabar?Angkat tangaaan...Ok,jika anda perasan,kalau kat suratkhabar,setiap kali post berita dia,yang huruf pertama tu mesti besar lain dari yang lain kan..Huruf yang pertama sekali ok..Contohnya ,korang boleh tengok kat setiap post dalam kiz garden ni(Masih sempat promote blog sendiri seh,hehe).

Hmm,anda boleh kata,"hek eleeh,setakat nak buat camtu senang je,highlight kan huruf pertama,ambik font size paling besarlah!!"Amboi,siap tengking tu..No no no,Jika anda fikir camtu,maka sori Kiz katakan..Anda Salah,Cuba perhatikan betul-betul hasil cara anda buat dengan hasil Kami buat Ok..

SO....
Cara-caranya berbunyi begini Ok.Sila berikan tumpuan.Makan gula-gula jika mengantuk.

STEP BY STEP

(1) Login ke blogger anda,kelik edit HTML dan cari kod nie
]]></b:skin>

Tips : Nak mudah mencari,tekan CTRL + F di keyboard anda(Rujuk link ni jika tak faham)

(2) Dah jumpa?Copy dan Paste Code nie Di atas Kod yang anda jumpa tadi
.newspaper {
float:left;
color:#000;
background:#fff;
line-height:80px;
padding-:1px 5px 0 0;
font-family:times;
font-size:100px;
}

(3)Dah?Save templete anda..Anda boleh menukar saiz font dan color pada "font-size:Berapa yang anda mahupx;" dan "color:#kod color 6 digit;"

(4)Sekarang pergi ke Setings > Fromatting > Post template

(5)Kat ruangan petak post templete tu,tampal kod ni ok
<span class="newspaper">First Alphabet</span>

(6)Nanti setiap kali nak post baru anda akan perasan kod yang step 5 tu akan ada di TAb edit HTML tu.Gantikan First Alphabet dalam kod tu dengan huruf pertama anda.
Contoh:Kiz nak letak "K" untuk huruf pertama,So,kodnya akan jadi
<span class="newspaper">K</span>

SIAP DAH..YEEHA

P/S : Selamat berjaya yah..Macam biasa,jika ada sebarang komen atau cadangan,sila jatuhkan komen anda kat bawah nie bak kata orang puteh..hehe

P/S lagi: Psst,jangan lupa datang ke kedai kami kat http://variatykizhanie.blogspot.com/
kami menyediakan pelbagai baju , beg dan bla3 untuk dijual dengan harga termurah.Juga terima tempahan untuk edit gambar anda.

Seikhlas Hati,


Wednesday, December 16, 2009

MURAH! CANTIK! MENARIK! ..KizHanie Misc Shop kini dibuka


Ahah!Siapa yang tak berminat dengan barangan yang murah lagi berpatutan.SO,kiz dengan sebesar-besar hati dinasornya ingin mengumumkan bahawa Blog KizHanie Misc's Shop kini telahpun dibuka selepas hampir 3 hari berusaha menyiapkan blog ni dengan bantuan En.Photoshop.Dengan menawarkan macam-macam jenis barang untuk diperjualkan.KizHanie berharap E-kedai ini mampu bergerak maju dari semasa ke semasa.

Kenapa KizHanie?KizHanie Sebenarnya adalah gabungan nama dua kapel ni iaitu Kiz dan Hanie.Kiz seperti yang sudah sedia maklum bermaksud Iz dan Kechix manakala Hanie bermaksud Hanifah dan Hani.

KizHanie Misc's SHop lebih kepada menjual barang-barang yang berbentuk pakaian seperti Baju,Beg dan Shawl.Namun,barang-barang jenis lain juga akan dijual nanti ( Coming soon la tu maksudnya kot).Selain dari tu,Kami juga ada menyediakan perkhidmatan edit gambar-gambar kahwin.Hah,untuk yang belom kahwin?jangan risau,kami juga menerima gambar selain gambar kahwin ya,leh tengok kat kizhanie misc shop untuk sample2 gambar yang telah diedit..So,diharap bawak bertenang lah ya.Eip,bukan berenang,bertenang la(tiba-tiba je mengarut)..OK,Kali nie,kiz nak preview sikit pasal barangan terkini yang KizHanie jual.

