Friday, January 18, 2013

Anda mengalami masalah jerawat?Apa itu Jerawat ?

Apa itu Jerawat, anda pernah mengalami masalah jerawat? Yup, mesti ramai yang dah tahu apa itu jerawat dan setiap orang pasti pernah terkena jerawat bukan? Tetapi, apa yang kita nak bincangkan sebenarnya adalah maksud yang lebih mendalam tentang jerawat.

Jerawat dalam kata erti yang lebih mendalam adalah mana-mana masalah liang tersumbat, jerawat, atau ketulan yang tumbuh pada leher, dada, belakang badan, bahu ataupun kulit muka. Jerawat ni biasanya berlaku pada peringkat remaja. Ahaa yang dah bukan remaja mesti dah lega kan. Walaubagaimanapun, ianya tidak terhad kepada remaja sahaja, sesiapa sahaja tidak kira umur boleh terkena jerawat.



Mengikut kajian, setakat ni belum ada lagi 'jerawatiers' (amboi!) yang meninggal dunia akibat jerawat. Paling-paling teruk pun ia lambat hilang & meninggalkan parut yang kekal. See, jangan risau ok (Tapi kalau time nak kawen ada jerawat risau jugak kan, takpun time nak present ke..)

Pada umur berapakah yang senang nak terkena masalah jerawat?
Kebanyakannya adalah remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun dah jugak perempuan masa dah dekat nak tempoh 'haid'.

Siapa yang lebih senang terkena bahana jerawat? Perempuan atau Lelaki?
Ahaa, walaupun memang perempuan dan lelaki tidak dikecualikan daripada 'serangan' jerawat yang berluasa, mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami serangan jerawat untuk jangka masa panjang manakala kaum wanita pula biasa dalam jangka masa yang pendek dan biasanya semasa berlakunya  perubahan hormon (fahem-fahem lah ye)

So camne? Sekarang mungkin anda sudah faham sedikit sebanyak tentang jerawat kan? Make sure anda 'stay-tune' dengan entri-entri dari Kiz sebab lebih banyak lagi info PERCUMA tentang jerawat yang akan Kiz bagi kepada anda semua seperti mitos jerawat, punca jerawat dan cara mengatasi jerawat.

TAHUKAH ANDA?
Masalah Jerawat boleh dirawat dengan Vitamin C 1000mg? Klik SINI !
http://kizgarden.blogspot.com/2013/01/cara-nak-hilangkan-jerawat-dengan.html

Thursday, January 17, 2013

Cara Nak hilangkan Jerawat dengan Vitamin C 1000mg

Hari ini Kiz nak bagi Tips PERCUMA tentang cara nak hilangkan jerawat dengan vitamin C 1000mg. Sebab Kiz selalu jugak dengar ramai yang cakap, "Eh dah berbulan aku makan Vitamin C tapi tak hilang pun jerawat ni!". Amboi marah nampaknya kawan ni..Hihi



Itu bermakna ada sesuatu yang tersilap dalam tempoh anda ambil Vitamin C tu. Tapi takpe, jangan risau. Hari ini Kiz akan ceritakan beberapa Tips & Cara yang betul untuk hilangkan jerawat dengan Vitamin C. Yup, maksud Kiz hanya dengan vitamin, tidak perlu banyak-banyak ubat jerawat lain yang mahal-mahal tu.


So sebelum kita mulakan, at least anda perlu ada Vitamin C 1000mg dulu ye. Kiz syorkan anda beli Vitamin C 1000mg keluaran Pahang Pharma sebab memang ramai dah yang guna vitamin ni then berjaya hapuskan jerawat diorang. Klik SINI kalau belum ada Vitamin C.


TIPS-TIPS CARA NAK HILANGKAN JERAWAT DENGAN VITAMIN C 1000MG

(1) Makan 1 biji vitamin sahaja sehari. No more No less.
Kenapa makan 1 biji sahaja? Sebabnya ia adalah Vitamin C 1000mg. Berbeza dengan jenis 500mg, Vitamin 1000mg mempunyai time release dia yang tersendiri. Nak senang faham, time-release ni kira macam bila kita dah makan vitamin c tu, vitamin c tu akan melepaskan vitamin pada masa yang betul-betul kita perlukan dia.

