Monday, December 31, 2012

Vitamin C & Konsep Dropshipper

Ahaa seperti yang dijanjikan, hari ni Kiz akan ceritakan kat anda semua suatu Bisnes yang paling 'Masyuk' yang Kiz memang tak sangka-sangka. Cuba teka apa bisnes tu?

Jawapannya adalah bisnes Vitamin C 1000mg keluaran Pahang Pharma..


Macam tak percaya, start-start je bisnes ni dah ada 3 customer beli Vitamin C 1000mg dengan Kiz. Bisnes Vitamin C ni Kiz jalankan secara dropship sahaja. Maksudnya, Kiz tak pegang pun stock barang yang Kiz jual tu. Prosesnya macam ni:

Kiz letak barang kat blogshop > Customer beli barang dengan Kiz > Customer bayar kat Kiz > Kiz bayar dan tempah kat dropshipper harga modal > Dropshipper akan pos barang tu ke Customer tadi.



Ok? Faham tak? Maknanya Stok tu takde pun pada Kiz,.Secara ringkasnya, Kiz hanya jual gambar & ayat marketing sahaja untuk dapatkan Sales. So, ini yang kita boleh namakan RISK FREE punya bisnes. Tiada risiko, kalau takde sales pun kira takde rugi apa-apa, dropshipper yang rugi, betul?

Another reason of why Kiz suka sangat jual produk Vitamin C 1000mg ni adalah kerana Kiz tak perlu nak bersusah payah keluar ke tempat supplier cari Stok, buat shoot, pastu dah ada orang beli nak kena pergi pos satu-satu barang..Memang leceh. Even so, ada buruknya jugak Bisnes Dropship ni.

Keburukan Bisnes secara dropship

1. Tak dapat pegang/rasa produk sebenar.
Yup, kita takkan dapat pegang (kalau produk fizikal) atau rasa (produk makanan) produk tu melainkan kita sendiri beli untuk kita sendiri. Contohnya, produk tu adalah baju/kain, disebabkan ianya dropship, kita tak dapat rasa kain tu ok ke tak, ada terkoyak ke kat bahagian-bahagian mana. So kalau nanti barang dah sampai kat customer, customer komplen, kita yang kena, bukan dropshipper.

2. Profit kurang sedikit berbanding jual sendiri.
Bila buat bisnes melalui dropshipper ni, kita punya keuntungan mesti akan kurang sikit berbanding bisnes tu kita buat sendiri. Sebab biasanya dropshipper akan caj kita lebih dari harga yang dia dapat dari kilang (contoh). Kira macam caj upah minyak, tenaga, risiko dan masa dropshipper tu lah. 

Tapi cuba bayangkan kita sendiri ambik stok daripada kilang dan jual sendiri tanpa melalau dropshipper, mesti untung kita lebih betul tak?


Jadi jika anda nak buat bisnes yang melalui dropshipper, pastikan anda tahu harga market Produk tersebut supaya tak tertipu dek dropshipper (dah banyak jugak kes camni, dropshipper cekik darah). Buat kira-kira, kalau untung setakat RM5 untuk sehelai baju, nak jual kat online baik lupakan jek, cari dropshipper lain. Rajin usaha mesti jumpa yang bagus punya ok..


Ok lah itu sahaja setakat ni Kiz kongsikan buat anda semua..Selamat Tahun Baru (Saje nak wish awal-awal)


Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C?
Klik LINK ini sekarang!

Sunday, December 30, 2012

Diari Online Bisnes Kiz bermula hari ini

Salam Sejahtera..

Diumumkan bahwasanya mulai hari ni Kiz berkemungkinan besar akan tukar genre entri-entri Kiz kepada Entri-entri tentang bisnes Kiz di Kiz Enterprise. Dan InsyaALLAH mulai hari ini, kami akan usahakan untuk update blog Kiz Garden ni tiap-tiap hari dengan 'Diari Bisnes' kami di Kiz Enterprise.


Mula-mula ingat nak jump terus ke diari hari ini tapi bila fikir-fikir balik macam tak 'manis' la pulak bak kata orang tua-tua kalau takde pengenalannya.


So hari ni Jom kita tengok senarai Bisnes Online yang sedang & telah dibuat di Kiz Enterprise.

