Monday, February 27, 2012

Penghargaan buat sang karyawan doodle

Tak sangka ya? Pelukis doodle digelarkan seorang karyawan oleh Kiz. Eh why not? Sesiapa sahaja boleh dipanggil karyawan asalkan mereka menghasilkan karya betul tak? It doesnt matter apa jenis karya yang korang hasilkan. Lukisan. Penulisan. Kartun. Doodle. Blogging?


Yup! Dari pandangan Kiz, semua itu boleh dipanggil karya. So, adakah Kiz juga boleh digelar sebagai karyawan blog? Heh! Mestilah. Korang semua pun sama. Kita semua adalah karya eh  karyawan *kalau blogger tu perempuan boleh panggil karyawati lah. Kot?*


So untuk entri ni Kiz nak review cket kat  blog "Secukup rasa - Sebuah cerita" sebagai penghargaan beliau yang buatkan FREE doodle untuk Kiz. Sangat comel okeh. Dari doodle tu, Kiz boleh nampak ketulusan dan keikhlasan hati sang karyawan. Ecehh. Dari gambar real kepada doodle. Menarik!

Ini sebelum di'doodle'kan


Ini selepas di'doodle'kan. Comelkan?



Disebabkan Kiz terlalu obses sangat dangan doodle baru ni. Malam tu jugak Kiz edit doodle tu lalu dijadikan header baru. Hihi. I guess i can be karyawan too rite? Jom tengok hasil pengeditan Kiz.*padahal dah buat header pung*


 Apsal gambar ni je yang besau?


Ahaa siap ada frame lagi tuh. Penat jugak tu Kiz bertukang semalam nak gantung frame ni kat blog. Mengarut. Saje Kiz nak bagi header tu nampak ala-ala garden gitu memandangkan dah nama blog pun Kiz Garden kan. hihi.


Ucapan Kiz buat sang karyawan.
Kiz mengucapkan ah-terimah-kasih banyak-banyak lah ye buat Cik Cahaya Pencinta (nama betul tak dapat dikenal pasti) sebab buatkan doodle FREE untuk Kiz *Terharu* So buat karyawan-karyawin diluar sana, teruskan berkarya kerana anda sentiasa dihargai. 


Info super-extra
Menghasilkan sebuah 'tagline' yang indah jugak tak terlepas dari salah satu genre karya. Eh bila masa karya pun ada genre ni? So marilah kita ramai-ramai berkarya menghasilkan tagline. Mari join "Kedai Kiz OH!SEM tagline contest" . Anda tinggal lebih kurang 3 hari sahaja lagi untuk berpeluang menang hadiah super-owesome dari Kiz. 

Kelik LINK ni untuk join okeh. Kelik banner kat bawah ni pum boleeh.Hihi


Jari Menaip,
IzZ ( Kiz )

Sunday, February 26, 2012

It is never too late friends..

Disebabkan mood kemelayuan Kiz hari ini sangat tinggi maka tajuk je la yang boleh Kiz buat dalam bahasa inggeris. Isinya semua bahasa melayu okayh. Keh keh keh*padahal tak lawak pung*


It is never too late? Masih belum terlambat? Apa kejadahnya semua nih?


Hmm, pernah tak korang terbuat sesuatu kesalahan lalu datanglah seorang sahabat dengan muka macho-hancho terus berkata kepada korang, "Relax man, its never too late".Itu yang versi Amir-reka(America), kalau versi ganu kite pulak? Tak ke jadi, "Lekk r kawang, dang lagi nih." tak pasal-pasal pinggang pecoh atas kepala pulak. Eh apa aku cakap ni?


Masih sempat untuk kita memperbetulkan perbuatan yang salah.
Memang kita sebagai makhluk asing eh makhluk ciptaan Ilahi selalu sangat buat silap sampai kalau nak kira kesilapan tu,pakai calculator scientific version 2012 pun tak dapat nak kira. Tapi tu lah, apa pun yang berlaku, masih ada masa untuk kita memperbetulkan kesalahan yang dah kita lakukan.


