Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Review Blog : Pupel Liyana

Hai bertemu lagi kita dalam rancangan Review Blog (rancangan la sangat, ingat ni tv ke ape). So hari ini kita bersama dengan Blog Pupel Liyana yang besh + ohsem = besem . Eh??


So macam biasa, dalam segmen review blog, benda pertama yang Kiz akan buat adalah pra-tontonkan header tuan blog puan Pupel Liyana (eh dah kawen ghupenya) ni lah.

Belog Puan Pupel Liyana yang dabest

Ok belog Pupel Liyana ni sebenarnya secara ringkasnya menceritakan tentang kisah hidup tuan blog ni lah. Kira senang ceritanya personal blog lah. Ahaa yang bestnya, beliau memang sangat sukakan kuceng. So sesape kat sini yang suka bela kuceng-kuceng moh terjah blog Pupel Liyana ni coz dia suke jugak bagi tips-tips pasal kucing.


Sape masih lagi tak percaya yang Puan Pupel Liyana ni memang kuceng-lover?? Nah amek ni gambar gambar kucing kepunyaan tuan belog Pupel Liyana. Ahaa lagu satu kalau korang nak tau kucing-kucing pupel liyana ni sebenarnya boleh bercakap tau. Tak percaya? Hah tengok bawah..

Wahh comel-comel

2 kali comel. 2 kali comel

Comel comel comel..


Hah kan dah cakap kucing Pupel Liyana ni boleh bercakap. 


So apa lagi yang best pasal Blog pupel Liyana selain kucing-yang-boleh-bercakap ni? Kiz amat tertarik dengan cara penulisan tuan belog ni yang sangat menarik pastu tak menggunakan bahasa-bahasa yang pelik-pelik ataupun 'kiyut' dimana ramai orang tak suke gaya penulisan gitu melainkan penulisnya sendiri. Serius best. Tak caye korang boleh baca sendiri blog Pupel Liyana neh.


Okeh memandangkan Kiz skang ni tengah kesuntukan masa sebab nak kena g jumpa Client tempah design kat Kizdesign.blogspot.com so selamat terjah menerjah & Assalamualaikum.


Jari Menaip,
Izz (KiZ)



Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com




Monday, January 23, 2012

Paisley shawl awak cantiknyeee.. Beli kat mana?

Assalamualaikum..

Wah nampaknya ramai sedang bercuti ya? Cuti-cuti jugak, hati dan perasaan orang tersayang kena jaga.Eceeh motif? Ok hari ni Cik Techix nak cecite tentang Paisley Shawl yang memang tengah in sangat sekarang ni.Kenapa IN? Kenapa gadis-gadis cantik sangat suka memilih paisley shawl ini? Sungguh menjadi idaman kalbu shawl sebegini sekarang.

Jawapannya apa? Sebab dia rare, unik, dan cantik.Kalau pakai mak mentua pun macam nak cubit pipi sebab omel sangat.Eh.Sebab biasalah kan kita orang pompuan ni mana suka nak sama-sama sangat dengan orang.Ihik ihik ihik. Jadi bila kita pakai paisley shawl ni memang jarangg nak terrsama dan kita pun gembira. Pastu pompuan lain pun tanya eh cantiknye shawl ni beli kat mana? beli kat mana? hentak-hentak kaki nak beli jugak.

Makanya gadis-gadis sekalian, kalau nak paisley shawl yang fuhh cantik yanga amat, memang berdarah hidung ah tengok kan, inilah gudang nya !



Ni u olls kalau rasa diri gadis semasa baik cepat dapatkan paisley shawl dekat sini.Cepat LIKE page dia, cpeat view sume albums dia cepat pilih dan BELI ! Shawl dia dah la limited pastu omakaii memang macam goreng pisang kot.

Bukan itu sahaja (peh skema), sincerelybuys shawl bukan takat jual shawl, malahan tudung bawal dan juga rainbow Al-Quran. Pendek kata, Paisley, Abstract, Shawls, Pashminas, everything under one roof. Ya di bawah satu bumbung semuanya.Takyah g bumbung lain. Dan hey tak perlu risau akan kualiti yang sememang nya di jamin TERBAIK !