1. Kedai Kiz (www.kedaikiz.blogspot.com)


Dalam kedai kiz ni, Kiz lebih kepada menjual blouse, skirt & bermacam-macam lagi pakaian perempuan yang mengikut fesyen. Bisnes ni ok tapi disebabkan beberapa kesilapan kecil masa menjalankan bisnes ni. Kiz mengalami kerugian yang agak besar walaupun kebanyakan baju yang dijual laku. Entri akan datang nanti kami akan ceritakan apa kesilapan-kesilapan yang kami dah buat supaya boleh dijadikan pengajaran.

2. Kemeja Kacak (www.kemejakacak.blogspot.com)
Kalau Kedai Kiz jual pakaian perempuan, Blog Kemeja Kacak pula lebih kepada pakaian kemeja lelaki iaitu baju kotak-kotak. Dukacitanya, Bisnes 'Kemeja Kacak' ni tak kekal lama disebabkan demand untuk pakaian lelaki di Internet tidak begitu meluas.


 Bila kaji-kaji balik baru kami sedar yang lelaki ni kuasa membelinya tak sebegitu 'Power' sepertimana orang perempuan membeli. Akhirnya, Blogshop 'kemeja kacak' ni kami tutup & plan untuk bisnes lain yang lebih sesuai.

3. Kiz Design (www.facebook.com/KizDesign)
Kiz Design ditubuhkan pada bulan September 2012 (Bulan perkahwinan kami) kalau tak silap kami. Kiz Design ni pada mulanya lebih kepada membuat design. Dan disebabkan ramai yang bertanya, "Kenapa tak buat printing skali?" atau "Ada printing skali tak?", Kiz akhirnya turut sama menceburi bidang printing macam print Bisnes Kad, Flyers, Kad Kahwin dan sebagainya.



Hasil jualan untuk Kiz Design nampak macam ok, banyak sales tapi kami berdepan dengan satu masalah besar iaitu kekangan masa. Kami mempunyai banyak perkara untuk dibuat tiap-tiap hari.Untuk siapkan 1 design, biasanya kami memerlukan lebih kurang 2 jam dan biasanya upah yang diambil untuk design ada dalam RM20-RM35. So lepas buat beberapa kiraan, bisnes ni nampak macam tak berbaloi melainkan kami mengambil Designer untuk membuat design. So, kami plan untuk 'pause' bisnes ni untuk sementara waktu sambil kumpul duit untuk upah pekerja(designer).

4. Kiz Wedding (www.facebook.com/Kizwedding)
Kiz Wedding ni ditubuhkan dalam masa yang lebih kurang sama la jugak dengan kami tubuhkan Kiz Design. At first, kami just target untuk jual bekas balang kaca (biasa orang buat doorgift) , yassin, Mr & Mrs Pillow & hiasan untuk perkahwinan. Tapi fikir-fikir balik, why not kita offer design & printing Kad Kahwin skali? So bermula dari tu, Kiz mula menerima tempahan Kad Kahwin daripada kawan-kawan Kiz yang akan berkahwin dalam tahun ni.



Then ada 1 hari ni, Kiz terima tempahan balang kaca 1000 pcs. Lepas terima bayaran deposit dari customer, Kiz terus pergi ke tempat supplier balang kaca & terus beli 1000 pcs balang kaca. Masa tu, tak terfikir pulak betapa banyaknya proses untuk balang kaca tu sampai ke rumah customer.
Supplier > angkut 3 kotak berat > Kereta > angkut lagi > Rumah Kiz(tingkat 4) > Bungkus & tampal Sticker > angkut lagi > Kereta > Angkut Lagi > Pos Laju



So lepas tu baru lah Kiz buat kesimpulan, "Hmm, patutlah takde orang buat bisnes balang kaca ni secara online". Ahaa lupa nak bagitau, dah la prosesnya berlapis-lapis, tup-tup dah sampai kat rumah customer, customer bagitau kiz "Aa, ada 58 balang kaca pecah lah". So kami pun macam "WHAT?". From that incident, Kiz terus tutup tempahan balang kaca tapi diganti pulak dengan Doorgift Kotak Kertas. Walaupun belum dapat order untuk yang ni, Kiz dapat rasakan ianya boleh berjaya, cuma buat masa ni Kiz terpaksa 'pause'kan jugak bisnes ni sebab kami nak fokus kepada satu bisnes sahaja.

BERSAMBUNG..

