Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

8 Pokok Krismas Terpelik Di Dunia

Krismas oh krismas.
Mengapa engkau krismas,
Macammane aku tak krismas,
orang nak sambut aku,
orang nak sambut aku.

OK stop.Agak mengarut disitu ya.Hari ni Kiz akan bercakap dalam
topik mengarut.Mengarut bukan mencarut okay.So hari ini hari
krismas betul?Jom sembang pasal krismas.

Okay sebenarnya panjang nak tulis ni tapi in case
we wanna make it short(padahal takde idea),Kiz sajikan anda...
8 Pokok Krismas Terpelik Di Dunia

Pokok Krismas Buat Akrobatik

Anda pernah tengok ke pokok krismas buat aksi merbahaya
camni?Haa,sudah tentunya tak bukan.

Pokok Krismas yang sedih beremosi sebab dah tua

Memang sedih tengok pokok krismas ni.
Sila cepat kol bersamamu.

Pokok Krismas hasil togokan 'mountain dew'

Pernah minum 'mountain dew' tak?Haa..kalau pernah
lain kali sila simpan pastu buat pokok.Ok,pembuatan pokok 
pakai bekas minuman ni mengambil masa 3 bulan minum dan
4hari untuk buat.

Pokok Krismas hasil kraf tangan

Kepada yang suka menjahit/crafting , boleh buat cabaran ni ok.
Pokok krismas ni di ikat(knit) oleh 1000 orang knitters okay.


Pokok Krismas suka membaca

Okay yang ni senang nak buat.Cari rak buku yang ada
kat rumah.sepah-sepahkan buku pastu bila mak marah
susun bagi bentuk camni.Pastu bila mak tanya cakap,
"Pokok krismas ni suka membaca mak"

Pokok Krismas yang jutawan

Percaya atau tidak.Pokok krismas ini dibina dengan
21,798 berlian berjumlah 913 karat.King King!
Jom rompak ramai-ramai.

Pokok Krismas gergasi yarghhh
Eh jangan silap faham,bukan mamat puteh tu yang pendek,
pokok krismas tu yang besar gedabak.gila gila

Last But Not Least!!




Pokok Krismas Spiderman Kiz


Disebabkan dah banyak sangat pujuk kiz soh masukkan
gambar dia buat pokok krismas,kiz masukkan lah
atas dasar kesian..Ada-ada je budak labah-labah ni.


Pesan Mak:Semua gambar dan info ni kecuali yang spiderman tu
diambil dari neatorama .Nah kredit untuk kau.

Pesan Mak lagi : Hari ni Kiz bangun awal giler kot.

Mak Pesan : Kiz , meh tolong bawak mak g pasar!!!

Wednesday, December 22, 2010

Bukan warewolf versi twilight .

Hmmmm..Amek mood jap.Okayh.
Mood malam ini..SeRAaaAAMMMM he he he he ( bunyi bajek mengilai-ilai).
Adakah anda perasan?

Sudah 3 Malam..

Kita diselubungi..

Bunyi-bunyi jeritan..
Bunyi-bunyi tangisan..

Serigala di malam hari..

Malam bulan mengambang..

Sudah masuk malam ke-3 hari ini.

Ya!

Anda tidak perlu risau.Jika anda bukan lah..
Serigala Jadian!!



Jika YA! anda perlu lah risau!!






Lebih RISAU daripada tadi!!!









RISAU jika anda dalam perjalanan balik kampung tiba-tiba sakit perut
walhal memang takde lansung toilet berdekatan .
Hmmm..
Memang bukan warewolf versi twilight.Hampeh!

Monday, December 20, 2010

Apabila Superhero Berblogging!

Hmm,pernahkah anda terfikir seketika , terfikir sejenak ,terfikir sedetik pun bolehlah,kira cincailah.Bagaimana kalau superhero itu memang betul-betul wujud . Ok . Sekarang , kita dah assume superhero itu wujud .oops,nanti dulumkita tak nak fikir tentang apa raksasa mahupun kerosakan bandar bagai yang disebabkan oleh musuh-musuh superhero . 
Kita nak fikir lebih mendalam dari tu . Okeyh Jom kita fikir bagaimana kalau semua superhero tu ada belog dan suka berblogging.Ahah!


