Saturday, April 23, 2011

Kiz Sudah Maju Setapak ke hadapan oh yeah!

Ahah...Mesti korang semua tertanya-tanya kan?
Apa benda yang 'setapak ke hadapan' ni?

Eh!
Adakah Kiz menang cabutan bertuah dapat hadiah kereta Mini Cooper?

Ataupun nuffnang tersilap bagi earning sampai 1 juta kat Kiz?

HAISH!!Salah salah salah...

Hihi..Sebenarnya takde pape yang tergempar pun yup,just nak bagitau korang Alhamdulillah
akhirnya follower Kiz dah mencecah 1000..Semuanya kalau sebab supporter Kiz yang memang cayalah korang..Thank You yah...

 Tak caya leh tengok gambar ni kayh mana tau tibe-tibe berkurangan hihi

And thank you lagi kat korang sebab hari ni jugak Kiz dah dapat Cash-Out nuffnang untuk kali ke-2 oo yeah!
(Dah 2 tahun berblogging baru dapat cash-out untuk kali kedua..haha)

Hee..
Dengan itu diharap korang semua masih sudi meneropot(mensupport) Kiz lagi sampai bila-bila forever and eva okays...

Ahah,lupa nak cakap agi,Kiz sekarang dalam proses menyeriapkan(menyiapkan) beberapa produk baru untuk dijual..beli tau jangan tak beli..

Eh apa?TAk nak beli?

Eh kata support...?hehe..Kiz gurau jek..kalau berkenan nanti beli kayh..

Dengan itu maka berakhirnya entri pendek cemetot Kiz untuk kali ni..sekadar penghargaan untuk korang semua okayh...Ahah sebelum tu jangan lupa doakan Kiz untuk Exam Final 27hb hingga 11hb Mei ni okayh!
TATA....

 Kechik Kiz kata si Iz Kiz ni lagi comel dari mr.froggy nih..betul kah?

 Amboi mesranya cik Kecik Kiz kita ni dengan Mr.froggy

P/S:Tahniah buat Cik Izyan Masri sebagai follower ke-1000 ..Jom terjah belog die ramai-ramai!!!

Friday, April 22, 2011

eh Kiz jual SEPATU pula.

Assalamualaikum semua.Ewah lama kita tak jumpa.Tup tup kuar stok baru, sepatu pula.Sebab tak banyak masa sebab sekarang kan final,maka marilah terus menerjah item baru di kedai kiz.Di harap anda suka ya.terima kasih.

ini adalah sepatu perempuan ya semua..hee..insyallah di lain kemunculan guys pulak k.


sepatu satu.rm70 dan FREE POSTAGE.size 35.ah menarik kasut ni.

sepatu dua.rm70 dan FREE POSTAGE.size 35.stylo dan kechix already have this.

sepatu tiga.rm70 dan FREE POSTAGE.size 36.omel dan omel.vintage sungguh.


kalau berminat boleh hubungi kiz di 0177323183 ok...siapa cepat dia dapat.

p/s GOOD LUCK UNTUK STUDENT YANG AKAN BERPESTA FINAL.

Saturday, April 9, 2011

petang sabtu Kiz di Pekan Frinjan & Pak Li.

Hye selamat berhujung minggu semua kesayangan.Apa plan?

Hujung minggu kali ni Kiz lebih banyak menghabiskan di rumah untuk belajar dan menyiapkan projek kerana sesi pembelajaran di uitm hanya tinggal 1 minggu sebelum kami semua final.Maka kerana tak mahu lah tertekan sangat tetaplah keluar juga walaupun sekejap.sekurang-kurangnya ada lah juga sosialnya kiz ni.haha.tak lawak.

Dan kerana keterujaan ada Pekan Frinjan yang hanya diadakan sabtu minggu pertama saja di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam.Seronok pergi sini.Macam berada dalam filem Kami the movie.Indie sungguh.Dengan performance dari indie band.Jualan dari Bijou Bazaar juga menerujakan.Memang terlupa sekejap tekanan pelajaran.Jumpa Anatilina yang omg sangatlah gorgeous asyik cubit-cubit pipi kechix cakap omel.Pastu jumpa kenalan lain yang jual macam-macam lah.sampai pavlova yang very the murah kot,rm 5 je.mana nak dapat kat lain tempat.Lepastu siapa nak beli baju-baju vintage yang owesome -owesome memang kat sini ada juga.Buku-buku dari penulis indie juga banyak di jual.Menarik dan berbakat betul penulis indie.

lepas pusing-pusing perut pun dah lapar.maka marilah kita menerjah pak li pulak.Kat sini semua pun sedap jugak makanan nya.Dan sesiapa yang datang sini boleh lah cuba cream puff dan kek-kek yang sedap gila sama je dengan secret recipe dan lagi murah ok.Especially Mango cheese delight.Ya allah dapp yang amat.



Maka dengan itu,marilah layan pic yang sempat di tangkap.mari! dahlah keluar 2 jam je.takpe.anggap je itu sosial hujung minggu juga.

eh belum ready lah iz.bersama anatilina dan ili her sis.serta girl yang pernah beli maxi skirt polka dengan kiz.cantik-cantik semuanya.

baru ready.suka lah mereka ni.friendly lah.

best datang sini.nak datang lagi lepasni.

yeah christiano ronaldo kechix.opsss...

pavlova yang yummy.rm5 je.

makan pak li pulak.terliur tengok mangi cheese delight n cream puff.

