Tuesday, November 29, 2011

Tuisyen Blog Kiz : 9 Tips menambah RATUSAN komen di blog anda!

Well, Kiz ni bukanlah hebat sangat dalam blogging mahupun famous-amos-sesuperstar-superman macam orang lain. Tapi APA KU KESAH? Kiz nak bagi jugak tips kat korang camne nak tarik orang supaya comment kat blog post korang.

1. PASTIKAN  BUTTON COMMENT MUDAH DILIHAT

Yup, ini penting, Kiz selalu time blogwalking, dah serunuk-berunok(bahasa apa ni weh?) baca korang punya post then cari-cari Button Comment tak jumpa. Cari punya cari last-last jumpa jugak. Alahai kenapa kecik sangat button comment ni. SO? make it BIGGER ok. Kena orang yang macam Kiz takpe la sebab Kiz still bersugguh-sungguh nak cari button comment tu, tapi kalau kena orang macam Si X ni?Cari-cari tak jumpa terus, "Ah, malas aku komen kat sini, kat mana ntah button comment dia ".Haa..Kan?


2. LAGI PASAL BUTTON COMMENT, GUNAKAN WARNA DAN POSISI BERSESUAIAN.

Ok tadi buton komen kecik sangat. So NOW dah besarkan? Bagus!!(Sila tepuk tangan ramai-ramai). Button dah besar tapi warna pulak tak sesuai.Hmm, takleh jadi jugak. Korang kena pilih warna yang sesuai untuk font Comment tu. Pastikan color yang dipilih tak sama atau lebih kurang dengan warna background blog korang. Contoh kalau background korang warna KUNING korang letak font "comment" tu pun warna kuning atau kuning cair atau kuning laut(eh ada ke kuning laut?), of course la tulisan comment tu akan jadi tak nampak.SUSAH NAK CARI TAHU?

Dah ubah color? Ok tepuk tangan untuk diri sendiri lagi sekali! Sekarang sila tengok kedudukan button comment tu kat blog korang. Adakah ia berada di BAWAH?di ATAS?di KIRI KANAN mahupun di TENGAH(ada ke ditengah?). Ok kalau ikut pengalaman Kiz blogwalking, Kiz suka komen tu berada di bawah post. Sebab senang kita nak kasi komen sebab rasa-rasanya setakat ni Tulisan Malaysia mahupun English masih lagi dibaca dari atas ke bawah. Contoh kalau komen tu kat atas, macam leceh lah cket nak kena scroll balik ke atas pastu baru tekan Button Comment tu.

Memang nampak macam benda kecik tapi boleh jadi problem jugak untuk Blogger yang sekali blogwalking bukak sekali 10 Tabs nak komen.


3. TAK HABIS-HABIS PASAL BUTTON COMMENT. PASTIKAN 'MEREKA' SENANG DIKLIK.

Ahah, ini jugak penting. Kiz selalu jugak jumpa belog yang susah betul nak kelik button komen dia. Korang pernah alami tak benda ni? Komen tu dah cantik dah jumpa, tapi bila nak tekan dia macam lari-lari pulak(biasanya ni masalah dengan layout la), orang sentuh sini dia lari sana, orang tekan sana dia lari sini EH APA AKU CAKAP NI?.

Lepas tu kalau blog korang jenis yang ada snow-snow berterbangan tu pun pastikan benda tu tak menganggu kita nak kelik button comment korang sebab Kiz pernah jumpa yang jenis nak tekan comment then terkelik snow-snow yang comel-momel tu then dia dah bawak kita g website mana-mana yang confirm Kiz akan terus pangkah. 

SO? Nanti balik ke belog masing-masing, try comment kat belog sendiri, pastikan benda-benda camni tak berlaku okeh. Baru orang tertarik nak kasi komen.


Meh singgah sebentar bersama Blogshop
KEMEJAKACAK. Lebih Kacak daripada BIASA!



