Monday, January 31, 2011

Tong-tong Duit.Pelik ke?? ( Part II )

First of all , kepada yang  belum baca 
Tong-tong-duit-pelik-ke-part-i boleh lah baca kat link ni.


Okayh.Selamat datang ya ke belog Kiz Garden.hari ni kita akan
membicecarakan tentang isu tong-tong duit dengan member.Tong-tong
duit dengan member ni berbeza cket berbanding tong-tong duit dengan
girlfren atau boyfren tau.

Kenapa?
Sebabnya,bagi Kiz yang umur dah kat 22 ni,which mean pelajar universiti,
dah sangat susah nak mintak member-member tong-tong duit sebab
masing-masing buat-buat tak tau je.Kalau dalam kapel ok la , kita boleh
bincang baik-baik.Tapi dengan member susah beb, nak cakap pun tak reti.
Lagi-lagi  pasal minyak kereta.

Pernah tak pernah berlaku situasi dimana kawan-kawan anda mengajak
anda pergi ke situ-situ-sana-sini dimana anda adalah si tuan kereta?Dan
pernahkah berlaku situasi yang korang dah berjalan-jalan agak jauh then bila
anda singgah di 'Petronas' nak isi minyak malangnya TAKDE SORANG PUN
yang hulurkan duit kepada anda untuk tong-tong minyak yang 
menyebabkan anda kena isi minyak totally pakai duit anda?

Kalau tiap kali nak isi minyak keluar duit camni takpelah jugak ek.

Hah!Itu lah yang dipanggil buat-buat tak tau.Boleh tak camtu.Kiz pernah
tau suatu ketika dulu kena macamni.Tapi style Kiz,skali kena je Kiz dah tak
nak 'pisang berbuah dua kali'.Memang Kiz 'ban' je terus orang-orang camni.
Kiz memang tak faham betul,padahal yang ajaknya diorang,kereta yang
jadi mangsa kereta kita,faham-faham jela.Pelik betul.

Apa hang ingat duit pakai daun macam zaman dulu lagi ke?
Ingat minyak tu murah ke.Kalau setakat RM5 tu leh ke mana lah 
sangat kereta tu leh bergerak sebelum shrtt! shrtt! nak start 
kereta pun dah tak boleh.
Tapi bagi Kiz,benda ni  actually terpulanglah,kalau si tuan kereta
tu dah kerja,dah kaya Kiz rasa tak kesah pun benda-benda macam ni.
Kiz maksudkan untuk pelajar-pelajar universiti yang agak berkesempitan
wang macam Kiz ni.Memang terpaksa lah berkira sikit.

So,Pendapat anda bagaimana?ataupun ada pengalaman yang nak
dikongsi?Sila-silakan lah ya.Sharing is Caring what..Ahah,pastu kepada
yang terasa ke ape tu Kiz mintak maaf okay.Harap-harap korang sedar.
Peace.No war.
Huu...tengah demam ni tapi still bersemangat blogging sebab dah lama
sangat tak hupdate blog..hihi.

Sunday, January 23, 2011

Minum Air masak anda jadi Sihat dan kuat

Suatu ketika dulu
Haha,suatu ketika dulu(padahal baru sebulan),Iz memang seorang 
yang sangat tidak menggemari minuman air masak.Setiap kali order
air kat kedai mesti macam "TEH AIS SATU!",atau " NES AIS SATU!",
atau "NESLO AIS SATU! ", atau lagi "LAICI AIS SATU!".

Ok,itu untuk sebulan yang lepas dan bulan-bulan yang sebelumnya.
Kecix pun cakap , "Minum lah air masak , bagus , nanti bla bla bla bla.

OH Si Iz ni memang buat tak dengar je ape yang si kechix cakap.
Apa yang iz fikir "Ek elee,ye ke,air masak je pun,bukan ada apa-apa
khasiat pun,baik aku minum air manis je,slurpp slurrp(bunyi air disedut)".
Pastu alasan yang diberikan,"Iz tak bleh la minum air masak kalau lepas 
makan,lagi-lagi kalau makan lauk yang pedas-pedas".Whatever..

