Wednesday, December 29, 2010

Happy Beshday , KiZz

Ok..pembetulan sikit.
Sebenarnya 'Happy Besday Iz' Dan bukan 'Happy Besdey Kiz'.Tapi tak kisah lah  ,
memang takde apa-apa kesan pun kat pergerakan bumi ni kan(*mengarut*).

Apakah warna rambut daku sudah menjadi colkat tetiba?

Okayh..
Macam Biasa..Mari nyanyi lagu 'Hepi Beshday' reramai-ramai yeeha.Ape ke
peliknya iz ni tarikh lahir 29 DISEMBER. Lagi 2 3 hari dah masuk tahun depan ek.
Hihi..By the way , sangat terharu semalam coz ramai gile orang wish my besday
kat facebook sebaik sahaja Jam 12Malam berding-dong-ding-dong.Ada jugak ya
orang ingat besdey Iz ni(Walaupun tau daripada besdey notification je).Im really-really
appreciate it.

Ucapan Ringkas Iz

Trima Kasih kepada Mak , Ayah , Kecik , Kawan-kawan bukan blogger,
Kawan-kawan blogger yang besh , kucing , tikus bla bla bla bla bla
yang sentiasa support Iz sepanjang kehidupan ini berlalu bagaikan tiang
dengan tanah takkan kukuh walau bla bla bla bla

Menariknya 29hb DISEMBER

Haa,siapa kata 29hb tak best,best ape.
First of all of course la sebab 29hb hari lahir Iz.
Secondly , ahah! Malam ni Malaysia main , harap-harap iz dapat hadiah kemenangan
yang terbaik dari pasukan bola Malaysia kita.
Thirdly,Haa,kita ada special guess di sini,siapa ya??

Haa!Pastu ada satu agi,beshnya 29hb ni untuk Iz sebab..

LEH CALL FREE 1 HARI BERTURUT-TURUT!!

Erk iz?1 hari berturut-turut tu camne?
Ok.Sila abaikan.



Kiz Special Guess.*Wink*
TADAAAA!!!


Kiz ucapkan Selamat Hari Lahir!! buat kamu...Yahuuu...Besh besh
ada orang besdey sama.Takdelah boring sangat sambut besdey.
Hah korang pun kena pergi kat blog dia wish tau!

'Al-Special'nya Cik Mimie Azimask ni sebab dia adalah
follower Kiz yang ke 800(wohoo nombor masyuk maa).
Pastu kebetulan besdey sama so macam WOW.

P/S:sori ya curik gambar kamuu

Teringat Masa kecik-kecik dulu
Ok flashback 14 Tahun lepas.
Gambar kena kasi malap cket okay.

Dulu time Iz besdey je Abah akan bagi hadiah.And paling best
masa tu umur 6 tahun.Dapat hadiah robot.Actually 3 robot tapi
ketiga-tiga tu boleh bergabung jadi satu.Ada robot polis , bomba
dan ambulans.


Tapi licik tak liciknya abang iz ni,pandai je dia pilih nak Polis,pastu
Kakak Iz nak amek Bomba.Tinggal lah Iz terkedek-kedek kena 
amek robot ambulan yang tak bape 'cool' tuh.Yela masa tu budak-budak
agi tak tau yang mana 'cool' yang mana tak.

Tapi tak kesah lah pasal tu.
Sekarang semuanya dah besar gajah.Akak dah kawen,abang dah kerja.
Iz baru masuk degree.Memang kenangan weh semua tu.Besh-besh.

Eh lame pulak aku termenung depan laptop ni.
OK sekarang nak kelik publish post..

mana button publish post ni hah ok dah jumpa dah...


Tuesday, December 28, 2010

Kuasa Seorang Wanita

Eh siapa kata ultraman je yang boleh keluarkan kuasa laser?
Siapa kata 'spiderman' je yang ada kuasa luar biasa?
Siapa kata lelaki je orang paling berkuasa kat dunia ni?

Eh korang tak tau ke?Perempuan,boleh runtuhkan sebuah empayar besar,
camgini(petik jari) je tau. Haa..

Kuasa 1:Kuasa Pujuk Rayu

Ok kat bawah ni beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh
LELAKI disebabkan oleh daya pujukan(kuasa pujuk rayu):

1. Napolean Bonarparte dan Josephine

2.Anthony dan Cleopatra

3.Hitler dan matahari

4.Samson dan delila

5.Abu Lahab dan Hendon

Kuasa 2: Kuasa Kejelitaan Perempuan
Para lelaki sila masuk dalam peti ais sekarang sebab anda sedang 'cair'
Yang ini semua pun tau rasanya.Sudah ber'century' lamanya , kejelitaan
ataupun ke'HOT'an perempuan memang terbukti banyak mencairkan
para-para jejaka kacak dan tak kacak diluar sana. 