Ok lah setakat ini sahaja untuk hari ini, Kita sambung lagi dengan bisnes Kiz yang lain esok. Suatu bisnes yang Kiz macam tak percaya rupanya ini lah bisnes yang paling senang & masyuk, bukan mlm tau. Nantikan esok ye dalam "Diari Online Bisnes Kiz bermula hari ini II"


Tuesday, December 25, 2012

Cara Kiz hilangkan jerawat & bekas jerawat mari baca

Salam sejahtera hendaknya anda semua. Hee lama tak hupdate blog yang bersawang-sawang nih. Orang baru kahwin la katakan. BUSY!! Hihi..

So apa Kiz nak update hari ni??

Hari ni Kiz nak Share kan kat korang Tips tentang "Jerawat" iaitu tentang cara menghilangkan jerawat & bekas jerawat yang membanjiri muka anda lalu membuatkan anda rasa segan silu tatkala menghadiri majlis perkahwinan. Heh!


Ahaa sebelum tu Kiz nak bagitau kenapa Kiz terdetik nak buat entri pasal jerawat ni. Al-kisahnya pada suatu hari sehinggalah hari ini, ramai sangat kawan-kawan, blogger sejawat (eh?) , sedara mara asyik tanya Kiz camne Kiz jaga kulit Kiz sebab jarang sangat-sangat nampak Kiz ada jerawat mahupun bekas jerawat.

So setiap kali orang tanya Kiz akan jawab 'benda' yang sama ni. Disebabkan dah tak larat nak ulang benda sama, Kiz buat satu entri tentang ni supaya nanti kalau ada orang tanya Kiz jawab je "Sila bukak blog Kiz Garden untuk tahu lebih lanjut". (Peace!)


Ok berenti untuk 'senyum' sekejap.  P/S : Senyum itu sedekah!
See? Takde jerawat kan? 


Dan disebabkan Kiz memahami perasaan korang semua bila baca entri yang melampau-lampau panjang mesti malas nak baca kan. So lets get straight to the point lah ye.

Cara Menghilangkan Jerawat & Bekas Jerawat.

1. Minum banyak-banyak air masak. 
Kalau boleh cukup 2 liter ataupun 8 gelas sehari semalam eceehh. Ini kerana badan kita memang sangat-sangat perlukan air & sepertimana yang korang semua tahu, 70% kandungan badan kita adalah daripada air betul kan?

2. Elakkan memicit jerawat. 
Ini petua Kiz selalu berikan pada Kiz yang satu lagi (Izz Kiz). JANGAN PICIT JERAWAT! DONT DONT! PU MANG PU MANG (bahasa cina)!! Sebab setiap kali anda picit jerawat, kesan jerawat tu akan melekat ke jari jemari korang yang korang gunakan pulak untuk garu sini garu sana maka berlakulah ledakan jerawat kat muka korang.


3. Elakkan makan makanan yang berminyak. 
Hah! Ini mungkin susah buat sesetengah orang tapi kalau anda nekad, memang betul-betul nak buang jerawat durjana tu mesti boleh punya. Kiz boleh anda pun mesti boleh punya. Contoh makanan berminyak macam kekacang, keropok dan sebagainya. Cubalah, mesti akan ada hasil punya.

4. Makan vitamin C 1000mg sekali sehari (MESTI!). 
Tips yang ke-4 ni penting kalau anda betul-betul nak buat perubahan pada kulit muka anda. Kenapa kiz sarankan anda makan yang 1000mg? Ini kerana vitamin C 1000mg mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding 500mg. Lepas tu kalau 500mg korang nak kena makan sampai 2 kali. Leceh leceh.



Lagi satu sebab kenapa vitamin C adalah, 1 biji vitamin C bersamaan dengan 14 biji buah sun-quick. So korang boleh pilih sama ada nak makan 1 biji vitamin C sehari ataupun pergi borong 14 biji buah sunquick setiap hari untuk dimakan. Dah tahu jawapannya kan?

So kepada sesiapa yang betul-betul nak menghilang jerawat atau bekas jerawat Kiz sarankan korang  cari vitamin C yang halal, tiada pewarna tambahan & tiada kesan sampingan okey. Contohnya korang boleh klik SINI ada menjual vitamin C 1000mg.

Kenapa Kiz recommend korang cuba Vitamin C ni? Haa sebabnya adalah Kiz dah pun cuba & ianya berhasil. Si Suami tengok pun senyummm je memanjang.


Huh! Nampaknya Kiz dah terdedahkan kat korang RAHSIA paling besar tentang cara menghilangkan jerawat & Bekas Jerawat. Harap-harap tips diatas ni dapat membantu korang semua yang mengalami masalah jerawat ye. Amin..