Haa tak caye, meh tengok contoh dan testimoni dari pengikut mereka.

alolo omelnye..

cantiknya.tolong imagine shawl ni melilit kepala anda.menjeling orang sebelah.

fine nak ni tapi dah sold out.

eh eh leoprad kegemaran kitew pun ada.

cakkk ! ehehe cantiknye.
Peh agak-agak berdarah tak hidung? mengerling tajam tak gadis lain lalu sebelah? Haa nak lebih yakin, mari tengok customers mereka pulak.

Anak sapo lah ni comel sangat.Kreatif taw ain ni dia pakai dengan inner bawal.I pun pestime dengor.

ok serius nak cium je budak ni.
Ahah tercengang tak tercengang lah u olls kan.Baik cecepat beli ya. Dengar-dengar shop ni tengah buat contest.Yang mana semudah LIKE page, cite dari mana tahu (hey kizgarden yang gitau) dan cerita kenapa saja. Mudah kan? dahlah dapat rm30 dan shawl.Cik Techix pun nak cuba nasib.MARILAH KITA BERENTAP.

ok dah penat membebel, kbai.LOL.
Chix..

Friday, January 13, 2012

Review Ur Blog : Review #001 , Who is the lucky one??

DISCLAIMER : Rating yang akan diberikan oleh Kiz adalah melalui pendapat sendiri dan Kiz menggunakan website Random.org untuk pemilihan blog untuk direview.


Okes dah habes part-part skema dan agak formal kat bahagian 'disclaimer' tadi. Eh apa muka tak puas ati ni? Kiz ada buat salah eah kat korang? Eh aah lupa pulak Kiz dah janji nak Review Blog kan. Patutlah muka bengang je sorang-sorang hihi.


So moh kita tengok blog sape yang terpilih untuk minggu ini!


Belog "Afina Si Rimau Jinak" dengan linknya "http://afinarahmat.blogspot.com/"


Haa inilah dia sebuah belog yang dimiliki oleh Cik Afina Harimau Jinak lagi comel. Kepada sesiapa nak jumpa dengan Harimau Jinak Eh Blog Harimau Jinak boleh lah reramai bertandang kat blog Adik Afina ni ya. Cantik header belog dia. Masuk je belog adik ni korang mesti akan rasa tenang je sepanjang hayat, memang semua segala tensen-mansion-action-ketupat-menunggeng semua hilang beb. Nak tau sebab apa? Sebab belog Cik Afina ni memang bertemakan biru laut sepenuhnya. Tryla masuk, anda pasti akan merasa kebiruannya. Ahah!



Tadi tengah duk explore blog Cik Afina ni tiba-tiba terpandang satu iklan kat tepi tu. Cik Afina ni sedia menerima tempahan buat "Doodle" ataupun "Header" dengan harga yang berpatutan (Erm tak pasti pulak Kiz bape rate harga dia). Kiz rasa memang berbaloi kalau korang buat tempahan kat Cik Afina ni sebab design header & doodle yang dia buat memang comel gitu, sebagaimana comelnya Kechix Kiz ataupun Shila Amzah. Heheh!

Ahaa inilah dia iklannya, jangan kelik kat sini pulak, tak jadi pape karang.



Ahah yang ini pulak contoh Doodle yang didesignkan esklusif dari Afina.


Now, masa yang ditunggu-tunggu. Rating Kiz berdasarkan Design Blog, Content keseluruhan dan Style penulisan.

1. Design Blog.
Design Blog Cik Afina ni bagi pendapat Kiz memang sangat comel. Pastu Cik Afina ni guna tema warna kebiruan so macam ok la, nampak kemas. Tak campur-campur warna. Kadang-kadang tu kalau kita tengok blog yang warna bercampur-campur tu macam berserabut jugak kepala kan ( Contoh : Kiz Garden, haha ). Belog 'Harimau Jinak' ni banyak menggunakan kartun-kartun yang cute so secara keseluruhannya memang cute la nampak blog ni. Jadi Rating yang Kiz bagi adalah 4/5 *Sila tepuk ramai-ramai secara serentak*


2. Blog Content.
Okes daripada pemerhatian Kiz menggunakan teropong 'doraemon' yang terbaru, Kiz rasa content blog Cik Afina ni is more to personal lah, dia citer pasal apa yang dia buat, apa yang dia rasa apa sume kan. Nice la content dia, takde kutuk-kutuk orang sana-sini tak tentu pasal tak tentu hala. Plus, siap ada macam-macam lagi info-info agama pastu bagi doodle free kat korang(buat-buat free,hihi). Hmm, so untuk blog content Kiz bagi  rating 3/5 okayh?