4. GUNAKAN AYAT-AYAT COMMENT YANG MENARIK KAT BUTTON COMMENT

EH tak habis-habis lagi ni pasal button comment ni. Mogok apa Kiz ni? Hmm, korang perasan tak kat Blog Kiz garden ni kat tempat komen dia ada macam contoh "4 orang berani komen kat sini". Benda tu lah yang dipanggil ayat-ayat menarik. OK-ok Kiz tau ayat Kiz tak berapa menarik kan. Ok Kiz bagi contoh Blog Cik Epal , dia buat ayat macam " 4 orang doakan cik epal kurus" ..Kan menarik tu, EH KENAPA MESTI 4?

Nampak tu?Yang Kiz dah tanda tu


Ok benda ni korang boleh edit kat dashboard > design > page element > edit BLOG POST . Kat situ ada satu tempat yang korang boleh edit ayat-mengayat nih okay. SO fikirlah idea-idea kreatif.Jadikan ia satu ayat yang menarik ok. Kiz perasan ramai-ramai jugak buat style "4 ,000 orang komen di blog ni".Brilliant idea!( tepuk tangan ramai-ramai lagi! ). Nampak macam banyak je jadinya komen tu kan. Ahah dengan cara ni jugak, maka terjadilah ratusan atau ribuan komen di blog anda.T_T


5. GUNAKAN TAJUK-TAJUK YANG MENGANCAM NYAWA

Mengancam nyawa?What the.....

Kiz gurau okay. Maksud Kiz gunakan Tajuk-tajuk yang mengancam, contoh macam untuk Entri ni, Kiz tulis TIPS MENAMBAH RATUSAN KOMEN DI BLOG ANDA. Kat sini Kiz mengancam korang dengan perkataan RATUSAN tu (walaupun tak berapa nak mengancam sangat ). TAPI.

Ahah ada TAPI tu.

TAPI make sure korang jangan overboard pulak dengan tajuk mengancam ni sebab kalau korang selalu sangat buat nanti orang akan menyampah dah nak baca BlogPost korang. Habis asyik terperdaya je kan. Nanti blog korang pulak yang akan terancam kena Banned ngan Pak Cik Girl ( Pak Cik Google, Kiz panggil dia Cik Girl je, member lah katakan, hihi ). Jangan marah ya Pak Cik Goole. Gughaw!

6. VARIASIKAN JENIS TOPIK ENTRI KORANG

OK contoh lah korang update belog sehari sekali. Make sure kalau korang punya blog tu blog personal, selang seli kan entri korang tu dengan Info-Info which mean bukannya sepanjang masa pasal aktiviti harian HARI INI AKU MAKAN NASIK-ESOK AKU MAIN BOLA-LUSA AKU MEMANCING AWEK sahaja. Ada paham? Sebab nanti rugi lah korang dah update hari-hari tapi tak banyak keyword-keyword yang orang diluar sana taip yang kena dengan entri anda.

PAHAM TAK?MESTI TAK FAHAM KAN?

OK apa yang Kiz maksudkan adalah Bila kita buat entri yang memberi INFO, lebih banyak peluang untuk orang masuk ke Blog anda sebab kebanyakan orang akan cari info lebih daripada aktiviti harian kita. Rasa-rasanya ada ke orang Search kat Google " Hari ini Kiz buat apa ". Mestilah takde, lainlah Kiz ni famous-amos bagai Cik Hanis Zalikha tu.

SO, kena seimbangkan, contoh pagi tadi Kiz wat entri pasal KIZ BERDATING, pagi ni KiZ tulis pulak pasal TIPS NAK TAMBAH KOMEN. At least , bila orang goole " Tips tambah komen " ke ada la jugak link blog Kiz kat List website tu. Anda RASA Kiz BETUL? GIVE ME FIVE BEBEH!!


