Tuesday, July 12, 2011

Sinopsis Juvana Episod 12.Best.

Aish dah lama tak review drama/movie tiba-tiba datang rasa kekok macam tak pernah menaip.Okay kali ni Kiz nak bercengkereng dengan korang tentang sinopsis Drama juvana TV3 arahan Faisal Ishak yang cool untuk episod ke-12 which mean dah tinggal lagi episod before drama yang meletop-letopkan kakiku yang baru tercucuk mata parang time tolong mak tadi.Auch!

Okeh now lets get straight to da point.

Sinopsis Juvana TV3 ( Episod 12 )

Start je drama ni kelihatan guard kaki pukul,(entah apa nama dia lupa pulak kiz) datang nak buat deal dengan botak.Dia nak botak jadi mata-mata dia tolong tengokkan Si Daim.Okeh now lets skip part-part yang agak tak perlu cerita macam daim lepak ramai-ramai dengan 'geng-geng' barunya sebelum hari final debat keesokan harinya.

. . . . . . . . . . . . . . 

Hari final debat bermula.Masa tu lah,lebih kurang 15 minit sebelum Group sekolah juvana bertanding , Daim tercurik-curik dengar pergaduhan/perbualan antara guard kaki pukul dengan Warden Raja yang tak berapa nak raja sangatlah.Guard ugut Warden raja dia akan bagitau pihak media dan dato if dia tak naikkan percentage duit yang patut dia dapat dalam aktiviti penyonglapan dana sekolah juvana yang diperoleh.Then,Kantoi,lepas tu jugak lah Daim dapat tau yang rupanya Warden Raja tak ambik endah lansung habuk pun pasal kesnya.

Daim dengan sengaja hatinya bagi Sekolah Juvana kalah dalam pertandingan debat final tu supaya dapat memalukan Warden Raja yang dibenci-benci oleh Kiz dan masyarakat penonton yang lain.Akibat daripada tu,Daim dibenci semua kengkawannya termasuklah Si Apek.Botak mula nak ambil peluang which mean Botak dah jadi jahat balik.Baru nak tengok dia baik sekejap ek..Last skali,Daim dah tak tahan sangat perasaan yang berbuak-buak nak ceritakan rahsia yang dia tahu,dia pun kecahkan jugak rahsia tu kat Cikgu Zakiah then Kengkawan dia.

Daim dapat balik kawan-kawan dia.Botak curi dengar rahsia yang Daim bagitau.Cikgu Zakiah curi-curi masuk bilik tuan wira then captcha klik klik beberapa keping gambar yang boleh dijadikan bukti perbuatan jahat Warden Raja dan sekutunya.Daim and da geng dipukul dan dipenjara beramai-ramai.Dalam waktu yang hangat dan genting tu,ceehh,cikgu Zakiah sempat ajak Cikgu bajek baik(juga lupa nama dia) buat report polis pasal angkara Tuan Wira Siot tu.Dalam masa yang sama,harapka pagar,pagar makan padi,cikgu bajek baik tu terkup mulut Cikgu Zakiah sampai pengsan...Bersambung

Jadi,siapa lagi yang akan menuntut bela,menegakkan keadilan yang berlaku sedangkan kesemua hero dan heroin-heroin telah tertangkap?Adakah penindasan ini akan tiada penghujungnya?Mungkinkah Cikgu Zakiah akan dirogol?Jom sama-sama nantikan episod Juvana TV3 yang akan datang.Episod terakhir tak silap kiz.

*Sedia maklum bahawa sinopsis ni Kiz tulis sendiri dan tak copy dari mana-mana sumber,jadi jika mahu copy sila bagitau dulu ok.Sharing is caring like a sibling(ending post mesti mengarut jugak,aduyai..)

Yang kuat menaip,
Izz ( KiZ )

Sunday, July 10, 2011

Kereta Proton.Yang Mana Pilihan Anda?

Nowadays,Kiz tengok syarikat pengeluar kereta negara kita dah semakin berlumba-lumba kejar mengejar antara satu sama lain.Masing-masing dengan strategi yang berbeza.Persaingan agak sengit.Tapi hari ni Kiz tak mau bercengkereng pasal persaingan ataupun syarikat mana lagi 'Terror' or whatever it is,Kiz nak bercengkereng dengan korang pasal Kereta Proton.Kenapa Proton?Ahah itu Kiz tak tau,ikut gerak hati je,sambil-sambil tengah duk mandi mem'bersih'kan diri tiba-tiba terfikir idea nak buat post ni.So,lets move on..