BAJU
(1) Striepywaiti:RM8.00 Sahaja
Saiz : S

(2)Barryblue : RM8.00 sahaja
Saiz : S

(2)Nelli - RM7.00 Sahaja
Saiz: Free Size

(4)Lalola - RM5.00 Sahaja
Saiz: S

BEG
-Untuk pengetahuan semua,Beg yang dijual adalah dijahit sendiri oleh Chix dan Hani,SO,ia tentunya dihasilkan dengan penuh kasih sayang dan cermat gitu..apalagi..Meh rembat
(1)Dottywhity
Harga : RM15.00 Sahaja

SHAWL CANTIK
-Jom ke KizHanie MiscShop Untuk info lanjutan
(1) Mischar - bukan nillon.tidak jojet.macam pashmina.tak panas.mudah di bentuk.
Harga:RM20.00 Sahaja

Dah mula rasa teruja?Nak tengok dengan lebih jelas?Jom ramai-ramai kita masuk ke KizHanie Misc Shop ni.Dibuka 24jam 7 hari tau..JOM JOM JOM..
Untuk masa hadapan,Kizhanie akan memberikan offer dan bonus untuk pelanggan.Anda juga boleh mengemukakan idea dan cadangan melalui ruangan komen dan e-mail.Jangan lupa Baca ruangan please read first tu ya.

JOM-jom,meh Kiz drive anda semua,Kelik Nie
http://variatykizhanie.blogspot.com/

Vrooooommm!!!

Seikhlas Hati,


Sunday, December 13, 2009

Under Construction??



Under Contruction?Apa yang Under Construction?Hah!Tu yang Kiz tau tu..Untuk pengetahuan Kizter-kizter semua,Kiz sedang dalam usaha nak membikin satu blog baru untuk Business Kiz.Dalam blog tu Kiz akan letakkan macam-macam barang untuk dijual seperti baju-baju dan beg galas tepi(boleh guna untuk letak laptop juga) dengan harga terendah(Cheewah,dah macam iklan apa pulak).Sebab tulah Kiz masih tak dapat-dapat nak update blog sampai la sekarang.Sori yah semua.

KIz juga akan memaklumkan kepada semua kizter bila blog tu dah siap nanti OK.Tapi kepada sesiapa yang dah tak sabar-sabar nak tengok blog kiz yang under construction tu dipersilakanlah ya.Jangan lupa pakai topi keselamatan tau.Kang jadi apa-apa Kiz tak jamin.hehe..

Nak tengok?Kelik ni KizHanie Misc's Shop
Nah,hameek topi keselamatan nie,jangan berebut-rebut tau..;>


Seikhlas Hati,


Friday, December 11, 2009

BACA INI PUISI : Kau Aku

Sebuah puisi ringkas walaubagaimanapun membawa seribu satu erti,seratus peratus asli,antara dua jiwa yang sejati..
Hayatilah..
____________________________________________________________________
Kau Aku
Tiada prasangka..


Kau dan Aku,Kita tiada prasangka..


Apatah lagi tuduhan membabi buta..


Walaupun Jauh tiada di depan mata..


Hakikatnya..


Jiwa kita letaknya sama.
.


____________________________________________________________________
Yeeha!!Salam kembali selepas lama tak berjumpa..Kali ni Kiz datang dengan membawa sebuah puisi untuk diprabacakan(ada ke perkataan ni??) untuk semua..Untuk pengetahuan semua,puisi ni direka dan diilhamkan oleh Cik Chix kita dengan nada yang agak rileks dan ringkas.Um,dan padat.hehe

Kiz suka puisi yang bertajuk "Kau Aku" ni disebabkan oleh isinya yang tak terlalu mendalam dan ringkas.So,senang untuk difahami oleh semua peringkat usia daripada golongan muda , under age mahupun golongan veteren.
Haa..PENDAPAT ANDA PULA BAGAIMANA?

Seikhlas Hati,


Monday, December 7, 2009

Foto Chenta Suci CONTEST!!!

Salam suci semua!!!oops...Salam Sejahtera semua..
Hehe,adakah Kiz sekarang tengah terlalu bersemangat dengan satu Contest yang dianjurkan oleh cik Edward Firdaus nie sampai tertukar suci dengan sejahtera?..MUngkin YA..

Sebenarnya, Kiz terperasan Contest ni masa BlogWalking kat Blog AmSya dan dari masa itu,Tiba-tiba Terdetik di hati Kiz untuk join Contest Foto Cinta Suci ni memandangkan hadiahnya yang agak lumayan iaitu pendrive 8gb,4gb dan 2gb..So,apalagi,marilah kita sama-sama ya..Sama-sama apa?Sama-samalah kita berganding bahu menjoin Contest ni.

