Thursday, March 20, 2014

Menyelinap



Breppp. Alarm telefon bimbit berbunyi. Pukul 5.15 pagi.

Yang tersedar cuma suami. Suami bangun perlahan-lahan. Taknak bising. Takut isteri tersedar.

Berdiri. Ambil tuala. Masuk toilet. Mandi.

Keluar toilet. Capai pelikat capai baju melayu.

Semua dalam gerak perlahan. Menjingkit-jingkit.

Siap pakai perfume, suami pandang isteri cium pipi dan perlahan-lahan tutup pintu.

Suami menyelinap.

Pergi masjid.

Lepas suami keluar, isteri buka mata. Sedar. Dari tadi isteri sedar.

Monday, March 17, 2014

Kedai Kiz is real Kedai

Assalamualaikum semua.

Kechix here.

Alhamdulillah hari ni dapat update belog. Hari- hari masuk to-do-list nak update belog tapi kekangan masa buat mood nak menulis lari jugak. So doa nak istiqamah tak pernah putus. Insyallah kiz boleh!

Kalau sesiapa dari dulu yang follow Kiz memang tahu yang kami ni sejak sebelum kahwin memang bisnes sama-sama. Bloggers yang follow kami berjualan di bazaar frinjan, lim kok wing, dan merata lah di sekitar selangoor n KL ni. Dari tahun 2009 sampai now 2014 kami masih lagi bisnes. Dari jual baju bundle jual pencil case, sampai laa ni buat printing pulak. Memang totally 360 darjah bertukar.

Masa 2009, mula buat online shop memang jual di blog saja. Sikit-sikit improve perniagaan kami. Lepas kawin pun, jadikan satu bilik untuk ruang niaga kami. SOHO orang panggil. Penuh bilik tu dengan barang-barang jualan. Dan untuk tahun 2014 ni, tanpa di sangka-sangka kami dapat menyewa satu ruang kecil untuk perniagaan kami.  Macam tak percaya pun ada. Sekelip mata saja. Benarlah, nikmat tuhan yang mana hendak kamu dustakan.

Jadi jatuh bangun tersungkur tersembam tertiarap menangis selama 6 tahun berniaga ni, akhirnya pada 2014 kami berjaya menyewa sendiri ruang niaga kami. Walaupun kecil, tapi ya Allah syukurnya toksah cakap lah. Sangat-sangat bersyukur. Mmeandangkan kami dah buat bisnes printing kad kahwin dan korporat , kami memang memerlukan ruang niaga sendiri. Senang customer nak lepak-lepak dengan kitorang. Hewhew.

So nama kedai kami adalah Kiz Wedding. Masih lagi di bawah Kiz Ent. Masih lagi kami berdua suami isteri yang mengusahakannya. Alhamdulillah. Jadi mana-mana bakal pengantin yang nak tempah kad kahwin, sticker , button badges, dan thank u tag, mehlah ke kedai kami di 25B, jalan keluli am7/am seksyen 7 shah alam.

Walaubagaimanapun, kami masih lagi menjual pakaian di Kedai Kiz yang kami cintai. Jangan risau k.

kiz wedding

kiz wedding

kiz wedding dengan customers

Walaubagaimanapun, kami masih lagi menjual pakaian di Kedai Kiz yang kami cintai. Jangan risau k.Masih aktif mengupdate item-item terkini untuk anda-anda di luar sana. Antara yang terbaru dari kami adalah handsock lace ( hot!!) dan abaya.

handsock lace

abaya dan glitter square tudung
Ok lah sampai sini dulu. Insyallah nanti kechix update lagi ya. Terima kasih kerana menyokong kami dari dulu sampai lah sekarang. Doakan bisnes kami maju dan berjaya ya.

Assalamualaikum. Jumpa lagi :)



Friday, February 7, 2014

Skirt Tie Dye comeback from Kedai Kiz

Hai Assalamualaikum

Lama kan kami menghilang. Sekarang ni semua dah tak update belog kan. Jadi mood nak berbelog macam dulu memang kurang. Dah takde blogwalking dan takde komen mengkomen. Kang menulis syok sendiri pun tak best jugak kan.

Tapi !!

Insyallah Kiz nak mula berbelog semula. Say Yeaaay. Mana tahu ada benda bermanfaat boleh di kongsi kan. Insyallah semoga istiqamah.

Ok balik kepada tajuk title entry tu kemain catchy macam tajuk lagu Yuna dalam album Nocturnal ( ohmaigod kena tulis entry pergi showcase yuna wehh) jadi comeback dari Kdai Kiz adalah skirt tie dye. Skirt tie dye wehhh. Kalau dulu kechix suka skirt polkadot ( masih tetap suka) sekarang tengah gila skirt tie dye pulak.

