Sunday, November 27, 2011

Dia & Aku kata- Zahiril Adzim

Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.


Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..

"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini!"

Bogel Menuju Tuhan

ada sesiapa terasa?sepatutnya yang memberi dia.aku cuma tak tahu kenapa. 


Shopping-shopping baju gurl kat sini..Semua cantik-cantik and murah

33 comments:

sergeant keroro said...

wow! dashyat giler sayang dia.

viki oktavian said...

menyentuh hati , lihat artikel nih , kata"nya indah sangat

shahrazali said...

wahh..mane dapat ni???
baik punya..

Kuchiki EnnaMoon said...

hehehe, buleh tahan

cik aien senged said...

best la...sweet..

Lea Isnawi said...

bila hati dh sayang kan

Rtp Farra Arisha said...

this is awesome plus meaningful :')

ღ Nurrul said...

bila orang dah sayang... suma benda pun bolehjadi :)

Abg Stalker said...

knp bogel menuju tuhan?mcm pelik ckit r.

Athirah Zari said...

nak share ! hihi

adamzico said...

Kalau dah sayang.. Telan semua 'kata-kata' menyakitkan dari 'dia' dan terus tersenyum untuk menggembirakan hatinya.. <-- Hope i can be like this.. suka3..!

Papa Mifz said...

lawan jangan tak lawan...:)

Nurina Izzati said...

salam maal hijrah =)

KizZ said...

@Abg stalker

Kenapa bogel menuju tuhan?tu kena tanya abang zahiril adzim..hihi

Anak Wak Mail said...

zahiril adzim memang bijak berkata-kata kan..;)

diana said...

dah baca ye "bogel menuju tuhan"?
akak tak baca lagi...
best tak??

Paris Lipton said...

woahhh...best2...ayat adzim semua puitis..org teater lah katakan...hee

dhiera said...

ada makna tersirat!

Daddylicious said...

mmg sempoi tulisan beliau...

dill said...

teringat kat dia..

dill.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

terbaik lah . mmg bermakna :)

Saiazuan said...

kedengaran yg jualan buku bogel menuju tuhan tu salenya sangat bagus :)

Baihaqi said...

Mantap...http://baihaqi-ibr.blogspot.com

Uda follow...

♥AienNajwa♥ said...

hakhakhak..bagus tol ayat dier..niy memang syg tahap gaban..but, u sangat redha..=)

hafizanmohd said...

thnks fr droppin by my blog ;)

Ezzaty Emilea said...

wow !!

Aien Not Alien said...

"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini!"



yang bulat tak datang bergolek-golek... ^_^"

ANA FARHA said...

selamba tapi bermakna..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

erti yang dalam walaupun tampak biasa dari segi penggunaan kata...;)

KizZ said...

Yup..memang nampak biasa sangat..tapi disebalik kata..sangat bermakna..

eintanliana said...

ohsemmm sgt2..

eintanliana said...

mohon share yew..

nur said...

best :)

Masih Ada Plan B, Mari baca!