Sunday, December 19, 2010

Ponn Ponn!! Tips ketika di Lebuhraya

Bagi pemandu-pemandu yang 'pro' anda tak perlu baca ni .Tapi boleh jugak kalau nak baca dan tambah pendapat masing-masing.Terpulanglah.Sebab entri kali ni pasal cara pemanduan yang memberi win-win-situation untuk semua pemandu tak kira anda pemandu brutal(bawak laju wee wee) ataupun pemandu skema(bawak slow macam Kiz )




Kiz dibenarkan drive kereta time tu Kiz dah setahun amek lesen.Ya.Memang susah nak dapat kepercayaan ibu-bapa.Dan 1st time dibenarkan tu adalah kat , HIGHWAY.Perasaan mula-mula dapat drive?Ahah,kompem sama je macam korang.Ada sedikit excited sebab dapat drive, sedikit gemuruh jiwa,dan sedikit tak-tau-pape pasal nak drive kat highway sebab Cikgu kelas memandu Kiz yang pakai spek hitam ngan muka poyo tu tak de plak bagitau pasal cara nak drive kat highway.

Pastu macam biasa , walaupun takde cikgu memandu kat sebelah.Kita tetap akan dapat mendengar teguran-teguran dan kebingitan 'Cikgu' memandu kita yang biasanya family kita lah.Tapi dalam hati cakap , nak tegur-tegur lah kak long oii,janji aku boleh drive.Tapi sebenarnya,walaupun teguran-teguran tu kadang-kadang membuat kita jadi jiwa-kacau-emosi-luar-biasa ,  semua tu ada baiknya.


So,kat sini Kiz curahkan segala ilmu hitam dan ilmu magik yang kiz dapat pasal cara memandu di lebuhraya.Atau dengan bahasa rasmi nya " Tips memandu di lebuhraya " .

(1) Pabila anda bawak perlahan a.k.a slowmo
Pastikan anda sentiasa berada di lane yang paling kiri ataupun tengah(kalau 3 lane lah) . Gunakan lorong kanan untuk memotong sahaja okay.Safe and sound.Kalau kereta anda dibebani barang yang sangat banyak dinasihatkan drive di lorong kiri je.

(2) Pabila anda memandu laju a.k.a brutal-driving
Terbalik.Pastikan anda sentiasa di lorong kanan sahaja.Tapi kena ingat , bukan anda sorang je yang bawak laju melayang-layang , mungkin ada yang lagi 'brutal' dari anda.So, kena selalu perhatikan mana tau ada kereta lagi laju kat belakang terpaksalah anda menghempet ke kiri sebentar bagi lipas kudung tu potong anda dulu.

(3) Pabila kereta depan dilorong kanan yang drive-slow-tak-nak-kalah
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda menggunakan kuasa 'blip-blip(lampu tinggi)'  di waktu siang ( kalu drive time sianglah) sampai lah kereta depan tu menghempet ke kiri.
Kalau dia tak nak kalah jugak?Terpaksa lah anda memotong dia dari kiri pastu buat muka bengang masa potong.

(4)Pabila anda memandu sederhana laju
Pastikan anda sentiasa di lorong kiri dan hanya memotong bila memerlukan.Macam kalau kereta depan anda memang terlalu lembab.Dinasihatkan pastikan line clear dulu di lorong kanan baru potong ok.

(5)Pabila hujan turun dengan lebat
Sila on kan wiper dan lampu secepat mungkin supaya kereta belakang boleh nampak yang anda sedang memandu.Then , dont bawak laju-laju okay.mana tau ada lopak air.Huu marabahaya tu boleh excident tu.

(6)Pabila banyak selekoh maut
Jalan bengkang bengkok adalah merbahaya untuk anda drive laju-laju kalau anda tak biasa dan tak yakin nak bawak laju.Jadi jangan drive laju-laju masa kat selekoh.Kurangkan brek masa tengah ambek lap ( amek selekoh ) malah biasakan brek sebelum anda menyelekoh(bahasa mana ntah ni).Antara highway yang banyak selekoh merbahaya yang pernah Kiz drive alalah kat highway karak.Cuak gak drive masa mula-mula.

(7) Pabila tiba-tiba ada orang call.
Dinasihatkan tak payah jawab ataupun jawab dengan pantas.Macam "hyep sori nga drive nih , Truuut (terus end call)".Kenapa kiz cakap camtu , sebab dah ramai dah yang terlibat dengan kemalangan disebabkan bercakap semasa memandu.Err,maksud kiz bercakap dalam telefon lah.

(8) Pabila mengantuk
Makan lah apa-apa jajan ke gula-gula ke yang boleh hilangkan mengantuk.Ataupun ajak member sebelah tu bersembang.Kalau drive sorang , boleh bersembang sorang-sorang ya.Ataupun stop kat mana-mana R&R , tido kejap , tido sunat orang cakap.Pandai-pandai je kiz ni tido sunat lah ape lah.Tapi kalau  ada penumpang yang boleh drive tu tukar je la driver,habes citer.



Okeyh dengan tips-tips 'pabila' di atas tadi , harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih baru nak memandu ni okay.Drive kat lebuhraya memang lah tempat yang paling sesuai untuk permulaan anda sebagai pemandu,
"sebelum perasaan excited tadi akan bertukar kepada boring nak memandu bila dah selalu sangat drive.hehe."

8 comments:

Unknown said...

tq..haha..kadang2 tlupa gak masa drive..biase la nk cepat kan..

Anisa said...

lukisan tu comel (:

KizZ said...

hehe..TQ yah..em..terlupa ape cik roz?

farhana_acimek3 said...

tq dear atas tips2 tu sume..hahahaha comel la lukisan uhh

KizZ said...

hehe...u r welcome..comey eh..selekeh je

mimi mn said...

sesuai untuk saya yang baru berlesen ni haha

Eyra Rizal Touch said...

MAKEUP CLASSES UPDATES!

-PERSONAL MAKEUP CLASS@SHAH ALAM (21ST DECEMBER 2010) RM150

-PROMOTION BASIC TO ADVANCE CLASS @ SHAH ALAM!
DATE 9/1/2011 & 30/1/11 (PICK 1)
NORMAL PRICE: RM350
PROMO PRICE: RM295

-BEAUTY & FASHION TALK!!!
19/2/2011 (BANGI) OR 20/2/2011 (SHAH ALAM)
NORMAL PRICE: RM100
STUDENT PRICE: RM80

SMS 016-2128740 TO REGISTER
FB: EYRA RIZAL
WEB: WWW.EYRARIZAL.COM
BLOG: WWW.EYRARIZALSTOUCH.BLOGSPOT.COM

zalizalu said...

(3)Pabila kereta depan dilorong kanan yang drive-slow-tak-nak-kalah
-lepas high beam, kalo dia tanak mengalah jugak, hon2 dlu.. hon lama2 ba dia bengang.. hahaha

Masih Ada Plan B, Mari baca!