Sebab itu lah, orang puteh mempergunakan(hamboi) ayat "it's never too late" yang membawa maksud tak pernah terlambat. Contohnya kalau kita dah buat kesalahan mencuri 'pemadam' member, its never too late for you too ask ur fren for forgiveness rite?


 Buat orang yang anda sayang berbangga dengan anda. Make them proud!
Ahaa..ini pun sama, kalau korang selalu menjadi bebanan keluarga, selalu memalukan orang yang anda sayang ataupun itu dan ini*malas nak bagi contoh la tu*, masih belum terlambat untuk anda turn around the table, jadilah seseorang yang boleh buat parent korang gembira, cikgu atau lecturer korang bangga.

Macam Izz hari ini, my mom salu duk kata Izz ni kuat tido, dari pagi sampai petang tido, balik kampung macam tak balik kampung. So hari ini Izz dah berjaya buat mama Izz gembira sebab baru je dapat keje part-time jaga cyber-cafe. BEST kan? Sambil online sambil dapat duit. Inilah namanya "Menjana Duit SAmbil Online". Mak pun hepi. Hua hua hua.



Akhir kata. Masih belum terlambat
YA!! Masih belum terlambat untuk korang semua join "The OH!SEM tagline contest" by kedaiKiz.

Senang je. Korang hanya perlu reka tagline yang simple-simple pastu kalau Kiz suka Kiz akan 'like' kat fb yer. gurau . Of course lah tagline yang terbaik untuk Kedai Kiz akan menjadi pemenangnya. Yang BESTnya, bukan 1 hadiah je, 2 hadiah? Tak cukup. 3 Hadiah?? Tak cukup. lebih daripada tu Kiz akan bagi kepada pemenang.

So jangan ragu-ragu mahupun garu-garu, ini bukan MLM, ini hanya contest biasa. Tak perlu like terbanyak, tak perlu jadi famous-amos untuk menang. Perah otak sekejap untuk hadiah yang luarbiasa untuk dikerahkan.

Kelik LINK ni sekarang ye untuk join. Kalau tak nak join pun takpe. TAk paksa pun join*nada sedih*


BE CREATIVE, BE SENTIONAL*ntah apa maksud dia pun aku tak tau*

KLIK BANNER DIBAWAH UNTUK JOIN


Well Then, good luck everyone!!

Jari Menaip,
IzZ (Kiz)

Thursday, February 23, 2012

FARIZAFAISAL BOUTIQUE ada semua ! kenapa perlu yang lain?

Assalamualaikum semua.Rindu Cik Techix tak?* muka mintak cium*

Ahaa berdasarkan tajuk entry di atas boleh di simpulkan bahawa FARIZA FAISAL BOUTIQUE mempunyai pelbagai koleksi yang menarik dan terbaik dan kenapakah anda perlu mencari yang lain. Persoalan nya disini , kan senang kalau dah satu butik tu jual semua pastu takyah kalut-kalut nak pergi kat tempat lain. Dahlah harga berpatutan dahlah servis terbaik dahlah owner dia cantik.Eh.

So di hari khamis yang indah ini , Cik Techix nak hebah-hebahkan dan gitau u olls kengkawan sekaki soping marilah pergi ke butik ini ! Kalau anda bukan kaki shopping yang suka benda murah tak perlu kot.

Dekat Boutique ni ada jam replica, shawl inspired which is love the most sampai dah beli satu ehee, pastu ada beg n purse yang memang boleh buat poket hubby or bf kempis.Dahlah cecantik sampai sendiri tengok pun jadi tension sebab owesome sangat.

Tu dia bukak-bukak header dia yang dah owesome.belum tengok barang lagi.


jangan jeles i dah beli satu dah yang gucci gituww..

jangan tak tau purse yang menarik ni cik techix belikan ibu satu.bonia mari.

juling tak juling tak kata cik techix pada diri sendiri.

ohmaiiii menangis lah macam ni.

k fine cepat je sold out yang ni.nakkkk

ni pun..tskkkk
Makanya kalau anda suka, tepuk poket tepuk selera tepuk tepuk keyboard order dengan owner dia..Ehehehe...JOMMMM SERBU RERAMAIIIII !

