Monday, December 31, 2012

Vitamin C & Konsep Dropshipper

Ahaa seperti yang dijanjikan, hari ni Kiz akan ceritakan kat anda semua suatu Bisnes yang paling 'Masyuk' yang Kiz memang tak sangka-sangka. Cuba teka apa bisnes tu?

Jawapannya adalah bisnes Vitamin C 1000mg keluaran Pahang Pharma..


Macam tak percaya, start-start je bisnes ni dah ada 3 customer beli Vitamin C 1000mg dengan Kiz. Bisnes Vitamin C ni Kiz jalankan secara dropship sahaja. Maksudnya, Kiz tak pegang pun stock barang yang Kiz jual tu. Prosesnya macam ni:

Kiz letak barang kat blogshop > Customer beli barang dengan Kiz > Customer bayar kat Kiz > Kiz bayar dan tempah kat dropshipper harga modal > Dropshipper akan pos barang tu ke Customer tadi.



Ok? Faham tak? Maknanya Stok tu takde pun pada Kiz,.Secara ringkasnya, Kiz hanya jual gambar & ayat marketing sahaja untuk dapatkan Sales. So, ini yang kita boleh namakan RISK FREE punya bisnes. Tiada risiko, kalau takde sales pun kira takde rugi apa-apa, dropshipper yang rugi, betul?

Another reason of why Kiz suka sangat jual produk Vitamin C 1000mg ni adalah kerana Kiz tak perlu nak bersusah payah keluar ke tempat supplier cari Stok, buat shoot, pastu dah ada orang beli nak kena pergi pos satu-satu barang..Memang leceh. Even so, ada buruknya jugak Bisnes Dropship ni.

Keburukan Bisnes secara dropship

1. Tak dapat pegang/rasa produk sebenar.
Yup, kita takkan dapat pegang (kalau produk fizikal) atau rasa (produk makanan) produk tu melainkan kita sendiri beli untuk kita sendiri. Contohnya, produk tu adalah baju/kain, disebabkan ianya dropship, kita tak dapat rasa kain tu ok ke tak, ada terkoyak ke kat bahagian-bahagian mana. So kalau nanti barang dah sampai kat customer, customer komplen, kita yang kena, bukan dropshipper.

2. Profit kurang sedikit berbanding jual sendiri.
Bila buat bisnes melalui dropshipper ni, kita punya keuntungan mesti akan kurang sikit berbanding bisnes tu kita buat sendiri. Sebab biasanya dropshipper akan caj kita lebih dari harga yang dia dapat dari kilang (contoh). Kira macam caj upah minyak, tenaga, risiko dan masa dropshipper tu lah. 

Tapi cuba bayangkan kita sendiri ambik stok daripada kilang dan jual sendiri tanpa melalau dropshipper, mesti untung kita lebih betul tak?


Jadi jika anda nak buat bisnes yang melalui dropshipper, pastikan anda tahu harga market Produk tersebut supaya tak tertipu dek dropshipper (dah banyak jugak kes camni, dropshipper cekik darah). Buat kira-kira, kalau untung setakat RM5 untuk sehelai baju, nak jual kat online baik lupakan jek, cari dropshipper lain. Rajin usaha mesti jumpa yang bagus punya ok..


Ok lah itu sahaja setakat ni Kiz kongsikan buat anda semua..Selamat Tahun Baru (Saje nak wish awal-awal)


Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C?
Klik LINK ini sekarang!

Sunday, December 30, 2012

Diari Online Bisnes Kiz bermula hari ini

Salam Sejahtera..

Diumumkan bahwasanya mulai hari ni Kiz berkemungkinan besar akan tukar genre entri-entri Kiz kepada Entri-entri tentang bisnes Kiz di Kiz Enterprise. Dan InsyaALLAH mulai hari ini, kami akan usahakan untuk update blog Kiz Garden ni tiap-tiap hari dengan 'Diari Bisnes' kami di Kiz Enterprise.


Mula-mula ingat nak jump terus ke diari hari ini tapi bila fikir-fikir balik macam tak 'manis' la pulak bak kata orang tua-tua kalau takde pengenalannya.


So hari ni Jom kita tengok senarai Bisnes Online yang sedang & telah dibuat di Kiz Enterprise.

1. Kedai Kiz (www.kedaikiz.blogspot.com)


Dalam kedai kiz ni, Kiz lebih kepada menjual blouse, skirt & bermacam-macam lagi pakaian perempuan yang mengikut fesyen. Bisnes ni ok tapi disebabkan beberapa kesilapan kecil masa menjalankan bisnes ni. Kiz mengalami kerugian yang agak besar walaupun kebanyakan baju yang dijual laku. Entri akan datang nanti kami akan ceritakan apa kesilapan-kesilapan yang kami dah buat supaya boleh dijadikan pengajaran.

