Thursday, February 24, 2011

Kiz jumpa Pak Nil.

Semalam yang lalu, dalam waktu kelam kabut kami.sebab bangun terlambat nak ke kelas, kerana sebelum ke kelas harus pergi pos barang di Pos Malaysia shah alam.Nak jadi cerita,bila dua-dua dah ready nak gerak,tayar kereta pancit! Ya Allah pancit waktu ini memang mengundang lah kan.Mood terus lari der.Terpaksa lah pinjam kereta kawan sebentar untuk ke pejabat pos.

Sampai pejabat pos macam pelik sebab eh apsal siap ada polis bagai menjaga persekitaran.Ada rompakan kah?takpe.keluar kereta dengan kaki laju terus nak masuk kan.eh eh ramai pulak kepong kechik kan.iz drop by sebab dia cari parking.Masa tu tak nampak pun Pak Nil kita ni.Abang yang kepong-kepong kechik tadi paksa rela kechik beli setem poskad dan sebagainya kemudian akan dapat bergambar dengan pak nil.Kechik yang mood nya sudah di larikan hanya memandang Pak Nil kita dari jauh saja.Tapi setelah di pujuk rayu maka telah di belinya lah poskad yang berharga rm5(duit tgh xde).

kemudian dapatlah Kiz bergambar dengan Pak Nil.tiba-tiba jadi gembira dah.


eh eh manja pulak kechix dgn paknil.tengok muka siapa paling hepi?padahal dia sebelum itu sangat bad mood.
ok itu sahaja untuk kali ini..bye nak pergi buat assingment berlambak.sampai bergaduh sikit-sikit.
Shameena untuk semua colour masih available.mari-mari.

Tuesday, February 22, 2011

UNTUK LEBIH CERIA.SHAMEENA DENGAN LEBIH BANYAK PILHAN WARNA.

Assalamualaikum..

hye semua.minggu lepas Kiz dah kepoh kepochi kan Shameena Silky Shawl.Tapi waktu itu hanya warna kelabu yang di paparkan.Maka hari ini keluarlah Shameena dengan lebih banyak pilihan.Meh Kiz nak cecite sikit tentang Shameena dengan lebih terperinci.

  • Shameena sememangnya satin.Tapi 100 % silk (sutera).Yang mana luarnya satin dalamnya tidak satin.Maka ianya tidak licin di dalam.
  • Tidak mudah terjatuh sebab lembut.
  • Custom made shawl.Kiz sendiri yang cari material sendiri.hantar ke Tailor sendiri.dan jual sendiri.
Jom tengok gambar-gambar shameena dengan variasi warna.Semoga anda suka ya.

orange kesayangan.ceria dan gembira bila memakainya.

biru turqouise yang gojes.

biru kundang tidak mengundang.

brown pilihan ramai setakat ini.

hot pink.bila pakai jadi hot?

purple yang anggun.

hijau yang damai.

Kalau berkenan terus contact Kiz..bye-bye..
yang baik untuk siapa?? untuk kita...

Itulah Sayang.

tanya sama hati apa asal sayang?
adakah tanda nampak di pandang
kumbang rayu bunga 
bulan dan bintang nya
tinggal tanda tanya hubungan mesra

tanya sama hati pernah kah merindu?
ingat masa lena apa mimpi mu.
masa berjauhan apa nak di kenang
bila di fahamkan itulah sayang..




sayang makan sama-sama


photogedik sama-sama sebab sayang

tak ada motif tapi tetap sayang

ikatkan tali kasut sebab sayang.

kasih sayang penting dalam kehidupan.sayang ibu.sayang mama.sayang abah.sayang semua.

Tuesday, February 15, 2011

SHAMEENA..silky satin shawl..

Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah semoga hari yang baik adalah permulaan yang baik juga untuk perniagaan KIZ.

         Hai Assalamualaikum semua dan semua.Seperti yang di janjikan , Kiz nak keluarkan satu lagi handmade shawl terbaru.Silky Satin.Shawl ini bukan sahaja selesa dan senang di pakai, malah memang cantik di pakai terutama kalau ada Majlis-majlis tertentu.Sejujurnya, shawl ini memang cantik bak namanya.Shameena bermaksud Cantik dalam bahasa arab.Malah Yuna atau selebriti Indonesia juga sudah memilih shawl begini..

      Hanya berharga RM35.Terdapat juga pre-order untuk warna PINK, TURQOUISE,BIRU, dan HITAM.
Anda boleh menempah 2 hari sebelum pos di lakukan.

Barang cantik untuk di kongsi bukan? Maka renung-renungkan sambil membeli..ceewahh...Jom layan gambar..

very soft dan tidak panas.macam nak buat tidur.nampak tak mata kechix dah kuyu.haha.

penerangan.

nampak tinggi kot.

apa motif?tak nampak.

 
belilah untuk kecantikan bersama.




haa tadi kechix ada cakap kan yang selebriti pun pakai kot shawl macam ini.meh tengok meh

girl yang ketiga pakai kot.



tengok yuna pakai untuk AJL kot..
.

Sunday, February 13, 2011

Kiz dan Putrajaya.

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua..

