Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Puisi hari lahir untuk LELAKIKU.

Dengan nama Allah puisi bermula..

Untuk satu-satunya Lelaki yang ku cinta,
yang selalu bersikap adil padaku,
selalu dan sentiasa ada untukku.

Untuk satu-satunya Lelaki dalam hidupku,
terima kasih memberi ruang wujud di hati,
terima kasih memberi aku senyuman ini.

Untuk Lelakiku,
Benar-benar hanya dia,
kerana tiada bapa dan abang dalam membesarku.

Lelakiku,
Selamat Ulang Tahun untukmu.
Tahun ini puisi tak indah dan cheese tart hangit untukmu.
Maaf.Tapi harap kau gembira.
Doaku, semoga yang baik-baik untukmu.

Ku akhiri puisi dengan ucapan, I LOVE U !

gambar lama.tahun pertama buatkan kek.sekarang saban tahun.

yang menaip sambil mata berkaca,
perempuanmu, chix.

Sunday, November 27, 2011

Dia & Aku kata- Zahiril Adzim

Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.


Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..

"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini!"

Bogel Menuju Tuhan

ada sesiapa terasa?sepatutnya yang memberi dia.aku cuma tak tahu kenapa. 


Shopping-shopping baju gurl kat sini..Semua cantik-cantik and murah

Tuesday, December 14, 2010

Kamera DSLR.Perlu atau Tak?

Memang menggembirakan sekalian remaja jika sudah memiliki kamera DSLR.memang ah kan.kalau dapat senyum sepanjang masa.Tidur dengan dia.Semua lah.Kemaruk kan.tapi tak tahu lah kalau ada yang beli sebab terpaksa lalu tidak menyenangi kameranya dan sila lah beri kepada kami.ehehe.

Dan ya.Macam orang lain jugak.Kiz juga mendambakan kamera DSLR untuk di miliki.Memang pada mulanya lebih kepada untuk hiburan semata-mata.macam style aje kalau ada kan(kan kan kan?).Tengok orang usung sana sini,amek gambar sini sana tunggang terbalik. Memang mencemburui mereka.


Nikon DSLR d3100 , Nak yang ni boleh tak?Eh!Sape nak bagi?


Tapi sebelum tabung di pecah.Sebelum wang ihsan dari keluarga di pinta.Sebelum atm-yang-nak-kena-beratur-panjang dulu di kopak.
BERBALOI KAH ? adakah memang kalau beli berbaloi-baloi di miliki.atau sekadar duniawi semata-mata?.

dan Kiz selaku kanak-kanak taman baru belajar ingin memohon jasa baik kawan-kawan untuk memberi sedikit nasihat ,tunjuk ajar serta panduan berguna sebelum wang di laburkan.Ataupun sedikit nasihat jenis yang manakah yang sesuai untuk Kiz beli.

Marilah membantu semua.
Kalau boleh biarlah pelaburan kali ini berbaloi.Biz online seperti yang kami jalankan sekarang memang memerlukan kamera yang bagus.Setiap produk yang kami jual memang memerlukan gambar yang terbaik.Ni setiap kali photoshoot mesti nak kena edit balik susah payah nak bagi jadi macam DSLR.weheee.


kamera nikon coolpix yang dah warga emas tapi banyak berbakti.semua gambar dalam blog,fb,mespes frenster di tangkap oleh dia.

tengok kamera di atas.sebab dah terlalu tua terpksa tampal stiker agar kelihatan menarik.Dah memang tua sebab selalu gambar yang di ambil asyik shacking,parkinson kot,dah tua banyak makan makanan pedas,tu la jadinya.Tapi I tell u kan,banyak berjasa woo.Sayang giler.Tapi apakan daya.patah tumbuh hilang berganti.ahah.

Kalau DSLR belum boleh di miliki memang kamera warga emas harus berbakti lagi.

Sekian.

Kalau ada sumur di ladang.
Boleh kiz menumpang mandi.
Kalau ada cadangan untuk di pandang.
Sila tinggal di blog kami.