3. Style Penulisan.
Style penulisan Cik Afina bagi Kiz, simple-padat-kelakar. Entri-entri dia biasanya pendek-pendek so senang kita nak baca. Tak macam Blog Kiz ni, semua entri nak panjang-panjang macam karangan budak SPM. Cik Afina yang nak ambik SPM ni pun tak tulis panjang-panjang tahu. Pastu, dia pandai lah selit-selit ayat-ayat yang boleh buat korang bergelak ketawa tak kering gusi sampai bergolek-golek. Eh sampai bergolek-golek tu dah melebih-lebih dah tu Kiz ni. So, aa rating yang boleh Kiz bagi adalah 3/5 jugak.



Nak tau dengan lebih jelas? 
Ahah amek kau ni ada siap bintang-bintang lagi ratingnya. Dah puas tengok bintang terus datang ramai-ramai letupkan blog Afina ni tau. Kasi meletup gitu haa.



Korang nak tau 2nd Blog Siapa Kiz akan review untuk Rabu ni? Ahah, nantikan lah hari Rabu ni ya. Hihi suspen lebih ye dak?.


JOM USHAR KEDAI KIZ YANG BERWAJAH BARU. WEEHOOO!

Wednesday, November 23, 2011

Apekebendenya UKULELE nih??Siapa tahu?


Okeh sekarang sila perhatikan gambar ni..

Gadis comel?Teetttt salah sama sekali.Memang gadis dalam gambar ni comel(eceeh) tapi bukan tu yang Kiz nak citerkan harini..

Kiz nak citerkan kat korang pasal benda merah yang dia sedang pegang tu.Namanya adalah Ukulele kalau korang nak tau.Ukulele ni adalah ibarat Gitar kecik la senang cakap.Cuma yang membezakan beliau adalah kalau korang perasan, Ukulele ni hanya mempunyai 4 tali..Gitar biasa yang macam Aizat selalu main tu ada 6 tali.

So apa yang best pasal Ukulele ni?

Yang bestnya pasal Ukulele ni adalah bunyi dia.Bunyi dia nyaring.Kalau korang perasan, Miss Zee Avi pakai alat muzik ni untuk mainkan lagu-lagu dia.Bunyi yang didendangkan(wah berdendang gitu) dari Ukulele ni adalah sangat nyaring tapi dalam masa yang sama tak menyakitkan encik telinga kita. Jangan risau nanti kat bawah ni Kiz ada share kan video untuk korang tengok.


ni video Zee Avi main ukulele.Lirik?dah ada dalam video ni.Jom nyanyi ramai-ramai.Hihi!

Ahah lepas tu, kepada sesiapa yang pandai main gitar tu which is kebanyakannya lelaki, korang mesti suka punya ukulele ni sebab chord dia memang jauh lagi simple berbanding gitar biasa. Kepada yang newbies yang baru nak belajar main gitar pun Kiz syorkan try alat muzik ni.Very simple.Tekan satu jari je kat fret dah boleh dapat dah Chord 'C' berbanding korang perlu tekan 3 jari untuk buat chord 'C' dalam gitar biasa.


Tuning dia?

Okeh tuning dia pun berbeza banyak dengan gitar biasa. Kalau gitar biasa pakai tuning E,A,D,G,B,E.. Yang Ukulele ni pakai tuning G,C,E,A dari atas ke bawah okayh.Itu je bezanya

Lagi?Apa lagi yang BEST?

Ahah of course disebabkan kecomelan dan kekecilan saiznya yang kecil(eh macam tunggang langgang plak ayat kiz ni) , senang untuk kita nak bawak dia g mana-mana.Nak g kelas,nak g tuisyen(untuk budak sekola),nak g dating,nak g taman,nak g joging.Semua boleh.Nak bawak g toilet pun boleh(eh gurau je,hihi).