Sampaikan ada yang sanggup bunuh diri apabila pen'tackle'an mereka
ditolak hidup-hidup oleh sang jelitawan. Dan ada jugak kecewa sangat 
sampai nak rogol perempuan tu.Wah,kena berhati-hati jugak ya nak 
guna kuasa yang kedua ni.

Pastu,kuasa kejelitaan ni boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi
kepada ALLAH di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami
dalam hal-hal yang diredhai ALLAH.

Jadi kepada Isteri-isteri di luar sana,bolehlah guna cara ini ok.

Kuasa 3:Kuasa layanan perempuan
Bagi roti terus cair wohh
Psst,bisik-bisik je ni,jangan bagitau orang lelaki tau.
Kaum lelaki mudah goyang 'wuuu wuuu' apabila diberi layanan yang baik,
apalagi dari perempuan yang rapat dengannya.

Dengan layanan yang baik tu,mudahlah korang nak mintak apa
korang nak.Haa,tapi jangan sampai mengikis pula ya.

Kuasa 4:Kuasa Doa Perempuan
Cuba teka Syiapa ini?Yeah Nabila!!
Doa perempuan lebih kuat dari doa lelaki kerana sifat penyayangnya
lebih kuat daripada lelaki.Rasulullah saw pernah bersabda:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul"

So girls,cepat mintak doa-doa banyak-banyak.Jangan mintak
doa yang bukan-bukan pulak.Nanti lain pulak dapat.


Pengalaman Kiz
Si iz ni banyak jugak terkena dengan pujuk-pujuk si kecik
lagi-lagi time tengah shopping.Terus macam-macam baju beli.
Nasib baik kecik ni pandai pilihkan.

Pastu satu agi,Kalau tengah shopping,time iz cuba
nak tawar menawar je mesti penjual cakap "TAKDE TAKDE,FIXED PRICE MAA"
Pastu kecik pulak try paling-paling mesti dapat gak diskaun RM2.
Kalau g shopping memang bagus bawak kecik.Kadang-kadang
leh dapat diskaun sampai RM10 tau.



Tak PERCAYA?Sila percaya.Sebab Inilah kuasa seorang..
W.A.N.I.T.A

P/S:Episode 2 belog budak bulat dah kuar!bestnya!
Nak baca jom sini 

Monday, December 27, 2010

Kami Hannah Montana


Ambik senyap-senyap dari Pak Cik Google

Kenal Hannah Montana?
Alah hannah montana yang kat disney channel dulu tu.
Best tau citer tu,Kiz memang takkan terlepas tengok citer tu
sebab citer tu kelakar giler pecah perut.

Okeh kali ni bukan nak cakap pasal Hannah Montana. Jauh lagi
nak cakap pasal justin bieber ataupun edward cullen.

Hannah montana ni kan perangai dia kalau yang masih
tak tau , dia ni watak dia memang sangat clumsy.
Faham clumsy?Clumsy macam jalan-jalan tiba terjatuh,
angkat pinggan banyak-banyak nanti ada la yang jatuh,
Jalan-jalan kat tempat sibuk mesti ada terlanggar sape-sape dan
yang sewaktu dengannya.

OK what we wanna say is 
Kiz dengan Hannah Montana pun lebih kurang je.Iz dan kecik,
dua-dua sama je,hannah montana.Which mean,we Kiz memang
2 orang yang sangat clumsy dan cuai.

Tapi yang paling bestnya kitorang memang bajet
yang kitorang tak clumsy.

Contohnya,
Kecik tengah pilih-pilih barang kat kedai tiba-tiba
dia terjatuhkan barang,pastu nak ambek barang yang
jatuh tu barang yang lain pulak jatuh.Dan dengan 
serta mertanya Iz akan cakap "Hannah Montana".
Dan begitulah sebaliknya.Padahal at last dua-dua pun
ahaa sama je.Mari hempuk kepala dua dua.

dia hannah montana,bukan saya.