Kelmarin yang lepas Kiz telah melawat Putrajaya.(apsal melawat?) untuk menghiburkan diri setiap hujung minggu.Tapi Kiz ini memang lah pelik sebab kami gemar keluar setiap jumaat.sebab lebih gemar ke perpustakaan setiap sabtu.dan ahad membuat assigment bersama teman.Dan kebetulan jumaat kali ini Uitm memberi cuti pulak.So pagi-pagi dah siap-siap mandi-mandi cantik-cantik untuk ke sana.Dan Kiz kan memang suka ajak kawan-kawan sekali untuk berjalan-jalan.Kali ini di sertai oleh Zul(Arang) dan Miss Aina kita ya.

kanak-kanak comel.

zul dan aina.eh apsal mesra sgt ni?padahal baru kenal.
Lebih kurang jam 11 tiba terus cari makan dulu.dah kenyang baru ada semangat nak jalan-jalan.Sebenarnya tujuan utama ke Putrajaya adalah untuk photoshoot shawl dan ke karnival wow yang katanya ada belon panas.(padahal belon panas takde.geram).Lagi pulak Zul dan Aina ade DSLR kan.So marilah kerah mereka untuk gambar-gambar yang cantik.Lepas makan,yang lelaki solat jumaat di masjid yang pompuan solat kat petronas.Dan kemudiannya ke masjid besi untuk photoshoot.dan kemudian ke Karnival Wow lah sangat dan kemudian Taman Botani dan kemudian pulang (sesat!).

Maka untuk kesan yang lebih dramatik mari kita saksikan sebahagian gambar untuk tontonan awam tak kira peringkat umur.

photogedix or photoshoot.abang yang baju merah jalan ke hulu hilir bajet krew ke hape.

smile to aina.

edit gambar tengok cantik tak.

dah janji dengan abang ini untuk promosi d'pepes.sedap.iaitu ayam macam otak-otak.mari dapatkannya.

ecewah.kechix dah tukar baju nampak.
Maka hari yang seronok telah habis.bersama juga orang yang seronok dan tempat yang seronok memang membahagiakan.love u oll..

dan untuk pengetahuan semua.Kiz bakal mengeluarkan satu lagi koleksi.Silky satin.masih panas.belum ada nama yang ideal.pra-tonton untuk pembaca blog kiz.akan datang di Kedai Kiz.ini dia...

silky satin.terbaru dari Kiz.

Ok sekian untuk kali ini.Semoga yang baik-baik untuk kita semua.Bye-bye..

Saturday, February 5, 2011

Berehat Sebentar bersama ASSIGNMENT!

Seperti yang dipropagandakan oleh tajuk di atas.

Untuk dalam masa 2 hari berturut-turut,Kiz kemungkinan dan maybenya akan STOP sebentar berblogwalking mahupun berkomen-kumin di belog korang..Huwaaaa sori kayh..

Ini semuanya gara-gara Kiz baru start nak buat assignment yang patutnya buat masa awal-awal cuti..Bertimbun-timbun oh assignment..Menangis Oh nak buat.Anak sedara Kiz yang 1 tahun tu pun terkejut tengok ada lagi rupanya orang besar lagi banyak menangis berbanding dia.Eh faham ke??

Hmm..So itu sahaja lah untuk kali ini..untuk yang bagi-bagi komen tu sila tunggu lagi 2 hari kayh nanti Kiz balas semuanya,InsyaALLAH,insyaALLAH,insyaALLAH,your find ur way heyyy..Haa combo tu ciap lagu Maher Zain skali tuh..hihi

So,k larh..Cau Cin CAu..Kong Si Fa Cai!!!Tata titi tutu..

P/S:entri ini mungkin agak mengarut dan annoying,sila hentak laptop anda sekarang.










Thursday, February 3, 2011

Sebuah sajak buat muka-buku

Oh Si Penggemar 'mukabuku'
Bukan kau sorang si penggemar 'mukabuku'

Tetapi kenapa..

Kenapa..

Kenapa setiap kali daku menyainin(men'sign-in') 'mukabuku' daku,
Akan terpapar status-status sedih-cute-marah-andwhatsoover mu,
Masalahnya,status itu bertambah-tambah setiap 10minit..

Oh serabutnya..

Serabut apabila kat wall kita dipenuhi dengan segala luahan isi-hatinya,
luahan isi-hatinya yang meng'annoyingkan' ramai pengguna lain daku rasa..

Dan lagi..

Ini Hal Lain pula..

Tapi masih pasal 'mukabuku'..

Kenapa masih ada insan-insan diluar sana yang lansung tak kisah,
dengan rileksnya menulis status-status tentang masalah peribadi,
iaitu sesuatu yang patut di'privacy'kan..


Tapi mereka hanya tak kesah,
Membiarkan semua pelayar-pelayar kapal 'mukabuku' mengetahui peribadi mereka,
Walaupun sesetengah daripada mereka mungkin akan concern,
tapi tak terfikirkah yang sesetengah lagi mungkin akan ambil kesempatan??

Cuba bayangkan anda sedang maki hamun pasal kerja anda,
Which mean kutuk-kutuk-sini-sana kat status..


Then tiba-tiba boss anda sendiri terbaca status anda?
Tak ke melayang peluang pekerjaan yang anda susah-payah dapat tu?


Hah lu FIKIR la sendiri yoo..


Harapan Kiz,semoga mereka-mereka cepat-cepat sedar dan berubah,
Demi kepentingan diri sendiri juga..


Jangan biarkan dia memijak anda!!!

Masih Ada Plan B, Mari baca!