Thursday, December 8, 2011

Binatang terlepas di ZOO JOHOR! KiZ kena kejar. LARII!!!!

Siapa kat sini pernah kena kejar dengan ayah korang sebab lambat balik rumah main bola? Hmm, bagus-bagus, ada 4-5 orang angkat tangan. Hmm, siapa kat sini pernah kena kejar dengan anjing time naik basikal*tibe-tibe*?Wah, 2-3 orang angkat tangan.

Now, siapa kat sini pernah kena kejar dengan binatang yang terlepas dari Zoo?? Eh, sorang je angkat tangan? Eh sayalah tu..hihi


Oh kenapa daku nampak gemuk!

Dan kenapa Cik Tecix selalu nampak comel?


Pengalaman kat Zoo Johor ni memang boleh dimasukkan dalam top-list-pengalaman-takkan-dilupakan-seumur-hidup. Okes masa tu dah petang, So Kiz pun tiba-tiba tergerak hati(padahal memang dah plan) nak pergi Zoo macam, "Eh,Jom kita g zoo?". So dengan berbekalkan duit RM3 sorang which is RM2 untuk masuk Zoo and RM1 untuk pertunjukan burung cerdik al-pandai, Kiz pun akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke Zoo Johor yang penuh dengan 1000 misteri tu. Heee heeee heeee(gelak seram!)


Tak caye?Kiz ada buktinya..hihi

So masuk-masuk je kebetulan dah start PERSEMBAHAN BURUNG CERDIK AL-PANDAI tu. So apalagi, Kiz pun tengok la. Memang pandai burung-burung ni. Boleh mengira lah, berlakon lah, meneka lah,apa lah dan macam-macam lah lagi lah. Pastu tak pasal-pasal abang 'mc' tu boleh panggil Iz untuk jadi volunteer untuk menunjukkan kehebatan burung-burung diorang* Eh jangan silap paham pulak*.


JUMPA ENCIK SINGER EH SINGA

Kat Zoo Johor ni ada satu tempat tu untuk binatang-binatang liar tapi masa hari tu banyak binatang dah takde. Tiba-tiba kedengaran Suara Cik Singa Mengaum yang macam dalam video sebut "ALLAH", "ALLAH" tu. Rupa-rupanya betul ek benda tu lepas Kiz dengar sendiri. Memang jelas sangat. Pastu Kiz pun cari singa tu. Jumpa. Besar giler Singa tu, terkurung dalam kurungan yang tak berapa nak luas. Kesiannya kat singa tu. Huu sedih!. AUMMM!


Okes lets FAST FORWARD part-part Kiz tengok binatang dan bla-bla-bla

Huh! Tak pasal-pasal aku kena jadi volunteer paksaan


Ni air kotak spare untuk lepas kena kejar binatang(hihi masa ni tak tau lagi)


Masih sempat bergambar dengan anak-sapelah-comel-sangat ni.





KIZ DIKEJAR BINATANG TERLEPAS!

Masa yang dinanti-nanti,. Huu masa tu Kiz ada jenjalan kat bahagian binatang apa tu yang boleh-tukar-warna tuh. Aduh masa ni lah aku boleh lupa nama dia. Ignore je kayh. Tengah jalan-jalan ni, tiba-tiba Cik Techix ternampak seekor binatang yang macam pelik tengah berlari ke arah kitorang. Badan dia macam tupai, muka ganas giler, ekor dia panjang, lari laju. Cuba teka apekah dia? Heheh!

So, bila Cik tecix kita ni nampak dia, Techix pun terus tak semena-mena menjerit lalu membuka langkah seribu. LARIII!!. Izz mula-mula nak buat-buat ignore je benda tu, then tiba-tiba benda tu dah target Izz pulak. Entah apa salah kitorang pun kitorang tak tau. Apa lagi, Izz pun turut sama bukak langkah seribu sambil terus tarik Cik Techix. Waktu ni memang kelakar sebab time kitorang lari tu ada lah jugak satu kumpulan pengunjung ni tengok kitorang lari macam tengok filem.


Eh ini unta, bukan memerang


Ada ke diorang buat bodo je tengok sedangkan masa tu Cik Techix dah terjerit-jerit macam apa dah. Tapi memang giler beb binatang ni. Dia kejar tak henti-henti. Ahah, so ada satu masa tu, Izz dah geram sangat Izz benti lari, alihkan perhatian 'Nate' ni so Techix boleh lari jauh cket. Izz pun cuba pukul benda nih dengan Beg, try nak halau-halau dia. Tapi tegar tak tegarnya benda ni dia still nak serang Izz dengan gaya ready nak melompat. Izz pun dengan tak tau bahaya tak bahayanya benda ni terus sambung Patah Eh langkah seribu.