Kiz memang ngaku sebab dah terang lagi bersuluh
kitorang ni memag clumsy orangnya.Kitorang selalu tau
g mana-mana pastu tertinggal barang then baru mengelabah
nak cari balik.Ahaa betapa 'Hannah' tak 'Montana'nya kami ni.

Pernah jugak fikir macamne nak hentikan
gejala 'hannah montana' tapi Kiz rasa we just can't.
Lets time make it rite okayh.Kadang-kadang best gak
jadi 'hannah montana' ni,boleh jadi bahan kutuk mengutuk
antara Kiz time-time shopping.

So bagaimana?
Anda pula bagaimana?Pernah tak ada sape-sape ataupun anda salah 
seorang dari kami?Kalau anda pun seorang yang clumsy,
"Welcome to da club guys".And dont malu-malu citer sama kami okay.
Sharing is caring ape..

.

Sunday, December 26, 2010

SHE is older than HIM.Anda rasa?


OH gambar kat atas ni memang absolutely WRONG.
Lebih tinggi bukan bermaksud lebih tua?
Dan lebih rendah bukan bermaksud lebih muda bukan?

Kiz kadang-kadang banyak gak terdengar suara-suara sang ketupat
which mean orang-pembuat-ketupat mengatakan macam " Eee,
busookk giler pompuan tu kapel dengan laki lagi muda"

So,what do u think of dat fact?
Kelakar?Menghina?Biasa? ataupun satu pujian?
Oh pujian memang bukan skali.Well,Kiz juga  tidak 
terlepas daripada situasi ini dimana Iz lebih muda
berbanding kecik.

Pendapat Kiz?
Kiz memang tak pernah malu dengan kami yang she-is-older-than-him
stuff.We just let go apa orang nak kata."Ada aku kesah?".
Bagi Kiz  umur , ketinggian pinggan mangkuk tu  semua tak penting.
Yang paling penting is, HEART.When 2 heart being together.Nothing can
drift us apart.Hameek kau complete ayat english Kiz bagi.

Kiz pelik sesetengah orang tu,which mean a girl,minat kat dat guy.But
suddenly bila dia tau yang 'dat guy' was a youngerteer(buat bodo je,hobi kiz 
la ni mereka-reka ayat),terus tak jadi.Wth?Erk,'Wth' mean what the hulk okay.
Jangan fikir bukan-bukan,nanti jadi ikan.

Actually banyak lagi situasi yang lebih kurang dengan situasi ni.
Contoh macam SHE is taller than HIM,SHE is richer than HIM,atau
SHE is cleverer than HIM.Which mean , apa salahnya dengan
girl lebih dari lelaki?Kenapa lelaki mesti lebih 'lebih'?Yelah macam
lebih pandai,lebih kaya,lebih berpangkat and so whatever lah.
Kiz rasa okay je kalau kadang-kadang girl 'lebih' dari lelaki.
At least takde lah sampai SHE is more handsome than HIM.
Faham ke?Abaikan ok.

Kiz Graduation day!Eh,maksud kiz,iz graduation day.
Of course Kecik dah grad dulu sebab she is older.
SO WHAT??

Nanti kiz akan ceritakan kesedihan kami di hari graduation.
Erm actually tak lah sedih sangat sebab ni baru grad diploma.
Grad degree masih ada menanti.By da way,really TQ for kecik for
coming to my graduation.Dari johor ke shah alam tu sanggup datang.

Sila abaikan.Gambar atas ni 100% di edit semata-mata nak bagi
nampak macam DSLR.Jadi lah sikit-sikit.Eheh!





Segmen Review Blog : Belog ni mengong!

Hey hey,di pagi yang indah ini,kiz nak memperkenalkan

Sebuah blog yang hodoh

Sebuah blog yang pelik

Sebuah blog yang ada header yang pelik

Malah membosankan!

Memperkenalkan..

Belog Budak Bulat
Sila kelik gambar untuk ke belog ni


Kutukan-kutukan membina diatas tadi bukan Kiz yang nak tulis ya.
Tuan belog budak bulat ni yang suruh kiz wat camtu.Haa,dah cakap
dah dia memang pelik.

Kenapa Kiz promote belog ni??
OK first thing is sebab belog ni belog baru so harus sama bantu membantu.
Kedua belog ni memang best.

Apa yang Best??
Yang bestnya adalah keunikan belog ni buat cerita dalam masa yang sama
ada gambar kartun-kartun.Yup kartun-kartun tu memang hodoh tapi
sangat comel okay.Belog 'budak bulat' ni lebih kepada cerita.
Ala macam ala-ala novel gitu tapi yang ini lain.Sangat lain.
BESH!