Friday, February 26, 2010

puisi lagi:: jari tidak di genggam

malam ini
jari aku masih lagi sendiri
rindu kau mungkin.
hakikatnya bukan jari sahaja
jiwa kau
mata aku
bibir aku
semua rindu kau

lama kita tak jumpa
kau bagaimana sudah rupanya?
mulus kah?
bersih kah?
wangi kah?

aku tidak bisa jauh begini hakikatnya
aku pinta Tuhan dekatkan kita kembali
aku benar-benar pinta
Kabulkan Ya Tuhan..

jauh buat aku sunyi
jauh buat aku sendiri
jauh buat aku gelisah
jauh buat aku emosi tak sudah

dekatkan kembali.tolong.

Wednesday, January 13, 2010

Simbiosis

tidak boleh berpisah.apatah lagi di pisahkan.tidak ingin lansung terjadi.
tidak boleh tanpa chenta.tidak ingin hidup tiada dia.
semua perkara ingin bersama.semua yang di lakukan ingin berdua.
semua.semua.dan semua.

sangat bergantung antara kita.
kalau satu tiada,satu lagi sengsara.
kalau satu derita,yang lagi satu merana.
kalau bahagia,dua-dua gembira.




Seikhlas Hati Kizhanie,


Sunday, January 10, 2010

kronologi puisi jiwang malam-malam buta semalam


Ok.sebab ada puisi tulisan terabur sana sini kalau baca semula nak juling ke hape ntah dan bila baca secara melintang terus semua cakap jiwang wei jiwang.

Sebab bila malam kadang-kadang jadi miang.nak manja-manja la sayang-sayang la maka terus jadi sebak bila tiba-tiba message tak di reply.call ingat ada apa-apa rupany tidor.bila angkat suara serak-serak tak cakap apa-apa keculi um..um..um..comel tahu tak??

Dan bila malam makin larut.cerita karut mula datang.takut.ok.on lappy nak online tapi sebab tak berapa minat fb ke ape ke kecuali blog.ok blog.sebab blog paling di sayangi maka selalu manjakan blog.sebab malam-malam blog suka request nak sajak.ok kelakar sajak wei.puisi la wei.naseb baek tak syair ke pantun ke.

Dah malam.hati sayu sebab angin malam bawak rindu.ok.jiwang lagi.jangan wei jangan.

dan itu lah sebab nya puisi semalam jiwang sangat wei.kadang-kadang memang hati menjerit mintak luahkan perasaan pada kekaseh hati.sebab kekaseh ada satu,maka ia jadi kau aku.


Nak tak tuisyen pasal pakai shawl cara arab?nak tak ?nak tak?kalau nak kechik buatkan.ok ana rihan patut ke daku buat?adakah anda selesa dengan ajaran selendangku??

Seikhlas Hati,


Friday, December 11, 2009

BACA INI PUISI : Kau Aku

Sebuah puisi ringkas walaubagaimanapun membawa seribu satu erti,seratus peratus asli,antara dua jiwa yang sejati..
Hayatilah..
____________________________________________________________________
Kau Aku
Tiada prasangka..


Kau dan Aku,Kita tiada prasangka..


Apatah lagi tuduhan membabi buta..


Walaupun Jauh tiada di depan mata..


Hakikatnya..


Jiwa kita letaknya sama.
.


____________________________________________________________________
Yeeha!!Salam kembali selepas lama tak berjumpa..Kali ni Kiz datang dengan membawa sebuah puisi untuk diprabacakan(ada ke perkataan ni??) untuk semua..Untuk pengetahuan semua,puisi ni direka dan diilhamkan oleh Cik Chix kita dengan nada yang agak rileks dan ringkas.Um,dan padat.hehe

Kiz suka puisi yang bertajuk "Kau Aku" ni disebabkan oleh isinya yang tak terlalu mendalam dan ringkas.So,senang untuk difahami oleh semua peringkat usia daripada golongan muda , under age mahupun golongan veteren.
Haa..PENDAPAT ANDA PULA BAGAIMANA?

Seikhlas Hati,


Masih Ada Plan B, Mari baca!