Thursday, August 30, 2012

Hari yang ditunggu-tunggu & Doa majlis perkahwinan.

Okeh. Camera on!! Lighting ok?? Cameramen?

*PANGGG!!(bunyi efek kayu 'boomerang' iklan sunsilk, hamek kau)
"Woi, ingat ni nak shooting filem ke haa? Ni blog la, tulis diam-diam sudah"


Oh. Blog ke? Hihi..


Ok lets get serious guys!

Banyak nak tulis kat entri ni tapi disebabkan mata Kiz dah terkebil-kebil duk tahan mengantuk dari tadi, tak banyak la korang boleh baca nampaknya kan.Sekarang ni Kiz nak tulis pasal hari yang ditunggu-tunggu dulu, pastu baru Doa majlis perkahwinan. Buleh ye?

Ahaa seperti yang telah digembar-gemburkan oleh Kiz berdua nih. Kami akan melansungkan majlis kenduri AKA walimatul-urus perkahwinan kami di Kota Tinggi (johor maa..) pada 1 Sept 2012 nanti. Haa cantik tak tarikh? *Ish tarikh tu tak penting la Kiz!!* So diharap mana-mana blogger yang dekat-dekat tu jom la datang. Dijemput tau jugak-nya-pun-atoi. Hamik ni haa peta Majlis Perkahwinan Kiz. Pandai-pandai lah ye print sendiri, takpun bleh amek pensil & kertas pastu lukis balik. Alah senang je ni jalan dia *dah pernah pergi memangla senang Kiz!!*



Memang Kiz sangat busy dalam sebulan ni yelah banyak kot nak uruskan pasal Majlis Perkahwinan Kiz ni. Yelah, mestilah mau berjalan lancar punya. Kalau korang pun mesti sama kan. Daripada jemputan, kad kahwin, pelamin, doorgift, mak andang, bapak andang(eh ni takde tau), makeup, photographer, makanan, cendol blah blah blah ni kalau nak listkan memang tak cukup satu blog nak kena tambah lagi satu blog lah gamaknya kan. So al-paham-paham sendiri lah ye.


Izz(kiz) kat sini pun nak mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih lah buat Cik Kechix(kiz) dan ibunya yang bersusah payah menguruskan hal kenduri kawen Kiz. Izz kat sini nak tolong sangat-sangat tapi apakan daya, rumah kami sangat jauh ibarat dari Johor ke Terengganu (padahal memang pon). Bagus betullah bakal isteri saya ni, rajin betul ye. Hihi. Tidak sabar rasanya mahu hidup bersama. Camne lah ye nanti kitorang. Ahah kita tunggu aje dan rehat eh lihat.


Eh tadi Kiz cakap nak share kat korang "Doa majlis perkahwinan" kan? Ahaa janji mesti ditunaikan (maaf, tiada sebarang unsur politik disini ok). Jom doa sesama sebab Izz macam dah dapat rasa debarannya nih.