7. RAJIN-RAJINKAN DIRI BLOGWALKING

Blogwalking, Tinggalkan jejak korang


Tak guna kalau kita update blog 5-6 kali sehari kalau kita lansung tak blogwalking. At least blogwalking 4-5 blog sehari pun dah cukup. Barulah ramai yang nak blogwalking balik kat belog Kita betul tak. Tapi kalau nak jadi SENGET macam Kiz blogwalking 20-30 Blog sehari pun boleh jugak.Hihi.

Bagi Kiz, Blogwalking ni skang dah jadi HOBI tau.Tu yang dah jadi senget tu. Percayalah cakap Kiz, Lagi banyak kita blogwalking, lagi banyak komen masyuk ke belog korang. CUMA, jangan jadikan ia satu beban, jadikan ia satu HOBI.Okay?


8. INI PENTING! BUANG CAPTCHA BILA TEKAN BUTTON COMMENT

PASTIKAN belog korang tak memaksa pengomen untuk taip Captcha Verification tu. INI cadangan Kiz la sebab kadang-kadang QUITE annoying la bila kita nak komen, PAP kuar benda 'Verification' tuh..Leceh sebab kadang-kadang susah jugak perkataan yang dia bagi tu. Pastu banyak kali terjadi, Kiz ingat Kiz dah siap comment so terus bukak TABS lain, Then rupa-rupanya masih ada lagi CAPTCHA yang nak kena diisi.

OH YEAH. SAY NO TO CAPTCHA!


Tambah pulak untuk certain-certain BLOG tu, CAPTCHA dia keluar lambat daripada biasa, mean that lepas kita dah kelik "COMMENT", nanti BlOG tu akan refresh automatically then baru keluar benda CAPTCHA tu.

Pendapat Kiz la, kalau korang kata CAPTCHA tu boleh mengelakkan SPAM COMMENT, ada je setting kat bahagian comment tu yang boleh bantu kita filter COMMENT-COMMENT yang berbentuk SPAM tuh.

TAPI ni pendapat Kiz la, lain orang lain pendapat bukan?




 9. BONUS : BUAT ENTRI ISU PANAS

Ini untuk sesiapa yang betul-betul nak tambah banyak-banyak komen, Mula-mula, korang tulislah Pasal ISU-ISU PANAS, contoh macam ISU KUTUK LELAKI, ISU MLM, ISU KUTUK-MENGUTUK. Kompem lepas tu meletup-letup orang nak komen kat blog korang tambah-tambah bila ada geng-geng anonymous masuk join pendebatan lepas tu ada pulak yang melawan. BOOM BANG BOOM BANG, views blog korang yang naik, komen bertimbun-timbun nak kena approve.

Entri Mesti MAU kasi PANAS beb, baru ngancam!!


Err tapi kalau boleh tak perlu lah buat benda ni sebab Kiz pun tak suka guna cari camni nak naikkan nama belog. Buat apa Blog naik tapi naik melalui kontroversi. TAK BEST!

P/S : SEBARANG PERTANYAAN ATAU PANDANGAN SILA KOMEN OKAY.

P/S/S : PERKATAAN 'RATUSAN' KOMEN TU HANYALAH PENYEDAP TAJUK SAHAJA OK.

Jari Menaip,
IZz

MAHUKAN LEBIH GAYA?LEBIH BERBALOI?LEBIH KUALITI.SILA KELIK

77 comments:

Unknown said...

yes jumpe button komen kat sini..hehe..=) bdw, tips yang bernas bro..

Lea Isnawi said...

yeah! saya berani komen di sini. hihihi

tips yg bagus.
nak g tukar ayat best jugak la

acan ketot said...

yeah!! like entry ney..
useful sgt for me..hehe

J.Syazwana said...

wah2 banyaknya tips.
semua bagus2.
hehe

Rina Rahamat said...

hehe..akak komen nih..


betul-betul sgt spa yg ko tulis nih..

Putra Ardiles said...

bagus entry.. saya suka.. Terima Kasih Ya. :)

Doni Punya Blog said...

