Thursday, October 29, 2009

cita-cita

Sangat teruja apabila sedang minda ligat memikirkan entry apa seterusnya mengisi ruang blog,cita-cita menjadi tajuk kali ini.semua antara kita punya cita-cita.kami?lagi lah ada.kalau dulu zaman kanak-kanak bila cikgu tanya mest jawapan nak jadi cikgu.nak jadi askar.nak jadi peguam.oh.itu jawapan popular kanak-kanak zaman kita.sekurang-kurangnya kita masih punya cita -cita dah besar mahu jadi apa.cita-cita menurut kamus besta kechik edisi kamus elektrik bermaksud keinginan,tujuan yang mahu di capai atau di lakukan.oh.baru kami sedar cita-cita tidaklah hanya merujuk pada pekerjaan seperti zaman kanak-kanak kita fikirkan.

Bila zaman dewasa kita jalani,cita-cita kita lebih kurang sama juga.punya pekerjaan yang baik.keluarga yang bahagia.ada kereta idaman.semuanya mahu sempurna.kadang-kadang banyak kita korbankan hanya kerana cita-cita.

Kalau dulu waktu kiz kanak-kanak,kechik nak jadi jurnalis.izz nak jadi arkitek.amboi.sekarang kalau Tanya jawapannya adalah meluaskan perniagaan.berbeza bukan.bagaimana mahu mendepani itu.sekarang semua yang kami fikirkan adalah perniagaan kami.perniagaan dan perniagaan.pendek kata,duit,duit dan duit.idea-idea perniagaan menjalar tanpa segan-segan.tambah runsing bila ada suara-suara mendesak dari dalam kotak fikiran.mendesak bebagai perkara.berasak-asak sampai kau jadi rimas.begitu banyak idea yang kau tak terjangkau.ok.tengok idealisme penulisan berkobar-kobar.kan dah cakap tadi.kechik nak jadi jurnalis.apabila jurnalis pada reality tidak menjadi,blog adalah medium terbaik untuk melemparkan segala jurnal yang mahu di sampaikan.

Sekarang,cita-cita kiz juga tidak banyak beza dengan orang lain.oh.tapi kadang-kadang sampai terlebih sudah.kami tidak banyak perbezaan.ada satu rasa yang sama.rasa yang mengikat mati antara kami.kami lebih terdorong atau teruja bila kami bicara tentang kehidupan.ya.kehidupan nanti.nanti kami dah habis belajar.nanti kami dah kerja.nanti kami dah kahwin.nanti kami dah dewasa.sekarang?kanak-kanak ribena lagi.eh tak wei.remaja.remaja ribena plus orange.antaranya,rumah mesti nak hias cantek-cantek.nak melancong bawak mama iz dan ibu kechik.mesti nak ada mini cooper.mesti nak ada kedai buku.mesti nak shopping tak kira waktu.mesti nak peti ais 4 pintu.mest nak…argkh.banyak sangat.

Seronok kan.walau mungkin ada yang kita tak dapat,angan-angan itu sangat indah.lebih indah kalau kita berkongsi dengan mereka yang cita-cita lebih kurang sama.ketepikan perasaan belum tentu lagi.semuanya perlu berusaha dari sekarang.ya.sekarang.jomlah.
Kadang-kadang kita rasa nak sngat,tapi tak dapat.
Kadang-kadang kita tak ada rasa nak atau tak ada rasa taknak dan memang tak dapat pun.

Tapi kan.kalu kita nak,kita carilah sampai dapat.cari sendiri.bukan suruh orang lain.mesti dapat.Allah maha pengasih.kan.siapa pernah cuba?tak perlu beritahu,anda punya jawapan yang kadangkala tak payah nak kongsi.kan?kan?kan?