Jerawat Tiada, Hidup ceria!! Yeay!!

Sebarang pertanyaan tentang Vitamin C ataupun berminat nak beli bolehlah PM Kiz di:
Kedai Kiz : www.facebook.com/Kedaikiz
WhatsApp: 017-7323183 (KiZ)


Friday, November 16, 2012

Kiz & Doodle

Tengah duk blogwalking Kiz nampak banyak doodle-doodle melekat-lekat di entri blog. Adakah benda ini sudah menjadi sesuatu yang trend pada masyarakat blogger Malaysia masa kini? Adakah doodle akan menakhluki dunia blogger Malaysia 2012? Ahah jawapannya mungkin ya atau mungkin juga tidak.


Tapi yang pentingnya sekarang..


Kiz pun dah terkena virus 'doodle' yang melanda ni, jadi sebagai doodle pertama Kiz. Kiz berjaya hasilkan sejibik doodle perkahwinan Kiz. Seronok buat benda ni walaupun sedikit susah sebab nak kena melukis pakai mouse kan.

From This


Into This


So tengok-tengok balik, eh ni macam real sangat. Tak boleh jadi camni. Cuba try camni pulak.

From This


Into This

Ahah yang ni baru lah nampak cam kartun cket kan? Tapi still tak puas hati coz nampak tak cute sebab bese doodle-doodle yang Kiz tengok semua comel-comel. so suddenly dapat request daripada kawan seuniversiti Kiz untuk buatkan doodle dia. 

From This

Ahaa much better.

Siap tambah bendera Manchester United (MU) kat belakang sebab tau kawan Kiz ni memang Kipas Susah Mati (Die Hard Fan) MU punya. Hee nantikan lebih banyak lagi Doodle daripada Kiz lepas-lepas ni okayh.


BERMINAT?
Kepada sesape yang jugak berminat nak tempah doodle ngan Kiz dipersilakan. Senang je, Email Kiz kat heischenta@gmail.com pastu jangan lupa attach gambar yang nak Kiz 'doodle'kan. Harganya tak mahal jangan risau, RM20 je per person. Kiz akan buat sedetails yang boleh.


Jari Menaip,
IzZ (KiZ)

Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com

Sunday, November 4, 2012

Baby baru :)

Assalamualaikum..

Sihat semua? Rindu kat u oll semua. Masih semangat lagi menaip entry-entry baru. Jeles tengok yang masih gigih menaip masih setia pada blog masing-masing. Walaupun asyik jumpa orang yang dah tak layan blog diorang, tapi ahh persetankan mereka. Marilah menyayangi blog kita semua.

Pagi-pagi dah membebel. Sementara tunggu air masak, tunggu waktu dhuha tunggu suami bangun, adalah afdal untuk Puan Isteri Kechix mengupdate belog yang istimewa ini. Kali ni nak cerita tentang new baby.

Hamboi sebut je baby haritu, berderu-deru orang tanya ingatkan kat my tummy yang ada baby. Hehehe tak sabar memasing nak jadi pakcik makcik ye. Mohon bersabar ye semua. Kalau ada saya akan kongsi.

Berbalik kepada new baby tu, Kiz telah membuka satu lagi kedai alam maya. Lepas kawin ni, rasa nak bukak kedai tentang kawin-kawin ni melonjak-lonjak. okayyy ni diaaa KIZ WEDDING. So lets story tentang apa yang Kiz wedding ni offer jomm..


Say hello to this dua makhluk demokk ini.
  • PROPS 
Trend menggunakan props ketika perkahwinan semakin menjadi-jadi sekarang. Memang fun dan happening majlis kita nanti di buatnya. Yelah selain kawan-kawan akan berebut props memasing, muka comel setiap orang adalah keutamaan. Jadi, dapatkan props perkahwinan anda di KIZ WEDDING


Alolo baru omel kan ?

Hehehe senget-senget pun props happy je kann..