Nice blog..just wanna blogwalking..
[spoiler=Jangan Dibuka][CENTER][FONT="Franklin Gothic Medium"][SIZE="5"]
[URL="http://www.kaskus.us/showthread.php?t=11695356"]Distributor, Jual Mesin Digital Printing, Mesin Outdoor, Indoor[/URL][/SIZE][/FONT][/CENTER][/spoiler]

Nana Kecik said...

best la n3 :) sonok bace

Dhofwatul' Aisy said...

Ahaaa... tak bez, tak bez...! heheeee... nway, nice info! bgos2... 10 markah ye! give me 5 bebeh... ;)

Aqilah Mohamad said...

Jyeahhh . Terbaik . terima kasih untuk tips ni :D

natasha shazwani said...

salam...
~~~ owh saya orang yang berani ;)
~~~ nice blog!

Diari Si Froggie said...

terbaik kiz!! memang tepat list yang kiz buat nie :) tapi ada jugak yang Aida terlepas pandang kadang2. hehe

KizZ said...

TQ for da comments you all..now ada kelas so xleh nak balas sume komen lagi..wait for me okayh

cik ninie said...

haha sy berani kasi komen dkt sni ! tip-2 yg mnarik la...sy akn cuba kd my blog ngee ~ :D

Ummiega said...

betul, betul, betul, betul... nice and useful info...thanks...

Unknown said...

haha nice tips :)

Cik tikah said...

setuju!

belogging said...

sib baik den jumpo button komen ni...anyway gud info sharing

eita said...

ye faham cikgu..kih3

Ainsha said...

pakcik, terasa kot ni...haha, butang komen kita mang duk terotnggek kat atas, mang tokleh dah kasi dia turun bawah, guana?...T^T

Nurrul Hazieqah said...

sanagt setuju dengan semua tips di-atas :)

NiEZ said...

idea yg terbaik! hehe

Ade Perdhana said...

postingnya menarik, coy. nice post.

KizZ said...

@Anisha:

Urm tu rasanya u boleh tengok kat edit post tu..t boleh drag benda tu letak bawah..

mimieux said...

bagus la tip dyell=))

aliza said...

dah buatt.. tp org x komen pon?? entri x menarik kan?isshhh tq info

EYQASARA said...

i like no 8... hihihi!

qwert. said...

Hmm, rajin blogwalking tak rajin comment, Hahaaa :P

KizZ said...

@Aimaniman

Hurmm...maybe u kena rajin lagi cket komen blog org kot..

MicoBlink Butik said...

intresting sangat .. thankss bagi tipss nyh ... :)
waaahhh ~ teruja lah ... hee

farz zull said...

hehe, tetsting komen jugak kat sni...;p thanx 4 info..;)

Ct Aja said...

nak guna tajuk mengancam nyawa yg tak keluar tu...hihihi

Ana Farhana said...

setuju dgn semua tips..

paling tak suka yg kne word verify.. lecehhh!

decalskinmalaysia said...

hebat giler blog ni, first time jumpa orang buat blog pasal tulis blog.

KizZ said...

@Decal

Hey hey..TQ fren

FUZY said...

terasa sgt berani bila komen kat sini....ehehhehe

zarina said...

salam. info yg sangat bagus..thanks.

Shida Radzuan said...

setuju 200% ^_^

MeowMeow said...

HEBAT !

Cik Eyqa said...

leh ajar xcara nk edit jd word bigger n color diff?

Farid said...

Menarik tips ni, nak check la nnti...

Chair Daily said...

firts time visit this blog...best entry ni...terbaekkk...^_^

fieha said...

tq for sharing :)

Saddila said...

weeee . terbaik la kak .
tapi rasanya bab komen mengomen kat blog dila da okay kot . ke ade captcha ? haha :p

KizZ said...

@Cik Eyqa..

Hmm..nanti Kiz buat tutorial ea pasal tu..

KizZ said...

UR welcome everyone!

