Thursday, September 4, 2014

Hashtag Jurnal Biz Kiz

Hai Assalamualaikum.

Kiz ni haritu acah acah nak mengupdate selalu kononnya. Lepastu hilang balik. Walaupun syok sendiri menulis tapi still rasa ada yang baca di kejauhan gituu. Perasan betul.

Sebenanrnya chik dah lama nak tulis jurnal pasal biz kami. Dari mana kami mula dan di mana kami sekarang. Alhamdulillah. Walaupun masih tahap biasa-biasa tapi sangat bersyukur nak di bandingkan dengan dulu.

Jurnal ini sebenarnya nak di tujukan istimewa kepada bakal anak kami. Walaupun anak tu masih kat syurga belum nampak bayang nak jumpa parents dia yang comel ni takpe. Kita prepair je siap-siap cerita nya.

Jadi jurnal pertama ini dah siap. Insyallah akan menyusul semua cerita tentang Jurnal Biz Kiz. Ok?

Gambar atas : Mac 2014 dan Gambar bawah : September 2014. Drastik betul perubahan. dari 2 meja ke 7 meja ya.

 Okay. Esok sambung cerita ya.
#jurnalbizkiz

Thursday, March 20, 2014

Menyelinap



Breppp. Alarm telefon bimbit berbunyi. Pukul 5.15 pagi.

Yang tersedar cuma suami. Suami bangun perlahan-lahan. Taknak bising. Takut isteri tersedar.

Berdiri. Ambil tuala. Masuk toilet. Mandi.

Keluar toilet. Capai pelikat capai baju melayu.

Semua dalam gerak perlahan. Menjingkit-jingkit.

Siap pakai perfume, suami pandang isteri cium pipi dan perlahan-lahan tutup pintu.

Suami menyelinap.

Pergi masjid.

Lepas suami keluar, isteri buka mata. Sedar. Dari tadi isteri sedar.

Monday, March 17, 2014

Kedai Kiz is real Kedai

Assalamualaikum semua.

Kechix here.

Alhamdulillah hari ni dapat update belog. Hari- hari masuk to-do-list nak update belog tapi kekangan masa buat mood nak menulis lari jugak. So doa nak istiqamah tak pernah putus. Insyallah kiz boleh!

Kalau sesiapa dari dulu yang follow Kiz memang tahu yang kami ni sejak sebelum kahwin memang bisnes sama-sama. Bloggers yang follow kami berjualan di bazaar frinjan, lim kok wing, dan merata lah di sekitar selangoor n KL ni. Dari tahun 2009 sampai now 2014 kami masih lagi bisnes. Dari jual baju bundle jual pencil case, sampai laa ni buat printing pulak. Memang totally 360 darjah bertukar.

Masa 2009, mula buat online shop memang jual di blog saja. Sikit-sikit improve perniagaan kami. Lepas kawin pun, jadikan satu bilik untuk ruang niaga kami. SOHO orang panggil. Penuh bilik tu dengan barang-barang jualan. Dan untuk tahun 2014 ni, tanpa di sangka-sangka kami dapat menyewa satu ruang kecil untuk perniagaan kami.  Macam tak percaya pun ada. Sekelip mata saja. Benarlah, nikmat tuhan yang mana hendak kamu dustakan.

Jadi jatuh bangun tersungkur tersembam tertiarap menangis selama 6 tahun berniaga ni, akhirnya pada 2014 kami berjaya menyewa sendiri ruang niaga kami. Walaupun kecil, tapi ya Allah syukurnya toksah cakap lah. Sangat-sangat bersyukur. Mmeandangkan kami dah buat bisnes printing kad kahwin dan korporat , kami memang memerlukan ruang niaga sendiri. Senang customer nak lepak-lepak dengan kitorang. Hewhew.

So nama kedai kami adalah Kiz Wedding. Masih lagi di bawah Kiz Ent. Masih lagi kami berdua suami isteri yang mengusahakannya. Alhamdulillah. Jadi mana-mana bakal pengantin yang nak tempah kad kahwin, sticker , button badges, dan thank u tag, mehlah ke kedai kami di 25B, jalan keluli am7/am seksyen 7 shah alam.

Walaubagaimanapun, kami masih lagi menjual pakaian di Kedai Kiz yang kami cintai. Jangan risau k.

kiz wedding

kiz wedding

kiz wedding dengan customers

Walaubagaimanapun, kami masih lagi menjual pakaian di Kedai Kiz yang kami cintai. Jangan risau k.Masih aktif mengupdate item-item terkini untuk anda-anda di luar sana. Antara yang terbaru dari kami adalah handsock lace ( hot!!) dan abaya.

handsock lace

abaya dan glitter square tudung
Ok lah sampai sini dulu. Insyallah nanti kechix update lagi ya. Terima kasih kerana menyokong kami dari dulu sampai lah sekarang. Doakan bisnes kami maju dan berjaya ya.

Assalamualaikum. Jumpa lagi :)



Friday, February 7, 2014

Skirt Tie Dye comeback from Kedai Kiz

Hai Assalamualaikum

Lama kan kami menghilang. Sekarang ni semua dah tak update belog kan. Jadi mood nak berbelog macam dulu memang kurang. Dah takde blogwalking dan takde komen mengkomen. Kang menulis syok sendiri pun tak best jugak kan.

Tapi !!

Insyallah Kiz nak mula berbelog semula. Say Yeaaay. Mana tahu ada benda bermanfaat boleh di kongsi kan. Insyallah semoga istiqamah.

Ok balik kepada tajuk title entry tu kemain catchy macam tajuk lagu Yuna dalam album Nocturnal ( ohmaigod kena tulis entry pergi showcase yuna wehh) jadi comeback dari Kdai Kiz adalah skirt tie dye. Skirt tie dye wehhh. Kalau dulu kechix suka skirt polkadot ( masih tetap suka) sekarang tengah gila skirt tie dye pulak.

Marilah menatap gambar skirt ini lalu jika berkenan marilah menempah dengan Kiz.
Talia Tie Dye Skirt

Talia Tie Dye Skirt


Cantik kan cantik kan? Drooling eyes. Jika saya di letakkan nak pilih yang mana nescaya amat sukar lalu menangis teresak-esak kena memilih satu antara 7 ( metafora berlebihan).

Ok kalau siapa berminat mehlah whatsapp atau text kck eh di 017 7323 183

Insyallah lepasni lebih banyak entry. Mohon istiqamah seperti di nyatakan di atas.

Masih Ada Plan B, Mari baca!