Beberapa hari lepas adala Kiz jalan-jalan sambil bawak anak(anak kunci je,hehe)ke blog-blog diseluruh Malaysia ni.Senang cakap blogwalking la kan.Pastu Kiz tengok ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak letak Nuffnang dalam blogger?Apa cara nak letak iklan Nuffnang?Apa itu nuffnang?Boleh dapat earning ke?
Ok..Mula-mula Kiz akan terangkan secara ringkas apa itu nuffnang ye adik-adik.Nuffnang ni adalah website blog yang membuat servis pengiklanan syarikat-syarikat besar lah.Cara dia mengiklankan iklan Syarikat-syarikat gergasi tu adalah dengan meletakkan iklan-iklan mereka dalam blog-blog mereka yang mahulah.Hehe,and the best thing,cara dia nak tarik blogger untuk nak letak iklan tu adalah dengan adanya system pay per click..Jadi,sesiapa yang datang ke Blog yang ada Nufnang dan dengan lincahnya tangan menkelik iklan nuffnang dalam blog kita tu maka dapatlah earning kat kita.Haa,sebab tulah kalau anda semua perasan,kat chat box tu,mesta ada je ayat-ayat macam,"Klik ur nuffnang,hit me back","Naik Kapal terbang(Maknanya tekan iklan Air Asia la tu)","Belajar kat taylor universiti(ada ke yang ni?hehe)" dan macam-macam lagi lah.
Tu semua kira macam kami antara sesama blogger yang ada nuffnang tu kira membantu satu sama lain la untuk dapat pendapatan.Bak kata pepatah,sikit-sikit lama jadi bu...kit(sebut ramai-ramai ok).OK,setakat ni faham tak?Kalau tak faham tanya kat komen nanti ok.
Ok sekarang jom kita tengok apa cara-caranya nak letakkan iklan nuffnang ni Ok.Tumpukan perhatian mulai sekarang(Eceh,dah macam cikgu kat sekolah la pula).
CARA-CARA NAK LETAK NUFFNANG
(1)Mula-mula anda MESTI mendaftarkan diri ke website nuffnang..Kelik je ni nak senang
Nuffnang Website.
(2)Pastu kelik 'Add ads' dan anda akan perasan ada 3 benda utama iaitu 'To put on header','To put on sidebar','To put on between content'.Anda berhak memilih nak letak tiga-tiga jenis ,nak letak dua je atau satu je.
(3)CAranya senang je.Mula Login Blogger anda>Layout>Edit HTML (Jangan lupa tick pada kotak kecik yang ada tulis 'Expand widget template'
(4)To put on header:
- Copy dari web Nuffnang's 'Add Ad' kat bahagian "To put on header" pastu paste betul-betul bawah code nie---> <body> <------
To put on sidebar:
- Copy the code from Nuffnang's 'Add Ad' kat bahagian 'To put on sidebar' pastu paste ikut gambar bawah ni
To put between content:
- Copy the code from Nuffnang's 'Add Ad' kat bahagian 'To put between content' pastu paste ikut gambar dibawah ni ya..
(5)Ok dah siap,dah double cek yang anda dah copy paste code yang betul?Sekarang,kelik save template dan view blog anda.
(6)Ingat!Ia terpulang kepada anda samaada nak letak yang mana ataupun nak letak semua macam yang biasa blogger buat ok.
P/S:Haa,sekarang anda dah boleh start menjanakan pendapatan dengan nuffnang.Haa,Kiz da ajar ni jangan lupa kelik-kelik nuffnang kiz dan tinggalkan link untuk dibalas ok.
P/S:Macam biasa jika ada pendapat atau pertanyaan ataupun cadangan.Sila Lemparkan tuduhan eh.Silap2,sila lemparkan komen kat bawah nie ek..tak nak tuduh-tuduh ea..hehe..
YEEHA!
Seikhlas Hati,