 TIBA-TIBA!
Wah,suspen tak tajuk?
Ok sambung balik,Tiba-tiba!Sesuatu telah berlaku.
Iz tiba-tiba terkena suatu..suatu....suatu...
Suatu apa pun Kiz tak tau..hihi..Takde pape pun berlaku sebenarnya.
Si Iz tiba-tiba je macam terbuka hati nak minum air masak 1liter sehari.
Dan dia memang amalkannya sampai hari ni.Alhamdulillah syukuur.
Erk,harap-harap berkekalan lah habit tu ya.

TESTIMONI DARI IZ SENDIRI

Nak tulis entri pun air masak kat sebelah tau

Hoho,lepas ubah habit minum air manis kepada air masak 1 liter sehari,
Alhamdulillah lah skang banyak perubahan berlaku beb.Antaranya,setiap
hari badan rasa macam segar,tak selalu lesu macam dulu.Pastu,yang 
paling besh,jerawat berkurang dowhh!!!Ini serius.TAk percaya boleh cuba.
Pastu kalau dalam kelas tu daya pengfokusan agromatik(ape benda ni?)
Gua jadi makin tajam lah.WOOW!Pastu ada macam-macam lagi lah 
kelebihannya.Lu tak percaya lu orang leh try wooo.
P/S:saje guna ayat gua-gua kasi nampak cam orang jahat baru insaf

PESANAN KIZ
Beli lah air masak kiz pasti anda akan rasa sihat dah kuat sepanjang hari.
Hihi,takdelah.Minumlah air masak at least 1liter tiap-tiap hari.Kompem
anda akan dapat rasa perubahannya walaupun sepatutnya kena minum
2liter sehari tapi sape nak buat camtu.

Kita nak ubah habit kita kena sikit-sikit lah kan.Mula-mula setengah liter,
pastu 1 liter,pastu 2 liter.Kan kan kan.Ahah,tertinggal tadi,pastu yang
paling besh,dulu kalau makan kat kedai mesti rasa nak minum air manis
kan.Skang tak,tak rasa lansung pun nak minum air manis.Tengok air pepsi
atau coke memang tak terliur pun.Pastu yang lagi best,kita leh jimat
duit dekat-dekat RM1 jugak tau setiap kali makan.

Jadi apa tunggu lagi..
Berubahlah demi kesihatan tubuh badan anda.Yeah!!!


Saturday, January 22, 2011

cupcakes terbaik.tersedap.terbesh.terjilat jari.

Hah teruja tak dengar tajuk.Ya Allah sumpah kali ini tak tipu.Ini bukan cubaan.Memang kalau cuba nak lagi sepuluh kali der.

Awak semua kenal Hanis Zalikha kan?mesti lah kenal mama dia yang bukan sahaja gorjes, tapi sangatlah terer memasak.betulll..Ingat tak dulu Kiz penah pergi masa Hanis celeb bufday dia tuh.Masa tuh Kiz dah wow auntie ni memang sedap sangat lah dia masak.Bak kata Hanis,mama dia semua pandai buat.kerusi meja je tak buat sendiri.hehe.Iz bukan orang yang suka spageti,tapi bila dia makan spageti kat rumah Hanis,tambah dua kali kot.

So masa bufday BFF kami cik aina ni,konon-konon nak suprise lah bagi kek.pikir pikir mana nak cari cupcakes yang tersedap.TING!homaigod mama Hanis lah kan.so koling-koling text msj sume.Deal!