Dah banyak kereta yang dah dipasarkan ke pasaran tempatan dan luar negara dek syarikat Proton Holding Berhad antaranya termasuklah Proton saga BLM , saga FL , Satria , Satria neo , Savvy , Tiara , Waja , Exora and last but not least the latest edition lah , Proton Inspira yang lebih hangat daripada biasa.Masing-masing dengan keistimewaan sendiri,anda pandu anda tentukan.Eceeeh..Dah macam iklan radio pulak.


SO,the question is..

Antara 3 Kereta ni,which are Satria Neo , Saga FL and Inspira.Mana satu yang akan menjadi pilihan korang?Ingat,masing-masing ada Pro and Cons tersendiri.Tak semestinya sebab Proton Inspira is the latest one bermakna kereta tu yang paling bagus ok.

1. Proton Saga FL
 Dengan berbekalkan Enjin 1.6 CAMPRO IAFM ditambah pulak dengan bentuk badan yang agak 'exclusive' orang cakap , Kiz rasa this car sesuai untuk orang yang sukakan pemanduan yang biasa dan lebih kepada family-family punya sebab top speed dia boleh pergi paling-paling pun sampai 160km/j sahaja untuk yang dibiar suci(tak dibikin).

Dia punya tank pulak boleh menikmati minuman 'petrol' sebanyak 40 liter.Harga dia pulak untuk manual Kiz chech kat website proton adalah lebih kurang RM40,000 and for automatic transmission will be around RM50,000.Boleh tahan murah jugak tu untuk kereta saiz besar camni.

2. Proton Satria Neo

Gambar dipinjam daripada incik Google
 Kalau diberi pilihan oleh Jin Lampu Ajaib untuk pilih antara 3 kereta proton ni,Kiz rasa kiz takkan berfikir panjang and cakap kat jin tu,"Jin,Aku nak kereta satria Neo!".Nak tau kenapa?Sebab Kiz ni jenis orang yang cepat terpengaruh dengan design or rekabentuk sesuatu produk.Tengok saja Proton Satria Neo ni,dia punya ke'sporty'an memang tak boleh dinafikan lagi walaupun terpaksa meredah lautan gelora(amboi!).

Walaupun kereta ni jenis yang dua seat dan agak menyusahkan penumpang yang nak masuk seat belakang sebab nak kena tarik seat depan dulu,dengan enjin 1.6 CamPro CPS , Si Cilik yang tak berapa kecil ni boleh memecut dengan kelajuan 190Km/j.Ok what,kat Malaysia ni laju-laju pun boleh jauh mana je pun kan.Harga dia pulak adalah around RM58,000 untuk manual dan around RM61,000 untuk auto transmission.Jom beli beramai-ramai(ecehh,duit tarak nak bali konon Kiz ni)

3. Proton Inspira
Juga dipinjam dari Pak Cik Google
 Okeh lastly , Proton inspira.Boleh juga dikatakan sebagai kereta idaman oleh para peminat kipas susah mati kereta Malaysia masa kini ecceeehh.Rekabentuk sangat menarik,dah ala-ala macam Evo lancer dah bentuknya.Setakat ni,ada 3 version yang diofferkan oleh proton iaitu inspira 1.8MT , 1.8CVT dan 2.0CVT , kesemuanya dengan berbekalkan enjin MiVEC DOHC 16V.Top Speed Proton Inspira ni adalah lebih kurang 200KM/J.Mantap jugak lah ya walaupun agak jauh beza dengan Evo Lancer.

Bahagian dalamannya pulak kelihatan agak canggih dan esklusif ,sangat sesuai untuk yang dah berkeluarga nak balik kampung dari johor ke perlis dan sebagainya.HArga?RM79,000 hingga RM94,000 bergantung pada pakej yang diambil.


Okaylah,setakat ni jelah pergebangan kita untuk hari ni okayh.So masing-masing ada pendapat sendiri,kalau korang diberi pilihan untuk memilih antara 3 kereta ni secara percuma,yang mana akan korang pilih?Adakah Satria Neo seperti yang dipilih Kiz?Ataupun Saga FL?Ataupun inspira?Keputusan ditangan anda.Ahaa dah macam Pak nil lah pulak.Ok lah sebelum Kiz mengarut dengan lebih lanjut,baiklah Kiz takan butang noktah sekarang.