Saturday, February 18, 2012

4 Kes Pemanduan yang aneh diMalaysia

Ramai manusia-manusia mostly kat Malaysia ni Kiz tengok mahir memandu kereta, TAPI?? Tapi sebenarnya tak tau cara pemanduan yang betul. SO hari ni Kiz nak sentuh sikit tentang isu ni. Jangan bimbang sentuh sikit aje ok, dont sentuh-sentuh*touching* ya.


So what does it mean by "cara pemanduan yang betul" tu Kiz ooi? Ok sebelum kita berceloteh lebih lanjut pasal benda ni moh kita tengok antara pengalaman-pengalaman Kiz yang menyebabkan jari-jemari daku menari kat atas keyboard ni sehingga tersiap entry ni (Ter?).


1. Drive di lane kanan tapi bawak 10km sejam. What The Fish?
Okeh ini masalah yang paling kerap berlaku dimana ramai pemandu 'hebat' kat Malaysia ni suka bawak slow tapi nak stay kat lane kanan jugak. Kiz tak bape nak kesah sangat but still, bengang jugak arr bila dah banyak kali terkena. Bukan apa, kesian kat orang lain yang mana tau ada emergency ke dah lambat nak g kelas ke ataupun mungkin dah tak tahan nak membuang tupp tupp ada lah seorang kereta ni bawak dengan rileks skali di lorong kanan.

Nak memotong ikut lorong kiri tak dapat sebab selalunya ada kereta yang memang bawak perlahan kat lorong kiri. Yang itu takpe la dia nak bawak perlahan coz lane kiri memang khas untuk memandu perlahan ataupun "peep, kenderaan berat sila gunakan lorong kiri". Lagi best bila kita dah bagi beam-beam-bagai-nak-rak tapi depa still wat bodo aja. Mungkinkah cermin belakang 'beliau' dah diterbalikkan jadik ke depan? Ohh i dont think soo larh.


2. Brake terlalu awal sampai 1 lori tangki muat masuk (dimaafkan)
Yang ni pun best. Situasi selalunya bila kenderaan tu brek kat traffic light. Punya lah jauh dia brek sampai sampai lori tangki minyak tu pun muat beb nak masuk kat celah tu. Pastu dah kita yang tengah bawak kat belakang tak ke tiba-tiba terkezut lalu brek mengezut*err,mengejut sebenarnya*. Silap-silap haribulan boleh haus jugak kita punya brek tu kalau selalu jadi.

Tapi tu lah, kes-kes macam ni kira boleh dimaafkan lah jugak sebab yelah kenang-kenang balik zaman 'kaki menggeletar time nak imbang minyak dengan clutch' tu kan ada cakap, "kita sebaik-baiknya berhenti dalam jarak 1-2 kereta dihadapan". So sebab tu lah Kiz kata dimaafkan. Tapi kan cikgu, kalau dah sampai 4-5 kereta dihadapan tu camne ek?


3. Masuk simpang/roundabout sesuka hati.
Ahah, yang ini rasanya hampir semua orang pernah kena and semua orang panas dengan kes ni. Kereta tu dah dekat tapi dia masih lagi dengan beraninya cuba nasib dengan masuk jugak kat jalan kita tuh. Kalau kena hari tu accident? Sape nak bayar? lagi-lagi kalau ianya melibatkan kereta-kereta lain yang tak pasal-pasal eksideng sama sebab kereta yang depan tu of course la akan brek mengejut.

Lukisan terang-terang nampak tak reti melukis

Pengalaman Kiz masa kat roundabout, dah tengah syok-syok bawak kat roundabout ni so masa tu nak masuk lah jalan yang kita nak masuk. Eh paham tak? tak paham takpe Kiz siap ada lukiskan lagi untuk korang. Tupp-tupp adalah sorang mamat ni suke-suke je masuk roundabout. Tak pasal-pasal aku kena ikut flow kereta tu, dah lagi skali tak pasal-pasal kena pusing roundabout tu buat kali kedua. Kes-kes macam ni memang boleh menaikkan darah. Mood tengah happy-happy tak pepasal jadi emo*bukan 'emo' yang celakkan mata tu okay*

4. Berani-berani-takut nak kejar traffic light
Yang ini lain pulak, mula-mula kononnya BERANI sangat nak kejar traffic light pastu dah dekat dah ngan traffic light eh dia boleh berenti pulak tiba-tiba. So aku yang tengah drive kat belakang ni dah kena brek mengejut sampai menyeret-nyeret bunyi tayar kereta.


