Tuesday, August 31, 2010

happy merdeka bersama kiz di i-city.

selamat hari merdeka semua.

ok jom kiz cerita hari ini kiz buat apa.
walaupun simple tapi seronok seronok dan seronok.
paling seronok sebab ada miss aina yang sudi meluangkan masa dan mengambil pic kami.
sekarang ini kiz sangat jarang keluar berdua.kiz memang suka ramai-ramai keluar.
lagi pula mama n ibu pu selalu pesan jangan keluar berdua.bawak kawan.dan demi orang tersayang kami turutkan.bagus apa.kan kan kan.

ok 30hb itu,kami berbuka puasa di arabic food.di belakang unisel seks 7.makanan dia sumpah sedap sangat.nasi dia lembut.ayam dia besh.semua pun puas hati.arabic food ini menyediakan hampir ke semua makanan arab.air pun sama.semua pun arab lah.sedap.puas hati.cubalah kawan-kawan weyh.mesti nak lagi.ececeh puji ni pas ni pakcik kena lah bagi kami nasi arab free.ye dak?





dan selepas makan kami pulang dulu.solat.mandi.rehat sebentar.dan dalam jam 11.30 baru pergi ke i-city.dan so many people lah as usual.lagi-lagi merdeka.tapi nasib yang sangat baik.senang saje dapat parking kan.dekat.turun kereta dan berjalan ke lampu-lampu cantik tiba-tiba terdengar dentuman.yeaaaay! bunga api rupanya.seronok lah sangat kan.merdeka!












lepas itu pusing-pusing.amik gambar.dan perut lapar.eh eh.hehe.lepas tu macam tak nak balik lagi kan.dan kami ke uptown pula.nasib baik juga.senang parking.sebab macam dah penat kan maka mood membeli juga tiada.tapi kechix kan namapak shawl pantang dan terbeli juga satu kan..hehe..dan selepas itu kami makan dan pulang.

ringkas tapi besh.happy merdeka again people!

Sunday, August 29, 2010

Jom join Contest Shawlsphere!!!

Hai hai hai,girls,jomlah join contest shawlsphere.senang je..Korang cuma perlu upload sahaja gambar-gambar shawl atau tudung korang plus sedikit ulasan ringkas pasal shawl atau tudung korang tuh..Tak faham?Meh baca keterangan lanjut beramai-ramai kat Shawlsphere ok.

1)Okay..menuruti syarat penganjur comel(kipas-kipas cket,eceeeh)



2)NEXT!!syarat kedua,jenis shawl yang disukai
,
- Banyak juga kalau nak cerita shawl apa saya suka sebab saya adalah pemakai tegar shawl.eheehe.tapi sekarang ni,shawl yang paling saya sukai adalah LYCRA COTTON lah.

3)Gambar Saya pakai shawl yang paling bergaya..hehe


4)Kenapa Suka Shawl ni?
-Saya sangat chentakan shawl ini sebab dia sangat-sangat adorable.lembut.tak panas.tak mudah renyuk dan tak perlu di gosok.tak juga leceh bila memakainya.sangat mudah dibentuk.tak memerlukan pin yang banyak.dan sangat mesra pengguna.maksud saya akibat terlalu seronok memakainya maka tuan nya akan mudah jatuh chenta pada shawl ini.cubalah,anda pasti teruja.

5)Mari-mari berkunjung ke
Shawlsphere(promote cket)
-Shawlspehere menawarkan banyak pilihan shawl yang menarik sampai saya juga dah terbeli satu.hehe.sebelum ini empunya blog menjual greetings card akan tetapi akibat kekangan masa sebagai pelajar,dia beralih minat pada menjual shawl pula.aha,jengulah blog ini kerana selepas ini shawl yang di tawarkan adalah custom-made.selalunya shawl sebegini adalah unik dan menarik.bagi anda yang suka kelainan,boleh mencari shawl idaman anda di sini ya.

TATA..

Saturday, August 28, 2010

dalam ketawa-ketawa dia menjaga dengan baik.

ini status kechix di fb beberapa hari lalu.rasa indah bila menulis status ini.hakikatnya memnag sebegitu.kami memang suka ketawa.apa-apa sahaja boleh jadi bahan lawak.bahan ketawa.

iz juga sangat suka membuli kechix.sangat.suka buat kechix ketawa.yang mana lawak beliau kadang-kadang juga mengundang marah kechix.geram.yalah.tengah serius dia ketawa.selalu juga pukul-pukul manja kat iz.sampai dia cakap nak balik segamat sebab kechix asyik pukul dia.nakal kan.siapa suruh wat lawak cap ayam lagi.

tapi kechix pun sama je perangai.suka buat iz geram.buat lawak-lawak.sama saja perangai kami ni.

tapi yang seronoknya,kami menjaga antara satu sama lain dengan baik.kami masih sangat mengambil berat.dalam hal begini kami serius.kalau satu ada masalah yang satu dengar elok-elok dan beri cara untuk solve.inilah yang besh kalau dekat.senang.terus berbincang.

dan semoga kami bahagia elok-elok kekal sehingga akhir hayat.agak terlalu awal untuk berdoa begini.tapi tak salah kita berdoa yang baik-baik untuk hidup kita kan??

semoga anda semua elok-elok juga..

Tuesday, August 24, 2010

Shawl Lycra RM25 murah menawan mari membeli!!