(2) Hanya makan samaada selepas breakfast atau sebelum tidur sahaja.
Untuk bagi Vitamin tu menjalankan 'tugas' dia secara optimum, adalah digalakkan untuk kita makan selepas sarapan atau sebelum tidur sahaja. Waktu yang lain memang tidak sesuai, err maksud Kiz, kurang efektif.

(3) Banyak banyak banyakkan minum air kosong / air masak
Kalau dah sampai 3 kali ulang 'banyak' tu maknanya memang anda perlu minum banyak air masak untuk menyenangkan kerja vitamin c disamping badan kita memang perlukan banyak air. So, banyak mana air masak nak kena minum? Ok cukup sekadar 2 liter sehari. Tapi kalau dapat minum lebih lagi bagus. The bigger the better.

(4) Jangan ambil minuman berkafein.
Alamak! Mesti ramai dah gabra sebab macam "alamak aku tak dapat minum nescafe dah lepas ni, habislah". Hee jangan risau, kepada penggemar-tegar-kopi-semalaysia, anda masih boleh minum cuma anda tak boleh minum dalam 5 jam yang pertama selepas anda makan vitamin c sahaja ok. Er tapi kalau boleh kurangkan lah ye sebab kefein memang tidak bagus untuk diamalkan.

(5) Elakkan memicit / menyentuh jerawat
Ini serius, kalau boleh, jangan picit atau sentuh jerawat anda lansung. Jika ada buat benda ni maka senanglah jerawat tu nak berjangkit ke bahagian lain pada muka anda kerana setiap kali anda memicit atau menyentuh jerawat anda, virus/bakteria yang terkena pada jari yang menyentuh jerawat tu akan melekat dan boleh tersebar bila anda menyentuh bahagian lain pada muka anda.



(6) Konsisten!
Yup. Anda perlu konsisten buat benda ni semua barulah hasil yang anda inginkan akan tercapai dalam masa yang cepat. Lakukannya setiap hari.


KEPADA ANDA YANG MASIH RAGU-RAGU DENGAN KEBAIKAN VITAMIN & BAGAIMANA IA BERFUNGSI, DIGALAKKAN BACA PADA LINK  SINI.

http://kizgarden.blogspot.com/p/vitamin-c-pahang-pharma.html


Ok, Selamat Mencuba! Semoga Cara nak hilangkan jerawat ni berjaya membantu anda!





Monday, January 14, 2013

Bagus sangat ke Bedak Arab Kokuryu?


Ok since ramai yang masih tertanya-tanya soalan macam, "Bagus sangat ke Bedak Arab Kokuryu Summer Cake ni? "Boleh percaya ke produk ni?" "Eh halal ke bedak ni?".


Contoh testimoni sebelum & selepas.

Mula-mula Kiz still larat lagi nak jawab tapi bila dah banyak sangat Kiz macam wah tak larat nak jawab semua soalan. Itu belum lagi PM daripada Facebook Kedai Kiz kan. So akhirnya Kiz buat keputusan untuk combine je jawapan-jawapan daripada persoalan anda dalam satu entri khas..


Nak tau? Jom! Teruskan membaca..


Okay bedak arab ni sebenarnya bukannya berasal dari Arab pun, ia dibuat daripada negara Jepun "hait!" sana mula pada tahun 1965 lagi. Disebabkan oleh kesannya yang tahan lama & halal untuk digunakan, produk ini menjadi 'kegilaan' puak arab pada suatu masa dahulu hinggalah sampai sekarang ia dikenali sebagai bedak arab.


Bagus ke bedak ni? Apa kelebihannya?
Ok menjawab soalan ini, Kiz boleh katakan bedak ni adalah sesuatu yang Sangat-sangat BAGUS untuk korang guna. Kenapa? Antara main reason kenapa Kiz suka sangat bedak ni adalah sebab ia menggabungkan foundation, mouisturizer & powder dalam satu produk sahaja. So kita dah tak payah nak beli asing-asing lagi dah.

Lepas tu harga dia memang murah kalau nak dibandingkan korang nak kena beli tiga-tiga tu. Lepas tu nak pakai lagi satu-satu, memang memakan masa.

Ni yang paling BEST, muka korang akan nampak flawless & natural je bila apply bedak ni. Bak kata orang, cerah semulajadi lah kan. Pastu dengan adanya bedak ni, Kiz tak perlu nak mempunyai kemahiran makeup yang hebat-hebat walawei sangat, cukup sekadar tau basic makeup sudah.