Marilah menatap gambar skirt ini lalu jika berkenan marilah menempah dengan Kiz.
Talia Tie Dye Skirt

Talia Tie Dye Skirt


Cantik kan cantik kan? Drooling eyes. Jika saya di letakkan nak pilih yang mana nescaya amat sukar lalu menangis teresak-esak kena memilih satu antara 7 ( metafora berlebihan).

Ok kalau siapa berminat mehlah whatsapp atau text kck eh di 017 7323 183

Insyallah lepasni lebih banyak entry. Mohon istiqamah seperti di nyatakan di atas.

Tuesday, February 5, 2013

5 Tips Penjagaan Kulit Untuk Wanita

Tahukah Anda, penjagaan kulit (terutamanya kulit wajah) sepatutnya bermula daripada kita muda lagi. Bak kata pepatah, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Ya, ini boleh mengelakkan kulit kita daripada mengalami masalah kulit seperti jerawat, tompok hitam dan sebagainya.

Tapi jangan risau, Kiz tau ramai antara kita yang tak ambil berat tentang penjagaan kulit masa muda (termasuk lah kiz). So kat sini Kiz nak kongsikan beberapa Tips Penjagaan Kulit untuk Wanita.

5 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK WANITA

Amalkan basuh muka dipagi hari



Seelok-eloknya gunakan cleanser supaya kulit muka kita lebih bersih. Walaubagaimanapun, basuh muka pakai air biasa pun sudah mencukupi. Tambahan lagi, ianya dapat memberi kesegaran kepada kita dipagi hari.

Pakai moisturizer atau foundation sebelum keluar



Jika anda jenis banyak melakukan aktiviti luar, memang amat digalakkan untuk pakai moisturizer atau foundation untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari. Ianya perlu dilakukan setiap hari.

Tetapi jika anda malas nak pakai moisturizer atau foundation, anda digalakkan untuk mencuba bedak arab (Kokuryu Summer Cake) dimana ia sudah menggabungkan foundation, moisturizer & lapik bedak dalam satu. Saya sendiri pun pakai bedak arab sebab malas nak bersusah payah pakai macam-macam.

Pilih produk penjagaan kulit dengan berhati-hati

Zaman sekarang, bermacam-macam produk penjagaan kulit baru yang ada dipasaran samaada offline mahupun online. Jadi saya sarankan anda berhati-hati memilih produk kerana terdapat banyak produk tiruan juga telah dibuat. Kadang-kadang, yang original pula menggunakan bahan-bahan yang merbahayakan.

Amalkan makan vitamin c setiap hari

Vitamin C boleh membantu menjaga kulit anda disamping boleh menghilangkan jerawat. Tetapi, ada juga vitamin C tiruan & tidak bagus. Maksud saya, ia menggunakan bahan-bahan yang boleh merbahayakan kulit walaupun kesannya boleh nampak serta merta.

Jika anda masih belum mempunyai Vitamin C, saya sarankan anda cuba Vitamin C Pahang Pharma. Memang sangat bagus. Alhamdulillah selama 2 bulan saya cuba Vitamin C ni, ia banyak membantu saya dalam menjaga kulit dan mencegah jerawat.

Sentiasa amalkan bersihkan muka sebelum tidur

Benda ni nampak simple tetapi susah untuk dijadikan habit. Saya sendiri mengambil masa beberapa minggu untuk menjadikannya suatu perkara harian (habit). Semasa melakukan aktiviti diluar, banyak kuman dan bakteria yang akan terkena pada kulit kita dan ianya boleh merosakkan kulit. Sebab itu lah, kita digalakkan membersih muka sebelum tidur. Seelok-eloknya menggunakan cleanser atau pencuci muka.

Nampaknya setakat ini saja lah tips penjagaan kulit yang dapat saya berikan hari ini. Harap tips ini dapat membantu anda untuk menjaga kulit yang dianugerahkan tuhan kepada kita.

Jagalah ia sebaik mungkin.


Friday, January 18, 2013

Anda mengalami masalah jerawat?Apa itu Jerawat ?

Apa itu Jerawat, anda pernah mengalami masalah jerawat? Yup, mesti ramai yang dah tahu apa itu jerawat dan setiap orang pasti pernah terkena jerawat bukan? Tetapi, apa yang kita nak bincangkan sebenarnya adalah maksud yang lebih mendalam tentang jerawat.

Jerawat dalam kata erti yang lebih mendalam adalah mana-mana masalah liang tersumbat, jerawat, atau ketulan yang tumbuh pada leher, dada, belakang badan, bahu ataupun kulit muka. Jerawat ni biasanya berlaku pada peringkat remaja. Ahaa yang dah bukan remaja mesti dah lega kan. Walaubagaimanapun, ianya tidak terhad kepada remaja sahaja, sesiapa sahaja tidak kira umur boleh terkena jerawat.