Hi,bertemu lagi Kiz dengan produk terbaru wahh...Kali ni,kiz ada Shawl Lycra untuk dijual dengan harga sangat rendah OK..Sangat cantik dan menawan bila dipakai..Tak Percaya?Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni okeyh...Harga pun sangat berpatutan dengan Hari Raya yang bakal menjelang ni kan..Selendang Oh Selendang...

1)Jenis Kain:
Kain cotton,kain ni susah untuk dicari tau,so sape yg pakai pasti akan merasakan satu tenaga keunikan sejati ya..hehe..lebih2 plak kiz promote..

2)Warna :
Setakat ni Kiz cuma ada 3 Jenis warna iaitu pink , biru dan hitam...

3)Harga:
RM25.00 sahaja Kiz letak,tak ambil untung banyak pun ok..sangat murah..kat tempat lain ada sampai dekat rm40 diorang jual tapi kat sini Kiz jual murah je..mari beli beramai-ramai


Mari Tengok Gaya-gaya mereka..






























Bagaimana Mahu Beli?
i.OK,anda boleh SMS kiz at 017-7323183

ii.Kami menggunakan Akaun Maybank untuk pembayaran

iii.Perlu diingatkan juga bahawa harga di atas tidak termasuk kos penghantaran

Monday, August 23, 2010

JUAL SELENDANG COTTON LAH PULAK.

kerana kechix adalah pemakai tegar shawl maka tidak boleh tidak sentiasa mahu tahu shawl terbaru shawl di pasaran.maka sekarang yang terbaru adalh shawl cotton yang sangat indah.yang sangat lembut.yang sangat gorgeous.maka marilah beli.tak mahal pun.rm 25 sahaja.kalau nak beritahu ye.



Sunday, August 22, 2010

kala senang.

kala senang.bukan selalu datangnya.kadang-kadang saja tiba.bila datang, harus tahu menghargainya.bukan sia-siakan begitu sahaja.

kala susah.biar selalu tiba, harus bijak menghadapinya.harus kuat melaluinya.bukan gelabah tak tentu hala.takut nanti diri sendiri merana.terseksa.

senang dan susah datangnya bergilir-gilir.maka bila waktu senang,ingat sebentar lagi akan ada waktu susahnya.ujiannya.maka jangan bongkak berlagak bila senang menjengah.nanti waktu susah datang sudah ada persediaan.tidaklah kita melatah tak sudah.

-semoga kiz dan semua kita bila berjumpa senang dan susah, pandailah melayani mereka-


eh eh kechix terjatuh iz mahu sambut

Thursday, August 12, 2010

Dari Puncak Broga Hill.

hello dan hello semua.pertama sekali nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua.semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan pada semua.rajin-rajin pergi tarawikh.haa,kalu yang ada terawikh di Masjid sultan salahuddin s.alam ni,kalau jumpa kiz,tegurlah ea..

ok..sebenarnya nak cerita yang seminggu sebelum puasa hari tu,kiz mendaki gunung
broga.pertama kali kot kiz membuat perkara yang adventure.macam tak percaya je kan.asyik melepak taman je sebelum ni.hahaha.dah nama pun kiz garden.ok lah ok lah mari cerita lah.

kami pergi sangat awal pagi.4 pagi ok.memang dah siap-siap beli nescafe bagai untuk buat bekalan supaya tak mengantuk.kali ini,miss aina merangkap bff kechix ikut sekali.


sebab pergi awal sangat dan atas jalanraya memang lah tiada kereta dan tersangat awal smapai rupanya tak adalah jauh mana 40 minit saja.fuh.berpeluh.dan awal sangat dan belum masuk subuh.mana boleh daki gunung kemudian solat atas bukit kan.maka kami menunggu la azan di petronas.tunggu sambil makan roti.minum-minum dulu.lepas solat,cepat-cepat packing beg dan kemudian terus cari parking.

mak aii ramainya manusia.memang lah penuh parking semua terus parking tepi jalan tak muat-muat parking.tapi nasib kami baik dapatlah parking kat dalam dengan bayaran r
m2.
turun kereta keliling masih gelap.kami boleh pulak tak bawak torchlight.dah gelabah.dan tiba-tiba dengar amoi jerit-jerit lampu picit rm 5 lampu picit rm5.ok terus beli dan terus naik lah.

penat woo..tapi moment yang paling seronok bila sampai puncak.tengok view yang indah ciptaan Illahi.terus lupa tercungap-cungap nak tergelincir semua tadi.tak ingat langsung.
Ya Tuhan cantiknya pemandangan ini.patutlah islam menyuruh kita berj
alan.supaya kita kenal bumi Allah yang maha indah.

di puncak,snap-snap gambar.jumpa kawan baru.borak-borak.minum 100plus.lepak-lepak.dan 1 jam kemudian turun semula.dan kembali ke shah alam.dan tidur dengan gembira.

kepada kawan-kawan jomlah.bessssh.dah pergi mesti nak datang lagi taw..

dan marilah melayan gambar-gambar kiz.kredit kepada miss aina si manis ini kerana menangkap dan tolong edit kan sekali taw.mana nak dapat kawan baik cenggini.

aina,what next?

ececeh kiz garden.aina mengambil pic kandid.tibe-tibe rase nak kawen.
chantek bukan?macam nak tinggal atas ni.
nanti kite tawan puncak ke 4 ok.hari tu larat sampai 2 je.
bye-bye.jumpa lagi.

Masih Ada Plan B, Mari baca!