Masa amik cupcakes sampai rumah auntie nani,opps autie ingat kami nak amik petang,padahal kol 11 kami dh ting tong depan rumah beliau.comel je auntie.auntie suruh kami main-main dengan Arissa dan kucing-kucing beliau sementara auntie siapkan kek.

main meow yang manja.geram.kucing ni nak ikut kiz balik.ikut sampai kereta.

ya allah arissa yang friendly taw.mudah buat org jatuh sayang kat die even baru jumpa.






Baru je sekejap main-main lepak-lepak amik-amik gambar Tadaa!dah siap kau.cantik pulak tuh.

kek inilah yang buat kami berebut-rebut.sebiji pun tak tinggal der.

Cupcakes ini mungkin nampak simple tapi rasa dia memang superb.marveles.sumpah sedap gila.(ok sekarang air liur dah leleh teringat kesedapan beliau).bukan macam cupcakes biasa.cupcakes red velvet kot.mana kau nak jumpa kat tempat lain weh.selalunya cupcakes kek butter je.rm2.50 sebiji.

Maka kawan-kawan marilah semua menempah kek auntie nani.tak rugi malah gembira dan menyelerakan.bukan bodek tapi kenyataan.boleh hubungi terus auntie nanie dekat no 0123959779.atau boleh singgah belog mama hanis kat sini auntie nani.selain boleh dapat banyak resepi lain boleh juga belajar banyak perkara tentang kehidupan.sebab mama hanis tak kedekut ilmu taw..

pesanan: jangan beli 20 biji (macam kami) konpem menyesal.beli terus banyak-banyak ya.

Friday, January 21, 2011

Tong-tong Duit.Pelik ke?? ( Part I )


Tong-tong duit?
Kongsi-kongsi duit?
Sharing-caring duit?
ko-bayar-half-aku-bayar-half duit?

Ahah!Sama la tu maksudnya..
Faham kan maksudnya?Tak faham tanya okay.
So hari ni nak cakap pasal tong-tong duit.
Especially untuk para-para kapel and kawan-kawan.
Firstly untuk para-para sakura eh silap.Untuk para-para kapel,
bagi kiz tong-tong duit ni okay ape..Lagi-lagi untuk yang tengah 
belajar.Mana ada duit sangat.

Kiz pelik jugak sesetengah orang bila kiz cakap yang
kitorang kalau beli pape mesti akan tong-tong duit,
diorang akan cakap eh peliknya kau,"kalau aku(lelaki) mesti
aku yang kena belanja semua".

Kalau yang perempuan pulak ada yang akan cakap
eh peliknya kau,"Kalau aku semua bf aku belanja".
TAK GENTLEMAN?

Oh bagi Kiz itu tak betul.
Sebab yelah,banyak lagi cara lain nak bergentlemen okay.
Lagipun bile kita tong-tong duit,benda tu akan lagi merapatkan
hubungan sesama makhluk kapel.Haha,apekebenda ntah Kiz merapu ni.

PENDAPAT ANDA BAGAIMANA?
Masing-masing ada pendapat sendiri,prinsip tersendiri.
tapi bagi Kiz okay,anda pula?

Tuesday, January 18, 2011

AKAN TIBA DI KEDAI KIZ..

Coming up next in Kizhanie Misc's SHOP.CHEAPER & NICE.berbaloi-baloi.


vintage dress.blue is sweet.

polka is always cute right?

santai petang di taman.tarik perhatian dengan gaya lama yang comel.

Nantikan di kedai kami.Yang murah dan terbaik..cepat kumpul duit atau sementara stok masih ada.

Saturday, January 15, 2011

Apabila Kau Keluar kelas


Pergi kelas..Balik kelas..
Pergi kelas bawak buku..balik kelas bawak buku..

Pergi kelas..balik kelas..
Pergi kelas bawak pensil..balik kelas bawak pensil..

Pergi kelas..balik kelas..
Pergi kelas bawak handphone..balik kelas tertinggal handphone?

Ahah..Sesungguhnya itulah yang berlaku pada salah sorang kawan
Kiz ni kat UiTM dimana dia terlupa nak simpan balik Handphone
dia yang dia letak dalam laci meja.