    Bantal MR MRS HUBBY WIFEY pun ada!
  • HANTARAN - SEWA
Majlis perkahwinan tanpa hantaran hilanglah serinya. Hantaran adalah perkara paling tetamu suka datang untuk tengok. Nak tengok bunga macam mana, nak tengok dekorasi macam mana dan nak curi sirih pun ada. hehe. Oh dan kos yang tinggi untuk membuat hantaran menyebabkan kita selalu terfikir alternatif untuk mendapatkan hantaran yang cantik dan menarik. Tika majlis kami, ramai bertanya sewa hantaran di mana, dan budak kuno ini tak tahu pun ada servis itu. Cian demok ini. Kawan-kawan sarankan buat servis sewa hantaran ekoran hantaran masih cantik sayang biar je. Okayyy ni dia. Kiz wedding sediakan khidmat sewa hantaran kepada bakal pengantin yang nak save bajet. Ada 3 pakej dan maksima dulang adalah 7 sahaja.


Pakej Rossa 5 dulang

Pakej Mawar ada 7 dulang

Pakej Mawar yang cantik.
  • DOORGIFT
Selain itu, Doorgift anda untuk majlis anda boleh di dapati juga di sini. Pelbagai versi balang kaca, kotak, dan macam-macam lagi akan kami tawarkan. Tunggu.. Segalanya untuk anda kami sediakan. 
Antara contoh balang kaca.

Kiz Wedding juga menawarkan pelbagai servis lain. Antaranya
  1. Design kad kahwin mengikut ilham anda sendiri.
  2. Personalized yassin, al mathurat, asma ul husna dan lain-lain lagi untuk semua majlis perkahwinan,pertunangan, hari lahir dan aqiqah.
  3. Button badges.
Jadi apa tunggu lagi, jadikan kami sebahagian dari majlis anda. Kami sedia membantu bakal-bakal pengantin yang kebizian itu. Hehehe.

Monday, October 22, 2012

Rahsia Kiz marketingkan blogshop Kedai Kiz terkantoi sudah!

Aha sape tak kenal blog yang famous lagi glamer tuh, ala blogshop Kedai Kiz tuh? Haa. kenal kan kenal kan?







.  .  .  .  .  .  .
Oh tak glamer ye?






Heh glamer atau tak glamer tu belakang cerita. Yang penting camne betapa susah payahnya Kiz (Izz & Kechix) beriya-iya-oo mempromote blogshop KedaiKiz ni, ataupun dengan nama lainnya, Blog Marketing. Rasanya tak elok kalau Kiz terus terjun citer camne Kiz marketingkan blogshop Kedai Kiz ye tak? So Kiz nak let you all know few ways to market your online shop or blogshop.



1. Blog Comment.

Komen komen &  komen. Caranya adalah korang tengok je entri-entri baru kat mana-mana blog yang korang suke pastu komen, komen. Seelok-eloknya komen yang baik-baiklah. Janganlah g kutuk pulak entri budak tu memang menunggang padah tak berpaling lah jawabnya. Ahaa satu lagi, kalau boleh, jadi orang yang first komen kat entri tu supaya nanti orang lain yang komen pun maybe berminat then terdetik nak bukak blogshop kamoo.

P/S: Cara nie memang sangat-sangat leceh dan susah tapi bagus.


2. Facebook Marketing.

Yang ni kepada sesape yang ada berjuta-jutawan friends kat facebook tu memang beruntung sesangat. Sebabnya facebook marketing ni sangat mudah. Caranya adalah, korang just upload gambar product, tag kawan-kawan, kompem ada yang laku punya.


3. Facebook Advertising.

Kalau cara yang tadi tu free, cara yang kali ni semestinya bukan free. Facebook ads memerlukan korang untuk membayar dalam beberapa usd kepada facebook untuk setiap iklan yang ada orang klik. Memang leceh jugak lah yang ni pastu memang tak berapa berkesan sangat. Korang kena pandai reka ayat iklan korang.

4. Beriklan di blog yang famous lagi amos.

Ahaa cara yang ni memang tak dinafikan boleh berjaya. Berjaya kalau korang memang dah sedia ada banyak duit dalam poket sebab beriklan kat blog ni paling-paling murah pun Kiz tengok dekat RM50 sebulan. Tapi cara yang terbaik adalah Upah blogger femes-amos tu untuk review blog korang kat entri blog dia. Tapi faham-faham jelah dia punya $$$ camne kan kalau nak soh orang reviewkan blog korang tuh. Paling-paling pun RM100 jugak tuh. Kalau kat blog Hanis Zalikha tu haa lagi la, Kiz rasa setakat ada RM1k pun tak cukup lagi untuk satu entri. 

Tapi kalau kat Kiz Garden boleh je murah sebab tak bape nak femes sangat.hihi. 

