Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Maka selesai sudah performance kami malam dinner pra-graduan

Hi u alls*macam pompuan la pulak sebut*. Lama Izz tak menghupdate ini punya belog. Actually saje nak bagi peluang Cik Chix kita update pulak. Yelah asyik-asyik Izz je yang update nanti korang bosan al-boring pulak kang. So dengan adanya update dari Cik Chix kita dapatlah korang baca gaya penulisan yang berbeza PLUS lebih matured.lebih beremosi.lebih bergaya! Ahaa..trademark tu.


budak Izz yang berangan jadik artis!

So hari tu Izz dah citer pasal camne kami bersungguh-sungguh prepare untuk persembahan malam dinner Pra-Graduan UiTM fakulti matematik dan komputer (FSKM) kan.


So 11 Disember malam sabtu baru-baru ni akhirnya kami berjaya jugak buat persembahan tu dengan lancar ibarat budak-budak menggelongsor kat papan gelongsor*boleh tak?*. Actually memang ada beberapa mistakes la tapi just small-small mistake, masalah teknikal je poonnnnn.



Petang tu before THE REAL DINNER ada rehearsal. Rehearsal ni supaya kita boleh menyesuaikan diri dengan pentas PLUS blah blah blah dan apa sume. Kira macam training last la kan*ish benda camni pun kau nak citer Izz*.

Tengah duk bincang pasal problem yang bakal dihadapi. Perasan tak ada orang misteri pakai sweater tu?


Kitorang : Bila kau nak masuk nyanyi ni? penat dah kami tunggu ni.


Hmm takpelah, meh layan budak-budak ni berlatih joget clubbing lu*tipu!*



Ahah nyanyi pun kau.Hihi!. Muka tu takyah serius sangat boleh Izz?


Nak tau apa masalah-masalah yang kitorang kena hadapi? Hmm, ada ke jawatankuasa dinner kata diorang tak leh nak supplykan 5 Mic untuk kitorang. Camne kami nak jadi backup singer kan? Huu pening-pening. Tapi takpe Aku paham sangat dengan masalah kebajetan kerajaan yang semakin membanjiri mana-mana Universiti Kerajaan ni. Sabor jelah.


So ada mic takde mic, kitorang tetap teruskan dengan semangat yang penuh membara. Yeargh!!(bersemangat).


Okeh dinner dah start. Cuak. GET READY GUYS!!


Ada ke diorang cakap muka Izz macam P.ramlee masa pakai songkok. Siot betul.


Gitaris utama kita berbaju oren ni sentiasa serius okay. Hihi.Yang sorang lagi pulak
buat gaya berlagak Macho. Ohoi sila tahan muntah-muntah anda.


Ahaa lupa nak bagitau, ni lah dia Photographer kitorang yang tangkap gambar
yang cun melecun nih. Merangkap teman sebilik kami. Eh macam gay pulak guna nama
teman sebilik. Tukar-tukar. Budak Bilik. Haa..


Sempat pulak captcha gambar abang yang wat performance Sajak ni.
Ada nampak macam Dr.Haji.Fadzilah Kamsah tak? Hihi. Jahat pulak rasa.


Sempat lagi pulak bergambar Miss Hanimah merangkap Advisor FYP kitorang
yang memang sporting habis.



Ini dia gambar kunun-kunun Band kami yang diberi Nama "zaman berzaman"
sebab beberapa hari before tu Izz asyik duk layan lagu Zamani aje memanjang.


Jari Menaip,
IzZ
/
Minat baju ni? Sila kelik


Sunday, December 11, 2011

Dinner's Performance Practizas bersama Izz

Huu..Perasaan? Hmm, cuak pun ada, excited pun ada, yelah Eventnya malam ni pastu Izz and kawan-kawan dijemput untuk buat performance untuk Dinner tu. Sebab sem lepas Izz and Techix actually pernah perfom untuk dinner sama-sama, BEST kot suara Cik Tecix ni. Kecil-kecik cili berapi bak kata orang tua. Hihi


Tema untuk malam ni? TRADISIONAL . And SO kitorang disuruh perform lagu-lagu yang tradisional ataupun etnik kreatif lah. Hmm susah jugak. Lama jugak kitorang nak decide nak main lagu apa. Sebab lagu Tradisional ni kebanyakkannya lagu-lagu yang orang pompuan nyanyi.