Boleh Percaya Ke Bedak Arab Kokuryu ni?
Kiz rasa anda semua pun tahu apa jawapan Kiz. Mestilah BOLEH sebab Kiz sendiri guna produk ni. Memang betul-betul berkesan. Tak percaya lagi? Ahah cubalah beli satu dulu baru tahu..hihi

Halal ke bedak ni?
Yup. Halal dan mendapat kelulusan sijil halal lagi. Siap boleh buat solat lagi. Trust Me!

Senang ke nak pakai Bedak ni?
Ok senang  je, mula-mula anda perlu basahkan span dia, perah then sapu je kat kulit wajah anda. Siap!! Senang bukan?


Berapa Harga bedak ni?
Kiz dah pun survey-survey harga bedak ni and mostly harga dia dalam average RM65 siap postage. Jarang ada harga yang atas atau bawah pada ni. Kiranya ni harga standard lah. Kalau ada yang mahal-mahal tu cuba elakkan dulu.

Bagaimana nak mendapatkannya?
Korang boleh mendapatkan Bedak Arab Kokuryu Summer Cake ni kat kedai-kedai kecantikan berhampiran. Ataupun nak lagi senang, korang boleh beli je dengan bedak ni dengan Kiz. 'KLIK' je pada LINK ni nanti akan ada full info tentang produk ni.



Okey sebelum tutup entri, Kiz nak gunakan kesempatan ni untuk ucap "Selamat Tahun Baru 2013" (Masih bulan januari so masih sempat kan?) dan marilah ramai-ramai pakai bedak arab.

 Cantik, Murah, Ringkas, Terbukti!!

Sunday, January 13, 2013

Tips Bisnes #3: Nak menang dengan pesaing, buang harga banyak-banyak!

Wooo Wooo Rileks-rileks ye, jangan terus nak hentam Kiz ye. Actually Kiz sedang 'memerli' peniaga-peniaga yang suka buat benda ni & malah, perangai ni dah sebati dalam hidup 'mereka'. Maksud Kiz, 'bisnes' mereka.


Apa itu Buang Harga?
Meh sini Kiz terangkan kepada anda tentang apa yang dimaksudkan dengan buang harga. Ataupun nak lebih sedap, 'Fenomena Buang Harga' yang sekarang ni tengah meledak-meletop-letop di Gedung Online Malaysia. Fenomena ni biasanya berlaku dikalangan peniaga-peniaga onlina yang baru nak menceburi bidang online business ni.

Jadi untuk penerangan yang lebih jelas & lebih senang faham, jom kita tengok 'sketsa' dibawah (sketsa ler sangat kau)

Situasi A : Tiba-tiba tercetus idea nak buat biznes online


Situasi B : Peniaga online baru cuba menjual benda yang ramai orang jual 



Situasi C : Peniaga mula buat survey harga pasaran di online



Situasi D : Peniaga 'baru' ini akan meletakkan harga jauh lebih rendah berbanding pesaing. Kononnya "aku tak kisah pun untung sikit, janji jual"



Situasi E : Peniaga lain tak puas hati peniaga 'baru' ni letak harga yang terlalu rendah. 
Mereka terus melawan & melawan harga sehingga lah berlaku perang harga yang melampau-lampau. Dan setiap 'peniaga' yang menurunkan harga akan berfikir benda yang sama, "Eh aku turun 10 sen je, okay ape"



Situasi F : 'Perang Harga' berlanjutan sehinggalah berlaku suatu fenomena yang dikenali sebagai 'buang harga'. Iaitu harga jual sama dengan harga modal.

BUANG HARGA!!!


Lihat apa yang berlaku diakhir 'sketsa' yang Kiz sampaikan tadi. Last-last, barang yang dijual tu lansung dah takde untung. Kalau ada pun mungkin 10sen atau 20sen. Kemudian, barang tersebut akan pupus dari ekonomi sebab dah takde kilang-kilang nak buat 'barang' yang sudah dibuang harga tadi dah disebabkan untung yang terlalu sedikit. Anda nak ke untung 20sen?