5. Email Marketing.

Caranya adalah korang kumpul email banyak-banyak sampai beribu-riban pastu korang sent email secara bulk kat semua email-email yang dah berpeluh-peluh-tak-hengat dunia korang kumpul tu. Tapi yang susahnya kita tak boleh guna email kita sendiri untuk sent email tu sebab nanti 100% kompem email-email yang seberat lori 3 tan tu akan masuk dalam SPAM kat email yang korang hantar. So korang kena langgan software kat internet dimana harganya ratusan hingget jugak ler.


6. SMS Marketing.

Eh macam pelik je muka sengsorang bila Kiz sebut SMS Marketing? Yup, ia memang satu teknik yang paling jarang orang guna untuk marketingkan blog mereka padahal SMS marketing ni lah cara yang paling senang & murah untuk promote blogshop atau online shop. Kiz ada jugak cari-cari kat tenet ni yang mane yang best and finally jumpalah jugak Kiz satu portal 'SMS Marketing' ni. Nama dia adalah Cloud SMS Marketing

Maknanya korang boleh hantar SMS bebanyak kat beribu-ribu nombor hp kat Malaysia ni mengikut pakej-pakej yang ditawarkan. Cara marketing ni memang dah terbukti berkesan. Tak caya korang pun bleh cuba.



Ahaa dah tu camne nak cuba? Sila klik sini. Cuba dulu baru tau. Sebab pakej yang diorang tawarkan memang teramat murah dan bergaya. Eh? Dengan cara ni, korang tak perlu nak susah payah blogwalking ataupun tag semua kengkawan kat facebook ataupun keluarkan pinjam duit beribu-riban untuk mintak review iklan ye tak? Tak cukup lagi, korang dah tak perlu dah keluar duit beratus ringgit semata-mata nak beli produk/software marketing yang belum tentu hasilnya. 

Kalau tak berapa yakin, korang boleh je amek 7 Days Free Trial dan rasai kepecutan traffik melincah-lincah naik kat blogshop korang. Kelik sini untuk dapatkan FREE trial.  

KEBURUKAN SMS MARKETING.
Ahaa tapi korang nak tau  tak apa keburukannya SMS Cloud Marketing ni? Keburukannya adalah, once korang dah try FREE trial tu, kompem-kompem korang akan tertarik-bak-magnet-melekat untuk try yang 1k punya credit then 10k punya then 50k then 100k then boooommm-ka-baboom la traffic website korang. Hihi. Bahaya tau.

So buat sesape nak tau lebih lanjut tentang SMS Cloud marketing ni bleh lah klik kat sini dengan senang hati ye.



So kita dah sampai ke penghujungnya sebab Kiz dah letih nak menaip plus esok nak kena bangun pukul 5am jadi driver mak cik kechix Kiz kita ni ada talk kat sekolah dia. Eh lupa nak bagitau apa cara marketing kiz. Actually semua cara yang Kiz dah listkan kat atas tu Kiz buat tapi jauh didasar hati (amboi), SMS marketing lah yang terbaik. Jadi, JOM reramai terjah sini.    

Wednesday, October 17, 2012

Nikmat mana mahu ku dustakan?






Alhamdulillah dengan segala kesyukuran yang Allah limpahkan kepada kami berdua lebih-lebih lagi sejak berkahwin.

Rezeki tak putus dari pelbagai arah. Lalu, nikmat mana mahu ku dustakan?

Benar kata orang, bila nak membina masjid, segalanya jadi mudah. Allah akan bantu. Perkahwinan kami, lama sungguh kami mahukan, ianya berlaku tak dirancang. Alhamdulillah syukur, segalanya mudah, urusan cepat dan majlis berjalan baik. Syukur.

Dan sekarang kami sedang melayari bahtera perkahwinan. Doakan yang baik-baik sahaja. 


Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku "



Wednesday, October 10, 2012

Ayer Hitam dan baju lace'

Okeh harini Kiz macam biasa buat-buat sempat update entri walaupun padahal tengah kelam kabut bersiap nak setelkan beberapa urusan biznes yang belum celecai (amboi bajet cute pulak tak pasal kena hempuk ni kang). So macam biasa tiap-tiap entri Kiz akan mintak maaf kat korang sebab selalu tak hupdate blog. Alhamdulillah lah rezeki ALLAH bagi kitorang lepas kahwin ni tak putus-putus. Blog Kiz Design pun tak henti dapat tempahan Design & Printing.