Ahah yang ini memerang. CREDIT

Huh giler.Kat 10 minit jugak ah kitorang main kejar-kejar dengan benda nih. Eh dah ingat dah. Nama binatang ni Memerang. Bahaya tak ek?. Huu, sampai satu part, Kiz dah lari sampai ke tempat yang ada ramai orang so memerang ni dah keliru mana satu bau kitorang n warna baju. Kiz pun terus cabut Jaket dan  pelan-pelan jalan ke tempat lain. 

Lepas tu Kiz tengok belakang fuhh nasib baik crew-crew Zoo tu dah dapat tangkap memerang tu balik. Tapi yang geramnya takde pun diorang nak mintak maaf kat kitorang ohh.


Lepas tu menggatal lagi, Kiz sambung jalan-jalan tengok haiwan(haa sopan cket kan), pastu sampai kat satu tempat tu baru lah Kiz perasan, Eh ni la binatang yang kejar kita tu. Maksud Kiz geng-geng spesis dia lah.

Hmm patutlah boleh terlepas, untuk memerang ni tak disediakan pagar pun. Diorang cuma dibataskan dengan macam aliran air je. So Izz rasa camne memerang yang sekor tu boleh terlepas is mesti dia ntah camne boleh lepas pulak lompat air tu.

Huu...agak-agak kalau Izz kena terkam tu camne ek?Hish!


P.S : Maaf , entri kali ni agak panjang..Kalau ikutkan tak cukup lagi ni nak citer..hihi

Jari Menaip,
iZz

Minat dengan kemeja ni?JOM ke kemejakacak ya!



51 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

erk! mmg scary gile kalau camtu ... ehh btw, memerang ni bole tuka2 kaler erk? tatau pulak ... ingatkan sesumpah, hahaha~~

inche hlovate said...

haha..lawak la..ingat kena kejar kat unta tadi

NURUL NAZIRA said...

suka baca blog u all.. bahagia jee :D

CintaZulaikha said...

hahhaha, kizz nampak lagi comey dari binatang tuh..opss, gurau..lalla

Leeya said...

nice post... menarik sgt.. ^_^Y

J.Syazwana said...

wah takutnya. naseb baik cik techik kuat lari. hik hik

Majalah Masjid Kita said...

wahh,.... bagaimana itu 'volunteer paksaan', bukannya volunteer itu harusnya tidak perlu merasa dipaksa bukan?!?! :p

Ihsan Arifin said...

bapak comel budak baju kotak kotak tu

Atiqaa A. said...

peh soram lah sis .klau iqa entah camne ahh lari lintang pukang, terus balik agaknya.hehehe

shahrazali said...

alaaaaa...memerang tu nak manja2 jek kot...... dia nak cari keluarga angkat la tu...

FatinAmirah said...

kalau kena terkam kene gigit la.gigi dia pon dah tajam.hehe

saadah saadun said...

memerang agak bahaya kan? sebab bila dia menggila dia akan gigit. macam sgt ganas bila dia dah start lupa daratan dan asal usul. btw, alhamdulillah kizz selamat. but still, pihak zoo should have said sorry. its their mistake sbb x jg leklok. haish.

*diera* said...

hahhaha kelaka nye kene keja ngan memerang.. adoii.. tp mcm murah nye g zoo situ.. nak g jugak la.. kat belah mana ek?

alien said...

baju supomen pun lari ke bro..
jatuh imej supomen..
ahha~

Rozuan Ismail said...

cantiknya kemeja.nanti ada dat duit nuffnang kit shopping sini.hoho


p/s pergi zoo tak ajak.mencik

Jum'atil Fajar said...

Wah agak susah juga ya baca ceritanya

Jum'atil Fajar said...

Wah agak susah juga ya baca ceritanya

EJA said...

uit.kamu supermen pergi zoo..hihi..

|| NaFiRaa || said...

muahahahha.. adoi hai~ siannye~ tak patut betol memerang tuh.. apsal tak kejar cik tecik skali.. hehehehe... memerang nih ade kuku tajam jugak kan.. so mungkin leh cederakan orang jugak laaa..

teratai said...

ohh nasib baik terselamat,kalu tak pasti doh jadi macam ikan tu....he,he!

say to easy=) said...

mujur x jadi pape kt korang berdua

Nur Aischa said...

wui ya allah bahay betul lah, tp comel tgk memerang ni. haha tp takut betul lah kalau dia serang kita mcm mana :O

Cahaya Qaseh said...

wah, bestnye.... lame x g zoo johor ni... >_<

JungRara said...

takutnyer kena kejar tu....