2. Kemeja Kacak (www.kemejakacak.blogspot.com)
Kalau Kedai Kiz jual pakaian perempuan, Blog Kemeja Kacak pula lebih kepada pakaian kemeja lelaki iaitu baju kotak-kotak. Dukacitanya, Bisnes 'Kemeja Kacak' ni tak kekal lama disebabkan demand untuk pakaian lelaki di Internet tidak begitu meluas.


 Bila kaji-kaji balik baru kami sedar yang lelaki ni kuasa membelinya tak sebegitu 'Power' sepertimana orang perempuan membeli. Akhirnya, Blogshop 'kemeja kacak' ni kami tutup & plan untuk bisnes lain yang lebih sesuai.

3. Kiz Design (www.facebook.com/KizDesign)
Kiz Design ditubuhkan pada bulan September 2012 (Bulan perkahwinan kami) kalau tak silap kami. Kiz Design ni pada mulanya lebih kepada membuat design. Dan disebabkan ramai yang bertanya, "Kenapa tak buat printing skali?" atau "Ada printing skali tak?", Kiz akhirnya turut sama menceburi bidang printing macam print Bisnes Kad, Flyers, Kad Kahwin dan sebagainya.



Hasil jualan untuk Kiz Design nampak macam ok, banyak sales tapi kami berdepan dengan satu masalah besar iaitu kekangan masa. Kami mempunyai banyak perkara untuk dibuat tiap-tiap hari.Untuk siapkan 1 design, biasanya kami memerlukan lebih kurang 2 jam dan biasanya upah yang diambil untuk design ada dalam RM20-RM35. So lepas buat beberapa kiraan, bisnes ni nampak macam tak berbaloi melainkan kami mengambil Designer untuk membuat design. So, kami plan untuk 'pause' bisnes ni untuk sementara waktu sambil kumpul duit untuk upah pekerja(designer).

4. Kiz Wedding (www.facebook.com/Kizwedding)
Kiz Wedding ni ditubuhkan dalam masa yang lebih kurang sama la jugak dengan kami tubuhkan Kiz Design. At first, kami just target untuk jual bekas balang kaca (biasa orang buat doorgift) , yassin, Mr & Mrs Pillow & hiasan untuk perkahwinan. Tapi fikir-fikir balik, why not kita offer design & printing Kad Kahwin skali? So bermula dari tu, Kiz mula menerima tempahan Kad Kahwin daripada kawan-kawan Kiz yang akan berkahwin dalam tahun ni.



Then ada 1 hari ni, Kiz terima tempahan balang kaca 1000 pcs. Lepas terima bayaran deposit dari customer, Kiz terus pergi ke tempat supplier balang kaca & terus beli 1000 pcs balang kaca. Masa tu, tak terfikir pulak betapa banyaknya proses untuk balang kaca tu sampai ke rumah customer.
Supplier > angkut 3 kotak berat > Kereta > angkut lagi > Rumah Kiz(tingkat 4) > Bungkus & tampal Sticker > angkut lagi > Kereta > Angkut Lagi > Pos Laju



So lepas tu baru lah Kiz buat kesimpulan, "Hmm, patutlah takde orang buat bisnes balang kaca ni secara online". Ahaa lupa nak bagitau, dah la prosesnya berlapis-lapis, tup-tup dah sampai kat rumah customer, customer bagitau kiz "Aa, ada 58 balang kaca pecah lah". So kami pun macam "WHAT?". From that incident, Kiz terus tutup tempahan balang kaca tapi diganti pulak dengan Doorgift Kotak Kertas. Walaupun belum dapat order untuk yang ni, Kiz dapat rasakan ianya boleh berjaya, cuma buat masa ni Kiz terpaksa 'pause'kan jugak bisnes ni sebab kami nak fokus kepada satu bisnes sahaja.

BERSAMBUNG..

Ok lah setakat ini sahaja untuk hari ini, Kita sambung lagi dengan bisnes Kiz yang lain esok. Suatu bisnes yang Kiz macam tak percaya rupanya ini lah bisnes yang paling senang & masyuk, bukan mlm tau. Nantikan esok ye dalam "Diari Online Bisnes Kiz bermula hari ini II"


Tuesday, December 25, 2012

Cara Kiz hilangkan jerawat & bekas jerawat mari baca

Salam sejahtera hendaknya anda semua. Hee lama tak hupdate blog yang bersawang-sawang nih. Orang baru kahwin la katakan. BUSY!! Hihi..

