Friday, February 26, 2010

puisi lagi:: jari tidak di genggam

malam ini
jari aku masih lagi sendiri
rindu kau mungkin.
hakikatnya bukan jari sahaja
jiwa kau
mata aku
bibir aku
semua rindu kau

lama kita tak jumpa
kau bagaimana sudah rupanya?
mulus kah?
bersih kah?
wangi kah?

aku tidak bisa jauh begini hakikatnya
aku pinta Tuhan dekatkan kita kembali
aku benar-benar pinta
Kabulkan Ya Tuhan..

jauh buat aku sunyi
jauh buat aku sendiri
jauh buat aku gelisah
jauh buat aku emosi tak sudah

dekatkan kembali.tolong.

Tuesday, February 23, 2010

sangat susah puaskan hati semua manusia

ya.kan kan kan.susah sangat.kadang-kadang yang separuh dah suka,yang segelintir lagi mencebik tak suka.eh susahlah.betul.memang.

manusia itu meliputi keluarga,kawan-kawan dan makhluk-makhluk lain.eh.seram sebut makhluk lain.ok.teruskan.

ya.kalau melibatkan keluarga lagi la susah.sangat.mahu atau tidak terpaksa turutkan juga kadangkala.sebab nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba turutkan,buang emak buang saudara,kerana kasih hamba turutkan,bukanlah pantun yang di amalkan oleh kami,maka kami selalu turutkan teguran mahupun nasihat dari mama,ibu,kakak dan makcik segala.sayang mereka.

kawan-kawan.yang ini paling susah.betul.kan?
maaf saja yang boleh di kata.sedar atau tidak memang kalau kawan puas hati atau tidak memang kita tidak peduli pun kadangkala.


haiiish..susanhnya mahu puaskan hati mereka..

Wednesday, February 17, 2010

Menjawab persoalan:Bagaimana Cara nak tingkatkan traffic di blog?

Soalannya berbunyi begini,"bagaimana saya nak naikkan traffic kat blog saya ya,traffic di blog saya kurang lah.",tanya seorang yang namanya tidak ingin diketahui.OK,menjawab soalan ini disamping tengah tiada idea nak tulis entri.Hmm,nak cakap banyak2 pun Kiz sendiri tak ada banyak sangat pun traffic.Tapi dari apa yang kiz taulah kan,

1.Blog kita tu sendiri mestilah kemas.Kemas di sini bermaksud kita tak letak terlalu banyak widget sampai berat blog kita tu.Sebab bila blog berat,maka 90% visitor tu akan menekan butang pangkah lalu melawat blog lain.Betul tak adik-adik.

2. OK,seterusnya,Entri yang ditulis mestilah tidak terlalu panjang sehingga si penulis sendiri baca balik pun penat.Dari pengalaman Kiz sendiri pun kadang-kadang bila bukak sesuatu entri tu,mak eii,panjangnya,malaslah nak baca..bukak blog lain plak.

3. Buat paling kurang 2 hingga 3 perenggan untuk setiap entri yang ditulis supaya tak nampak yang entri kita tu terlalu panjang.

4. Kalau boleh,jangan gunakan bahasa sms a.k.a short form dalam entri anda.Sebab bukan semua yang baca blog kita tu orang yang biasa dengan bahasa sms ni kan.Dan tak semua orang faham bahasa ringkasan yang kita gunakan.

5. tajuk memainkan peranan penting untuk menarik traffic ke blog kita.Cuba hasilkan tajuk yang menarik hati seperti menggunakan apa/mengapa/bagaimana.Ataupun 3 tips ringkas untuk bla bla bla bla.Luangkan sedikit masa untuk fikirkan tajuk ok.

6. Balas komen yang diilontarkan kepada anda untuk menunjukkan kita menghargai pembaca-pembaca kita.

7. Blogwalking.Ahah,ini penting untuk menaikkan traffic anda.tapi jangan blogwalking saja,pastikan anda meninggalkan jejak samaada melalui chat box mahupun komen.

8. Join komuniti seperti geng blogger.Melalui komuniti macam ni,setiap kali kita post sesuatu,ramai yang akan tertarik nak baca post kita.Dalam masa yang sama jugak,kita dapat meningkatkan follower kita so makin banyak lah traffic kita.Yeeha.

9. Hah,lagi satu,pastikan anda sentiasa mengupdate blog anda supaya bilangan traffic anda tak akan lari dari semasa ke semasa.Paling-paling kurang pun seminggu sekali ok.