 Hah nih la muka-muka orang yang kusyuk sangat duk praktis sampai tak sedar kena tangkap gambar


Fikir punya fikir punya fikir punya fikir*eh banyak lah kau punya fikir*, at last kitorang berjaya jugak pilih 3 lagu yang sesuai untuk dinyanyikan dan dimainkan*sila buat bunyi lagu menang perang*. Dan lagu-lagu nya adalah "Bimbang serumpun kasih terbuang - E.Y.E", "Inang Bujang dan Dara - Illusi" dan "Ghazal Untuk Rabiah - M.nasir ngan Jamal".


Mesti korang tergaru-garu kepala kan macam, "eh ape kebenda lagu korang nyanyi ni?".Hihi sebenarnya kitorang sendiri tak tau tajuk-tajuk lagu tu BUT THEN bila kawan Izz ni nyanyikan cket lagu-lagu tu barulah kitorang macam, "OOOOOO-OOO-OO-O". Haaa, cuba korang search kat You Tube, nanti mesti korang pun akan, "OOOOOO-OOO-OO-O".


 Memperkenalkan Gitaris import dari Beijing,China..Jiiiman! Hihi


Ini dia penyanyi yang pernah Menjuarai AF musim ke-22*Clap Clap*



Dan ini dia Gitaris kedua dari Planet Alien Nameck merangkap Blogger Termasyur Tanah Air*Perasan*




Okeylah, Sekian saja liputan dari saya. Maaf lah ya atas kesepahan bilik yang sangat bersepah*eh camne tu?*. Ohh Please ignore je k benda-benda tu. Hihi.

P/S : Sekarang bilik dah kemas and dah lap kipas, laju beb kipas, rasa macam dalam hotel pulak
P/S/S: Doakan performance kami berjalan lancar malam ni yah.


Jari Menaip,
IzZ

Wednesday, November 23, 2011

Apekebendenya UKULELE nih??Siapa tahu?


Okeh sekarang sila perhatikan gambar ni..

Gadis comel?Teetttt salah sama sekali.Memang gadis dalam gambar ni comel(eceeh) tapi bukan tu yang Kiz nak citerkan harini..

Kiz nak citerkan kat korang pasal benda merah yang dia sedang pegang tu.Namanya adalah Ukulele kalau korang nak tau.Ukulele ni adalah ibarat Gitar kecik la senang cakap.Cuma yang membezakan beliau adalah kalau korang perasan, Ukulele ni hanya mempunyai 4 tali..Gitar biasa yang macam Aizat selalu main tu ada 6 tali.

So apa yang best pasal Ukulele ni?

Yang bestnya pasal Ukulele ni adalah bunyi dia.Bunyi dia nyaring.Kalau korang perasan, Miss Zee Avi pakai alat muzik ni untuk mainkan lagu-lagu dia.Bunyi yang didendangkan(wah berdendang gitu) dari Ukulele ni adalah sangat nyaring tapi dalam masa yang sama tak menyakitkan encik telinga kita. Jangan risau nanti kat bawah ni Kiz ada share kan video untuk korang tengok.


ni video Zee Avi main ukulele.Lirik?dah ada dalam video ni.Jom nyanyi ramai-ramai.Hihi!

Ahah lepas tu, kepada sesiapa yang pandai main gitar tu which is kebanyakannya lelaki, korang mesti suka punya ukulele ni sebab chord dia memang jauh lagi simple berbanding gitar biasa. Kepada yang newbies yang baru nak belajar main gitar pun Kiz syorkan try alat muzik ni.Very simple.Tekan satu jari je kat fret dah boleh dapat dah Chord 'C' berbanding korang perlu tekan 3 jari untuk buat chord 'C' dalam gitar biasa.


Tuning dia?

Okeh tuning dia pun berbeza banyak dengan gitar biasa. Kalau gitar biasa pakai tuning E,A,D,G,B,E.. Yang Ukulele ni pakai tuning G,C,E,A dari atas ke bawah okayh.Itu je bezanya

Lagi?Apa lagi yang BEST?