Mengikut kajian, setakat ni belum ada lagi 'jerawatiers' (amboi!) yang meninggal dunia akibat jerawat. Paling-paling teruk pun ia lambat hilang & meninggalkan parut yang kekal. See, jangan risau ok (Tapi kalau time nak kawen ada jerawat risau jugak kan, takpun time nak present ke..)

Pada umur berapakah yang senang nak terkena masalah jerawat?
Kebanyakannya adalah remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun dah jugak perempuan masa dah dekat nak tempoh 'haid'.

Siapa yang lebih senang terkena bahana jerawat? Perempuan atau Lelaki?
Ahaa, walaupun memang perempuan dan lelaki tidak dikecualikan daripada 'serangan' jerawat yang berluasa, mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami serangan jerawat untuk jangka masa panjang manakala kaum wanita pula biasa dalam jangka masa yang pendek dan biasanya semasa berlakunya  perubahan hormon (fahem-fahem lah ye)

So camne? Sekarang mungkin anda sudah faham sedikit sebanyak tentang jerawat kan? Make sure anda 'stay-tune' dengan entri-entri dari Kiz sebab lebih banyak lagi info PERCUMA tentang jerawat yang akan Kiz bagi kepada anda semua seperti mitos jerawat, punca jerawat dan cara mengatasi jerawat.

TAHUKAH ANDA?
Masalah Jerawat boleh dirawat dengan Vitamin C 1000mg? Klik SINI !
http://kizgarden.blogspot.com/2013/01/cara-nak-hilangkan-jerawat-dengan.html

Thursday, January 17, 2013

Cara Nak hilangkan Jerawat dengan Vitamin C 1000mg

Hari ini Kiz nak bagi Tips PERCUMA tentang cara nak hilangkan jerawat dengan vitamin C 1000mg. Sebab Kiz selalu jugak dengar ramai yang cakap, "Eh dah berbulan aku makan Vitamin C tapi tak hilang pun jerawat ni!". Amboi marah nampaknya kawan ni..Hihi



Itu bermakna ada sesuatu yang tersilap dalam tempoh anda ambil Vitamin C tu. Tapi takpe, jangan risau. Hari ini Kiz akan ceritakan beberapa Tips & Cara yang betul untuk hilangkan jerawat dengan Vitamin C. Yup, maksud Kiz hanya dengan vitamin, tidak perlu banyak-banyak ubat jerawat lain yang mahal-mahal tu.


So sebelum kita mulakan, at least anda perlu ada Vitamin C 1000mg dulu ye. Kiz syorkan anda beli Vitamin C 1000mg keluaran Pahang Pharma sebab memang ramai dah yang guna vitamin ni then berjaya hapuskan jerawat diorang. Klik SINI kalau belum ada Vitamin C.


TIPS-TIPS CARA NAK HILANGKAN JERAWAT DENGAN VITAMIN C 1000MG

(1) Makan 1 biji vitamin sahaja sehari. No more No less.
Kenapa makan 1 biji sahaja? Sebabnya ia adalah Vitamin C 1000mg. Berbeza dengan jenis 500mg, Vitamin 1000mg mempunyai time release dia yang tersendiri. Nak senang faham, time-release ni kira macam bila kita dah makan vitamin c tu, vitamin c tu akan melepaskan vitamin pada masa yang betul-betul kita perlukan dia.

(2) Hanya makan samaada selepas breakfast atau sebelum tidur sahaja.
Untuk bagi Vitamin tu menjalankan 'tugas' dia secara optimum, adalah digalakkan untuk kita makan selepas sarapan atau sebelum tidur sahaja. Waktu yang lain memang tidak sesuai, err maksud Kiz, kurang efektif.

(3) Banyak banyak banyakkan minum air kosong / air masak
Kalau dah sampai 3 kali ulang 'banyak' tu maknanya memang anda perlu minum banyak air masak untuk menyenangkan kerja vitamin c disamping badan kita memang perlukan banyak air. So, banyak mana air masak nak kena minum? Ok cukup sekadar 2 liter sehari. Tapi kalau dapat minum lebih lagi bagus. The bigger the better.

(4) Jangan ambil minuman berkafein.
Alamak! Mesti ramai dah gabra sebab macam "alamak aku tak dapat minum nescafe dah lepas ni, habislah". Hee jangan risau, kepada penggemar-tegar-kopi-semalaysia, anda masih boleh minum cuma anda tak boleh minum dalam 5 jam yang pertama selepas anda makan vitamin c sahaja ok. Er tapi kalau boleh kurangkan lah ye sebab kefein memang tidak bagus untuk diamalkan.