Wednesday, October 28, 2009

cerita konvokesyen kechik






ok.tahu.semua pun akan cakap ala dah lambat update.kenapa lembap sangat update.atau cerita dah basi.ala tak apa.nak cerita jugak.

ok.minggu lepas kechik konvo diploma.seronok.apa yang lebih seronok adalah izz dan ibu datang masuk ke dewan saksikan kechik terima skrol.comel tak mereka?kechik tidak punya ayah.maka izz dan ibu yang datang.ok.tiba-tiba macam buat karangan darjah bape entah.sebab dah final.emosi terganggu.ok.sambung balik.hari itu sangat indah.asyik nak menangis.kenapa pun tak tahu.tapi bila keluar dewan nampak ibu dan izz terus rasa lega.lega sebab dah dekat setengah jam baru jumpa.ramai sangat manusia.di sambut dengan jambangan bunga mawar pink membuat hati lagi sebak plus terus dakap ibu.izz sambut dengan senyuman.dua orang paling penting dalam hidup kechik.ok kechik dah tak boleh teruskan cerita.air mata berlinangan(kau kenapa kechik?).sila tatap gambar yang sempat di snap kamera busok yang asyik mati hidup gambar macam..takpe.gambar bersama hanis zalikha junior kesayangan sempat ku tangkap.auwww.jangan jeles.

penghargaan untuk semua.
terima kasih ibu,atok,cik rah,ucu,semua ahli keluarga,semua cikgu-cikgu sekolah,semua pensyarah uitm segamat yang pernah mengajar,puan azizah,cik cda(most greatful lect),cik nurul dan semua lagi.dan lagi kawan-kawan sempoi kesayangan aina,miza,sha n dan semua classmate.kechik chenta semua.
dan paling penting,semangat kechik.my muchuk izz.i love u sayang.

Thursday, October 15, 2009

kalau rindu..buat apa?

kalau awak rindu,awak buat apa?sebab kalau kami rindu macam-macam kami buat.

oh.dalam dunia kita,macam-macam kita buat.dunia kita.kita punya.dia?dia punya.mereka?mereka punya.dalam antara kita,tidak semua berpeluang menghabiskan masa bersama setiap hari.jadi,rindu-rinduan jadi kenang-kenangan.sumpah miang dan jiwa-jiwa.maka,kami sentiasa perlu kreatif bagaimana harus bila rindu menerjah mengisi segala ruang yang engkau ada.

kerana hidup kami tidak senang dan mewah.tidak punya telefon mewah 3g atau line untuk sentiasa bercakap segala perbuatan hari ini semalam atau lusa.tidak berpeluang bercakap gaya bahasa yang kau suka.tidak dapat mms lantas kredit yang cukup untuk sehari dua.tidak juga mampu topap setiap waktu yang kau pinta.

hari ini.bila rindu,cepat-cepat teks tanya cyg makan apa.bila dia balas nasi lemak sambal kerang,sila bergegas dapatkan juga nasi lemak sambal kerang plus telor mata satu makcik.bila dah dapat,sila makan dan text semula.cyg,kita makan sama.ok.dekat di hati dan mulut.sebab kita dapat rasa nasi lemak sambal kerang itu dan dia juga sama.

macam itulah kami.bila rindu sangat mesti nak makan makanan yang sama.mesti nak air yang sama.jauh berbatu pun rasa dekat di sebelah pintu.

semalam.bila rindu,terus tanya cyg,buat apakah.bila dia balas,tengah menonton video hoedown throdown hannah montanah terus melompat ambil lappy dalam almari on kan dan terus larikan cursor pada video yang sama.bila sedang tonton,terus text semula beritahu eh cyg sama apa yang kita tonton.sebab kita dapat lihat apa dia lihat.senyum part mana dia senyum.tak nampak tapi kita tahu.

lusa.belum rindu.nanti dulu.

kita tentukan chenta kita.
kita tahu bila kita bahagia.
kita rindu ada waktunya.

Wednesday, October 14, 2009

gedix










sebab tajuk entry adalah gedix maka keseluruhan entry terus jadi gedix.entry ini hanya sebab ada satu kawan tanya kenapa sikit sangat gambar letak.tipu sangat kau amik gambar sikit.ok.kami tahu kami selalu teruja bila ambil gambar.maka terdapat himpunan gambar untuk tatapan semua.nah.tengoklah lagi.tak apa.boleh.

Sunday, October 11, 2009

..KIZziversary..