ILA HonEyBuNNy said...

bagussss tip2 neh...

boleh apply kat blog...hehehhe...;-)

MalizaMah said...

cadangan2 awak ni.. semua saya setuju.. lagi2 yg pasal blog walking..
sbb saya selalu membaca org suruh blog walking.. so trafik makin meningkat... lalalala

say to easy=) said...

nice tips..paling x suka kalo button comment tu sama kaler ngn bckground.waduh2

KizZ said...

@aliza

Yup..setuju dengan kamu jugak..

Arzi said...

nice tips...!

Shirley E Hardy said...

I appreciate everything you wrote here for this article. It has given me a few ideas, so "Thank You" for sharing your thoughts. Thanks for visiting my blog.

Cik Sibuk said...

Kalau ni kat FB, kita dah click 'like' kat entry nih..btw ni saya dah ikut tip #7. hihihi

http://ciksibuk.blogspot.com

AMYCYRUS said...

Suka dengan tips ni :)

KizZ said...

@Cik Sibuk

Hihi...sibuk-sibukkan diri anda dengan blogwalking ye pasni..

Fiqah Alias said...

sgt3 stuju laaa.. :) thanx utk tips yg brguna nie.. :0

M@W@R Q@SeH said...

btul3...upin ipin kata :)

hehee setuju dgn tips ni

hazanis said...

fuyyyooo.byk nye komen...:)

azreen said...

sukee tips nie . sangat bergune :)

FifaMusz said...

memang bagus tips di atas.. ramai yang ada blog, tapi tak tau apa yang readers harapkan..

saya suka baca utk improve blog kebaya saya.. thank you so much!

KizZ said...

@FifaMusz
Haa tu la...bagus2 apa yang awak buat nih

digitall-process said...

Bagus trikmya ...
aIJIN untuk di terapkan di blog.... semoga berhasil

cik ika said...

nk letak tapak kaki ika kt komen cini..
i loke this entri..

hope ika pnye pun da ckup syrat..

Unknown said...

btol3~ ana sokong! hehe.. :)

Little Fadzsya said...

Jheahh , suke info2 niyhh :)informative , tapi yg nak buat mcm 4,000 orang komen di blog ini macam mne ? takk jumpe..

Nora Karim said...

Yey, jumpa button komen cik Izz... hehehe :P Happy Blogging

alia zainol said...

alia pun kurang menggemari words verification tu huhu menyusahkan :(

EmaN said...

Haha..best entry ni!! Seronok bace blog, penulisan yg best...follow here.. :D

anggunpesona said...

Kiz, thanks sharing tips yg berguna especially utk org baru belajar mcm akak ni,

Anonymous said...

nice info!! tq Kiz......

Awok's Kiter Craft (Awin) said...

hehe rasa mc terkena kat akak jer sbb br ni kiz crk kat blog akak xjumpa kan? hehe nak setting lebih2 akak xreti buat apa yg termampu jer tu... yg comment tu akak dh try ubah kat setting dia tp dia still kuar mcm tu gak... huhu dah sdhnya akak bior je le... :)

anyway thanx sis sudi jenguk lagi n lagi my blog :)

miss oat said...

thanx kiz..byk info bru i dpt...

Ummu Khalyf said...

okey tips best :)

Ummu Khalyf said...

okey tips best :)

Anon said...

Memang mengancam nyawa sungguh tajuk posting Tecix ni..kalau gitu akak nak letak tajuk Awek Cun Pakai Kebaya Sendat kat blog Kebaya Kiosk akak, ok tak Tecix? :)

hunny bunny said...

idea brnas lar kiz..
tq ek..
btw stuju psal "buang captcha" tuh..
mmg ramai yg buat bnda alah nieyh..
ape ke he nye ntah..
kene mcm ani yg mlas gler nak mgecilkan anak mata mlihat hruf2 captcha yg ntah ape2 tuh, mmg ani tkan btang X jer..hehehe

Aina said...

thanks tip it kiz...
itu banyak membantu saya..

Masih Ada Plan B, Mari baca!