Wednesday, September 26, 2012

Review Blog : Pupel Liyana

Hai bertemu lagi kita dalam rancangan Review Blog (rancangan la sangat, ingat ni tv ke ape). So hari ini kita bersama dengan Blog Pupel Liyana yang besh + ohsem = besem . Eh??


So macam biasa, dalam segmen review blog, benda pertama yang Kiz akan buat adalah pra-tontonkan header tuan blog puan Pupel Liyana (eh dah kawen ghupenya) ni lah.

Belog Puan Pupel Liyana yang dabest

Ok belog Pupel Liyana ni sebenarnya secara ringkasnya menceritakan tentang kisah hidup tuan blog ni lah. Kira senang ceritanya personal blog lah. Ahaa yang bestnya, beliau memang sangat sukakan kuceng. So sesape kat sini yang suka bela kuceng-kuceng moh terjah blog Pupel Liyana ni coz dia suke jugak bagi tips-tips pasal kucing.


Sape masih lagi tak percaya yang Puan Pupel Liyana ni memang kuceng-lover?? Nah amek ni gambar gambar kucing kepunyaan tuan belog Pupel Liyana. Ahaa lagu satu kalau korang nak tau kucing-kucing pupel liyana ni sebenarnya boleh bercakap tau. Tak percaya? Hah tengok bawah..

Wahh comel-comel

2 kali comel. 2 kali comel

Comel comel comel..


Hah kan dah cakap kucing Pupel Liyana ni boleh bercakap. 


So apa lagi yang best pasal Blog pupel Liyana selain kucing-yang-boleh-bercakap ni? Kiz amat tertarik dengan cara penulisan tuan belog ni yang sangat menarik pastu tak menggunakan bahasa-bahasa yang pelik-pelik ataupun 'kiyut' dimana ramai orang tak suke gaya penulisan gitu melainkan penulisnya sendiri. Serius best. Tak caye korang boleh baca sendiri blog Pupel Liyana neh.


Okeh memandangkan Kiz skang ni tengah kesuntukan masa sebab nak kena g jumpa Client tempah design kat Kizdesign.blogspot.com so selamat terjah menerjah & Assalamualaikum.


Jari Menaip,
Izz (KiZ)



Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com




Tuesday, September 25, 2012

Segmen Roti Canai Satu!!

Ahaa..Lama tak menulis eh menaip so jari jemari rasa macam dah keras kejung bak cicak kudung(takde kaitan lansung!). So hari ni Kiz tampil dengan satu segmen baru yang bertajuk "Roti Canai Satu!".


Segmen roti canai satu ni hanya akan terpapar sekiranya Kiz ada free time untuk menulis blog dipagi hari (macam sekarang ni). Sebab biasanya pagi-pagi Kiz akan buat kerja rumah macam kemas rumah, mop rumah, sapu rumah(eh?) dan macam-macam lagilah..


Segmen ni pasal apa sebenarnya? Pasal makanan ke? Nampak macam makanan je?


Ahaa..Memang segmen ni bukan pasal makanan ye. Segmen ni actually Kiz buat untuk mengupas bawang eh isu-isu semasa yang berlaku dinegara kita. Lets check it out!


Gambar yang memang tiada kaitan antara tajuk dan content.


"Srrt srrrt srrrt"(Sound effect Belek-belek surat khabar)


Ahah! Jumpa pun yang menarik.

Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon


Actually isu Madrasah Al-Taqwa ni Kiz dah dengar masa khutbah jumaat baru-baru ni lagi. Memang sangat bahaya ajaran sesat ni sampai ada ibu-bapa yang sanggup daftarkan anak mereka yang baru lahir pun adenya adui. Parah-parah. 

Antara ajaran sesat yang dibawa dek ajaran Juruzon ni adalah (antara yang Kiz ingat la masa dengar khutbah masjid) :

1. Diorang kena bagi zakat tiap-tiap bulan tapi yang bestnya percent zakat yang diorang mintak adalah 10% daripada gaji keluarga yang daftarkan anak-anak diorang kat situ. Gile ape.