Doa majlis perkahwinan

الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيدَهُ يَا رَبَّـنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَـلَكَ الحَمْدُ قَبْلَ الرِّضَا فَلَكَ الحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَا وَلَكَ الحَمْدُ إِذَا رَضِيتَ وَفَنَـيْنَا دَائِمًا سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الأَوَّلِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اللأَخِرِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى المَـَلإِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى جَمِيعِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَـلِينَ وَعَلَى المَلآئِكَةِ المُقَرَّبِينَ وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ السَّمَـٰوَاتِ وَالأَرَضِينَ.
وَرَضِيَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِـنَا وَهُـدَاتِنَا وَأَئِـمَّـتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعَمَرَ وَعُثْـمَانَ وَعَلِيَّ وَعَنْ سَـائِرِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ أَجْمَعِينَ، وَعَنِ التَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَاحْشُرْنَا وَارْحَمْنَا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا يَا مَوْلاَنَا ِلأَلآئِـكَ ذَاكِرِينَ وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِينَ وَعَلَى قَضَآئِكَ وَبَلآئِكَ وَقَدَرِكِ مِنَ الصَّابِرِينَ، وَمِنَ الحَلاَلِ مَرْزُوقِينَ وَعَنِ الحَرَامِ مَعْصُومِينَ، وَفِى الجِنَانِ مُنَعَّمِينَ وَعَنِ النِّـيرَانِ مُبَـعَّدِينَ، وَإِلَى وَجْهِكَ وَوَجْهِ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَبِّ نَاظِرِينَ وَمَتَـمَتِّـعِينَ، رُدَّنَا اللَّهُمَّ إِلَيْـكَ مَرَدًّا جَمِيلاً (3 كالي)
Ya Allah, pada hari yang penuh berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka. Maha benarlah Ya Allah, firmanmu yang mulia :
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد
Ya Allah Ya Rahman,
بَارَكَ اللهُ لَـكُمَا وَعَلَيْـكُمَا، وَفِي كُلِّ خَيْرٍ جَمَعَ بَيْـنَكُمَا، اَللَّهُمَّ أَلْـقِ بَيْنَـهُمَا المَحَبَّـةَ وَالوِدَادَ، وَاهْدِهِمَا سَبِيلَ التَّـقْوَى وَالرَّشَادِ، وَطَوِّلْ أَعْمَارَهُمَا فِي رَغَدِ العَيْـشِ وَالسُّرُورِ، وَدَوَامِ الهَنَآءِ وَانْشِرَاحِ الصُّدُورِ، وَاجْمَعْ بَيْـنَهُمَا عَلَى كَمَالِ الوِفَاقِ وَالإِئْتِلاَفِ، وَاجْعَلْهُمَا مِنْ أَهْلِ القَنَاعَةِ وَالعَفَافِ، وَارْزُقْهُمَا النَّـسْلَ الصَّالِحَ مِنَ البَنَاتِ وَالأَوْلاَدِ، حَتَّى يَرَوُ الأَسْبَاطَ وَالأَحْفَادَ.
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.
اَللَّهُمَّ وَأَسْبِغْ عَلَيْـهِمَا النِّعَمَ، وَوَسِّعْ عَلَيْـهِمَا الأَرْزَاقَ، وَاحْفَظْهُمَا مِنْ مَكَائِدِ الخَلْقِ، وَجَنِّـبْهُمَا عَنْ سُوْءِ الأَخْلاَقِ، وَبَلِّغْهُمَا المَـٰأۤرِبَ وَالمَطَالِبَ، وَأَحْسِنْ لَهُمَا بِمَنِّـكَ وَكَرَمِكَ العَوَاقِبَ، اَللَّهُمَّ وَامْنَحْنَا كُلَّـنَا جَمِيعَ ذَلِكَ، وَنَجِّنَا بِفَضْلِكَ مِنْ جَمِيعِ المَهَالِكِ، وَنَسْـئَلُكَ بِنَا يَا رَبَّـنَا خَيْرَ المَسَالِكِ،
Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.
اَللَّهُمَّ اجْعَلِ اجْـتِمَاعَنَا هَذَا وَغَيْرَهُ بِالرَّحْمَةِ، وَافْتِرَاقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ بِالمَغْفِرَةِ وَالعِصْمَةِ، وَادْفَعْ عَنَّا بِفَضْلِكَ البَلاَءَ وَالنِّـقْمَةَ، اَللَّهُمَّ أَفِضْ عَلَيْـنَا مِنْ بِحَارِ جُوْدِكَ الخَيْرَاتِ، وَعُمَّنَا مِنْ سَحَآئِبِ نِعَمِكَ بِالبَرَكَاتِ، وَلاَ تُخْـلِنَا مِنْ لُطْفِكَ فِي جَمِيعِ الأَوْقَاتِ.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaika, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
اَللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا فِي مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ، وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْـتَهُ، وَلاَ مَرِيضًا إِلاَّ شَفَيْـتَهُ، وَلاَ عَدُوًّا إِلاَّ كَفَيْـتَهُ، وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ، وَلاَ عَاصِيًا إِلاَّ عَصَمْـتَهُ، وَلاَ فَاسِدًا إِلاَّ أَصْلَحْـتَهُ، وَلاَ مَيْـتًا إِلاَّ رَحِمْـتَهُ، وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ، وَلاَ عَسِيرًا إِلاَّ يَسَّرْتَهُ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْـيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيهَا رِضًا وَلَنَا فِيهَا صَلاَحٌ إِلاَّ أَعَنْـتَنَا عَلىَ قَضَائِهَا فِي يُسْرٍ مِنْكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اَللَّهُمَّ احْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَائِمِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَاعِدِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ رَاقِدِيْنَ، وَلاَ تُشَمِّتْ بِنَا أَعْدَاءً وَلاَ حَاسِدِيْنَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـئَلُكَ الصِّحَّةَ وَالعِفَّةَ وَالأَمَانَةَ وَحُسْنَ الخُلُقِ وَالرِّضَا بِالقَدَرِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.