Caranya senang aje..Masukkan gambar anda dan pasangan anda dalam blog anda sambil-sambil tu anda perlulah letakkan 3 perkataan sebagai mengekpresikan CINTA anda(Kiz rasa sebab tulah nama contest tu Foto Cinta Suci)..

Nak tau dengan lebih lanjut?Nak join Contest jugak?Kelik FirdHaikal.Marilah kita bersama-sama memeriahkan contest yang julung-julung kali diadakan ni ya..Hehe,terOverlah pulak kiz ni..

______________________________________________________________
Ok,Masa yang ditunggu-tunggu selepas 2jam mengedit-edot..Jom Tengok Gambar-gambar yang Kiz memperagakan..

NO 1 : Aku Cinta Kamu
Nampak tak tu Iz sedangkan mainkan lagu Cinta untuk Chix sebagai mengekspresikan Cinta mereka yang sungguh murni..Senyuman Chix membawa erti bahagia..hehe


No 2 : Hati . Jiwa . Cinta
Kiz mengeskspresikan cinta mereka dengan menunjukkan bahawa Jiwa Dan Hati Mereka Sudah sebati dengan setiap kenangan diabadikan dalam satu gambar.Cinta berputik membentuk pelbagai kenangan yang susah untuk dilupakan.(panjangnya hujah kiz??)


No 3 : Long Live Love
Kiz menggunakan konsep 3L untuk foto nih..Long Live Love bermaksud cinta Kiz yang suci ni akan sentiasa kekal abadi sepanjang hayat walaupun ditiup angin kencang mahupun lautan gelora yang menghimpit(Oi!!lebih2 la tu)..err..Alamak,kena sound la plak..huhu..
Gambar ni antara gambar yang paling susah untuk diEdit ya,tapi takpe,demi contest..Penat tapi Puas!!

No 4: Aku . Dia . Chenta
Okeh,gambar yang seterusnya!!Kalau semua perasan ( rasanya memang da perasan pun),foto ni adalah foto header blog ni yang turut dipertaruhkan ya..Kiz suka tengok background dia sebab nampak seperti sedang bergerak dalam diam..Ok,gambar ni menunjukkan kebahagian yang sentiasa di hati Kiz.Kiz bahagia walaupun sedang sedih.Bahagia walaupun sedang bertengkar.Bahagia walaupun gembira(mestilah!!)


No 5 : We Love Forever
Haa..Jangan silap faham dengan ayat ni ya..Bak kata orang,Bahasa Inggeris ada banyak maksud.Begitu jugak dengan Kiz.Haa,We love Forever bermaksud Iz dan Chix bercinta untuk selamanya..Kiz takkan berubah hati walau apa berlaku.Nampak tak kat foto tu Chix dan Iz sama-sama main gitar sambil memandang jauh ke hadapan..Kedua-duanya ingin mengekpresikan bahawa cinta mereka kekal selamanya..Doakan kami Ok..huhu

______________________________________________________________
Hmm,Harap-harap ada la antara 5 gambar nie yang akan berkenan di Mata penganjur ya Incik Fird..hehe..Haa,lupa nak cakap,sila kelik pada gambar untuk lihat dalam saiz yang besar dan jelas..

JANGAN LUPA VOTE KIZ YA!!!
Jumpa lagi!!!

Seikhlas Hati,


Thursday, December 3, 2009

Signature Menambahkan Gaya Blog Anda?


Signature menambahkan gaya blog anda?Betul ke?Jika Ya..Sila Baca Lagi..
Berminat?Nak letak di blog anda sendiri agar kelihatan lebih terampil?Tapi tak tau macammana nak buat?..OK,lagi skali,jika ya,sila baca lagi..hehe

Yeeha!Salam sejahtera kepada semua Kizter(Visitor Kiz's Garden) yang sudi melawat kiz garden..Dalam pembelajaran pertama 'TUISYEN BLOG KIZ' ni..Kiz akan mengajar anda Cara Nak Letak Tandatangan Kat Bawah Setiap Post/Entry.
____________________________________________________________________

Langkah-Langkahnya
1) Mula-mula create Tandatangan sendiri menggunakan apa-apa website,software ataupun
MyLiveSignature ( Sebaik-baiknya guna ni sebab senang dan cantik )



2) Jika anda menggunakan MyLiveSignature , cara menggunakannya boleh dirujuk dalam
website itu sendiri ya.