2. Pengasas tu cakap kononnya macam dia boleh bercakap dengan orang yang dah mati (kira macam mak bapak budak-budak yang dah meninggal lah). Pastu dia bagitau kat anak-anak yatim ni yang mak bapak diorang cakap suruh ikut ajaran diorang ni sebab ini adalah ajaran yang 'benar' lah sangat.

3. Ajaran Juruzon ni jugak dengan selamba-badaknya mengaku diorang ada cara bacaan Al-Qurannya yang tersendiri pastu menipu cakap yang sebenarnya bacaan diorang tu datang daripada Arasy (everybody knows arasy right?). Pastu yang lagi bestnya, diorang lagi sekali temberang cakap bacaan tu lah yang akan digunakan selepas mati. Ish sangat pandai memandai.




So apakah kesimpulan disebalik Isu Ajaran sesat ni? Moral of the story is apa-apa pun perkara lagi yang melibatkan agama islam Kiz syorkan sangat-sangat korang rujuklah Al-Quran sebab dalam Al-Quran ni dah ditulis semua kebenaran. Maka dengan itu, belilah at least satu Al-Quran yang ada terjemahan so korang boleh rujuk kat dalam tu bila korang was-was ke ape ke kan.

Zaman sekarang ni macam-macam ajaran sesat yang nak menterbalikkan kita umat islam supaya ikut jalan yang salah.


Akhir kata..


JAGA-JAGA..



"Mamak, mana roti canai satu order tadi tak sampai pun??"
-eh?


Ditaip oleh,
IzZ (kIz)


Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com



Friday, September 21, 2012

Hari Bahagia 01092012.

Assalamualaikum..
Kalau semalam dah tengok gambar nikah, maka hari ini nak share gambar persandingan kami pula. Photog pilihan kami adalah Naim dari Naimlud Photography. Cecantik semua gambar dari Naim ni. Dan Kiz pula memang mintak gambar ala-ala Romantik Komedi. Pengaruh filem betul lah kami ni. Hahaha. So jomlah layan gambar.
P

Ayam Golek! yummmeh.

Dayang-dayang yang cecantik.

Rumah Kechik.

Menuju ke destinasi cinta.

Berarak berkompang.

Tol pertama. Excited muka yang bagi tol tu. First time katanya jumpa majlis ada tol.

Tol tol tol. Adat johor kan.

Persandingan.

Mama dan Abah Iz.

hahaha.

tangan ke bahu sangat.

My bridesmaid crew. Love u aall!

suap-suap.

amboi melantak nampak.tak pandang keliling.

haha semua nak curik udang dan kek.

aummmmm. over sangat mentekdarah kek.

button badges!

dayang dan awang sekalian yang bertungkus-lumus menjayakan majlis.


The best picture!

pegang keris. hehe..

Encik Suami & Puan isteri. Official.

alolo manja lahai.

Terbang mencari cinta dan berikan aku cinta.

my superman boleh terbang !yeaaay !

doakan kami bahagia hingga ke syurga ya?

Wednesday, September 19, 2012

Pernikah Kiz 28052012.


Assalamualaikum

Lama kan Kiz senyap/ Maklumlah buat event besar. Jadi sebelum sebarang cerita menyusul mari Kiz sajikan gambar dulu untuk semua baru feeling lepasni story kat semua kan. Kenapa nikah dulu 3 bulan lepastu baru sanding haaa macam-macam cerita lah nak share kat u olls. Tunggu k.

Jom layan gambar. Klik dari HmR Photowork.

Alolo omel lah tu?

memalu.

style retis pandang tepi gitu. over taw chik ni.

i memang suka ketawa. kihkihkih. depan tok kadi pun ketawa je.

cium dahi? baru sweet ye dak

bff datang bagi sokongan

motor antik pakcik.

ibu and mama. both i love sooo much.

muka serius sebab nervous.

aminnn.

peace versi ke bawah pun boleh.

semak samun.

ketawa lagi

mama and ibu lagi.

adik kembar tak seiras kami.

legaaaa.

dah boleh lentok bahu ke bahu nampakkk.

di dedaun tingkap.

bacaan taklik..

kasutku.eh.

Nantikan lebih cerita dari Kiz..bersambung..

Masih Ada Plan B, Mari baca!