sumber : http://zaimhilmi.blogspot.com/2012/02/doa-untuk-majlis-perkahwinan.html


Okeylah. Setakat ini sahaja perkongsian dari Kiz untuk hari ini ye. InsyaALAH nanti lepas Majlis Kiz  akan kongsikan kat korang tentang susah-payah majlis pernikahan & perkahwinan Kiz yang buat masa ni perlu dirahsiakan terlebih dahulu. Nantikan ye!

Eh sebelum terlupa, nak bagitau kat korang. lepas ni maybe Kiz dah tak update blog sampailah 5hb Sept sebab masa tu dah majlis perkahwinan Kiz pastu nak pergi ber'cuti' lagi. Tak sabar nak update pasal kisah perkahwinan kami. Tunggu ye jangan tak tunggu!


Jari Menaip,
IzZ (Kiz)



Like Kiz Design untuk dapatkan diskaun 50% untuk semua servis design.

Friday, August 17, 2012

Orang gila main baling batu ke cermin kereta, siapa patut dipersalahkan?

Tajuk hari ni nampak agak panjang tapi apadehal beb. Hihi. Ahaa benda yang Kiz nak story kat kau-orang hari ini sesungguhnya adalah kisah benar yang berlaku kat Kiz sendiri. Baru aje malam semalam kena, masa tu Kiz tengah on the way balik dari Uptown Shah Alam (tak pergi pun sebenarnya, jamm gile gedabak ohh!, terus patah balik).


Okeh jom dengar citer. Sila padam lampu untuk lebih feeling *eceh macam citer seram la pulak*.

Okeh al-kisahnya macam ni. Masa tu dalam pukul 11:30pm lebih kurang. Kiz planning nak serang uptown shah alam nak carik baju raya lah kononnya. Sekali duakali tigakali jamm la pulak kan kat uptown. Pusing-pusing cari parking sampai kepala otak Kiz pun berpusing sekali dah. Last-last tak jadi. Kechix(Kiz) cakap "Jom patah balik je la, camgini sampai esok pun tak jumpa parking" (dialog rekaan semata-mata, hihihi).

So last-last Kiz pun tak jadi la nak g uptown. So patah balik ke Shah Alam melalui jalan seksyen 18 yang bersebelah dengan Giant *AMBOI DETAILNYA!!*. Okeh masa kat jalan ni yang paling penting. Tengah-tengah Kiz duk seronok-ronok drive sambil melayan lagu "anak kampung ku anak kampung, tidak padan tidak sepadan lalalalala whateverthelyricis lah". PERKKKKK!!! Tetiba ada sebijik batu besar sebesar genggaman tangan korang (genggaman tangan baby takleh masuk) warna putih melayang lalu menghentam cermin depan kereta kancil silver Kiz yang comel*EH?*.



Terkejut. Tergamam. Terpelosok. Tergigit jari. Semua ada masa tu. Izz tengok belah kiri. Nampak ada sorang mamat (nampak macam orang kurang siuman) yang mungkin dalam umur 30-40 tengah baling batu sambil ambik lagi batu lain untuk baling (nak baling kat kereta lain pulok kot?). Pergh memang giler beb. Kitorang terus macam terkedu. Saling berpandangan antara satu sama lain.

Dalam hati Izz cakap, "Pergh nasib baik orang giler tu baling batu kapur, kalau batu betul yang keras-yang-kalau-baling-kat-hanjing-memang-terus-kojol tu tak tau la camne". Memang pecah la jawabnya cermin kete kau kan.