So hari ni Kiz nak update pasal haritu Izz bawak ibu mertuaku *eceeh* ke ayer hitam walaupun the real fact is kechix(kiz) & ibu dia yang bawak Izz pergi ayer hitam. Ahaa, untuk pengetahuan korang ayer hitam ni berada didalam area Batu Pahat dimana Izz sendiri pun tak reti nak terangkan jalan dia so korang pandai-pandailah tengok peta google maps pastu search Ayer Hitam. Yang penting korang kena exit tol 'Ayer Hitam' dulu. Jangan masuk Ayer Keruh pulak. Haa..


Apa yang best kat Ayer Hitam ni?
Eh mesti lah banyak benda best kat sini. Kalau tak takde lah Kiz bersungguh-sungguh update nih. Kalau untuk gadis-gadis diluar sana korang mesti suke tempat ni coz banyak pasu-pasu bunga belanga segala bersepah-sepah kat sini dan memang sangat cantik dan comel-comel semuanya.

Haa kan dah cakap memang bersepah-sepah.


Pastu kepada sesiapa yang fitrahnya memang kuat makan & suka makan dimana sahaja dikau berada, ahaa sini memang salah satu tempat paling best sebab korang bleh borong segala macam buah & kerepek untuk dimakan apabila balik ke rumah nanti. Yeehuu..

Harap maklum ye. Gambar ni tidak berkaitan dengan kerepek yang dihebahkan.


Ahaa cantik tak Kechix memperagakan Baju Lace  dari Kedai Kiz ngan Topi besar?


So kesimpulannya memang best lah jenjalan kat Ayer Hitam ni especially kalau korang nak cari barang untuk doorgift kahwen dan sebagainya. So selamat bercuti (padahal belum cuti sekolah).



Jari Menaip,
IzZ (KiZ)

Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com




Wednesday, September 26, 2012

Review Blog : Pupel Liyana

Hai bertemu lagi kita dalam rancangan Review Blog (rancangan la sangat, ingat ni tv ke ape). So hari ini kita bersama dengan Blog Pupel Liyana yang besh + ohsem = besem . Eh??


So macam biasa, dalam segmen review blog, benda pertama yang Kiz akan buat adalah pra-tontonkan header tuan blog puan Pupel Liyana (eh dah kawen ghupenya) ni lah.

Belog Puan Pupel Liyana yang dabest

Ok belog Pupel Liyana ni sebenarnya secara ringkasnya menceritakan tentang kisah hidup tuan blog ni lah. Kira senang ceritanya personal blog lah. Ahaa yang bestnya, beliau memang sangat sukakan kuceng. So sesape kat sini yang suka bela kuceng-kuceng moh terjah blog Pupel Liyana ni coz dia suke jugak bagi tips-tips pasal kucing.


Sape masih lagi tak percaya yang Puan Pupel Liyana ni memang kuceng-lover?? Nah amek ni gambar gambar kucing kepunyaan tuan belog Pupel Liyana. Ahaa lagu satu kalau korang nak tau kucing-kucing pupel liyana ni sebenarnya boleh bercakap tau. Tak percaya? Hah tengok bawah..

Wahh comel-comel

2 kali comel. 2 kali comel

Comel comel comel..


Hah kan dah cakap kucing Pupel Liyana ni boleh bercakap. 


So apa lagi yang best pasal Blog pupel Liyana selain kucing-yang-boleh-bercakap ni? Kiz amat tertarik dengan cara penulisan tuan belog ni yang sangat menarik pastu tak menggunakan bahasa-bahasa yang pelik-pelik ataupun 'kiyut' dimana ramai orang tak suke gaya penulisan gitu melainkan penulisnya sendiri. Serius best. Tak caye korang boleh baca sendiri blog Pupel Liyana neh.


Okeh memandangkan Kiz skang ni tengah kesuntukan masa sebab nak kena g jumpa Client tempah design kat Kizdesign.blogspot.com so selamat terjah menerjah & Assalamualaikum.


Jari Menaip,
Izz (KiZ)



Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com




Tuesday, September 25, 2012

Segmen Roti Canai Satu!!

Ahaa..Lama tak menulis eh menaip so jari jemari rasa macam dah keras kejung bak cicak kudung(takde kaitan lansung!). So hari ni Kiz tampil dengan satu segmen baru yang bertajuk "Roti Canai Satu!".