~Mari saksikan gelagat-gelagat mereka~

Tatkala 'spiderman' sedang berblogging di 'www.spidermanlekat.blogspot.com'
Ambil perhatian ya,url di atas adalah fake sama skali.sekian.

 Tak tau nak tulis ape


 Tiba-tiba ada idea, mula menulis



Erk..lupa plak , spiderman ada web yang leh melekat-lekat.
pengajaran : jangan pakai costume masa blogging.


Tatkala 'The incredible hulk' sedang blogwalking..



tiba-tiba datang komen daripada seseorang yang misteri.. 



agak-agak bape kali si 'hulk' ni akan beli
laptop baru ya?


Tatkala 'Wolverine' ada idea menulis blog

mula menaip..





Hmmmmm...patut lah superhero tak de belog sendiri...

Saturday, December 18, 2010

Melayu Kaya,India lagi Kaya,Cina Lagi lagi kaya.WHY?


Warning : Ini bukanlah isu perkauman , hanyalah sekadar suka-suka je ok.



Okeyh..Kiz ada 3 Soalan nak tanya korang.Amboi banyaknya soalan.Jangan risau,
ini bukan soalan sejarah budak sekolah ya.Pertama,kenapa Melayu kaya?Kedua,kenapa
india lagi kaya dari melayu?Ketiga,kenapa cina lagiii kaya dari india?
Ahah.Cepat jawab,jam sudah berdetik.Tik tok tik tok.Treeettt.Masa Tamat ( Tiru Lawak Yus Raja Lawak ).Hehe. 


Senang je,korang pernah dengar tak kalau majlis-majis orang cina tu,camne bunyi tradisional diorang?Kalau tak pernah dengar,bunyi dia camni tau,
"Tong .Tong. Tong. Tong. Tong(bergema-gema)"
So kalau korang perasan bunyi tu,dia seakan-akan bunyi macam," Untung , untung ,untung , untung".Haa,Thats why la Cina paling kaya.Hehe.



Sekarang pasal kenapa India lagi kaya berbanding melayu eah.
Tadi cina dia banyak guna 'gong' kan untuk muzik tradisional dia.Skang,jom kita dengar yang india pulak camne.

Erk,muzik pliz!!!

"KadaqKadaqTung,KadaqKadaqTung,KadaqKadaqTung,KadaqKadaqTung"
Baca laju-laju tau.Ulang banyak kali.Mesti korang akan perasan.
Eh,bunyi nya macam,
"Kadang2untung,Kadang2untung,Kadang2untung,Kadang2untung" lah.
Patut lah tak untung macam orang cina.Kadang-kadang untung rupanya.




Dan last but not least,kenapa orang melayu lagi tak kaya berbanding orang india.
Jom kita pergi pada muzik tradisional melayu pulak.Cuba bayangkan bunyi kompang masa majlis kahwen ya.
"Pak!Pak! Tung Tung,Pak! Pak! Tung Tung,Pak! Pak! Tung Tung,Pak! Pak! Tung Tung"
Pak! Tung , Pak! Tung , Pak! Tung , Pak! Tung "(baca dengan slow motion)
Panjang la pulak eh yang melayu nih.Hmm,kalau kita dengar baik-baikkan.Mesti akan ada bunyi-bunyi macam,
"Tak!Tak!Untung Untung(ulang 4X)",
"Tak!untung ( ulang 4X)"
Oh patutlah,tak untung rupanya..



Macam tengah wat kelas muzik la pulak kiz ni ek.Haha,ok.Semua yang atas tadi ni hanyalah sekadar jokes semata-mata ya.Takde kena mengena dengan perkauman okay.Kang tak pasal-pasal Kiz jadi blogger kontroversi pulak.Huuu Kiz tak nak.

Tapi pendapat Kiz la kan,Sekarang ni tahap kekayaan semua sama je.Orang melayu banyak pe yang dah maju sekarang.Kita ada Irfan Khairi,Amar Zahar , Kiz(haha,nak masuk gak uh)  dan banyak lagi jutawan malaysia.So,semua sama.Kita hidup berbilang kaum dan bangsa so marilah sama-sama mengamalkan sikap ,
"1 MALAYSIA!!!"(*Sila jerit sambil angkat tangan)




Masih Ada Plan B, Mari baca!