Thursday, November 24, 2011

Dilemma.Nak Jaga Kesihatan ATAU Jimat Duit?

Ahah,kalau tiba-tiba ada orang tanya korang soklan ni
"Nak jaga kesihatan atau nak jimat duit?"

Apa agaknya jawapan korang?

Ahah.Dilemma betul tak?Nak pilih yang mana ni??

Well, Kiz akan pilih saya nak kedua-duanya sekali.Wow.Camne tue..Hee segalanya boleh leh selesai dengan meminum air suam ATAU ais kosong tiap-tiap kali anda makan di warung atau kedai makan.

Kenapa.Kenapa dan Kenapa?

Kenapa Kiz cakap minum air suam adalah penyelesainnya? Okeh dari segi penjimatan, Cuba korang bayangkan contohnya dalam masa satu hari, kita akan makan 2 kali yang kebiasaanya tengahari dan makan malam. Setiap kali kita makan(bagi yang makan kat luar), kita akan order satu minuman yang manis-manis dan sodap sodap macam teh-ais , limau ais dan sebagainya. Teh Ais sekarang kalau kat Shah Alam ni paling-paling murah pun Kiz rasa dalam RM1.50 la kan.

Eh nak mengira mestilah hepi, Kiz kan budak Math-lah-sangat


So kat sini jom kita buat kira-kira cket memandangkan Kiz dari jurusan Math(eceeh macam gampak je ko).

Teh Ais = RM1.50
Sehari = 2 x Makan = 2 X Minum = 2 X RM1.50 = RM3.00
1 Bulan = 30 Hari = 30 X RM3.00 = RM90.00

SEE??Kat situ kita boleh nampak dengan minum air manis kita dah  menaburkan RM90.00 camgitu je. So, cuba bayangkan kalau kita tukar dia dengan Air Suam yang harganya RM0.20 ataupun FREE sahaja (bergantung pada restoran). Kita dah boleh jimat sebanyak RM90.00 tau. Banyak tu, boleh guna buat bayar Bil rumah sewa ke ape ke. Hah tapi nanti dah ada duit lebih tu belanja la Kiz cket ye..hihi.

Ini bukan Kiz punya air mineral.Pak Cik Google punya


Lepas tu dari segi Kesihatan pulak.

OK dari pembacaan-pembacaan yang Kiz buat dan pertanyaan-pertanyaan , temubual bersama Pak Cik Google yang disayangi ni, Kiz dapati(wah dah macam penyiasat lah pulak) air suam ni dapat membantu kita dalam menjaga jantung kita yang penuh dengan masalah ni, lagi-lagi para perokok di luar sana tu. Lepas tu, diorang ada cakap(tulis sebenarnya) lagi, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Kesannya proses pencernaan akan menjadi lambat untuk mencerna(apekah?) lalu lama kelamaan berpontensi untuk mewujudkan kanser dalam badan. Haa takut tak?Kiz pun dah cuak dah ni selalu minum ais even ais kosong.

Lepas tu ada banyak lagi kebaikan dia.Boleh baca kat sini.

SO itulah dia penyelesaian kali ini untuk masalah " Nak Jaga Kesihatan Atau Jimat Duit ".

Jari Menaip,
Izz

sambil-sambil minum air suam tu meh la singgah blog Kemeja Kacak. Macam-macam ada maa

26 comments:

Unknown said...

betul tu kizz.tapi kadang-kadang minum air suam kat kedai ni entah air apa dia guna.kalau air paip biasa,tak ditapis alamaknya memang parah jugak lah kan.

nazirah said...

waaahhhh 2 in 1 kan..
betul tu .. banyak bole jimat kan even kte pandang ala rm2 je tapi bila selalu beli kira2 balek ish2 banyak tu huhuhu :)

Rina Rahamat said...

minum air suam mmglah bagus berbanding minum air manis..tp akak rs nak muntah minum air suam haha

Mr.Superman said...

abg pilih dua2..x bole la nk jimat sokmo,kdg2 kne gk berbelanja bru terasa hdp ni indah.hehe :D kesihatan da semestinya kne jaga.klu x nk berabis duit amik ubat n rawatan sana cni,dr awal la kne jaga kesihatan.bermula dr permakanan dan gaya hdp jgk. :)

Emma Hamzah said...

sekali sekala kalau nak minum air manis. apa salahnya :)

nuffnang oh nuffnang

dear anies said...

kesihatan la..sbb yg tu x de galang ganti nyer mcm duit...

Unknown said...

papa mifz pun kurang gomar air suam..tp ice kosong ok...hehe

La Dolce Dania said...

hi dear.. akak ada cara utk jaga kesihatan.. dan dlm masa yg sama boleh tmbh income.. yuk singgah ke blog akak...thanks..

Chareal83 said...

Betul tu tapi air manis tetap kena ada... kalau tidak mana nak datangnya tenaga... huhu... kesimpulanya dua2 penting... hehe

Unknown said...

teliti betul kiraan tu yer..tp leh d teraii ni..hehe

shahrazali said...

air suam ker????bukan ais kosong yg sllu ko minum???haha...

Rtp Farra Arisha said...

since i was child i love drinking air suam berbanding dari air manis..dan kekadang minum air suam berlebihan boleh kebahkan penyakit yang kita hadapi misalnya demam, cough and so on..and i do the same whenever i've to face such these situations..hehe.. ini bukan soal jimat ataupun kesihatan, this is related to our own way untuk mencegah segalanya!

sayakayrulez said...

kesihatan!

badan sihat baru le cari keje best2

kim heeruul said...

betul gak ckp lu.
pandai lu buat teori.

tirahzairi said...

jaga kesihatan la....

Sarah Mohd Saleh said...

health is everything.if ur body doesnt healthy enuff how to earn moneyyyyy

Ihsan Arifin said...

nak masuk wad, minum lah air manis banyak banyak haha ;)

Ihsan Arifin said...

btw, lps ni try lah solat kat atas broga tu. best :)

Unknown said...

setuju dengan cara ulasan entri ini...kesihatan itu lebih penting walaupun berjimat juga penting apa kata kita berjimat dengan cara yang tidak memudaratkan kesihatan. Jangan rasa berjimat lebih utama walhal kesihatan tidak terjaga :)

KizZ said...

Wah..so nampaknya kita ada conclusion..Kesihatan lebih penting daripada berjimat cermat..TApi kalau tak banyak duit?

Unknown said...

setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya :)

Anonymous said...

Dua-dua Awan pilih.

irdinasyazwani said...

kesihatan :) sebab kalau kita tak ada duit . kita masih lagi bole hidup . kalau kesihatan kita terjejas ? hidup kita jugak yg susah :)

KizZ said...

@irdinasyazwani

Wah..betul-betul..Kiz setuju 100% ngan pendapat awak..sangat bernas!

Wanie said...

hehe..siap buat kira2 tu kiz..air masak mmg air yg terbaik untuk kita kan :)

kord gitar lagu indonesia said...

hi..nice site,thanks for visit

Masih Ada Plan B, Mari baca!