Sila pilih yang mana berkenan ya.hihi

Hmm so kat sini Kiz nak story la sket kat korang pasal sejarah Ukulele. Haa tengok baru sebut sejarah dah menguap tu. Aishh. Ok Kiz will make it simple okay, Ukulele ni asalnya datang daripada kepulauan Hawaii dimana alat tu digunakan oleh kaum-kaum kat situ untuk berhibur.Then datang orang daripada luar(omputeh) diorang tengok Eh-macam-best-pulak-benda-ni , lalu diorang pun bawak alat muzik ni ke negara diorang dan dari situ maka tersebarlah keunikan dan kecumilan Ukulele ni ke serata negara termasuklah negara kita Malaysia yang baru menang bola sepak sukan sea 2011 time lawan ngan Indonesia semalam. Syabas buat team harimau muda yang mengaum-ngaum!Yeah!!Alamak dah lari topik plak.

Okeh sambung balik.

Manatahu dah baca entri Kiz ni tetiba berminat pulak nak beli Ukulele ni kan. Cari kat blogshop gempak KedaiKiz takde.Blogshop hencem KemejaKacak pun takde. Ahah solution dia korang boleh try search kat mudah ataupun lagi senang korang g je cari mana-mana kedai Muzik insyaALLAH ada jaul.Harga dia paling murah tak silap Kiz dalam RM70 camtu.Memang la macam agak mahal cket an tapi berbaloi tau.Siyes berbaloi. Nak buat hiasan pun cantik tu..

 Haa tengok pakcik ni.Happy kan?Camtu lah korang akan rasa bila main Ukulele ni.

So apalagi,mari lah beramai-ramai kita shopping baju kat kedaikiz.blogspot.com mahupun kemejakacak.blogspot.com untuk baju lelaki.Eh tak berkait eh?Hihi pomote pomote..

Jari Menaip,
Izz

Kelik banner ni kalau nak tengok baju-baju lelaki yang cambesh

Thursday, July 7, 2011

Novel ini sesuai untuk kaum Adam

 Novel keluaran FIXI.Karya Khairulnizam Bakeri.Boleh search facebook dia ada.
Seriously , ni first time tau Kiz baca novel bahasa Melayu.Selama ni tak pernah-pernah pun Kiz layan this novel stuff pun.Memang tak minat lansung pun nak baca.Tengok novel pun hujung-hujung mata je.Ahaa, nampak tak betapa Kiz memang tak layan novel.

Tapi entah camne suatu hari KIz rasa nak jenjalan ke Pusat Konvensyen Shah Alam,dengar-dengar sayup angin kata ada PC-fair.Nak cari buku "Bogel Menuju Tuhan" karya Zahiril Adzim.Hopefully dapatlah jumpa dia mintak dia kasi tandatangan sejibik kat buku tu nanti malangnya dia ada kat Kuching pulak time tu.Hmm,takpe,Buku dia je pun dah jadi kot.Kiz pun belilah buku "Bogel Menuju Tuhan" ( sekarang ada pada Si Chix Kiz kita ).Ahah, masa tu Kiz beli buku tu kat Booth FIXI.Kiz tengok kat atas meja counter, memang banyak betul buku keluaran FIXI tersusun atas meja.Kiz tanya abang yang jaga Booth tu , Novel "PECAH" ni pasal apa ek?Cover buku macam best.

Abang tu pun terus la ceciter ngan Kiz yang Buku tu pasal sekumpulan perompak yang of course la cuba nak merompak bank.Berjaya.Dapat  lepas.Tapi macam-macam lagi masalah diorang kena tempuh.Kiz tak tau lagi masa tu Novel tu sebenarnya Jauh lagi best dari yang diceritakan.Kalau korang beli nanti mesti korang takkan rasa menyesal keluarkan duit RM20.00 untuk beli novel tu cuma Kiz rasa korang takkan baca novel tu sekali lalu sebab citernya panjang and ada part-part yang sedikit mendatar.

Part-part yang best antaranya macam Camne cara diorang merompak,camne diorang sorok duit,motif rompakan dia and kisah-kisah silam diorang plus pelbagai coincidences yang berlaku dalam Jalan Citer tu.
Paling besh,TAKDE LANSUNG BAB-BAB ROMANTIK dalam tu.Novel "Pecah" ni bagi Kiz kalau ikut genre movie or drama kita boleh kelaskan dia dalam Action laa.Ahah,macam "KL Gengster" gitu.That's why la Kiz kata Novel ni sesuai untuk kaum Adam.Beli lah satu.Pasti berbaloi.Pasti PECAH! punya.

Jari menaip ,
Iz ( KIZ )


Masih Ada Plan B, Mari baca!