Saturday, July 9, 2011

Servis Buat Blog HANYA RM25??

Yup.Setuju.Memang hanya RM25.
Hari ni,dengan segala kudrat dan tenaga lahiriah dan batiniah yang ada.Kiz meng'offer'kan kat korang semua Servis Buat Blog atau blogshop dengan hanya bermodalkan RM25 untuk simple.Oops,jangan salah tafsir ya,ini bukan MLM okayh.Yang penting iainya blogger ataupun blogspot( sama la tuh ngek! ).Cuma kat sini awal-awal Kiz cakap Kiz memang takkan guna apa-apa blog template from other website.Semuanya Kiz akan buat sendiry(amboi gedik melebih nampak sendiri tuh)

Servis Buat Blog punya jadual


*Kiz jugak akan promotekan blog anda yang dah siap kat entri Kiz Garden yang akan datang

Erm,jap eh..Anda faham tak jadual kat atas ni,especially part yang "header je" and "tambah nuffnang" tuh?Okeh aa yang header je tu maksudnya anda just macam "Kiz,tolong aku buat header satu..please..aku bayar kat hang RM10,header je...bolehla".Haa,ada paham?Pastu yang tambah nuffnang tu , contoh anda dah ada blog then tak ada masa or malas nak bikin nuffnang yang 'Bakal Menjana DUIT Ke Dalam Poket Anda' tu,takpe,Kiz boleh buatkan.Ataupun macam ada antara anda yang nak ambil pakej "Terbaik" then nak tambah nuffnang , kenalah tambah lagi RM5.

Ok,sekarang ni moh tengok beberapa blog yang dah Kiz tolong bikinkan:

1. Mia Curtain (www.miacurtain.blogspot.com)
Sila open her blog kalau nak tengok lebih jelas.Dalam gambar ni nampak agak kekaburan pulak.This Blogshop jual macam-macam jenis langsir and hiasan dalaman.Juga menerima tempahan langsir untuk raya,kahwin and much more.

2. Wyda Heritage (www.wydaheritage.blogspot.com)
Again,sila open her Blog kalau nak tengok dengan lebih jelas okay.Yang ni dia ambil pakej 'Sempoi'.Then bcoz of her blogshop jual fashion-fashion punya barang,dia nak header yang macam 'fashion-fashionasting' lah,so Kiz bagi our best shot and Ta-DAA...

3. Kedai Kiz (www.kedaikiz.blogspot.com)
Hihi,than last but not least,Kedai Kiz.For your information ( yang tak tau lagi ), Kedai Kiz adalah Blogshop Official Kiz Garden, Which mean apa-apa baju seluar skirt polkadot maxi shawl and whatever things that is to be sold semuanya dalam ni.Boleh open jugak blog ni sambil-sambil window shopping ya(amboi lebih-lebih pulak promote blog sendiri)

So thats all for today.Kepada sesiapa yang rasa dah tak sabar-sabar,jantung berdentam dentum bak kilat yang sambar menyambar nak mintakkan Kiz tolong buat blog anda,boleh Sms Kiz at 017-9074341(Kiz).
Jangan lupa nyatakan sekali nama and jenis pakej yang anda mahu.

Thursday, July 7, 2011

Novel ini sesuai untuk kaum Adam

 Novel keluaran FIXI.Karya Khairulnizam Bakeri.Boleh search facebook dia ada.
Seriously , ni first time tau Kiz baca novel bahasa Melayu.Selama ni tak pernah-pernah pun Kiz layan this novel stuff pun.Memang tak minat lansung pun nak baca.Tengok novel pun hujung-hujung mata je.Ahaa, nampak tak betapa Kiz memang tak layan novel.