(5) Elakkan memicit / menyentuh jerawat
Ini serius, kalau boleh, jangan picit atau sentuh jerawat anda lansung. Jika ada buat benda ni maka senanglah jerawat tu nak berjangkit ke bahagian lain pada muka anda kerana setiap kali anda memicit atau menyentuh jerawat anda, virus/bakteria yang terkena pada jari yang menyentuh jerawat tu akan melekat dan boleh tersebar bila anda menyentuh bahagian lain pada muka anda.



(6) Konsisten!
Yup. Anda perlu konsisten buat benda ni semua barulah hasil yang anda inginkan akan tercapai dalam masa yang cepat. Lakukannya setiap hari.


KEPADA ANDA YANG MASIH RAGU-RAGU DENGAN KEBAIKAN VITAMIN & BAGAIMANA IA BERFUNGSI, DIGALAKKAN BACA PADA LINK  SINI.

http://kizgarden.blogspot.com/p/vitamin-c-pahang-pharma.html


Ok, Selamat Mencuba! Semoga Cara nak hilangkan jerawat ni berjaya membantu anda!





Monday, January 14, 2013

Bagus sangat ke Bedak Arab Kokuryu?


Ok since ramai yang masih tertanya-tanya soalan macam, "Bagus sangat ke Bedak Arab Kokuryu Summer Cake ni? "Boleh percaya ke produk ni?" "Eh halal ke bedak ni?".


Contoh testimoni sebelum & selepas.

Mula-mula Kiz still larat lagi nak jawab tapi bila dah banyak sangat Kiz macam wah tak larat nak jawab semua soalan. Itu belum lagi PM daripada Facebook Kedai Kiz kan. So akhirnya Kiz buat keputusan untuk combine je jawapan-jawapan daripada persoalan anda dalam satu entri khas..


Nak tau? Jom! Teruskan membaca..


Okay bedak arab ni sebenarnya bukannya berasal dari Arab pun, ia dibuat daripada negara Jepun "hait!" sana mula pada tahun 1965 lagi. Disebabkan oleh kesannya yang tahan lama & halal untuk digunakan, produk ini menjadi 'kegilaan' puak arab pada suatu masa dahulu hinggalah sampai sekarang ia dikenali sebagai bedak arab.


Bagus ke bedak ni? Apa kelebihannya?
Ok menjawab soalan ini, Kiz boleh katakan bedak ni adalah sesuatu yang Sangat-sangat BAGUS untuk korang guna. Kenapa? Antara main reason kenapa Kiz suka sangat bedak ni adalah sebab ia menggabungkan foundation, mouisturizer & powder dalam satu produk sahaja. So kita dah tak payah nak beli asing-asing lagi dah.

Lepas tu harga dia memang murah kalau nak dibandingkan korang nak kena beli tiga-tiga tu. Lepas tu nak pakai lagi satu-satu, memang memakan masa.

Ni yang paling BEST, muka korang akan nampak flawless & natural je bila apply bedak ni. Bak kata orang, cerah semulajadi lah kan. Pastu dengan adanya bedak ni, Kiz tak perlu nak mempunyai kemahiran makeup yang hebat-hebat walawei sangat, cukup sekadar tau basic makeup sudah.

Boleh Percaya Ke Bedak Arab Kokuryu ni?
Kiz rasa anda semua pun tahu apa jawapan Kiz. Mestilah BOLEH sebab Kiz sendiri guna produk ni. Memang betul-betul berkesan. Tak percaya lagi? Ahah cubalah beli satu dulu baru tahu..hihi

Halal ke bedak ni?
Yup. Halal dan mendapat kelulusan sijil halal lagi. Siap boleh buat solat lagi. Trust Me!

Senang ke nak pakai Bedak ni?
Ok senang  je, mula-mula anda perlu basahkan span dia, perah then sapu je kat kulit wajah anda. Siap!! Senang bukan?


Berapa Harga bedak ni?
Kiz dah pun survey-survey harga bedak ni and mostly harga dia dalam average RM65 siap postage. Jarang ada harga yang atas atau bawah pada ni. Kiranya ni harga standard lah. Kalau ada yang mahal-mahal tu cuba elakkan dulu.

Bagaimana nak mendapatkannya?
Korang boleh mendapatkan Bedak Arab Kokuryu Summer Cake ni kat kedai-kedai kecantikan berhampiran. Ataupun nak lagi senang, korang boleh beli je dengan bedak ni dengan Kiz. 'KLIK' je pada LINK ni nanti akan ada full info tentang produk ni.



Okey sebelum tutup entri, Kiz nak gunakan kesempatan ni untuk ucap "Selamat Tahun Baru 2013" (Masih bulan januari so masih sempat kan?) dan marilah ramai-ramai pakai bedak arab.

 Cantik, Murah, Ringkas, Terbukti!!

Masih Ada Plan B, Mari baca!