Thursday, December 2, 2010

Tuisyen Memandu Kiz:Jom Belajar Parking belakang

Hai semuanya...Sihat?Bersemangat?Haa,bagus!sebab hari ni Kiz nak ajar anda bagaimana cara untuk parkingg belakang ataupun bak kata orang puteh "Back Parking" okay.Hmm,Kiz pasti ramai lagi antara kita yang dah ambil lesen memandu,dah lulus TAPI masih belum pandai nak parking secara reverse ataupun belakang ataupun apa-apalah istilah anda kan.Eh,kenapa nak kena belajar parking belakang?Haa,parking belakang ni memang dan sememangnya memudahkan kita tau..Sebab bila kita dah masuk parking secara belakang , nak keluar balik nanti sangatlah mudah.Hah!lagi satu kalau kita parking secara belakang , jarang sangat ada masalah tak masuk parking sepertimana kita parking secara depan.Parking belakang memang gerenti masuk kotak punya.

Tambahan lagi(konon macam esei lah tu),tak lah susah sangat nak parking secara undur ni,cuma antara kita berani ataupun tak saja.Tak percaya?Jom Kita tengok 3 step mudah

3 STEP MUDAH PARKING BELAKANG
#1 Okay,mula pandu je straight tapi kasi rapat sikit dengan kereta-kereta yang dah parking tu.Kiz suruh rapat sikit so nanti mudah untuk buat step seterusnya okay.Jom tengok gambar ni haa.
#2 Hmm,tadi kita dah pandu rapat kan.Sekarang kita jarak-jarakkan sikit pulak.Pandu kereta tu ke kiri sikit macam dalam gambar ni.
#3  Okeyh..Sekarang,Tukar kepada Gear Reverse.Dengan perlahan-lahan a.k.a slow motion ala ala matrix gitu,undur masuk ke kotak perking yang anda dah agak-agak nak masuk.Lepas tu kalau terlalu rapat dengan kereta yang sebelah kiri atau kanan anda tu,boleh kedepan sikit dan undur balik untuk memperbetulkan parking anda tu ya.


Haa?Bagaimana?Mudah tak?Apa,susah?Hmm,belum cuba belum tau okay,and macam biasalah,semua benda pun kalau nak pandai mesti perlukan latihan.Practise Make Perfect apa?So,apa tunggu lagi?Ambil kunci kereta anda atau cik ngah anda dan cubalah!TATA...

6 comments:

man yusoef said...

haha..kiz lepas ni boleh buat kelas memandu lah...terbaik ah...siap ada gmbr lg..dulu amek lesen tak de gmbr semua ni...hahah

FaDLi said...

time amik lesen, kat kete tu ade tande lagi, drive sampai mane, berenti sampai mane... hehehee..... nice tutoriall!

KizZ said...

tu man:
hehe...insyaALLAH kalau ada kelapangan okay...time cuti-cuti ni free lah sikit kiz nak menupdate blog..masuk sem baru haah..terkejar-kejar kiz

KizZ said...

to Fadli:
hehe..tu la,time amek lesen senang aje dia ajar,tapi pakai tanda,dalam real live mana ada benda2 tu kan

/Dayah/nurul/dayak said...

kagum. kelas memandu online camni best

zalizalu said...

tang ni kalo jalan kecik, parking kecik memang peluh2 la

Masih Ada Plan B, Mari baca!