Eh,Kiz bukan nak cakap pasal 'lupa!' macam raja lawak
tu tau.Ni pasal kawan kamu..eh silap-silap,kawan Kiz.
Alamak AKU LUPAAA!!!

Ok sambung balik citer.
So bila 'mamat' ni dah abes kelas dia pun dengan senonengnya
keluarlah dari kelas dia,meninggalkan Handphone kesayangannya
keseorangan(wah jiwang plak ayat)

Pastu bila dah sedar handphone tertinggal.
Macam semua orang akan buat(kiz pun sama),mesti lah akan
cepat-cepat ke kelas tu balik nak ambil handphone.Tapi malangnya,
At that time,semuanya dah terlambat.Nasi dah menjadi bubur.Tambah
kicap sikit boleh dah makan(mengarut).

So Kiz cadangkan dia check kat website Maxis mana tau si pencuri
tu ada buat panggilan mana-mana and yes.Memang si penyangak tu 
ada buat panggilan dan panggilan tu menyatakan dia ada contact
no hp indon.

Thats mean kemungkinan besar si pencuri tu seorang yang indon.
And the kebetulannya yang selalu take care of floor yang kelas kawan
kiz ni adalah seorang yang indon.

So,kes masih lagi dalam penyiasatan kawan kiz ni.Ecehh.
kalau dapat habis la si pencuri tu.

Tapi kat sini jom kita going back to nature.
Apa kata lain kali kita berjaga-jaga,pastikan semua barang yang
kita bawak masuk kita bawak dia keluar jugak.Elakkan kejadian
macam gini berlaku lagi.Terutamanya..

Apabila KAU keluar kelas..

Wednesday, January 12, 2011

Cantik Luar Cantik Dalam Cantik dengar sini!

Kebanyakkan antara kita hari ini lebih mementingkan kecantikan luaran.Yang dalam-dalam kita pinggirkan.Mungkin penjagaan dalaman yang lebih rumit dan agak memerlukan perhatian yang lebih menambahkan alasan.Tapi u olls,hello ini badan awak lah.Especially girl,kena jaga dari sekarang taw.Nak tak nak awak kena.Taknaklah lepas kahwin body dah longgar sana sini.

Awak pernah dengar JAMU? pernah makan JAMU?
yeee Jamu sayang..kita-kita sekarang ni memang sangat jarang dengar jamu apatah lagi nak makan jamu kan.(cik abang iz kita pun sama.pelik je dengar jamu).Dan bagi yang kenal jamu akan terbayang rasa pahit,payau tak sedap.Tapi yang tak sedap lah ubat kan.

Jamu adalah ubat-ubatan tradisional yang lazimnya di gunakan untuk kecantikan dalaman seperti untuk kesegaran badan dan untuk wanita bersalin.Tapi kini jamu untuk remaja juga sudah banyak di pasaran.Sekarang sudah di sediakan dalam bentuk tablet yang tiada lagi alasan untuk tidak makan jamu wahai gadis-gadis sekalian.




Kechix sudah 4 tahun mengamalkan JAMU MUSTIKA RATU-PERAWATAN REMAJA PUTRI.Sedar tak sedar memang jamu ni bawa banyak perubahan besar dalam hidup.Walau sekarang selalu komplain badan debab montel semua.Tapi  hakikat yang jelas,kechix memang sangat hodoh kalau kurus sangat.Iz pun selalu bising bila dengar kechix nak diet.Dia cakap kechix hodoh kalau kurus.muka cengkung.tak comel pakai shawl.
muka 4 tahun lalu yang mana kusam serta kurus gile.masa ini jamu pun tak tahu.

sekarang bila dah rasa dalam cantik,terus suka posing sana sini.sungguh menjamukan mata memandang.