JOM tengok belog ni dan follow.
Yup..jom tengok apakah benar apa yang kiz katakan tu.
Sekarang baru episod 1 so elok sangat baca sekarang sebab
nanti dah sampai banyak episod tak larat pulak nak baca 
semuanya dari awal.kelik sini

ni lah hero belog budak bulat

Siapa Tuan Pemilik Belog??
Ahhaaa...Sebenarnya tuan belog ni adalah kawan kiz sendiri,tu 
yang tolong promote ni.Korang nak promote belog korang pun boleh 
ok boleh deal.hmm..nak tau lebih lanjut?Jom..!!

Pesan Mak : adush 5 hari lagi da masuk sem baru

Pesan Mak lagi : Tak puas agi duk umah

Mak lagi pesan : sakitnya belakang badan nih,tak tau nape

Saturday, December 25, 2010

8 Pokok Krismas Terpelik Di Dunia

Krismas oh krismas.
Mengapa engkau krismas,
Macammane aku tak krismas,
orang nak sambut aku,
orang nak sambut aku.

OK stop.Agak mengarut disitu ya.Hari ni Kiz akan bercakap dalam
topik mengarut.Mengarut bukan mencarut okay.So hari ini hari
krismas betul?Jom sembang pasal krismas.

Okay sebenarnya panjang nak tulis ni tapi in case
we wanna make it short(padahal takde idea),Kiz sajikan anda...
8 Pokok Krismas Terpelik Di Dunia

Pokok Krismas Buat Akrobatik

Anda pernah tengok ke pokok krismas buat aksi merbahaya
camni?Haa,sudah tentunya tak bukan.

Pokok Krismas yang sedih beremosi sebab dah tua

Memang sedih tengok pokok krismas ni.
Sila cepat kol bersamamu.

Pokok Krismas hasil togokan 'mountain dew'

Pernah minum 'mountain dew' tak?Haa..kalau pernah
lain kali sila simpan pastu buat pokok.Ok,pembuatan pokok 
pakai bekas minuman ni mengambil masa 3 bulan minum dan
4hari untuk buat.

Pokok Krismas hasil kraf tangan

Kepada yang suka menjahit/crafting , boleh buat cabaran ni ok.
Pokok krismas ni di ikat(knit) oleh 1000 orang knitters okay.


Pokok Krismas suka membaca

Okay yang ni senang nak buat.Cari rak buku yang ada
kat rumah.sepah-sepahkan buku pastu bila mak marah
susun bagi bentuk camni.Pastu bila mak tanya cakap,
"Pokok krismas ni suka membaca mak"

Pokok Krismas yang jutawan

Percaya atau tidak.Pokok krismas ini dibina dengan
21,798 berlian berjumlah 913 karat.King King!
Jom rompak ramai-ramai.

Pokok Krismas gergasi yarghhh
Eh jangan silap faham,bukan mamat puteh tu yang pendek,
pokok krismas tu yang besar gedabak.gila gila

Last But Not Least!!




Pokok Krismas Spiderman Kiz


Disebabkan dah banyak sangat pujuk kiz soh masukkan
gambar dia buat pokok krismas,kiz masukkan lah
atas dasar kesian..Ada-ada je budak labah-labah ni.


Pesan Mak:Semua gambar dan info ni kecuali yang spiderman tu
diambil dari neatorama .Nah kredit untuk kau.

Pesan Mak lagi : Hari ni Kiz bangun awal giler kot.

Mak Pesan : Kiz , meh tolong bawak mak g pasar!!!

Friday, December 24, 2010

Tuisyen Belog Kiz: Bagaimana Meninggalkan Link Apabila Memberi komen.

Ok.Untuk tuisyen belog Kiz yang ke berapa-tak-kesah lah ni.
Kiz akan mengajar anda cara-cara ataupun tips untuk tinggalkan
link latest entri anda atau whutaver lah masa anda meniggalkan komen
anda di mana-mana belog okay.

So!Murid-murid!Cepat cakap selamat pagi cikgu.

Okay boleh duduk semua.

Actually this tinggal-link stuff is important ok.Satu , sebab ia akan
memudahkan tuan blog tu untuk terus baca entri kamu sebab dia tak 
perlu nak copy-url-paste-url-enter-ka-ching lagi.OK?Dua,komen tu
akan nampak kemas.Kemas bermakna tak nampak serabut 
dengan url yang ditinggalkan.Dan tiga , takde lah sia-sia anda bagi
komen kat belog tu sebab tuan belog tu tak perlu susah-susah bukak
profile anda dulu,cari blog pastu baru bagi komen balas apa sume.