Ahah of course disebabkan kecomelan dan kekecilan saiznya yang kecil(eh macam tunggang langgang plak ayat kiz ni) , senang untuk kita nak bawak dia g mana-mana.Nak g kelas,nak g tuisyen(untuk budak sekola),nak g dating,nak g taman,nak g joging.Semua boleh.Nak bawak g toilet pun boleh(eh gurau je,hihi).

Sila pilih yang mana berkenan ya.hihi

Hmm so kat sini Kiz nak story la sket kat korang pasal sejarah Ukulele. Haa tengok baru sebut sejarah dah menguap tu. Aishh. Ok Kiz will make it simple okay, Ukulele ni asalnya datang daripada kepulauan Hawaii dimana alat tu digunakan oleh kaum-kaum kat situ untuk berhibur.Then datang orang daripada luar(omputeh) diorang tengok Eh-macam-best-pulak-benda-ni , lalu diorang pun bawak alat muzik ni ke negara diorang dan dari situ maka tersebarlah keunikan dan kecumilan Ukulele ni ke serata negara termasuklah negara kita Malaysia yang baru menang bola sepak sukan sea 2011 time lawan ngan Indonesia semalam. Syabas buat team harimau muda yang mengaum-ngaum!Yeah!!Alamak dah lari topik plak.

Okeh sambung balik.

Manatahu dah baca entri Kiz ni tetiba berminat pulak nak beli Ukulele ni kan. Cari kat blogshop gempak KedaiKiz takde.Blogshop hencem KemejaKacak pun takde. Ahah solution dia korang boleh try search kat mudah ataupun lagi senang korang g je cari mana-mana kedai Muzik insyaALLAH ada jaul.Harga dia paling murah tak silap Kiz dalam RM70 camtu.Memang la macam agak mahal cket an tapi berbaloi tau.Siyes berbaloi. Nak buat hiasan pun cantik tu..

 Haa tengok pakcik ni.Happy kan?Camtu lah korang akan rasa bila main Ukulele ni.

So apalagi,mari lah beramai-ramai kita shopping baju kat kedaikiz.blogspot.com mahupun kemejakacak.blogspot.com untuk baju lelaki.Eh tak berkait eh?Hihi pomote pomote..

Jari Menaip,
Izz

Kelik banner ni kalau nak tengok baju-baju lelaki yang cambesh

Friday, May 28, 2010

Lagu Yank - Waliband cover by Kiz..jom tengok!!

Hola...Okeh..sedikit update dari Kiz ya..2 3 hari ni Kiz ada buat video cover lagu...Jadi,ya ya,sebagai tatapan kamuu,jom tengok lagu Yank dari Kiz garden..hehe..


Nah kiz sediakan lirik sekali daa,

Wali Band - Yank
Yank coba kau jujur padaku
Yank foto siapa di dompetmu
Yank kok kamu diam membisu
Sayang jawab atau aku pergi sayang

Chorus
Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain
Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya


Yank jangan kira ku tak tahu
Yank tak mudah kau bodohiku
Yank tolong dengarkanlah aku
Tapi sayang masih pantaskah kau ku panggil sayang

Ulang Chorus

Saat kamu mau bicara
Dan ku akan cerita semua
Apa mauku siapa dirinya
Kerna memang tak ada yang lain
Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya

Ulang Chorus


Hah..best tak..ok tau..tak best..haha..kiz suka2 aja nih..

Wednesday, March 3, 2010

Tuisyen Gitar KIZ!!~episode 1


Ohaiyok..OK,sebelum ni kiz ada buat tuisyen blog,tutorial shawl..ahah..sekarang ni,Kiz nak ajar korang cara main gitar pulak.Saje je nak kongsikan ilmu yang ada..barulha best hidop ni,betul tak.Lagipun Kiz pernah janji haritu nak ajar gitar.Ok,tanpa berlengah-lenguhkan masa lagi..

Anda sudah bersedia??!!!(nada semangat yah)

OK..harini Cikgu Kiz akan ajar pasal gitar dulu yer.OPs,kiz takkan ceritakan pasal asal usul gitar ya sebab sejarah pasal gitar ni anda boleh dapatkannya di wikipedia.Memang cukup jelas terang dan nyata dia akan bagi..Betull..kiz dah tengok dah..