Jamu Perawatan Putri mengandungi 4 jenis di dalamnya.
  1. Parem Kaneman : di makan setiap isnin dan khamis.Khasiatnya adalah untuk memelihara kesihatan gadis.
  2. Sekar Kedaton : yang dimakan setiap hari selasa dan jumaat bagi memelihara kesihatan dan menyegarkan badan.
  3. Suri Ayu : di makan setiap rabu dan sabtu bagi membantu masalah jerawat dan mengahluskan kulit.
  4. Nur Cahyo : di makan setiap hari Ahad untuk melegakan kepenatan fizikal.
Hanya satu tablet setiap hari.Mudah bukan?harga nya juga murah iaitu rm 16 untuk sebulan.Jamu ini boleh didapati di semua kedai jamu dan juga Watson serta Guardian.Jom dapatkan satu.

Mungkin hasilnya tidak boleh dapat serta merta tapi kechix selalu cadangkan kepada kawan-kawan yang ada masalah kesihatan,cepat penat serta berjerawat dan alhamdulillah setakat ini hasilnya terbaik wok.Cuba dulu baru tahu.Jamu Mustika ratu siapa nak pertikai kan.

Bila dalam dah cantik,luar pun mestilah cantik kan?

Friday, January 7, 2011

Lepas Gian!

Haa!Apa korang fikir tu?
Ingat Kiz tulis lucah r tuh..

Aish takde-takde..

Hee..entri ni patut tulis 2hari lepas tapi hari ni baru terdetik
nak tulis.Biasa la student cemerlang kan(cemerlang la sangat),
memang lah busy cket...buzy body.Heh!

Jadi ape kebende 'lepas gian' ni?

Actually nak cakap pasal lepas gian dapat guna internet balik
lepas kat seminggu tak dapat guna sebab line streamyx kat rumah 
sewa kena potong.Ceh!

Seminggu kat rumah takde internet memang macam dah takde
live buat kiz(actually iz).Nak study takde pape lagi nak study.
Nak tengok TV?TV memang takde kat umah kitorang.
 Nak tengok movie?Semua movie dah abes da kiz tengok.
Tiba-tiba terpandang katil kat sebelah..

Sila bayangkan ni katil kat rumah sewa Iz ya..

Apalagi...tido lerr keje..

Okeyh berbalik kepada line kena POTONG.
Nak dijadikan cerita ada la 2 3 orang budak rumah sewa
kiz ni tak bayar bil tenet lagi.Asek duk tangguh menangguh je
tengok kan dah kena potong seminggu.Dia takpe lah tengah kat
rumah dia sekarang.Kitorang yang kat rumah sewa ni duk melangut
je tak tau nak buat apa..

Haduii..So moral of da story.
Tolonglah jangan tangguh menangguh bayar bil tak kesah lah
apa-apa bil pun.Sebab benda tu akan menyusahkan semua orang.
Kalau just susahkan kau sorang je takpe.
Conteng muka dia banyak-banyak!!

Pesan mak:
Beshnya dah ada tenet,abis sume benda FB blog Nuff bla3 kiz bukak..
Lepas gian la katakan..Eheee..

Tuesday, January 4, 2011

BACK TO SCHOOL!



Akibat sudah bermula nya semester baru maka berulang lah lagi kehidupan kiz sebagai pelajar.

selamat datang classmate.
selamat datang lecturer.
selamat datang assigment.
selamat datang final year project.
selamat datang test.
selamat datang quiz.
selamat datang final exam.

tahun ini semester akhir untuk kiz sama-sama belajar.sebab kemudiannya kechix akan pracktikal dan grad.iz akan meneruskan pengajian lagi setahun.(sobs).

dan semoga yang terakhir yang terbaik.yang terindah.yang terbahagia.

doakan yang baik-baik untuk kiz...

miss u all.(masa dah kurang untuk berblogging apatah lagi untuk berblog walking so kena curi masa).

Masih Ada Plan B, Mari baca!