So, kesimpulannya..Kiz masa tu memang bernasib baik. Jadi harus cakap apa? Alhamdulillah. So persoalannya sekarang, siapa harus dipersalahkan? Nak salahkan orang gila, orang tu dah memang takleh nak berfikir nak buat camne kan. Nak salahkan batu lagilah batu tu tak bersalah sebab diorang memang ditakdirkan tak boleh bergerak. Nak salahkan Kiz sendiri? Eh pehal plak..Saya hanya seorang pemandu biasa yang mengikut undang-undang pemanduan. hihi.

Jadi. Siapa yang harus dipersalahkan?? Hah ekau pikirlah sendighi ye..

Jari Menaip,
IzZ (KiZ)


Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com

Wednesday, August 15, 2012

Rumahku syurgaku..Oo Yeeah! Tips perabot rumah baru.

Salam Sahur semua *sebab tengah sahur masa ni*. Hii, memandangkan Kiz bakal menyelami dunia orang yang berstatus "U are maried" ni, hari ni Kiz nak short-list sket beberapa barang,perabot & keperluan basic yang al-sepatutnya ada dalam rumah kitorang eh bakal rumah kitorang.

So selepas 1 purnama membincangkan hal ini berdua(kiz), hah inilah dia short-list barang/perabot asas yang patut ada dalam bakal rumah kitorang kat Meru,Klang nanti..JOM!

1. Dapur masak.
Hii ada sesape nak hadiahkan dapur ni tak kat Kiz sila angkat tangan.
 Korang suke berjimat? Ahah Kiz amat suka berjimat sebab duit dah banyak habis skang ni. Jadi untuk berjimat haruslah masak sendiri instead of beli makanan kat kedai-makan/bazaar pastu carik meja kosong lalu berkongsi makanan tersebut(style Kiz berbuka, alamak kantoi sudah).Banyak mana boleh jimat tu hah aa korang kighe la asendiri ye.

2. Meja makan.
Memang boleh je kalau nak makan kat atas lantai tetapi bayangkan kalau rumah tu takde lansung meja kan nampak macam kosong sangat tu. Instead, boleh guna buat layan internet. So patut tak beli meja makan ni? #Eh patut, patut#

3. Kipas.
Yang kipas ni kalau rumah korang memang dah setiap bilik ada kipas memang tak perlu tapi kalau rumah baru Kiz yang hanya ruang tamu & master bedroom jek yang ada kipas syiling(siling lah!) memanglah Kiz patut beli kipas. Plus, kalau men laptop tapi tak pasang kipas boleh menyebabkan laptop korang cepat panas beb.

4. Langsir.
Dapat langsir ni pon sodap.
 Langsir ni pun perlu untuk mengelakkan korang nampak benda yang bukan-bukan kat luar. Haa takut tak? Taklah, sebenarnya langsir ni function dia adalah sebagai penyeri hiasan rumah tu, tanpa langsir, siapalah bilik. Ish entah pape je ayat aku ni.

5. Peti Ais & Barang dapur.
Peti ais ni of course la suatu kepentingan sekiranya korang gemar memasak dirumah kan. Yelah, nak simpan ikan ayam daging lemang ketupat rendang-tak-habis bla bla bla bla mesti la perlukan peti ais. Eh lemang pun nak kena letak dalam peti ais kah?

6.  Alat-alat pembersihan.
Eh ni pun boleh dikira sebagai mop ke?
 Alat-alat pembersihan ni macam penyapu, mop, pencuci, detergen dan yang sekutu dengannya lah. Penting sebab Kiz terutama sekali Izz memang tak boleh tengok rumah tak bersih & tak kemas. Huu tak sabar rasanya nak bersihkan rumah sebab malam tadi datang tengok rumah memang pergh, tak bleh blah. Yelah nak buat camne kan rumah tu dah tinggal kat 1 bulan jugak tak berpenghuni. Eh macam seram pulak ayat last ni. Papejelah.

7. Meja Laptop & Internet.
Ahah sedut jangan tak sedut
 Hee..Tanpa internet siapalah Izz. Siapa lah Kiz kan. Blog harus diupdate. FB harus dicheck. Keamanan perlu ditegakkan*Eh?*. Lagipun, internet ni lah source untuk rezeki kami berdua. Jadi perlu tak internet ni? PERLU!!!