Pengajarannya, TOLONG TOLONG DAN TOLONG janganlah kita sesekali buang harga jika anda betul-betul ingin berjaya dalam bisnes, ingin sama-sama menaikkan ekonomi negara. Kiz dah nampak terlalu ramai peniaga-peniaga online melayu kita yang seronok sangat buang harga. Yang pemborong jual barang harga yang sama pada penjual kat market. Yang penjual pulak sanggup ambil untung RM5 semata-mata nak kasi barang jalan. Sedih-sedih. 


Last-last barang tu terus dah tak boleh jual. Sebaik-baiknya, kita kalau nak bersaing lebih baik kita bagi add-on / penambahbaikan pada produk kita contoh macam bagi 'hadiah' percuma untuk setiap pembelian, bagi voucher dan sebagainya. Bukan "BUANG HARGA". Baiklah sekian tips bisnes dari Kiz.

RENUNG RENUNGKAN..


3 Jenis Bedak & Pengenalan Bedak Arab

Ok nampaknya entri kali ni adalah entri mengenai sesuatu yang hari-hari anda pakai terutamanya time nak bersiap pergi kerja, pergi kuliah mahupun ke sekolah sesi petang, eh?

Ahaa mesti ramai antara anda yang masih belum tahu mengenai jenis-jenis bedak yang ada dipasaran. Dan adakah bedak arab pun turut sama tergolong dalam kategori jenis bedak? Semuanya akan terungkai sebentar sahaja lagi.

Yupp, jom kita teruskan perjalanan..

Setakat yang Kiz pernah dengar, ada 4 jenis bedak yang biasanya dijual di bermacam-macam tempat di Malaysia ni iaitu Bedak Padat, Bedak Tabur & Bedak Muka. Jom kita mengenali 'mereka' ni dengan lebih rapat. Ecehh!

4 Jenis Bedak yang perlu anda ketahui

1. Bedak Padat

Lebih dikenali sebagai "Compact Powder". Biasanya bedak padat ni akan dipilih sebagai finishing selepas sapuan foundation. Foundation tu apa ye? Foundation adalah alat make-up yang digunakan untuk sekatakan warna kulit wajah so takdelah macam kat sini tergelap kat sana tercerah dan sebagainya ye adik-adik. Dalam entri lain Kiz akan ceritakan lebih lanjut tentang foundation okay. Bedak padat ni mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah sang pemakeup, wah ada ke?

2. Bedak Tabur

Bedak Tabur ni pula digunakan untuk selepas kita sapu foundation untuk bagi kesan yang lebih menyeluruh pada kulit wajah kita. Ia juga dikenali sebagai loose powder. Kulit kita akan nampak lebih 'flawless' dengan penggunaan bedak tabur ni.

3. Bedak 3 in 1 (Bedak yang Kiz pakai sampai hari ini).


Eh macam pelik je bila kiz sebut bedak 3 in 1. Sebabnya Kiz yang namakan sendiri. Actually bedak 3 in 1 ni lebih dikenali sebagai Bedak Arab. Ia adalah sejenis bedak yang menggabungkan 3 asas dalam bersolek iaitu foundation, moisturizer & powder. Bedak ni boleh dikategorikan sebagai bedak 'special' lah kot sebab mempunyai banyak keistimewaannya. Klik LINK disini untuk tahu lebih lanjut tentang bedak ni. 

4. Bedak Muka
Bedak muka ni kalau dalam bahasa internationalnya dikenali sebagai 'Pressed Powder'. Mungkin sebab kita macam kena tekan sini sikit sana sikit untuk menggunakan bedak jenis ni. Bedak muka ni biasanya digunakan sebagai untuk touch-up lepas makeup dah dibuat. Boleh digunakan bersama foundation ataupun tanpa foundation, your choice ok! Ini penting, cara guna dia, jangan sesekali gosok atau ratakan, anda hanya perlu 'tekan-tekan' sahaja. Ada faham?


Okay, pesanan penaja

Untuk sesiapa yang masih baru berjinak-jinak dengan make-up atau bedak, Kiz sarankan anda semua cuba dulu pakai Bedak Arab Kokuryu (Memang bagus bedak ni) sebab ia sudahpun menggabungkan foundation, moisturizer & powder dalam satu produk. Plus, bedak ni boleh tahan hingga 8 jam dan boleh buat solat. Err maksud Kiz, halal. Sekian Terima Kasih. Jumpa lagi.

