Friday, May 27, 2011

Kiz makan Makanan tak Halal ke?sadis!

Assalamualaikum..

Sekarang ini memang heboh sana sini kan orang cakap-cakap makanan ini tak halal.Eh besok makanan ini pulak.Eh kita dekat negara mana ni sampai semua pun di ragui status halal nya.Kata Malaysia nak jadi negara hub halal tapi kenapakah ini yang terjadi?

Maka marilah bercerita tentang kisah malang budak 2 orang ini yang telah memakan makanan yang di ragui status halalnya.Memang sadis sobs sobs.

20 Mei yang lalu adalah Hari Lahir Kechix yang omel omel( yeke?).Dan dengan girangnya Iz pun sibuklah nak menyambut kesayangan beliau.Puaslah di tanya sayang nak makan dekat mana akan di bawa kechix ke sana.Kechix pun fikir sana ingat sini.Nak makan pizza? taknak.Nak makan Mcd? boring. Nak makan Steambot? tak lalu. dan Pling (mentol atas kepala), yeaay meatball! Maka dua orang budak malang dengan gembiranya bertolak ke Ikea untuk makan meatball.


Happy Bufday Kechix.Tak tu bukan bunga Iz bagi.

Haa tu dia Iz dah mengadap nak suap dah meatball.Kembang tekak tengah upload gambar ini.

Dulu teringat-ingat.sekarang?


Walaupun siasatan sedang di jalankan, tapi khabar angin taufan yang sedang melanda membuat semua orang dah loya tau teringat kenangan makan meatball.Apakah nasib harus sebegini ketika menyambut hari jadi?


Dan esoknya ( ketika sedang belum membaca tentang meatball), Kiz yang sedang lapar baru balik menyelesaikan urusan bisness tiba-tiba teringin nak makan kek pulak.Maka sekali lagi dua orang budak malang pergi pula ke Secret Recipe.

gelojoh.

tanpa kesangsian terus menerkam.

Dan tetapi Secret Recipe sudah pun mengeluarkan kenyataan yang apa yang terjadi adalah salah faham sahaja.Aissh tak baik tau mereka yang buat rumors ni jatuhkan rezeki orang.Kan susah sekarang ni bila kita nak makan je teringat vavi.Kechix teringat yang versi warna pink tuh macam dalam Pooh.

Tapi sebenarnya perkara yang belum pasti kesahihanya tidak elok untuk kita menghebah-hebahkan.

Nabi telah membagi perkara ini menjadi tiga:
1. Perkara yang jelas kehalalannya, yang tidak ada keraguan padanya.
2. Perkara yang jelas keharamannya, yang tidak ada keraguan padanya.
3. Perkara ketiga Syubhat (keraguan) maka jauh kan lah,


Tapi sekiranya anda was-was jauhkanlah ya.Takut menjadi haram pula.


Dan semoga yang baik-baik untuk kita semua ya.

Oh lupa, Kedai Kiz ada jual baju baru.Jenny Gorgeus Top.Jangan lupa dapatkan.

RM50 & FREE POSTAGE.Pink,black,dark green & brown.

Saturday, May 21, 2011

Cerita Bazaar Merah Putih.

Hye kawan-kawan.Meh ni nak cecite lah waktu bazaar 18-20 mei di Universiti Lim Kok Wing.Tapi kami tak berkesempatan untuk buka pada 20 mei bukan kerana tarikh itu jatuh hari lahir kechix,tapi ada sedikit hal keluarga ya.

Seawal 7.30 pagi kami dah mengemas kereta mengisi barang-barang jualan yang banyak.Memang macam tahu sumbat you.Maklumlah kereta Kancil aja kan.Dan kemudian bersarapan terus bertolak ke Cyberjaya.Jam 9.45 tiba terus set up booth.

Yang kelakarnya,kami ni setiap kali bukak booth,tengah setup barang berselerak time tu lah customer nak beli-beli.Seronok agaknya tengok barang longgok-longgok lagi teruja terus nak beli.Dah siap setting kurang lah pulak kan..Tapi takpe,rezeki jangan di tolak.Layan customer adalah perkara yang boleh menyebabkan kami addict nak bukak booth.Macam-macam ragam ada.

Dan marilah kita layan beberapa gambar yang sempat di ambil.

sdempat singgah sini ambil gambar.kalau sesiapa pergi seksyen 2 marilah singgah sini untuk nice pic.

siap juga ye kemas..

atas meja yang penuh..

hello Big Boss!

jom lah singgah kedai kiz.

tadaaa

rasa rendah diri lah bersebelah dengan perempuan-perempuan cantik begini.

time to celebrate!

alhamdulillah.kita raikan dengan waffle yang dah lama di di idamkan..
Jualan kali ini Alhamdulillah.Sambutan dari student di sini walaupun nak jumpa student melayu macam susah, customer foreigner ni sungguh menyokong.Ada yang teruja dengan baju vintage kami,ada yang teruja nak beli shawl letak kat leher lain, yang beli pashmina pun sama gembiranya.

However, esok Kiz akan bukak satu lagi Booth..
Lokasi??Kali ini Kiz akan bukak booth kat karnival at Equeen park Seri Kembangan pulak..
Jangan lupa datang tau yang dekat-dekat tu...datang tau...datang tau..datang tau..Eh berapa banyak kali datang daa Kiz ni...

Okeh..sekarang Kiz mau tido sebab esok kena bangun awal seawal 6 pagi okeh lalu bertolak ke Seri Kembangan dimana jalan pun tak tau lagi ni...hihi..

Tuesday, May 17, 2011

Kedai Kiz at Merah PUtih's Bazaar.TOMORROW until Friday!