Tapi entah camne suatu hari KIz rasa nak jenjalan ke Pusat Konvensyen Shah Alam,dengar-dengar sayup angin kata ada PC-fair.Nak cari buku "Bogel Menuju Tuhan" karya Zahiril Adzim.Hopefully dapatlah jumpa dia mintak dia kasi tandatangan sejibik kat buku tu nanti malangnya dia ada kat Kuching pulak time tu.Hmm,takpe,Buku dia je pun dah jadi kot.Kiz pun belilah buku "Bogel Menuju Tuhan" ( sekarang ada pada Si Chix Kiz kita ).Ahah, masa tu Kiz beli buku tu kat Booth FIXI.Kiz tengok kat atas meja counter, memang banyak betul buku keluaran FIXI tersusun atas meja.Kiz tanya abang yang jaga Booth tu , Novel "PECAH" ni pasal apa ek?Cover buku macam best.

Abang tu pun terus la ceciter ngan Kiz yang Buku tu pasal sekumpulan perompak yang of course la cuba nak merompak bank.Berjaya.Dapat  lepas.Tapi macam-macam lagi masalah diorang kena tempuh.Kiz tak tau lagi masa tu Novel tu sebenarnya Jauh lagi best dari yang diceritakan.Kalau korang beli nanti mesti korang takkan rasa menyesal keluarkan duit RM20.00 untuk beli novel tu cuma Kiz rasa korang takkan baca novel tu sekali lalu sebab citernya panjang and ada part-part yang sedikit mendatar.

Part-part yang best antaranya macam Camne cara diorang merompak,camne diorang sorok duit,motif rompakan dia and kisah-kisah silam diorang plus pelbagai coincidences yang berlaku dalam Jalan Citer tu.
Paling besh,TAKDE LANSUNG BAB-BAB ROMANTIK dalam tu.Novel "Pecah" ni bagi Kiz kalau ikut genre movie or drama kita boleh kelaskan dia dalam Action laa.Ahah,macam "KL Gengster" gitu.That's why la Kiz kata Novel ni sesuai untuk kaum Adam.Beli lah satu.Pasti berbaloi.Pasti PECAH! punya.

Jari menaip ,
Iz ( KIZ )


Wednesday, July 6, 2011

Episod 4 : Budak Bulat kena campak???

Previously on "Belog Budak Bulat" : Denda Oh Denda

Budak Bulat Kena Campak?
Eeeehaaaa!!Budak Bulat kembali lagi dengan penampilan yang lebih kacak daripada
biasa.Sila tolong jangan tersilap baca tajuk kat atas ni macam "Budak Bulat kena demam campak??".
Kena campak disini maknanya Untuk episode ke-4 dan ke Al-seterusnya, Kisah Budak Bulat akan melekap
di fikiran korang dalam blog Kiz Garden yang best meletop-letop( Puji melebih-lebih) ni.Maknanya lagi, budak bulat dah dicampak ke blog Kiz Garden lerr..Pada yang tak tau apepun lagi pasal budak bulat A.K.A aku ni sila lah rajin-rajinkan tangan ke www.belogbudakbulat.blogspot.com ok..Episode 1,2,3 semua ada kat sana.


Ok lah.Selesai sesi pengenalan yang senget benget nih.Jom sambung lagi citer pasal Aku
yang lebih hensem daripada biasa ni(Macam trademark HOT FM ler pulak ).Hoho sekarang ni
dah habis dah tempoh 2minggu aku tak dibenarkan menegok TV (Padahal dah berbulan-bulan tak update belog),so sekarang aku bolehlah tengok Citer Superman kegemaran aku yehaaa!!!

Tapi nasib selalunya tak menyebelahi aku,aku pun tak tau nasib tu duduk sebelah siapa.SEBAB AKU BARU JE TENGOK TV 10MINIT MAK AKU DAH PANGGIL SURUH BELI BARANG KAT KEDAI ANEY(saja tambah 'y' bagi nampak gedik).Kacau daun betui ler.Mak aku pun terus bagi list barangan yang aku kena beli.


Aku pun terus rembat basikal 'BMX' yang aku jenamakan sendiri kayuh-kayuh ke kedai ane dengan kelajuan 200KM/jam(meter basikal lukis sendiri).Laju tak aku bawak??Sesampainya aku kat kedai, aku terserempak pulak dengan 'Mat Jamban' yang tak berapa nak jambu tu.Aku pun da panasss je tengok muka dia sebab pasal dia lah aku kena belasah dengan samseng-samseng sekolah  dalam episod 3.

So..Ahaa!!Tetiba aku ada PLAN SUPERB DUPERB untuk kenakan dia..
JENG JENG JENG!!!....,,,,,,

Bersambung

Masih Ada Plan B, Mari baca!