"Nak jaga kesihatan atau nak jimat duit?"
Apa agaknya jawapan korang?
Ahah.Dilemma betul tak?Nak pilih yang mana ni??
Well, Kiz akan pilih saya nak kedua-duanya sekali.Wow.Camne tue..Hee segalanya boleh leh selesai dengan meminum air suam ATAU ais kosong tiap-tiap kali anda makan di warung atau kedai makan.
Kenapa.Kenapa dan Kenapa?
Kenapa Kiz cakap minum air suam adalah penyelesainnya? Okeh dari segi penjimatan, Cuba korang bayangkan contohnya dalam masa satu hari, kita akan makan 2 kali yang kebiasaanya tengahari dan makan malam. Setiap kali kita makan(bagi yang makan kat luar), kita akan order satu minuman yang manis-manis dan sodap sodap macam teh-ais , limau ais dan sebagainya. Teh Ais sekarang kalau kat Shah Alam ni paling-paling murah pun Kiz rasa dalam RM1.50 la kan.
Eh nak mengira mestilah hepi, Kiz kan budak Math-lah-sangat
So kat sini jom kita buat kira-kira cket memandangkan Kiz dari jurusan Math(eceeh macam gampak je ko).
Teh Ais = RM1.50
Sehari = 2 x Makan = 2 X Minum = 2 X RM1.50 = RM3.00
1 Bulan = 30 Hari = 30 X RM3.00 = RM90.00
SEE??Kat situ kita boleh nampak dengan minum air manis kita dah menaburkan RM90.00 camgitu je. So, cuba bayangkan kalau kita tukar dia dengan Air Suam yang harganya RM0.20 ataupun FREE sahaja (bergantung pada restoran). Kita dah boleh jimat sebanyak RM90.00 tau. Banyak tu, boleh guna buat bayar Bil rumah sewa ke ape ke. Hah tapi nanti dah ada duit lebih tu belanja la Kiz cket ye..hihi.
Ini bukan Kiz punya air mineral.Pak Cik Google punya
Lepas tu dari segi Kesihatan pulak.
OK dari pembacaan-pembacaan yang Kiz buat dan pertanyaan-pertanyaan , temubual bersama Pak Cik Google yang disayangi ni, Kiz dapati(wah dah macam penyiasat lah pulak) air suam ni dapat membantu kita dalam menjaga jantung kita yang penuh dengan masalah ni, lagi-lagi para perokok di luar sana tu. Lepas tu, diorang ada cakap(tulis sebenarnya) lagi, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Kesannya proses pencernaan akan menjadi lambat untuk mencerna(apekah?) lalu lama kelamaan berpontensi untuk mewujudkan kanser dalam badan. Haa takut tak?Kiz pun dah cuak dah ni selalu minum ais even ais kosong.
Lepas tu ada banyak lagi kebaikan dia.Boleh baca kat sini.
SO itulah dia penyelesaian kali ini untuk masalah " Nak Jaga Kesihatan Atau Jimat Duit ".
Jari Menaip,
Izz
sambil-sambil minum air suam tu meh la singgah blog Kemeja Kacak. Macam-macam ada maa



