Salam
-Kiz

INFO : [http://wiki.answers.com/Q/What_is_loose_powder]

Saturday, January 12, 2013

Review Produk Bedak Arab Kokuryu

Salam Sejahtera semua.. Yeay hari ni Kiz nak update Review tentang Produk yang terhangat dipasaran nih, nama dia 'Bedak Arab Kokuryu'(tak ingat sambungan dia, hihi). So apa yang menarik sangat tentang produk ni ye?


Jadi kajian demi kajian sudahpun dijalankan oleh Profesor Kiz ( Tibe-tibe jadi profesor). Dan kajian yang Kiz jalankan tu mendapati memang terbukti bedak ni dapat memberi kecantikkan pada wajah kita dan jugak memberi kesan pencerahan yang nampak macam semulajadi lah orang kata. Kiz nak upload gambar tapi buat masa sekarang Kiz still tengah tercari-cari mana gambar yang Kiz dah ambik cantik-cantik (la sangat) tu..

Eh jap, pause kejap..

Mesti ramai yang belum tau pasal Bedak ni kan. Okeh meh Kiz terangkan, Nama full bedak ni sebenarnya adalah Kokuryu Super Summer Cake. Panjangkan namanya? Kalau anda semua rasa produk ni asalnya dari arab memanglah anda salah sama sekali. Teeettt!!




Produk ni sebenarnya berasal dari Jepun sejak 1965 tapi actually dia dikilangkan di Filipina. Jadi apa kaitannya 'Bedak' dengan 'Arab' ni? ahaa..tu lah pasal, kaitannya adalah, Bedak Kokuryu Super Summer Cake ini suatu masa dulu banyak dipasarkan atau dibeli orang anta & anti (orang arab). Itulah sebabnya sampai lah sekarang ia dikenali sebagai Bedak Arab.

Apa yang menarik sangat Bedak Kokuryu ni?
Ahaa memang terbaik soalan tu, dah lama kiz tertunggu-tunggu nak jawab ni. Antara sebab-sebab kenapa Kiz suka sangat pakai bedak ni adalah sebab Kiz dah tak payah susah payah nak beli foundation, moisturizer dan powder lagi dah. Kenapa? Sebabnya, Bedak ni dah pun menggabungkan kesemua tu dalam satu produk.

Jadi, memang jimatlah masa Kiz nak bersolek-solek. Kikiki. My hubby pun terkejut macam "Eh cepatnya siap?". Ahaa nampak tu betapa cepatnya i bersolek.

Lepas tu bedak ni boleh tahan 6 hingga 8 jam lamanya. So tak perlu lah kejap-kejap nak makeup kejap-kejap nak makeup kan. Pastu, anda dah tak perlu risau kalau anda berpeluh nanti makeup rosak.

Kini dengan Bedak Arab Kokuryu, tiada lagi kerisauan jika berpeluh sebab ia akan memberi kesan yang lebih cantik jika kita berpeluh. Wooww!! Eh tapi jangan pulak korang sesaje je tiba-tiba melompat-lompat macam arnab dalam office, nak bagi berpeluh la katakan, itu dah macam tak betul nampaknya tu..Hihi gurau je..

Ok lah setakat ini sahaja Kiz update untuk hari ni, kalau ada sesiapaa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Bedak ni sila lah ringan-ringankan jari KLIK LINK kat bawah ni ye..

Link : Bedak Arab Kokuryu Info

Friday, January 11, 2013

Bedak Arab Kokuryu (Super Summer Cake)


Jika selama ini anda sentiasa bersusah payah membeli lapik-bedak, foundation & moisturizer semata-mata untuk bagi kulit wajah anda nampak cerah, cantik & menawan dan tidak tahan lagi untuk menghabiskan banyak masa dan wang untuk membeli alat-alat kecantikan seperti yang kiz sebut tadi..

Ataupun anda telah mencuba pelbagai produk pencerahan yang mungkin mencecah ratusan ringgit TETAPI masih tidak memberi hasil..

Maka anda WAJIB meluangkan masa 10 minit untuk menyelesaikan masalah anda itu tadi. INI MUNGKIN PELUANG KEEMASAN YANG ANDA AMAT BERSYUKUR KERANA MENJUMPAINYA…


Memperkenalkan.. 