So Kiz rasa daripada kes-kes aneh tak aneh yang Kiz dah listkan kat atas ni korang dah dapat agak kot apa itu cara pemanduan yang betul kan. Bak kat nabil rajalawak, "Aa Lu pikir la sendiri", Assalamualaikum.



Jari Menaip,
Izz (Kiz)
 Kedai Kiz ada buat contest, jom singgah!

Thursday, February 9, 2012

Blog "Lovely Nurul" yang sungguh AWESOME!!

Eh Kiz ni, nampak macam melambung-lambung bebenor pujinya tuh? Ni mesti ada udang disebalik mee ni. Hihi mestilah sebab blog Cik Lovely Nurul ni Kiz yang buatkan. Daripada header , widget, nuffnang, hinggalah title-title widget yang comel lotey tu akhirnya berjaya jugak Kiz siapkan. *Eh comei ke?*


Okeh sebenarnya Cik Nurul ni adalah salah satu Customer Kiz yang buat tempahan untuk buat fully blog dia daripada A-Z. Tapi memang Kiz dah cakap awal-awal cara Kiz buat blog memang lain daripada yang lain. Which Mean Kiz akan gunakan style Kiz yang tersendiri eceehh. Ahaa untuk sesiapa yang rajin tuh bolehlah Kelik kat LINK ni untuk tengok hasil pengubahsuaian decoration yang Kiz buat*amboi dah jadi Eric ke pulak?*


Pastu kepada sesiapa yang ada fobia dengan kelik link-link ni yang mungkin takut bila kelik nanti laptop masuk virus *eh ada ke?* ke bolehlah tengok gambar kat bawah ni. Penat tau Kiz upload gambar-gambar ni, baik korang tengok *padahal upload je pun*

sila kelik SINI untuk tengok dengan lebih BESH-KEBEBEH


Ok untuk belog Lovely Nurul ni Kiz dia mintak tema warna pink, putih dan orange. So kebanyakan warna yang Kiz guna adalah 3 warna tu. Title untuk setiap widget tu memang sengaja dibuat macam bajet-bajet comel disebabkan tuan belognya yang sukekan benda-benda yang comel seperti cupcakes, dan jugak cupcakes.


Hurm pasal header pulak ye. Eh jom kita tengok cket camne rupabentuk header dia sebab mungkin gambar kat atas ni kurang jelas ye tak? 

Tadaa..inilah dia design header yang Kiz designkan. Hah? *abaikan* Kiz memang dengan sengajanya bak kata orang puteh i purposely letak icon-icon comel macam cupcakes, bunga dan burung warna warni kata header belog ni. Hasilnya? Hmm..Boleh tahan. Mengalahkan header belog sendiri nih.


Huu so setakat ini sajalah report Kiz untuk "Servis Buat Blog" oleh Kiz. Eh manatau ada antara korang yang terbaca entri ni tetiba berminat dengan servis buat blog ni jangan segan silu untuk email Kiz kat heischenta@gmail.com


Disini ada pakej-pakej yang ditawarkan. Haamboiii.
Jangan luper, Email Kiz kat heischenta@gmail.com

Nak tahu lebih lanjut, kelik SINI

Jari Menaip,
Izz ( KIZ )

Tuesday, February 7, 2012

Shah Alam, say Hai to Cik Techix.

Assalamualaikum.

Short update !

Ehemmm memandangkan diri dah jadi wanita berkerjaya sekarang, maka semuanya haruslah serba kena cepat-cepat.Acaner tu? Haa hidup sekarang adalah pergi kerja balik kerja pergi pos barang buat bisnes.Hectic tak hectic lah kan.

Dan yeah Cik Techix is pulang semula ke Shah Alam.Alhamdulillah sudah dapat kerja dan akan menetap di sini lah hendaknya.

So Shah Alam please behave with Cik Techix like before ya.

Kawan-kawan kalau ternampak kat mana-mana tu tegur menegur amalan mulia lah hendaknya.

