Wednesday, November 23, 2011

Apekebendenya UKULELE nih??Siapa tahu?


Okeh sekarang sila perhatikan gambar ni..

Gadis comel?Teetttt salah sama sekali.Memang gadis dalam gambar ni comel(eceeh) tapi bukan tu yang Kiz nak citerkan harini..

Kiz nak citerkan kat korang pasal benda merah yang dia sedang pegang tu.Namanya adalah Ukulele kalau korang nak tau.Ukulele ni adalah ibarat Gitar kecik la senang cakap.Cuma yang membezakan beliau adalah kalau korang perasan, Ukulele ni hanya mempunyai 4 tali..Gitar biasa yang macam Aizat selalu main tu ada 6 tali.

So apa yang best pasal Ukulele ni?

Yang bestnya pasal Ukulele ni adalah bunyi dia.Bunyi dia nyaring.Kalau korang perasan, Miss Zee Avi pakai alat muzik ni untuk mainkan lagu-lagu dia.Bunyi yang didendangkan(wah berdendang gitu) dari Ukulele ni adalah sangat nyaring tapi dalam masa yang sama tak menyakitkan encik telinga kita. Jangan risau nanti kat bawah ni Kiz ada share kan video untuk korang tengok.


ni video Zee Avi main ukulele.Lirik?dah ada dalam video ni.Jom nyanyi ramai-ramai.Hihi!

Ahah lepas tu, kepada sesiapa yang pandai main gitar tu which is kebanyakannya lelaki, korang mesti suka punya ukulele ni sebab chord dia memang jauh lagi simple berbanding gitar biasa. Kepada yang newbies yang baru nak belajar main gitar pun Kiz syorkan try alat muzik ni.Very simple.Tekan satu jari je kat fret dah boleh dapat dah Chord 'C' berbanding korang perlu tekan 3 jari untuk buat chord 'C' dalam gitar biasa.


Tuning dia?

Okeh tuning dia pun berbeza banyak dengan gitar biasa. Kalau gitar biasa pakai tuning E,A,D,G,B,E.. Yang Ukulele ni pakai tuning G,C,E,A dari atas ke bawah okayh.Itu je bezanya

Lagi?Apa lagi yang BEST?

Ahah of course disebabkan kecomelan dan kekecilan saiznya yang kecil(eh macam tunggang langgang plak ayat kiz ni) , senang untuk kita nak bawak dia g mana-mana.Nak g kelas,nak g tuisyen(untuk budak sekola),nak g dating,nak g taman,nak g joging.Semua boleh.Nak bawak g toilet pun boleh(eh gurau je,hihi).

Sila pilih yang mana berkenan ya.hihi

Hmm so kat sini Kiz nak story la sket kat korang pasal sejarah Ukulele. Haa tengok baru sebut sejarah dah menguap tu. Aishh. Ok Kiz will make it simple okay, Ukulele ni asalnya datang daripada kepulauan Hawaii dimana alat tu digunakan oleh kaum-kaum kat situ untuk berhibur.Then datang orang daripada luar(omputeh) diorang tengok Eh-macam-best-pulak-benda-ni , lalu diorang pun bawak alat muzik ni ke negara diorang dan dari situ maka tersebarlah keunikan dan kecumilan Ukulele ni ke serata negara termasuklah negara kita Malaysia yang baru menang bola sepak sukan sea 2011 time lawan ngan Indonesia semalam. Syabas buat team harimau muda yang mengaum-ngaum!Yeah!!Alamak dah lari topik plak.

Okeh sambung balik.

Manatahu dah baca entri Kiz ni tetiba berminat pulak nak beli Ukulele ni kan. Cari kat blogshop gempak KedaiKiz takde.Blogshop hencem KemejaKacak pun takde. Ahah solution dia korang boleh try search kat mudah ataupun lagi senang korang g je cari mana-mana kedai Muzik insyaALLAH ada jaul.Harga dia paling murah tak silap Kiz dalam RM70 camtu.Memang la macam agak mahal cket an tapi berbaloi tau.Siyes berbaloi. Nak buat hiasan pun cantik tu..

 Haa tengok pakcik ni.Happy kan?Camtu lah korang akan rasa bila main Ukulele ni.

So apalagi,mari lah beramai-ramai kita shopping baju kat kedaikiz.blogspot.com mahupun kemejakacak.blogspot.com untuk baju lelaki.Eh tak berkait eh?Hihi pomote pomote..

Jari Menaip,
Izz

Kelik banner ni kalau nak tengok baju-baju lelaki yang cambesh

23 comments:

merahitujambu said...

blog ni kongsi dgn gf bf eh..=p

J.Syazwana said...

tak paham sangat kod2 gitar ni. hahaha.
tapi benda ni macam menarik.

saya nak belajar main gitar tapi jari pendek tak sampai. sedih betul.
jadi dengan adanya ukulele ni boleh la agak2 nya nak belajar kan.
hehehe

Sarah Mohd Saleh said...

ohhh br tawuuuu.thankss for sharingggg

Cik Ecah said...

owh ni la dia mendenyer...comel jer... ;p

Awan Biru said...

Sempoi...
Terasa diri ini seperti kat Hawaii bila mendengar alunan ukulele.

Anak Wak Mail said...

ukulele,,macam best..tp kalau tak reti guna,,sia-sia je beli..hihi..;)

KhaiRin said...

sy br tau ruper nyer zee avi tu org sarawak hehehe

Rtp Farra Arisha said...

UKULELE. namanya kedengaran sangat unik! :) i'm gonna own this too...

arnabs said...

i love ukelele..!
tp xdpt bli lgi,,wuuu,,
dlm video matlufti pon dya da men ukelele..dgn bp amir iqram-lagu

EZAN IDMA said...

oh baru tau nama dy

Saiazuan said...

fav gak gitar ni.. sbb bunyi dia unik.. biasanya orng main kat tepi pantai :D

KizZ said...

@RTP Farra
Hiii...belilah satu..gerenti berbaloi punyer..

KizZ said...

@Saiazuan
Yup...10marks for you..

IZNIE said...

bunyi macam uk-eleyy
haha. btw, baru tahu nama die bile baca blog ni.
sgt comellll.
sy ade gitar je tp tak reti main. hahahaha

kim heeruul said...

perrhhh

ekabukanmakcikkau. said...

orang kecik macam aku memang kiut ah main benda tu . kalo engko hermmm tak kot . hahhaa

rozeeta rashid said...

macam best pulak. teringin jugak nak main. hehe.

first2 tengok perkataan ukulele ni teringat iklan kat tv yang perempuan main ukulele tu.

zOeY zAu YaH said...

comel ja bentuk dia..hehe

KizZ said...

Owh...zee avi ea?

Juliet_iRa~" said...

ohh gitar kecik tu namanya ukelele ek..br tau..heee

suka gak tgk org main gitar..n pernah teringin tp sbb mcm susah je kan..haaa

lepas ni blh la try cari ukelele..;p

thanss share!!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

pes time akk tgk ukelele ni ms anugerah bintang popular kut..rs cam nk belilah haha

YOUsoF said...

Gitar yang besar tu pun aku tak pas lagi apatah lagi yang secomel ukulele ni.. ;D

RM70 tu berbaloi bila kita betul² pandai gunakan alat ni.

ToNcHet said...

murah je nak banding ngn gitar ntuk newbies...;)

Masih Ada Plan B, Mari baca!