Assalamualaikum kawan-kawan..Semoga semua sihat, bahagia dan gembira hendaknya.


ok straight to the point,Kedai Kiz will be at Merah Putih;s Bazaar.Maka kawan-kawan yang tinggal di Putrajaya dan Cyberjaya marilah datang ke bazzar ini sebab Kiz ada banyak new arrivals di booth nanti.Insyallah harga boleh runding ok..Jumpa esok sampai Jumaat which is Kechix bufday.yeaay.Semoga hasil jualan boleh menjadi hadiah hari jadi terbaik tahun ini.

Jadi jika sempat datang esok,silakan,jika tidak boleh datang hari khamis dan jumaat juga ya..Jumpa di sana..

Upcoming event join by Kedai Kiz:
  1. Pekan Frinjan on 4th June 2011
  2. Kutu Market on 5th June 2011
Support Kedai Kiz yeaaah!

Monday, May 16, 2011

Belog Kiz didelete??!!!!

Wah!Apakah ini?

 Err sebenarnya bukan belog kiz didelete tapi Kiz yang terdelete belog Kiz sendiri..
Hajat dihati nak delete blogshop tiba-tiba terdelete belog sendiri(Kiz Garden Le).
Pergh perasaannya memang berdebar habis,lagi berdebar banding dengan kau tunggu turn untuk ujian memandu..

Tak percaya??Ahah..sila delete belog anda sendiri sekarang..
Huhu,yelah,kita dah bersusah payah menternak dan mendidik(amboi ayat) belog kita selama 2 tahun then suddenly belog tu terdelete...Pergh gila betul..

Tapi..
Ahah,ada tapi tu..
Terima Kasih lah sangat-sangat kat cik blogger sebab memberikan kita peluang untuk restore balik belog kita seandainya kita terdelete or sengaja delete belog kita dalam tempoh 30 hari.Bestkan??

Oh lupa nak bagitau akhirnya Kiz berjaya jugak siapkan blogshop Kiz yang baru.Yeah!
It is always polkadot.Our theme will be polkadot yah,sebab Kiz memang sukakan polkadot lebih daripada kucing yang menyukai friskies sebagai makanannya.Hei hei mengarutnya Kiz nih.

Dan inilah wajah baru blogshop Kiz diatas url baru juga , www.kedaikiz.blogspot.com
Mari datang beramai-ramai kekedai Kiz,anda pasti teruja eceeehhh..Jika anda peminat skirt,cotton skirt??Kiz suggestkan jengah-jengahlah kedai Kiz sebab rasanya setakat ni harga termurah dan kain berkualiti adalah dari kedai Kiz..Tak caye?Try lah satu okayh..hihi

Sekian...

Thursday, May 12, 2011

Kedai Kiz @Yard Sale Wangsa Maju pula..

Hei Ho..
Lama tak menulis tiba-tiba rasa macam kaku pulak..
Tapi takpe, Kiz belasah je..

Apapun , korang nampak tak poster kat atas tu??
Apa?
Kedai Kiz At Yard Sale Wangsa Maju??

Yupp,Kiz julung-julung kalinya akan berganding bahu(amboi ayat) dengan Cik Anati Lina bukak Booth Vintage kat sana..Cuak sangat ni coz banyak lagi preparation belum siap..Tak caye?
Sila tengok pukul bape entri ni diPublishkan...Ahaaa...Gila tak gila..

Ooopss,sebelum terlupa, Kiz ada annoucement sket..
Blogshop KIz dah tukar url dia kepada www.kedaikiz.blogspot.com
So kepada sesiapa yang memang follow blogshop kami sila cepat-cepat yah follow balik.
Sori tau Kiz terpaksa tukar link ni sebab nak bagi senang korang ingat..K.e.d.a.i.k.iz..
Ahah!Kan senang tuh..kalau link yang dulu tu http://www.variatykizhanie.blogspot.com/ Kiz sendiri nak tulis pun kadang-kadang lupa nak eja camne tau..

Okes selesai sesi pengumuman..
So dengan bertukarnya link Blogshop Kiz maka bertukar lah jugak Biznes Card Kiz.
Kiz dah ada Bisnes Card BARU!Yeay!!!

Cantik tak?Kalau suka sila like ya..(padahal button like takde pun,sesaja je poyo-poyo sikit)
Ahah pada siapa-siapa yang nak memiliki Biznes Kad Kiz jemput-jemputlah datang beramai-ramai kat booth Kiz 14 Mei A.K.A Sabtu ni yah..ingat tau,14hb Mei 2011..Kiz menantikan kedatangan korang dengan penuh rasa terharu dan gemuruh(dah start mengarut dah).Jangan lupa ajak kawan-kawan datang bawak sedara-mara diorang sekali okayh..Barulah happening cket kan kan kan?

Eh lupa pulak Kiz nak listkan apa yang akan Kiz jual kat Booth Yard Sale tu nanti.
1) Readymade Skirt

2) Custom made Polkadot Skirt
3) Shameena Shawl
4) Preloved Shawl
5) Preloved Dress
6) Sepatu Vintage

Alamak macam terpanjanglah pulak Kiz membebel Kat sini..Nak dengar Kiz membebel lagi??Live??
Ahah datanglah beramai-ramai ke kedai Kiz(padahal booth je) kat wangsa maju 14 Mei ni yah..
Okes Gua Chow lu(amboi bajek mail lambung la ni Kiz ni)

P/S : Kepada follower http://www.belogbudakbulat.blogspot.com/ , Sambungan Kisah budak bulat akan dibuat dalam belog Kiz Garden..Al-Coming Soon yah..Nantikannya...Tataaaaaa

Masih Ada Plan B, Mari baca!