Dan sebelum berpisah.marilah melayan kechix dengan gambar poyo beliau memakai shades.layankan je.sekali sekala.

weeewit.

Bye semua.Doakan Kiz berjaya dalam menyiapkan segala projek dan menghadapi final dengan tenang.Dan doakan juga biz berjalan lancar.Sempat nak upload stok baru yang menunggu-nuggu untuk di lancarkan.

Tuesday, April 5, 2011

Tuisyen Shawl Kiz.SHAWL PIN BELAKANG LEHER.

Hai Assalamualaikum semua.Tuisyen Kiz kembali.Lama kan tak buat tuisyen.Maklumlah Kiz pun masih belajar.Sebagai Pelajar, Peniaga, Performer jadual sentiasa penuh.Kiz sekarang memang pencuri masa yang bertauliah.Balik kelas zass pergi jumpa supplier.zass pergi jumpa designer.zass pergi jumpa customer.zass berlatih menyanyi.Penat pun dah tak kenal kami dah.

Ok tanpa melengahkan masa,marilah kita bermula.Haa tutorial kali ini sememangnya untuk yang bermuka bulat seperti Kechix.Kechix sememangnya gemar menampilkan muka bulat bila keluar.Agak tak gemar loose style.Tapi kadang-kadang atas permintaan Iz Kechix turutkan juga ya.

Bila tengok ada 12 step tak payah terkejut sangat ke macam penat ke nak ikut step sebab senang je sebenarnya tapi sebab betul-betul nak bagi awak semua faham kena lah teliti sikit kan kesayangan semua. Lepas tu nak mintak maaf lah banyak-banyak sebab kualiti kamera cap ayam.Kiz tengah kumpul duit lagi ni nak beli kamera yang besh.doakan ok..

Yang di perlukan : Pashmina , 2 brooch, 1 peniti bermanik.
Here we GO!

itu dia langkah pertama.

lipat jangan tak lipat ye.

letak elok-elok.bahagian berlipat tadi letak di bahagian muka ok.

pin kemas-kemas ketat-ketat.

yang bahagian pendek ke depan.

pin menggunakan brooch betul-betul bawah telinga.

haa macam ni lah..

bawa pula yang panjang ke depan.

lilit jangan terbelit.

kalau nak juntai lagi panjang pendekkan yang bahagian pin kat telinga tuh.

ambil peniti bermanik sematkan di tepi pipi bolat gebu.

Tadaa siap pun.kat hujung yang berjurai boleh tambah cincin ke,bunga ke.
Ok senang kan? ini khas untuk pashmina.Cara begini juga boleh di praktikkan untuk tudung 4 segi ok.Jangan tak caya pulak.Lepas ni boleh lah punggah koleksi tudung 4 segi yang dah lama kita perap sebab konon-konon tak dah tak update.Mai Kechix nak tunjuk sikit ni.kali ni hanya ada 7 step saja.

4 segi ok.bukan shawl atau pashmina.

letak kat hujung nya.sebelah pendek sebelah panajng taw.

ok pin belakang leher.

yang bahagian panjang lipat jadi 3 segi.

lilit.

haa nanti dia jadi macam ni.

siap.dan guna pin bermanik atau brooch atau bunga di situ supaya dia tak gerak-gerak.SIAP!
Yeay dah siap.Kalau awak dah boring kan pakai style yang sama setiap hari,maka marilah mencuba style begini.Kechix suka sangat sebab muka Kechix kan bulat pastu makin bulat lah dia.Takpe lagi bulat lagi comel.Ingat tu.

Selamat mencuba semua. 
Jangan lupa,sambil pakai shawl mulakan dengan bismillah,dan berselawat serta berdoa Allah baikkan rupa paras.

Sunday, April 3, 2011

Bila gadis yang membeli Kiz's Maxi Skirt dan Shameena Satin Shawl gembira serta COMING SOON Tutorial Shawl.

Hamboi panjang kan tajuk.Bukan saja nak propa ke apa.Tapi nak bagi senang faham.Ok seperti yang di malumkan minggu lepas Kiz buka booth di Huiyoo Bazaar.Sangat seronok sebab skirt terbaru dari Kiz adalah julung kalinya di lancarkan.Alhamdulillah sambutan di luar jangkaan.Mungkin kerana setiap satu corak hanya satu skirt di hasilkan dan harga yang berpatutan untuk custom made skirt.

Dan ini antara customer yang membeli skirt dan Shameena dari Kiz.Si manis Lyna Adibah.
weewit cantik kan.menyerlah gitu di antara semua.terbaik lah.
Memang suka bila orang beli barang kita dan gembira bila memakainya.Hilang rasa letih berniaga apa semua.Happy gila.

Dan seterusnya dalam waktu terdekat ini,Kiz akan update Tuisyen Kiz : Cara pakai shawl pin belakang.(tak tahu nama rasmi cara pakai shawl begini).Ya sperti gambar-gambar di bawah ini.

sesuai untuk sesiapa yang bermuka bulat macam kiz.hee..

bukan nak bajet comel ke hape.tolong hanya perhatika shawl ok.

ok lantaran sedang mengupdate blog, terdapat beberapa lagi maxi skirt yang belum di jual.Maka marilah usha jika berkenan.Kalu suka boleh hubung kechix di 0177323183 ye.
rm65.labuh 36 inch.free size.
maxi grey yang sudah di reserved.
maxi skirt baby blue.comel habis.

Masih Ada Plan B, Mari baca!