Segmen roti canai satu ni hanya akan terpapar sekiranya Kiz ada free time untuk menulis blog dipagi hari (macam sekarang ni). Sebab biasanya pagi-pagi Kiz akan buat kerja rumah macam kemas rumah, mop rumah, sapu rumah(eh?) dan macam-macam lagilah..


Segmen ni pasal apa sebenarnya? Pasal makanan ke? Nampak macam makanan je?


Ahaa..Memang segmen ni bukan pasal makanan ye. Segmen ni actually Kiz buat untuk mengupas bawang eh isu-isu semasa yang berlaku dinegara kita. Lets check it out!


Gambar yang memang tiada kaitan antara tajuk dan content.


"Srrt srrrt srrrt"(Sound effect Belek-belek surat khabar)


Ahah! Jumpa pun yang menarik.

Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon


Actually isu Madrasah Al-Taqwa ni Kiz dah dengar masa khutbah jumaat baru-baru ni lagi. Memang sangat bahaya ajaran sesat ni sampai ada ibu-bapa yang sanggup daftarkan anak mereka yang baru lahir pun adenya adui. Parah-parah. 

Antara ajaran sesat yang dibawa dek ajaran Juruzon ni adalah (antara yang Kiz ingat la masa dengar khutbah masjid) :

1. Diorang kena bagi zakat tiap-tiap bulan tapi yang bestnya percent zakat yang diorang mintak adalah 10% daripada gaji keluarga yang daftarkan anak-anak diorang kat situ. Gile ape.

2. Pengasas tu cakap kononnya macam dia boleh bercakap dengan orang yang dah mati (kira macam mak bapak budak-budak yang dah meninggal lah). Pastu dia bagitau kat anak-anak yatim ni yang mak bapak diorang cakap suruh ikut ajaran diorang ni sebab ini adalah ajaran yang 'benar' lah sangat.

3. Ajaran Juruzon ni jugak dengan selamba-badaknya mengaku diorang ada cara bacaan Al-Qurannya yang tersendiri pastu menipu cakap yang sebenarnya bacaan diorang tu datang daripada Arasy (everybody knows arasy right?). Pastu yang lagi bestnya, diorang lagi sekali temberang cakap bacaan tu lah yang akan digunakan selepas mati. Ish sangat pandai memandai.




So apakah kesimpulan disebalik Isu Ajaran sesat ni? Moral of the story is apa-apa pun perkara lagi yang melibatkan agama islam Kiz syorkan sangat-sangat korang rujuklah Al-Quran sebab dalam Al-Quran ni dah ditulis semua kebenaran. Maka dengan itu, belilah at least satu Al-Quran yang ada terjemahan so korang boleh rujuk kat dalam tu bila korang was-was ke ape ke kan.

Zaman sekarang ni macam-macam ajaran sesat yang nak menterbalikkan kita umat islam supaya ikut jalan yang salah.


Akhir kata..


JAGA-JAGA..



"Mamak, mana roti canai satu order tadi tak sampai pun??"
-eh?


Ditaip oleh,
IzZ (kIz)


Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com



Friday, September 21, 2012

Hari Bahagia 01092012.

Assalamualaikum..
Kalau semalam dah tengok gambar nikah, maka hari ini nak share gambar persandingan kami pula. Photog pilihan kami adalah Naim dari Naimlud Photography. Cecantik semua gambar dari Naim ni. Dan Kiz pula memang mintak gambar ala-ala Romantik Komedi. Pengaruh filem betul lah kami ni. Hahaha. So jomlah layan gambar.
P

Ayam Golek! yummmeh.

Dayang-dayang yang cecantik.

Rumah Kechik.

Menuju ke destinasi cinta.

Berarak berkompang.

Tol pertama. Excited muka yang bagi tol tu. First time katanya jumpa majlis ada tol.

Tol tol tol. Adat johor kan.

Persandingan.

Mama dan Abah Iz.

hahaha.

tangan ke bahu sangat.

My bridesmaid crew. Love u aall!

suap-suap.

amboi melantak nampak.tak pandang keliling.

haha semua nak curik udang dan kek.

aummmmm. over sangat mentekdarah kek.

button badges!

dayang dan awang sekalian yang bertungkus-lumus menjayakan majlis.


The best picture!

pegang keris. hehe..

Encik Suami & Puan isteri. Official.

alolo manja lahai.

Terbang mencari cinta dan berikan aku cinta.

my superman boleh terbang !yeaaay !

doakan kami bahagia hingga ke syurga ya?

Masih Ada Plan B, Mari baca!