 Bak kata Anas Tahir, "Ba Ba"

Kbai.LOL.
Cik Reifhan.

Sunday, February 5, 2012

Review Ur Blog : Review #004 , Waduh waduh anakku..

Haa?! Kiz ada anak? Takde? Habis yang duk waduh-waduh tu ape kebendenya? Eh kan Kiz dalam segmen Review Ur Blog ni. Aiyoo salah paham ni koq kamu ni mengapa sihh. EH? *aku cakap indon ke tadi?*


Hello guys, hari ni Kiz akan review Blog seorang ibu, seorang mama, ataupun seorang emak (emak?) kepada anak dia yang comel lotey lotey *keluar dah bahasa terengganu kau, eh bukan loghat ke?* I guess penulis blog ni sangat sayang kat anak dia sebab lepas Kiz cari-cari memang tak jumpa nama dia, so korang boleh panggil penulis ni anonymous eh tak, korang boleh panggil dia Kak Angah.Yang Kiz berjaya jumpa cumalah nama penuh anak dia, aleesya azzahra. Sedap kan namanya? 

Belog Aduhai anak. Kelik SINI untuk terjah bersama-sama saya secara serentak ikut rentak.


Apa yang menarik kat belog seorang keibuan ni? Eh ada ke 'seorang keibuan'? Dalam belog ni korang boleh tengok betapa seorang ibu itu sangat sayangkan anak dia walaupun Cik Ibu ni kata dia sorang ibu yang rock-uuU. Sebabnya kat blog ni memang hampir setiap entri Kiz baca akan ada gambor anok dia yang comel tu. Comel sangat eh? Nak tengok gambar? NAH AMEK KAU..

Wah somelnya! Eh tengok sampai dah tertypo tulis 'somel' instead of comel. Dia bila dah comel sangat kita kena sebut 'Somel'. Maksud dia Awesome Comel. Haa, jangan lupa join contest Kedai Kiz The OH!SEM tagline contest *alang-alang dah tersebut awesome tadi*. Haa kat gambar tadi korang ada perasan tak ada 2 helai baju warna putih ngan biru tu?


Ahaa baju tu sebenarnya nak bagi kat Kiz. Pulak?


Eh taklah Kiz gurau je, itu sebenarnya salah satu biznes yang dibuat oleh Cik Ibu Rockerz kita ni. Banyak lagi benda lain yang akak ni buat macam craft-craft, pastu ada jugak benda yang macam craft-craft la, pastu lagi ada banyak jugak kraf-kraf. EH AKU CAKAP BENDA SAMA KE??
Papejelah. Kalau korang berminat ngan kraf-kraf tu korang boleh kelik LINK ni okey.


Ahaa kat bawah ni ada la 2-3 keping foto *amboi foto kau eh Kiz* hasil-hasil Craft-craft hasil titik peluh ibu blogger ni memerah keringat *Dah start lah tu meleret-leret*. ZASSS!

Yang ni namannya si kacak. Eh bukan yang baju pink tu tahu. Itu kompem takkan dijual punya


Hah kat sini ada baju, beg kertas dan headband, eh betul ke headband? Yang baby pakai kat dahi tu yang kiranya macam supaya nak latih budak-budak pakai tudung so nanti bila dia dah besar dia tak rimas nak pakai tudung dah. Apa nama dia ek. Adehh lupa lah, aa takpelah, kita namakan jelah headband *cam best pulak nama headband*


Taddaa! Inilah dia keychain dan ... dan ape ek. Aa dan hiasan comel berjahit-jahit.

Okes review yang kali ni ada kelainan cket dimana Kiz tak tulis panjang lebar lagi dah pasal rating-rating tu sebab dah tau dah bukannya korang nak baca pun. Hihi. So apa yang Kiz nak buat adalah Kiz just terus bagi rating berdasarkan penulisan, content dan design blog.

Rating Blog Aduhai Anak


Ok lah sekian saja presentation daripada saya. Eh presentation ke pulak? So kesimpulannya marilah kita bersama-sama memeriahkan blog yang awesome ni dengan bertandang ke SINI.