Okeh lah, sekian personal-update pasal Kiz. Kalau ada yang sudi-sudi nak bagi item-item kat atas ni nak buat hadiah kahwin Kiz 1.9.12 nanti pun dialu-alukan lah ye. Hihi, nak-nak yang peti ais tu..*Berangan!*

Jari Menaip,
IzZ (KiZ)


Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design sepeti 
membuat blog, header & sebagainya.

Tuesday, August 14, 2012

Segmen 7 Melekiz di Kiz Garden : 7 Aktiviti paling best ketika berpuasa

[PERHATIAN : ENTRI INI DITULIS SENDIRI OLEH KIZ GARDEN. SEBARANG AKTIVITI PEN'COPY'AN & PEN'SHARE'IAN SILA BAGI CREDIT PADA KIZ GARDEN. ]


Okeh, tanpa berlengah panjaaaaaang..
Mari kita tengok eh baca 7 Aktiviti paling Best ketika berpuasa.

7. Tidur, tidoq & sleeeepp - tak elok!
Bila malam berjaga, siang tidur sampai agak-agak dah petang baru bangun. Ahaa, mesti ada antara korang yang buat taktik ni kan (padahal diri sendiri pun pernah terbuat,kikiki). Memang la best, bangun-bangun je dah tinggal 4-5 jam dah buka. Ahaa yang ni tak elok.

6. Main game ( farm ville tidak dikecualikan sama sekali)
Ahaa ni pulak aktiviti untuk menghabiskan masa supaya cepat & pantas masa berlalu bak cahaya kilat yang pancar memancar di tengah malam. Eh?. Biasanya aktiviti akan rancak berjalan pada 2-3jam sebelum berbuka puasa.  

5. Beli Makanan kat bazaar ramadhan.
Ish tengok gambar pun dah terliur kot!
 Yang ni memang antara aktiviti paling best Kiz rasa diimana korang semua pun suke kan? Tengok kepak ayam madu, air beraneka rasa,uncle bob dan segala-gala sampai rasa macam nak beli je semua makanan kat bazaar tu termasuklah dengan gerai-gerai bazaar tu. Lagi sekali, EH?

4. Menunggu lagi 5 minit untuk buka puasa.
Hihi ni memang benda yang paling Izz suka time bulan puasa *eh suke ke?*. Padahal dah tau lagi 5 minit nak buka tapi still setiap saat akan tengok jam tangan atau jam hanphone atau jam loceng eh pape jelah, sampai lah dengar bunyi azan lalu minum dengan banyak.

3. Mengaji & Solat terawikh.
Aktiviti ni mungkin ada yang tak buat & ada yang buat kan? Tapi untuk orang yang tak berapa nak kukuh & goyah imannya ni, time bulan puasa ni la tetiba rasa cam rajin je nak mengaji & buat solat sunat. Huu insaf sekejap ye bersama Ustaz Izz.Hihi.

2. Termakan biskut pada hari pertama puasa.
Mesti korang pernah alami benda ni kan. Eh tak semestinya biskut, janji makanan. Mesti ada kan? Hihi. Izz penah kena sekali masa tu form 3 kot. Bangun pagi-pagi (kul 10) pastu terus meluru ke dapur lalu mengorek biskut-biskut yang ada didapur pastu dah telan beru teringat, "EH! AKU PUASA LAH!".

1. Berbuka Puasa : Ewah seronoknya lahainyapunaduiterber
Ahah makan makan,jangan tersedak sudah..hihi
Ahaa yang ni of course lah aktiviti yang paling terbestkan? Berbuka puasa. Tak kesah lah bersama family, kengkawan, pakwe makwe suami isteri sepupu sepapan mahupun keseorangan. Still dapat rasa nikmatnya berbuka ye tak?

"HAH! Apepun, jangan sesekali nak curik-curik makan time bulan puasa ye! 
Terlupa takpe, Sengaja Lupa tu penyekeh namanya. "


Jari Menaip,
IzZ (KiZ) 


Jom tengok blog baru Kiz

Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design sepeti 
membuat blog, header & sebagainya.