So apa Kiz nak update hari ni??

Hari ni Kiz nak Share kan kat korang Tips tentang "Jerawat" iaitu tentang cara menghilangkan jerawat & bekas jerawat yang membanjiri muka anda lalu membuatkan anda rasa segan silu tatkala menghadiri majlis perkahwinan. Heh!


Ahaa sebelum tu Kiz nak bagitau kenapa Kiz terdetik nak buat entri pasal jerawat ni. Al-kisahnya pada suatu hari sehinggalah hari ini, ramai sangat kawan-kawan, blogger sejawat (eh?) , sedara mara asyik tanya Kiz camne Kiz jaga kulit Kiz sebab jarang sangat-sangat nampak Kiz ada jerawat mahupun bekas jerawat.

So setiap kali orang tanya Kiz akan jawab 'benda' yang sama ni. Disebabkan dah tak larat nak ulang benda sama, Kiz buat satu entri tentang ni supaya nanti kalau ada orang tanya Kiz jawab je "Sila bukak blog Kiz Garden untuk tahu lebih lanjut". (Peace!)


Ok berenti untuk 'senyum' sekejap.  P/S : Senyum itu sedekah!
See? Takde jerawat kan? 


Dan disebabkan Kiz memahami perasaan korang semua bila baca entri yang melampau-lampau panjang mesti malas nak baca kan. So lets get straight to the point lah ye.

Cara Menghilangkan Jerawat & Bekas Jerawat.

1. Minum banyak-banyak air masak. 
Kalau boleh cukup 2 liter ataupun 8 gelas sehari semalam eceehh. Ini kerana badan kita memang sangat-sangat perlukan air & sepertimana yang korang semua tahu, 70% kandungan badan kita adalah daripada air betul kan?

2. Elakkan memicit jerawat. 
Ini petua Kiz selalu berikan pada Kiz yang satu lagi (Izz Kiz). JANGAN PICIT JERAWAT! DONT DONT! PU MANG PU MANG (bahasa cina)!! Sebab setiap kali anda picit jerawat, kesan jerawat tu akan melekat ke jari jemari korang yang korang gunakan pulak untuk garu sini garu sana maka berlakulah ledakan jerawat kat muka korang.


3. Elakkan makan makanan yang berminyak. 
Hah! Ini mungkin susah buat sesetengah orang tapi kalau anda nekad, memang betul-betul nak buang jerawat durjana tu mesti boleh punya. Kiz boleh anda pun mesti boleh punya. Contoh makanan berminyak macam kekacang, keropok dan sebagainya. Cubalah, mesti akan ada hasil punya.

4. Makan vitamin C 1000mg sekali sehari (MESTI!). 
Tips yang ke-4 ni penting kalau anda betul-betul nak buat perubahan pada kulit muka anda. Kenapa kiz sarankan anda makan yang 1000mg? Ini kerana vitamin C 1000mg mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding 500mg. Lepas tu kalau 500mg korang nak kena makan sampai 2 kali. Leceh leceh.



Lagi satu sebab kenapa vitamin C adalah, 1 biji vitamin C bersamaan dengan 14 biji buah sun-quick. So korang boleh pilih sama ada nak makan 1 biji vitamin C sehari ataupun pergi borong 14 biji buah sunquick setiap hari untuk dimakan. Dah tahu jawapannya kan?

So kepada sesiapa yang betul-betul nak menghilang jerawat atau bekas jerawat Kiz sarankan korang  cari vitamin C yang halal, tiada pewarna tambahan & tiada kesan sampingan okey. Contohnya korang boleh klik SINI ada menjual vitamin C 1000mg.

Kenapa Kiz recommend korang cuba Vitamin C ni? Haa sebabnya adalah Kiz dah pun cuba & ianya berhasil. Si Suami tengok pun senyummm je memanjang.


Huh! Nampaknya Kiz dah terdedahkan kat korang RAHSIA paling besar tentang cara menghilangkan jerawat & Bekas Jerawat. Harap-harap tips diatas ni dapat membantu korang semua yang mengalami masalah jerawat ye. Amin..

Jerawat Tiada, Hidup ceria!! Yeay!!

Sebarang pertanyaan tentang Vitamin C ataupun berminat nak beli bolehlah PM Kiz di:
Kedai Kiz : www.facebook.com/Kedaikiz
WhatsApp: 017-7323183 (KiZ)


Masih Ada Plan B, Mari baca!