P.S : Kiz memang pilih blog untuk direview ni secara random kat website random.org. So nasiblah ye siapa yang dapat review tu. Sebab Kiz taknak pilih kasih. Kepada siapa yang macam teringin nak join bawak bersabar ye sebab Kiz akan bukak balik penyertaan pada bila-bila masa saje ok.

P.S.S : Eh panjang pulak kau punya P.S ni Kiz eh.

Okes Iklan Sikit ye adik-adik, sape dah baca mesti join! Hee~

Kedai Kiz ada buat satu Contest mencipta Tagline untuk Kedai Kiz sebab
Kedai Kiz masih belum ada lagi tagline yang sesuai. Jangan risau tentang hadiah
sebab Kiz dah sediakan hadiah yang giler-giler punya gempak untuk korang.
Tak caye? Ahaa sila tekan Link ni ATAU kelik kat Poster contest kat atas ni.

Thursday, February 2, 2012

Hadiah lagi BEST berbanding AJL26? Betul Kah?

OK berbalik kepada persoalan tajuk yang gedeboom-gedegang-bam-boom tadi. So jawapannya adalah tak betul. Hihi. *saje je nak trick korang sebenarnya


First of all tahniah kepada adik Hafiz kerana memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu ( AJL) yang ke-26. Suara dia memang mantap habes memang you deserve to be the winner that night lah orang puteh kata. Eh Kiz ada cakap 'adik' hafiz eh? Haha pedulikkan aje ye.


So sebenarnya Kiz nak ajak korang beramai-ramai join Contest 'OH!SEM tagline Contest' ni. Pastu kalau dah join jangan lupa ajak kawan-kawan blogger dan semua follower-follower korang join contest ni jugak tau. IM SERIOUS!! *amboi


Kenapa kena join?


Sebabnya Kiz dah preparekan hadiah yang giler-giler gundah-gulana punya hadiah untuk korang semua. Kalau tak silap Kiz ada la lebih kurang 24 hadiah daripada sponsor-sponsor yang berbeza. Hadiah pun bukan murah-murah macam pensil2B mahupun sebuah pemadam dari Faber Castel (macam salah eja je ni) .


Tak percaya? Jom kita terjah beramai-ramai apa hadiah disebalik Contest ni. Jeng Jeng Jeng..



GRAND PRIZES

Pemenang 'Grand Prize' akan mendapat:

1 X Baju Ashley Puffy bernilai RM55 dari Kedai Kiz
1 X Rubber Watch dari Fariza Faisal Boutique
1 X  HandBag Esklusif bernilai RM50 dari Pupel
2 X Shawl dari Sponsor Shawl


2nd PRIZE
Pemenang '2nd Prize' akan mendapat:

1 X Set Accesories berharga RM50 dari Foreveradeeboutique
1 X Rubber Watch dari Fariza Faisal Boutique
1 X  HandBag Esklusif bernilai RM50 dari Pupel
2 X Shawl dari Sponsor Shawl



3rd PRIZE
Pemenang '3rd Prize' akan mendapat:

1 X Rubber Watch dari Fariza Faisal Boutique
1 X  Vintage Purse dari Grab n Kaching Shop
2 X Shawl dari Sponsor Shawl 




CONSOLATION PRIZES ( 4 WINNERS )
4 Pemenang 'Consolation Prizes' akan mendapat:
2 X Shawl dari Sponsor Shawl 




SHAWL'S SPONSORS LISTS 
Sini ada senarai sponsor-sponsor shawl yang cantik lagi baik hati.




Sponsor : LaanaLang








Ahaa dah tengok hadiah-hadiah yang giler-giler? Tak guna menaruh impian setinggi gunung kalau tak mulakan langkah pertama dengan join contest ni. Kelik LINK ni cepat-cepat ok guys!


Oops lupa nak bagitau, tarikh tutup contest dah dilanjutkan kepada 1 MAC 2012. Cepat join sebelum terlambat okeh.


P/S : Pastikan anda visit-visit blogshop dan Facebook Sponsor-sponsor sebab
barang yang dijual begitu cantik dan berkualiti. Trust me.

~ TQ FOR JOINING EVERYONE!! ~


Masih Ada Plan B, Mari baca!