Bedak Arab Kokuryu (Super Summer Cake) 

Sebuah Produk dari Cherry Laboratory Inc, Tokyo, Japan ini merangkumi 3 asas kecantikan iaitu bedak, foundation & moisturiser dalam 1 produk. Memberi kesan pencerahan semulajadi(natural) dan tahan lebih lama.


Bedak ini bukan hanya berfungsi memberi kesan pencerahan pada kulit, malah bermacam-macam lagi kelebihan yang lain. Tak percaya, jom teruskan membaca "7 Sebab Mengapa Anda Perlu Memilikinya"


8 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BEDAK ARAB INI 

1. Kesan pencerahan semulajadi
tidak menghitam & tidak menggelapkan kulit anda beserta UV protection

2. Halal & Suci.
Boleh dipakai untuk solat. Juga boleh bertahan hingga 8 Jam lamanya. Wow! Maknanya, anda tidak perlu memakainya banyak kali. 

3. Tidak BERMINYAK & Tidak MELEKAT 
Tidak berminyak dan tidak melekat pada tudung (Bedak ini akan meresap terus ke dalam wajah anda dengan cepat selepas dipakai)

4. Kelihatan lebih cantik jika berpeluh
 Percaya atau tidak, walaupun anda berpeluh, anda tetap akan kelihatan lebih cantik & berseri dengan bedak ini (kalau berpeluh hanya 'dap'kan tisu pada muka, tisu tidak akan melekat di muka). Senang bukan?

5. Mengikut warna/jenis darah
Selepas dipakai, ia akan mengikut warna darah anda. Bermakna, sesuai untuk semua kulit. Sesiapa pun sesuai untuk menggunakan bedak ini.

6. Span yang lembut, Mudah dipakai & tidak kepam
Disertakan bersama span yang lembut, mudah dipakai & tidak akan kepam apabila disimpan setelah dibasahkan. 

7. Penjimatan sehingga 30 peratus
Tidak perlu lagi membeli foundation, alas-bedak & moisturiser kerana ianya sudah digabungkan dalam satu produk istimewa, Bedak Arab Kokuryu (Super Summer Cake).

8. Compact & Mudah Dibawa.
Bekas bedak ini yang kecil dan compact membuatkan ianya mudah untuk dibawa kemana sahaja disamping dapat menjimatkan ruang handbag anda :)




Ok tak perlu nak terangkan panjang-panjang sangat, mari lihat hasil para pemakai Bedak Arab ini..




Inilah dia gambar sebelum & selepas memakai Bedak Arab Kokuryu (Super Summer Cake). Lebih banyak testimoni pelanggan akan dimasukkan dari semasa ke semasa. Tapi apa yang boleh saya katakan, memang sangat berbaloi untuk anda memiliki bedak ini. Anda sendiri sudah melihat hasilnya bukan.


Oopps, mungkin ada antara anda yang masih tertanya-tanya, " Senang ke nak pakai 'benda' ni?" , "Kang kalau aku beli sekali bukan main susah nak pakai kang, aish.."

Cara Menggunakan Bedak Arab
Jawapan yang saya akan bagi senang je, anda hanya perlu Basahkan span Bedak arab ini,kemudian barulah anda sapu ke muka seperti biasa. Senang bukan?

Kecantikan adalah milik setiap insan
Sekarang nampaknya saya sudah membongkarkan satu produk yang sangat-sangat membantu anda untuk memberi kecantikan yang anda inginkan. Kini anda sudahpun tahu hasil ataupun kesannya. Anda juga sudah mengetahui tentang cara penggunaannya. Anda sudah TAHU apa KEHEBATANNYA.. 

Perkara TERAKHIR yang perlu anda ketahui hanyalah 
"Bagaimana untuk memiliki 'kecantikan' ini ?"


DAPATKAN BEDAK ARAB KOKURYU (SUPER SUMMER CAKE) SEKARANG!!


Berat : 50 grams
Tahan : Sehingga 8 bulan
Postage : PERCUMA

RM99.90
RM80.00
RM65.00 Sahaja

Order Melalui Facebook : KedaiKiz
Order melalui sms/Whatsupp : 017-7323183 (Kiz)

*Harga mungkin akan dinaikkan pada bila-bila masa, lakukan tindakan anda sekarang!*

Masih Ada Plan B, Mari baca!