Tuesday, February 5, 2013

5 Tips Penjagaan Kulit Untuk Wanita

Tahukah Anda, penjagaan kulit (terutamanya kulit wajah) sepatutnya bermula daripada kita muda lagi. Bak kata pepatah, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Ya, ini boleh mengelakkan kulit kita daripada mengalami masalah kulit seperti jerawat, tompok hitam dan sebagainya.

Tapi jangan risau, Kiz tau ramai antara kita yang tak ambil berat tentang penjagaan kulit masa muda (termasuk lah kiz). So kat sini Kiz nak kongsikan beberapa Tips Penjagaan Kulit untuk Wanita.

5 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK WANITA

Amalkan basuh muka dipagi hari



Seelok-eloknya gunakan cleanser supaya kulit muka kita lebih bersih. Walaubagaimanapun, basuh muka pakai air biasa pun sudah mencukupi. Tambahan lagi, ianya dapat memberi kesegaran kepada kita dipagi hari.

Pakai moisturizer atau foundation sebelum keluar



Jika anda jenis banyak melakukan aktiviti luar, memang amat digalakkan untuk pakai moisturizer atau foundation untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari. Ianya perlu dilakukan setiap hari.

Tetapi jika anda malas nak pakai moisturizer atau foundation, anda digalakkan untuk mencuba bedak arab (Kokuryu Summer Cake) dimana ia sudah menggabungkan foundation, moisturizer & lapik bedak dalam satu. Saya sendiri pun pakai bedak arab sebab malas nak bersusah payah pakai macam-macam.

Pilih produk penjagaan kulit dengan berhati-hati

Zaman sekarang, bermacam-macam produk penjagaan kulit baru yang ada dipasaran samaada offline mahupun online. Jadi saya sarankan anda berhati-hati memilih produk kerana terdapat banyak produk tiruan juga telah dibuat. Kadang-kadang, yang original pula menggunakan bahan-bahan yang merbahayakan.

Amalkan makan vitamin c setiap hari

Vitamin C boleh membantu menjaga kulit anda disamping boleh menghilangkan jerawat. Tetapi, ada juga vitamin C tiruan & tidak bagus. Maksud saya, ia menggunakan bahan-bahan yang boleh merbahayakan kulit walaupun kesannya boleh nampak serta merta.

Jika anda masih belum mempunyai Vitamin C, saya sarankan anda cuba Vitamin C Pahang Pharma. Memang sangat bagus. Alhamdulillah selama 2 bulan saya cuba Vitamin C ni, ia banyak membantu saya dalam menjaga kulit dan mencegah jerawat.

Sentiasa amalkan bersihkan muka sebelum tidur

Benda ni nampak simple tetapi susah untuk dijadikan habit. Saya sendiri mengambil masa beberapa minggu untuk menjadikannya suatu perkara harian (habit). Semasa melakukan aktiviti diluar, banyak kuman dan bakteria yang akan terkena pada kulit kita dan ianya boleh merosakkan kulit. Sebab itu lah, kita digalakkan membersih muka sebelum tidur. Seelok-eloknya menggunakan cleanser atau pencuci muka.

Nampaknya setakat ini saja lah tips penjagaan kulit yang dapat saya berikan hari ini. Harap tips ini dapat membantu anda untuk menjaga kulit yang dianugerahkan tuhan kepada kita.

Jagalah ia sebaik mungkin.


Masih Ada Plan B, Mari baca!