Kali ini sangat tidak sabar untuk menaip entry.cepat-cepat menaip agar segala rasa yang indah masih belum hilang atau sudah diganti dengan perasaan lain.akhirnya hajat untuk menyambut ulangtahun pertama tercapai.ringkas namun kami gembira.sangat.sumpah.aah kan.bila kita bersama dengan sesiapa sahaja yang kita suka semuanya jadi sempurna.betul bukan.

Kami menyambut hanya di segamat.kenapa?ramai juga bertanya.kami sendiri tiada jawapan yang pasti.mungkin jawapan itu tidak perlu di jawab kali ini.apa pun kami sangat sayangkan segamat sebenarnya.kami berjumpa di sini.nanti bila chenta kami sudah membesar di tempat lain,kami sambut di situ pula.

dan semua kesukaan ada sekali.ada kek.ada hadiah.ada tart telur.ada air yogurt.ada topi.ada gitar.ada gambar.ada chenta.eyy.gedix.

Ok seterusnya,sangat indah.ini sahaja perkataan yang mampu terluah.sumpah.nah.tengoklah gambar kami.ada miang-miang sikit.gedix-gedix sikit.


Thursday, October 8, 2009

senyap

ok.sudah lama blog ini senyap tanpa sebarang perkhabaran baru.lambakan assigment,test,quiz dan presentation memaksa jari tidak lancar menaip dalam entry baru?tapi kenapa hari ini ada entry baru?sebab hari ini ponteng kelas.kenapa?sebab malas.ops tidaklah.eh yelah.cuma hari ini sahaja bebas kerja.

ok.tiada apa yang terbaru.semuanya biasa-biasa sahaja.

oh ya.majlis ulangtahun kami.dah tahu kan yang kami akan menyambutnya pada sabtu ini.suka.sebab tarikh cantik.secara kebetulan pula.101009.

dan untuk samapai ke tarikh sambutan sangat banyak ujian datang.macam biasa lah.sempat bergaduh juga.ujian kali ini agak berbeza.agak kecil tapi memerlukan otak ligat mencapai kata putus yang bijak.dan setelah berminggu-minggu kami merancang dengan teliti.kami di kejutkan dengan program modul kechik.modul adalah aktiviti wajib oleh setiap pelajar uitm perlu ambil pada setiap semester.jika tidak ambil,repeat pada semester hadapan.oh dan kechik memilih repeat.kenapa?sebab mahu sambut anniversary.menjengkelkan kah?kechik pasti ramai yang tidak gemar dengan keputusan kechik.tapi kechik lebih senang dengan keputusan itu.walau mereka kata bodoh,sengal atau apa sahaja,kechik sedikit pun tidak terusik atau berganjak dengan keputusan ini.kechik tidak ajak pun repeat sama-sama.kenapa perlu prihatin sangat dalam bab-bab ini.kenapa bila kechik sakit ke,sunyi ke,dalam kesusahan ke taknak pula ambil tahu.maka,sebab mereka itu,kechik jadi gembira.biar mereka sakit hati.mereka tak seberani kechik kan?hahaha.tapi tiba-tiba datang dua tiga orang beritahu mereka nak repeat sama-sama.eh.gila ke?padahal mereka pun ada hal masing-masing dan gembira bila tahu kechik akan repeat semester depan sebab ada kawan nak repeat sama-sama.itu pun boleh gembira ke.pelik.

ok.cheklist2.sebab kali ini nak buat baik punya.
  • kek?cuppies sudah di buat oleh kak aen.thankz kakak.
  • kereta?sudah tempah.harap dapat murah.
  • baju?sudah beli.tidak sabar mahu pakai.
  • tema?hitam putih dan kelabu.
  • kamera?ini yang sedih.kamera rosak.nak upah fotographer tidak mampu.ada sesiapa nak tolong?
  • tempat?ini rahsia.sebab mahukan privacy.maaf.
  • followers?nak ikut?jomlah.
  • jemputan?siapa nak ikut bagitahu.makanan terhad lah..
  • hati?tak sabar lah.

ok.ada apa-apa lagi tertinggal tak?

untuk kali ini semoga segalanya berjalan dengan baik.sangat susah untuk merancang semula.

::kami bakal menerima ahli keluarga baru.ya.dalam keluarga kiz.apa?tunggu.

Masih Ada Plan B, Mari baca!