3) Seterusnya,Copy Url gambar tandatangan yang dah dibuat tu.

4) Ok,da copy?Lepas tu dengan berhati-hati,Log in ke Blogger anda.

5) Ok sekarang klik Layout > Edit Html > Expand Widget Templates

6) Cari term/html/code nie,

<p><data:post.body/></p>

p/s:Untuk lebih mudah mencari term/html/code , cuba klik CTRL+F
dan nanti akan muncul satu baris kotak search.Haa,kat situ nanti paste je
term tu dan dia akan tolong carikan untuk anda.



7) Paste code ni betul-betul dibahagian bawah term tadi

<p><div align="left"><img src="http://url gambar yang sudah anda buat dan copy"/></div></p>

8) Anda boleh mengubah antara left , right , atau center pada bahagian align ="left"
untuk mengubah kedudukan tandatangan anda samaada bahagian kiri,kanan atau tengah.
Sebagai contoh,jika anda inginkan dibahagian tengah, tukarkan left kepada center.
<p><div align="center"><img src="http://url gambar yang sudah anda buat dan copy"/></div></p>

9)Jika yang ada masalah phrase not found tu..

A-cuba cari phrase yang ini

<data:post.body/>

B-Pastu baru buat yang langkah 7 tu OK

C-Kalau dah buat langkah 7 tu tak jadi,
cuba paste phrase yang langkah 7 tu TETAPI dengan membuang <p> dan <p/> yang berada di kedua2 hujung phrase tu.Kiranya copy yang ni lah


<div align="center"><img src="http://url gambar yang sudah anda buat dan copy"/></div>


p/s : tak yah buat langkah C ni kalau time langkah B dah berjaya ok

________________________________________________________________

Haa,macammana?Senang bukan?Jika senang,sorak Yeeha!!! tapi jika masih tak boleh buat,sorak jugak tapi dalam masa yang sama bagitau kiz ok..Kiz akan cuba guidekan kizter2 dengan sedaya upaya OK!!
P/S : Jika ada pandangan ataupun cadangan , sila labuhkan komen anda di sini ok.

TERIMA KASIH..

Seikhlas Hati,


Tuesday, December 1, 2009

Segmen Baru ??


Yeeha!Haa,harini,Kiz dah tubuhkan satu segmen baru dalam Kiz Garden ni..Maklumlah,majalah-majalah kat luar sana pun makin lama makin update,So,samalah juga untuk Kiz..hehe..Haa,segmen baru yang Kiz maksudkan ni adalah segmen yang ditujukan dan disediakan khas untuk blogger-blogger tercinta sekalian.

Untuk setiap segmen ni,LABEL yang akan Kiz gunakan adalah bertajuk "Tuisyen Blog Kiz".Ianya mengenai sedikit sebanyak tentang ilmu-ilmu blogging yang Kiz ambil dari Pelbagai sumber lalu diterjemahkan dan diringkas serta dipadatkan dalam bahasa Melayu..

NAK KENA DAFTAR KE TUISYEN NI?
BERAPA BAYARAN DIKENAKAN?
BAGUS KE?
KENA ISI BORANG APA-APA KE?

Haa,kalau Kizter2(visitor-visitor Kiz garden) semua nak tau.Semua ni Kiz berikan secara PERCUMA,tak perlu bayar,tak perlu isi borang ,tak perlu susah-susah.Cuma perlukan sedikit kudrat untuk anda menklik www.kizgarden.blogspot.com dan cari LABEL "Tuisyen Blog Kiz"(Sendiri tanya sendiri jawab la pulak ek).Bagus ke tak?Haa, tu yang Kiz tak tau tu.Terpulanglah pada anda untuk menentukannya OK.Yang penting ,Kiz akan usaha sedaya upaya memberikan sebanyak mungkin ilmu blogging yang Kiz ada untuk disebarkan pada Kizter2(Suka-suka je buat istilah baru) sekalian.

Selain dari tu,adalah dialu-alukan sekali jika anda semua ingin menembak sebanyak mana soalan ataupun pendapat dan pandangan peribadi mahupun keluarga kepada Kiz.Dan 2X dialu-alukan jika ada yang ingin mengongsikan ilmu-ilmu yang anda ada tentang blogging OK.

TERIMA KASIH
Jumpa lagi!!!Yeeha!

Seikhlas Hati,


Masih Ada Plan B, Mari baca!