So,faham kegunaannya?

Ok,next kiz akan tunjukkan contoh.Mane tau ada yang
tak faham lagi.Macam tinggalkan link?Apa tu?Tinggalkan jejak kat chat 
aku tau lah.

Ia ibarat anda saja tinggalkan beg berisi duit mengharap ada 
orang akan hantarkan balik nanti.

Ok,contoh dia camni.
Anda baca satu entri kat belog ni.So anda pun baca la bla bla bla
gedegang gedegung ( eh bisingnya korang baca!).Ok pastu tiba-tiba
rasa nak tinggalkan komen.So komen tu nanti akan jadi camni(tengok bawah)

"Wah,nice entri,suke lah kizz garden ni!
bla bla bla bla bla bla bla 
topik baru saya      "

Sekarang perasan tak yang tulisan biru tu.Tu adalah link dimana
nanti senang tuan belog kelik je link tu untuk baca latest entri anda.
Untuk membuat tu,kita perlu bermain dengan sedikit html.Sikit je ok,
jangan takut.Tutorial ni pasti akan membantu.

Bagaimana Meninggalkan link apabila memberi komen
STEP 1 : 
Copy and paste code ni selepas pada komen anda

<a href="url-yang-anda-nak-tinggalkan"> Tajuk yang akan terpapar nanti</a>

STEP 2 : 
Gantikan part url-yang-anda-nak-tinggalkan dengan
mana-mana url yang anda nak tuan belog tu kelik nanti ok

STEP 3 : 
 Untuk part Tajuk yang akan terpapar pulak ,
Anda gantikan dengan apa yang anda  nak
akan kuar kat link tu.Kalau ikut contoh kiz punya tadi tu , Kiz
akan tulis "topik baru saya" lah.

Pesan Mak : 
Untuk lebih mudah , kalau malas nak hafal kod ni macam kiz ni , 
bukak satu notepad pastu paste code tadi dalam tu,save.So senang sebab 
macam hari ni kita nak orang kelik link A , esok kita nak orang kelik link B,
petik jari ka-ching kuar notepad,edit,copy&paste . Setel .

Pesan Mak lagi: Semalam Kiz wat donat bentuk mickey mouse , tapi tak sempat nak upload

Mak pesan lagi: Udah-udah le tu duk menaip je , meh tolong sapu rumah ni!!

Alamak.Ok lah.Kiz gerak dulu.
"YE MAK!!!"
                       

Thursday, December 23, 2010

Misteri Tikus Mati Bergerak.

Pernahkah anda mendengar sebuah kisah bertajuk Tikus Mati bergerak?
Menurut Kisah tu , tikus tu hidup sendiri walaupun telah mati dan ditanam.
Jadi , perbincangan hari ini.Adakah kisah lagenda itu benar-benar berlaku?



Ataupun adakah kisah itu hanya rekaan orang tua-tua zaman dahulu
yang sesaja nak menakutkan kita?

Kebenaran tentang hal ini perlu dikaji dengan lebih mendalam.
Dan tidak terlepas juga dari mata Kiz.Rupa-rupanya
fenomena tikus mati hidup kembali betul-betul wujud!

Kejadian bermula 3 Malam yang lepas.Ya,3 malam lepas
adalah malam bulan mengambang bukan?Kiz nampak dengan 
mata kasar kiz sendiri tikus yang mati itu bergerak .Perkara
ini memang sangat mengejutkan Kiz.Membuatkan hati berasa
sangat tak tentu hala.Namun, Adakah ia cuma khayalan 
semata-mata?Tidak.

Mungkin sesiapa saja
boleh terkena sumpahan ini.


































SUMPAHAN TIKUS MATI BERGERAK!!




~OK CUT!!~

Takdelah , citer tu tahyul belaka.Sila jangan percaya aishh.Ni 'mouse' Kiz
ni buat hal.Tak nak duk diam.Nak edit gambar pun dah susah sebab
dia duk gerak-gerak(sikit je).Geram betul.Orang kelik lain nanti
dia tertekan lain.Haduiiyaii..Tensen tensen.

Eh..entah-entah ni memang sumpahan bulan mengambang??!!!
SIAPA TAHU??


Masih Ada Plan B, Mari baca!