Tuesday, November 15, 2011

Makna Sesebuah Hadiah??Ada makna ke?

Assalamuailaikum..

Okes entri kali ini mungkin agak jiwang sebab Iz nak citer kat korang pasal 'makna sesuatu hadiah'.Terus terang Iz katakan yang Iz baru sahaja faham bahawa hadiah tu merupakan sesuatu yang amat bermakna sebenarnya buat seseorang.

Al-kisahnya bermula 29 OCT 2011 baru-baru ni.Tarikh tu adalah tarikh Kiz akan berjumpa untuk berdating sambil re-stock barang kedai online Kiz.Kecix sampai ke Shah Alam masa tu pukul 5am lebih kurang.So Iz pun dengan penuh bersemangat bangun dari tidur yang tak berapa lena(takut tak bangun) lalu start engine kancil menjemput Cik Kecix kita di bustand Shah Alam yang tercinta tuh.

Okeh lets skip the part that kitorang lepak kat mamak jap untuk memenuhkan perut yang dah berkeroncong nih.

Then,tiba-tiba dalam kereta TA DAA..Si Chix bagi hadiah Teddy Bear kat Iz.Wah masa tu memang terkejut tapi buat-buat rileks macam tak terkejut sangat(kalau tak faham sila ignore this statement okay,hihi).Teddy Bear tersebut memanglah sangat comel dan cute*sama lah tu!*.Lalu kitorang yang memang tengah Obses dengan Siries 'Vampire Diaries' nie terus namakan Teddy tu "Elena".Mula-mula iz nak namakan dia "Damon" tapi macam ganas sangat pulak Kecix kata.

 Tengok,Teddy Bear pun suka dengar lagu tau,bukan tuan dia je

Second Suprise,Rupanya dalam Beg Kertas hadiah tu juga terselit Minyak Wangi 'Body Shop' yang berperisa Epal katanya.Memang sangat seronok sebabbefore masa tu Iz memang tengah tercari-cari minyak wangi yang sesuai.Memang tiap-tiap hari pakai minyak wangi itu.hihi.Oops sebelum terlupa,ada lagi satu,dalam beg kertas tu jugak ada 'surat' dari Kecix.Pendek je ucapan dia tapi amat bermakna bagi Iz.Thank You Kecix!

So,apa yang iz nak cakap kat sini is betapa berharganya rupanya sesuatu hadiah tu tak kisahlah apapun hadiah tu.Hadiah tak semestinya mahal,tak semestinya cantik.Yang pentingnya adalah makna yang disampaikan dalam hadiah tu.Dulu Iz memang tak pernah terfikir pun yang "hadiah" ni rupanya sesuatu yang sangat best lebih-lebih lagi dari orang tersayang.Macam ala hadiah je pun,bukannya apa pun,ek elee..Haa macamtu la Iz fikir dulu.TApi sekarang no more.Prinsip tentang hadiah dah berubah.

Dengan hadiah,kita boleh lebih mengeratkan lagi hubungan sesama insan,tak kiralah bercinta mahupun tidak.Contoh kalau kita ada beli barang kat mana-mana kedai then tiba-tiba dapat hadiah walaupun sekadar 'Syampoo' yang saiz paling kecik tu,sedikit sebanyak kita tetap akan rasa hepi betul tak.

So Lepas ni,kalau anda bercinta tapi masih sape-sape antara korang belum bagi hadiah,korang perlu cuba dan korang akan tau maknanya,apa maksud yang Iz cuba sampaikan dalam Entri.

Doakan Kiz kekal hingga ke Jinjang pelamin

Nah kat sini ada beberapa Tips nak bagi Hadiah:

1)Kalau boleh bagi hadiah yang orang tu suka ataupun tengah cari benda tu.

2)Cuba elakkan time korang tengah bersama-sama.Maksudnya macam time tu pasangan korang minat benda tu pastu korang pun terus belikan benda tu lets say 'baju'.Kalau boleh tunggu nanti lain kali jumpa baru belikan benda tu,baru suprise.

3)Hadiah tak semestinya barang yang mahal.Sebatang Pensil pun kalau pandai gunakan pensil tu macam ukirkan nama pasangan tu boleh dijadikan hadiah.

4)Bagi hadiah yang orang tu boleh gunakan,contohnya macam Kecix bagi Iz minyak wangi,hari-hari Iz akan pakai,Hari-hari Iz akan ingat kat dia.Betul tak?

Okeh.Setakat ini sahaja entri jiwang untuk kali ini.Harap korang janganlah rasa meluat pulak ya.Hihi..Just nak bagitau kat korang makna sesuatu hadiah tu,memang sangat bererti.Ingat,hadiah boleh dibeli,hati seseorang tu memang tak dapat dibeli walau dengan apa sekalipun.

Jari Menaip,
IzZ

Belog ini jual macam-macam pakaian lelaki terbaik dari ladang


16 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kaurang memang sweet& romantik

Unknown said...

ade je y takot bg pakaian

takot mati

ade org cine tak bg beli jam
cpt mati katenye

mcm2 la

KizZ said...

Anisa:
TQ very much..hihi

KizZ said...

Iffah:
Huhu..biasa la tu..kepercayaan masing-masing..

Mek Onie said...

harap takrang berpanjangan jak :)

YouSOF said...

Berbunga-bungalah hati bila dapat hadiah dari yang tersayang... ;D



Bila dah nama hadiah, siapa tak suka kan. Tak kira mahal atau murah. Lebih2 lagi macam kau, dapat hadiah benda yang kau tengah cari, confirm-lah kau hargai kan.. hehe

KizZ said...

Onie: Hihi..taklah punya..

Yousof:
Hee..Of course lah..berbunge-bunge bak mawar yang mekar..heh!..

laskar pelangi said...

sweetnya korang:) semoga berbahagia ye..

IEJA said...

memang sgt bermakna kalau dpt hadiah..lg2 klu dari yg tersyg :D
tapi ada jugak org yg dpt hadiah mcm x hepi sbb hadiah murah..sedey kan :(

btw, salam perkenalan :)

BENA said...

kite pun dapat minyak wangi . selalu pakai . kadang2 syg nk pakai. takut habes. heheheheh

~Siti Nurul Huda~ said...

hehe, itu perfume dan teddy si kechix cari bersame sepupunyer yg tersayang k..plez take note..=P

KizZ said...

Leja:
Ahah itu maknanya orang tu mungkin agak material la agaknya,,dia tak value hadiah tu dari segi nilainya..dia value hadiah tu dari segi harganya sahaja..

KizZ said...

SITI HUDA:
Ahakz...TQ for da very good idea..

IxoR@ said...

semoga berkekalan.....

amin.

YouSOF said...

;D

cikpuanNaiz said...

nt kwen jgn lupe jmput ye syaizzal :P

Masih Ada Plan B, Mari baca!