Saturday, August 11, 2012

Penyumuman : Sejibik lagi blog baru dari Kiz

Hihihihihihihihihihi (amboi panjang gelak nampak?)

nah hang header mengancam dari Kizdesign (www.kizdesign.blogspot.com)

Memperkenalkan kat korang, sebua blog yang menawarkan servis design pelbagai jenis design seperti membuat blog,mengedit blog,membuat kad kahwin,promote blog dan bermacam-macam lagi lah. Ahaa korang boleh tengok blog tu kat sini

Okeh sape yang nak tau apa yang menariknya pasal blog Kizdesign ni? Jom teruskan membaca..

  1. Blog Kizdesign mengambil masa 1hari penuh (24jam) untuk fully siap macam sekarang.
  2. Servis yang dibuat oleh Kizdesign semuanya dijamin siap dalam 3 hari.
  3. Kalau tak siap dalam masa 3 hari, wang akan dikembalikan okeh.
  4. Kalau korang suka design-design yang unik untuk blog, sinilah tempat yang paling sesuai. Seperti korang sukakan keunikan apabila memelih baju kurung raya untuk dibeli.

Ahah kat sini Kiz akan listkan pulak apa servis yang blog Kizdesign tawarkan:

Eh mahalnya kan?(yeke mahal?). Takpe, jangan risau..sempena promosi branch baru dari Kiz ni, Kizdesign menawarkan korang semua DISKAUN 50% kepada sesiapa yang like page diorang!! Cepat-cepat LIKE sekarang sebelum kehabisan masa? Eh bila plak tarikh tutup yang gedegang gedebum tu? Aa- seebenarnya Kiz sendiri pun tak tau..Jadi mungkin tawaran ni bleh tutup bila-bila masa ye tak??

Jadi...


Apa lagi?.....






Jari Menaip,
IzZ (KiZ)

Monday, August 6, 2012

TERGEMPAR: 1.9.12 Hari Perkahwinan KiZ??

Ahaa..Tergempar. Sangat Tergempar. Paling Tergempar. Rasanya lah kot??

Dengan ini, dengan SUKACITANYA..*eh brape banyak dengan daa..*

DIUMUMKAN BAHAWASASUKANYA,

KIZ ( Kecihx & IzZ) menjemput anda semua(blogger) ke..

MAJLIS PERKAHWINAN SYAIZZAL & REIFHAN 
Tarikh: 1 September 2012
Tempat:  98D, Blok 5, Peringkat 1,Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi, Johor


Jadi inilah sebenarnya yang menjadikan Kiz sesangat busy untuk update blog selama ini ye? Yup, tepat sekali. Kami memang sangat sibuk dengan segalanya tentang perkahwinan termasuklah bisnes yang sekarang ini agak terbengkalai sekali. Kiz sangat gembira sebab selepas 3 tahun berpacaran (amboi) akhirnya berjaya juga Kiz membuat sebuah perhubungan yang halal disisi agama. 

Eh sebenarnya entri ni adalah untuk menjemput anda semua sebagai blogger & kengkawan Kiz yang paling disayangi ke Majlis Perkahwinan Kiz nanti. Jadi kepada mana-mana blogger yang duk dekat johor tu sila lah datang ye. Boleh la kita berkenalan sambil-sambil tu ye tak? Ahaa yang duk jauh-jauh dari Sabah Serawak pun amatlah Kiz alu-alukan untuk memeriahkan majlis perkahwinan Kiz nanti.

Ahaa kat bawah ni ada gambar Kad Kahwin Kiz. Comel tak? Design Polkadot ni adalah request daripada Kecix Kiz. Comel angat-angat (dengan-suara-cute-laki, EH?!)




 

Jadi kepada sesiapa yang nak Kiz pos Kad Kahwin Kiz ke rumah korang bolehlah bagi Nama & Alamat korang kat dalam ruangan komen kat  bawah ni ye..Selewat-lewatnya Pukul 8 esok (7/8/2012) sebab Kiz akan pos semua kad pada esok hari.

Doakan majlis Kiz & juga kesejahteraan Kiz ya..
Assalamualaikum.
 

Masih Ada Plan B, Mari baca!