Saturday, December 17, 2011

Kenapa harus MEMILIH Kedai Kiz & Kemeja Kacak ? kenapa ya?

Assalamualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah ( tak bukan suruh nyanyi lagu Raihan).Maaflah kalau entry ini anda-anda terasa Kiz nak angkat bakul lalu berlari-lari anak keliling tasik tunjuk kat semua orang apa ada dalam bakul.Gitu.Eh tak, tak takkanlah kan nak cenggitu.Bukan nak puji sendiri ke apa melainkan hanya lah nak bagitahu kepada semua sedikit latar belakang Kedai Kiz dan Kemeja Kacak memberikan yang terbaik dan terrrowesome kepada para pelanggan yang di kasihi lagi di rahmati Allah sekalian.

Berdirinya Kiz disini (intonasi pidato plez) hanyalah untuk mempersembahkan SEBAB-MUSABAB KENAPA ANDA HARUS MEMILIH KEDAI KIZ DAN KEMEJA KACAK UNTUK PENAMPILAN ANDA SEHAR-HARI MAHUPUN BERHARI-HARI (pun boleh).
  
1. Yang Terbaik Hanya Untukmu


Wahh gitu tengok tagline dia kemain lagi.Yang terbaik ok.Kiz punya prinsip yang di pegang sejak dulu.Kami sangat lah teliti dan cermat memilih produk-produk kami untuk dijual.Biar bertekak bergaduh di depan supplier atau terpaksa berbisik sambil pegang kalkulator tapi demi bakal-bakal empunya baju-baju kami sanggup ! wah nampak tak nampak kemain semangat dia.Dia punya prinsip jangan berani  langgar. Alhamdulillah baru-baru ni kawan Cik Techix ada kata, i trust ur item sebab kau memang cerewettt sangat pilih barang. Konsep itulah yang di aplikasikan untuk kedai-kedai tercintaku.

2. Pelanggan di Dahulukan, Kedai Di Utamakan

Jangan ingat nak bukak politik ke sokong mana ke.Takde kena mengena ya.Tapi cuma nak bagitahu begitulah sayangnya kami kepada pelanggan.Setakat ini semua kami layan dengan baik dan rahsia masih tersimpan rapi.Eceh cakap rahsia macamlah pelanggan rapat dan luahkan segala masalah peribadi kepada Kiz.Maksudnya di sini seboleh-bolehnya kami membalas secepat mungkin kalau takde kredit terus lari pergi 7e walupun jam 3 pagi ( eh tak propa je). Kalau ada yang terr tu maksudnya betul-betul ada masalah kami tak boleh elak. Dan jangan risau kepada pelanggan yang selalu emo atau termaki Kiz tu tidaklah pernah kami mempropa anda dengan mengupdate status di fesbook berupa carutan mahupun cerita di blog . Jangan risau !

3. Merealisasikan Impian Kiz !

Jika anda menyokong Kiz atau membeli dengan Kiz makanya anda lah penyokong yang kami cari.Yeah Aznil saya kunci penyokong ini ! Tengok nak kunci taw simpan dalam sanubari nanti dah berjaya jemput semua bekas pelanggan datang grand opening kat WISMA KIZ . Insyallah. Impian kami semestinya hendak berjaya mengkepokkan duit di poket mahupun di peti bank. Eh hehe tidaklah. Kiz nak stabil dalam bisnes dan betul-betul menjadikan bisnes sumber pendapatan mata pencarian kepada kami sendiri mahupun keluarga. Walupun kiri kanan depan belakang atas bawah  dugaan mahupun ujian yang tidak pernah yakin dengan kami, Alhamdulillah diam tak diam 3 tahun sudah bisnes kami berdiri.Masih punya kelompok pelanggan yang ternanti-nanti produk kami.Ewah macam pantun.Gitu.

Ok lah.Sekian saja dari Kiz yang tidak pernah kenal PUTUS ASA malahan tidak pernah berjumpa dengan beliau.Tidak ingin dan tidak akan.

Akhir entry, terimalah 2 orang budak comel yang bahagia ! (tiba-tiba).

2 orang mata sepet kalau senyum macam tutup mata.


Jari menaip yang demok debab pakai cicnin kapel dan tak muat,
Cik Techix..

25 comments:

r-5 said...

ooooo ye ke? jadi boleh lah memilih kedai kiz garden ni.. hehehe

YouSOF said...

Kerana produk²nya selalu menepati citarasa.. ;D

3 tahun boleh bertahan, insyaAllah kauorang boleh jadi lebih mantap lepas ni!


*Kalau ada kemeja kacak yang beraneka size, inform aku cepat² ok! hehe

Unknown said...

hehe yeah yeah, mmg terbukti kedai kiz bagus sbb aisyah dah beli satu kemeja denim secara online haritu and lps dua hari terus sampai kat rumah. awesome! :D

Sya said...

wah wah, smgt nmpk.. bgus2.. usahawan yg brjye ni, InsyaAllah~

nnt bebile, akk ajarlah cane nk bisnes online.. sye pun tringin gak nk cube, hehe ^^

Unknown said...

hope perniagaan tros maju :)

Lyaa Suriany said...

all da bez kechik n iz..
hee

MicoBlink Butik said...

ehemm .. berharap satu hary nnti dapat jadi usahawan yang berjaya k .. eheemm.. adew tips cara nak maju online bisnes nyh .. heee .. >.<

Cik Kasut said...

suka kedai kiz lagi....hahahah compare kedai kacak...

Valentya said...

Nak komen tak nampak...bile mau di tampilkan kolom koment ni..cik

loolathelover said...

olololo comey sungguh yg 2 org kat bawah tu..

cik ika said...

nanti ika singgah kedai kizz k..

MalizaMah said...

post ea barang2 nyer tu..

eita said...

kalau senyum buka mata...pelik lah plok kan..kih3

_ said...

usahawan terbilng ni..pandai tarik org suh beli hihi

mummyrinazone beauty said...

yang penting ayat tuh..pandai menjaga ati pelanggan=)

Afzainizam said...

uihhhh seronok bila nengok orang kita ni niaga tak kira lahh besar kecil.... walau di mana....


saya tumpang bangga kerana anda seorang usahawan bumiputra

Maaf lama tak singgah sini sebab saya cuti panjang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim

nick dot anis said...

nak try tgk2 jugak la kdai kiz n kemeja kacak ni:-)

Unknown said...

Wahh wahh..selamat maju jaya yerr Tecix..

dja_amiensukhri said...

haha.. cumel. sweet lak tu. (^_^)

deeya said...

tahniah ade bisnes sndiri .. semoga terus maju dalam perniagaan . gmbar last tu mmg comel .. hehe

Afiqa Dayana said...

waahh, semoga berjaya dlm prniagaan tu ;)

Afzainizam said...

yuppp kita doakan anda berjaya....

tak kira lahhh apa jua bidang kecil atau besar ... usaha terus maju... cayoooookkkkk

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
overhaul motorsikal

nur farahin binti sulaiman said...

wah usahawan muda nie.. semoga akak terus berjaya..=)

eyjalukman said...

nak singgah tgk lah . haha

Unknown said...

1st time jengah...nk kne tgk laaa kemeja kacak ni haa..

Masih Ada Plan B, Mari baca!