10. Jujur dalam menulis entri.Ini penting sebab takde sesiapa pun dalam dunia ni yang sukakan orang yang tak jujur.

Okeh..Setakat ini je la untuk kali ini ok..harap-harap dah terjawab soalan Mr.taktaunama tu ya..hehe..Good luck for everyone yah..Yeeha

Seikhlas Hati Iz,


Thursday, February 11, 2010

STICKY ENTRY:Online Survey On PC/Computer

PERHATIAN:INI ADALAH STICKY ENTRY,POST TERBARU ADA DIBAWAH.TQ

Haii.Anda bertemu lagi dengan Iz di Kiz Garden.Ya.Kali ni Kiz amat-amat memerlukan budi pekerti serta meminjam sikit masa untuk Isi survey yang Kiz buat ni.Sangat-sangat perlukan bantuan anda semua OK.Ulang Lagi Sekali,Sangat-sangat perlukan bantuan Kizter sekalian untuk bagi respon/comment kat survey ni.Simple je.Ianya Pasal Komputer.

OK.Soalannya berbunyi begini..

1. Apa yang anda nak tau berkaitan komputer ( contoh macam nak tau cara nak format laptop,nak tau pasal hardware dia,nak tau macammana nak guna software,nak tau basic photoshop ke)

p/s:perhatian,tu contoh aje k,anda boleh tulis apa je yang anda nak teringin nak tau

2. Adakah anda berminat untuk beli E-book jika kami membuat E-book tentang apa yang anda nak tau?

~Boleh jawab dengan bagi komen kat post ni~
TERIMA KASIH KOZAIMAS YAH..

p/s:diskaun akan diberikan kepada semua yang jawab survey ni jika E-Book tu berjaya dibuat.(",)

Friday, February 5, 2010

berjalan berpimpin tangan.

bukan nak cakap tentang habit bila jalan seiring selalu nak pimpin tangan sebab takut jatuh.eh tak tak.bukan juga nak cakap pimpin tangan time seberang jalan lepas itu kantoi ke hape dengan kawan-kawan.itu yang realiti.yang ingin di cerita adalah pimpin tangan dalam konsep tak nampak.eh paham tak ek?tak maksudnya dalam ilusi kita.

berpasangan antara lelaki dan perempuan selalunya melibatkan hati dan perasaan.juga masa depan.kalau kita bercinta memang itu tidak terlepas langsung dari kawalan kita.dan kita juga sebenarnya memimpin antara satu sama lain.

kalau dia tidak tahu,kita beritahu.kalau kita tersesat dia tunjukkan jalan.kita perlu dia.dia juga.kita sama-sama.kite pimpin dia.dia pimpin kita.memang realitinya kita berpimpin.tangan atau hati,kita saja yang tahu.

sayang,kita berpimpin sampai tua eh.taw taw.
ceh.padahal rindu nak pimpin tangan seberang jalan ni.

Thursday, February 4, 2010

rezeki di tangan Tuhan.bukan kita yang tentukan.

selepas entry "belum ada rezeki nampaknya" kami menerima maklumbalas yang banyak.hampir semua menyokong kami.terima kasih yang tidak terhingga.


benar.rezeki bukan di tangan kita.bukan kita yang tentukan.bukan kita yang membuat pilihan mahu rezeki yang bagaimana.anda tahukan siapa yang tentukan?di tangan-Nya kita berserah.bertawakal.menaruh harapn.meminta yang kita mahukan.selagi ada harapan,kita meminta,merayu Dia memberikan balasan.balasan baik atau tidak juga kita tidak pasti.hikmah yang tersirat akhirnya kita dalami maknanya satu-satu.akhirnya,kita sedar dan perbaiki.itulah himah Tuhan.kami bersyukur Ya Allah.

ok.kehidupan kami sekarang lebih tenang.lebih lancar.hikmah yang di berikan benar-benar memberi jawapan terbaik untuk kami perbaiki lompang-lompang hidup.

kechix sudah tidak lagi menjaja buah.tahap kesihatan agak pudar selepas operation membuang tumor satu masa dulu.kizhanie shop masih baik.order macam biskut.sekejap ada.nanti tiada dan ada semula.print ok.broadband juga suam-suam lakunya.kesian iz.iz lebih banyak menguruskan perniagaan kami.hampir semua adalah dia.nanti kita kembali dekat,kita sama-sama ya.

semoga yang baik-baik untuk kita.kita doakan semua rakan kita juga mendapat yang baik-baik dalam hidup mereka.semua.semoga.

sedih.sudah tiada gambar baru untuk di pertontonkan.bermaksud kami sudah lama tidak berjumpa.perancangan juga belum ada.kesibukan iz di semester terakhir dan kechix di tahun kedua degree benar-benar membataskan waktu.semoga kami bertahan.

Masih Ada Plan B, Mari baca!