1)OK..cuba teliti gambar ini,























2)Haa...camne?tak faham?faham separuh?blank?Ok,meh sini kiz terangkan ok..start dari atas,
Tuning pegs
tuning pegs tu adalah benda yang kita guna untuk adjust tuning kita tu ke arah tuning yang betul supaya nanti bunyi tak sumbang bila main ok.Kiz akan terangkan benda ni dengan lebih lanjut nanti ya.

Fret
OK,yang anda nampak macam ada banyak bar tu kat bahagian yang kurus menegak tu dipanggil fret ok..yang paling atas tu fret 1,fret 2,fret 3 bla bla bla sampai fret 12 dan seterusnya ok..Yang kiz label f1,f2 tu contohnya..

Body
Seterusnya yang gemok buncit temok2 tu namanya body..body tu lah yang membuatkan bunyi gitar tu kuat untuk didengar disetiap pelusuk telinga manusia.ahaa.

String(tali)
Ahah,nampak kan ada 6 tali tu..setiap tali tu ada namanya sendiri tau...kalau Dari sebelah kiri,tali tu namanya e,a,d,g,b,e.Ada faham..?Hah,penting tau hafal benda ni untuk nak belajar chord nanti.Try lah buat ayat macam "emak(e) ada(a) duit(d) guna(g) buat(b) email(e) "ke.. k

Pick
Haa,yang kecik berbentuk macam segitiga pelik tu namanya pick.Kebanyakkan artis2 dan budak-budak yang dah biasa main gitar akan guna ni untuk main gitar sebab dia akan menyedapkan bunyi.

Hmm.sebenarnya ada banyak lagi bahagian-bahagian gitar kat situ tapi kiz just terangkan yang basic dan penting je ok..leh tanya kiz kalau ada kemusykilan ok.

3)Apa cara pegang gitar yang betul.
huhu...first of all sori gambar tu sangat buruk sebab kiz amek pakai hp jek..so quality dia kurang lah sangat-sangat.Firstly,duduk dalam keadaan yang anda rasa selesa untuk duduk lah kan.then,pastikan siku tu pada kedudukan macam dalam gambar kat atas ni.

Pastikan gitar tu melintang.Maksudnya takde lah terpegang senget ke apa ke.hehe..

OKEYH...itu saja buat kali ini ok..nak tulis lagi tapi tak larat pulak iz ni..huhu..macam biasa,tanya kat komen ye jika ada pendapat atau soalan dan keraguan.OK,nantikan episode 2 lak nanti kiz akan ajar pasal chord,Yeeha!


Seikhlas Hati Iz,


Saturday, May 16, 2009

KIZ's song ??

Salam semua...KIZ arini xle tdo sbb tataw nape..hua2..So,terciptala idea nak post blog nie...hehehe...KiZ's Song??LagU Kiz?..Hehe,untuk pengetahuan semua,Kiz da lame da fkir idea nak buat lagu nie...And KIz da try byk cara nk Buat irama yg terbest TAPI....ntah,xdpt yg bestlah..huhu..Igt nak buat yg jns ceria....ATAUpon...jns Pop,alaa cam lagu "sandarkan pada kenangan-Jamal Abdillah" tue...
Teringin sgt Kiz nak ade 1 lagu sendiri sebab Klau korang nak taw...Sore Kechik Best..N Iz bley men gitar n nyanyi jugak...Nati ble da siap lagu KIZ nie,KIz JANJI akan masukkan kat You Tube N letak dalam Blog...Hopefully,lagu nie akan Sentiasa diingati n menjadi kenangan untuk Semua..Haa!!
Soo..Klu korang ade ape2 cadangan or pendapat jgn malu2 gtaw/comment KIZ ya..Contoh mcm jns lagu cne yg Kiz patut buat..Nak bagi sumbangan lirik lagu ke..nak tolong buat ke(lebih2 plak..hehe)Thankz you 4 Always supporitng us!!Jumpa lagi pada waktu dan hari yg sama dalam.....!!(macam rancangan TV r plak) ..('',)...See ya

Masih Ada Plan B, Mari baca!