Afzainizam said...

woooo mmg dah lama tak singgah Zoo Johor ni.... walau pun kecil tetapi sentiasa ada pengunjung tak sepi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

shirl said...

waz here... keep smiling! =)

Joe_Hans said...

aku yang duduk johor pown xpernah gi zoo kat johor...hahahha

aMirul said...

bapak seram kene kejar ngan menatang kat zoo. bley dpt agrizoophobia.haha

KuNanGKuNanG said...

balas kunjungan dan follw blog ni..:)

bertahun2 xgi zoo..bestnye kalau dapat gi jumpa member2 lama ni.he3

Rtp Farra Arisha said...

ZOO! i love to be in zoo. hehe, boleh dengar macam2 bunyi haiwan..:D
oops, arisha klo dikejar kucing pun lari, apatah lagi dengan haiwan2 lain..wakakakaka.

khairul akmal bin azman said...

date ngn abg supermen tue..
hehe.

rajin tgk haiwan2 yer

cik ayuni said...

memerang tuh paling cute..pandai posing..:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

masuk kat citu sehengget jer ker???
murahnyer uols

Alieza Dayasari said...

lama rasanya liza tak pergi zoo..
tgk entri ni rasa macam nk pergi zoo...
ermmm.... tahun depan lah.. pergi dgn kengkawan... ok gak kan...

월광 said...

waa~!baru tau memerang ni da selera jugak dekat manusia..siap men kejar2 lagi..ingatkan memerang mkn ikan jer :P

EZAN IDMA said...

huaaa. kalo saya lari tak berkaki.

Athirah Zari said...

Eh. Memerang sy jumpa kat wet world bukan main manja lagi tau. Memerang ni, dia ingat sgt dgn org. Kalau jumpa org tertentu, mmg dia ganas sikit. Myb dulu prnh kena pukul ke, dgn org muka mcm awak kott. Hihihi. Lain kali, kejar dia balik!! :D *takkan ada lain kali dah*

Belajar SEO said...

kunjungan balasan dari lampungsport.blogspot.com

diLot said...

die soh korunk amek die jadik anak angkat korunk kot..

dG said...

memerang comel la~ XD

**::CIKNUURUL::** said...

ohoii,.laju eh die lari kejar korang?,.adoi,..seram2,.

ILA SYAMILA ♥♥ said...

ahah apesal kamu orang berdua ni comel sungguh. rasa macam nak picit2 timang2 je aihhhh

KizZ said...

Ahaaaa...jom lari beramai-ramai..Kiz run-of-life..hihi

Cuties Cup Cakes said...

KizZ.. u r so cute.. okay.. akak dah mula lak rajin membaca blog awak nie.. huhuh... zoo negara, taiping.. selalu pergi.. johor tak sampai lagi.. ujung minggu ni pun sampai ke kluang je.. anta rombongan adik ipar kawen :) insyaAllah satu masa nnt sure smp gak zoo johor..

♥♥LiTTLeGirLz♥♥ said...

hahahaha~ kesian giler korang.

Cik Liza said...

Hehehe.. Comel memerang tu!! Nape x ambik gambo Tapir pkai legging?? Mesti lg cumel... :)

::contengan hati::)) said...

zoo johor dah best kan sekarang ;)

saya bangga jd anak johor waah ;)

rieyza erizar said...

ahahaha...actually memerang ni mmg hobi dia lari2 n takut2 kan org..dlu mse kecik2 kt taman perumahan dlu de jiran yg bela memerang..nama 'Johny'..

Johny ni mmg ske kcu org..biase pg2 dia akan masuk umah spe2 yg terbuka luas pintunye..pastu masuk bilik kcu org tdo..haha..ade mkck tu ingt suami dia kacau so dia gelak2 je..ble tgk si johny tros menjerit..so kitorg tau la yg johny dh gerak kn mkck tu bgun pg..hik3

xpon ptg2 kalau dia lari2 sekeliling taman..klu de makcik2 yg lepak kt pangkin dpn umh smbil2 minum ptg..confirm makanan mkck tu akan disapu oleh johny..hehe

sy pon pnh gak terjatuh dlm paya lps tu mse berenang ke tepi sy rse bdn sy berat..rupenya johny de kt ats sy..huhu..mmg menjerit r mntk tlg..

johny x bahaya bg kami tp memerang merupakan haiwan yg dilindungi..so xlme lps tu zoo negeri dh amik johny n letakkan dia dlm zoo..huk3

tp dlm kes kizz ni xtau la sama ada memerang tu spesis yg garang ke atau x..hehe

anyway nice story! i like!! it makes me remember about 'Johny'..

^_^

wan nurul hezrina said...

mcm mana bleh amek gambar memerang makan ikan..real btul..hikhik..mmg lawa toll gambar=)

Meow Meow said...

guna kamera sendiri eh amik gambar memerang tu ? wahh credit utk u. cantik dan jelas kott... xD

jj said...

Klu kizz nak tahu lebih lanjut pasal haiwan dan zoo johor jumpa sy jj staff zoo.

Masih Ada Plan B, Mari baca!