Sunday, November 22, 2009

Pengalaman TerHebat II:The Sambungan yang lepas




Yeeha!Kita bertemu lagi dengan Tajuk Post kali ini,Pengalaman Hebat 2:The Sambungan yang lepas. Yaa,kepada sesiapa yang masih belum membaca Post yang lepas ( Pengalaman Terhebat ),Sila baca dulu ya sebabnya nanti tak faham ya..Nanti siapa yang susah?Kiz dan kamu semua jugak..Betul tak?Hmm,Anda semua mesti tak sabar-sabar nak tau cerita yang seterusnya bukan?Jika ya,tanpa melengahkan masa lagi,jom kita ikuti al-kesah Kiz yang seterusnya..

BAB 3 : Stesen Keretapi 2
Sedutan Bab yang lepas, "Seorang pak cik tua yang dari segi rupa dan susuk tubuhnya mungkin berumur dalam 58 tahun dengan matanya yang merah tiba-tiba menuju ke arah Kiz dan bertanya , Cerita Lawak ke tu?Iz mula rasa tak selesa kerana gelagat pak cik tu agak pelik dan seperti kurang waras"

"Ajit ( bukan nama sebenar )!!,meh cni jap",Jerit s
orang pak cik yang berdekatan yang kelihatan sudah biasa berada di stesen keretapi tersebut.Fuuuuhhh,jeritan suara Pak Cik tersebut betul-betul telah menyelamtkan Kiz daripada sebarang perkara yang tak diingini berlaku.Yelah,contohnya macam mungkin Laptop iz jadi lunyai ke atau dia rampas laptop tu ke,atau dia kacau Cik Chix iz ke...Haa..OK,kita sambung cerita..

L
epas kejadian tu,Kiz Terus simpan Laptop takut-takut nanti Pak Cik yang kononnya nama Ajit tu datang balik.Jam baru pukul 12.45pm,masih ada 1 jam untuk menunggu keretapi tiba,Kiz hanya berbual-bual sambil memakan makana
n ringan,minum air dan seperti biasa membuat beberapa shooting..Banyak juga yang Kiz bualkan untuk menghilangkan bosan tu,antaranya seperti hal bisnes Kiz dan Hal Kuda Kepang yang berhantu ( Iz seronok dengar cerita ni dari Chix sebab ceritanyaa sangat menarik ya kawan-kawan,nanti Kiz akan ceritakan pasal kuda kepang ni untuk pos seterusnya ok,Yeeha!)

BAB 4 : Keretapi
Jam 1.50am,Keretapi yang dijangka sampai nampaknya masih belum sampai.Amat mengecewakan hati comel Kiz(perasan) kerana Keratapi tu telah ditangguhkan atau lebih popular dangan gelarannya 'Delay'.Keratapi yang akan menuju ke Singapore itu ditunda pada pukul 2.45am ya..Nampaknya Kiz perlu menuggu dengan lebih lama.Haaaii, rupa-rupanya betul apa yang dikatakan teman-teman Iz yang keretapi memang biasanya 'delay'.Tiba-tiba rasa seperti bukan tengah malam disebabkan semakin ramai insan-insan tiba di keretapi Segamat ni.Baguslah,keadaan dah tak sunyi macam tadikan,selamat
sikit rasanya.Haa,apa benda yang best masa tunggu 'delay' ni?Kalau nak tau,masa tu,Kiz terdengar suara seorang Akak Perempuan yang duduk 2 barisan di belakang Kiz bercakap sorang-sorang,ya,beliau mungkin sedikit kurang waras.Kasihan dia,mungkin mengalami masalah mental disebabkan keluarga ataupun apa-apa lahkan.Pendapat Kiz,dia mungkin berminat nak jadi Askar tapi tak dapat nak jadi askar berikutan baju yang dipakai adalah baju Bulan Sabit Merah (BSM) manakala seluarnya pula adalah kelihatan seperti seluar askar tambah pula dengan rokok yang dihisap olehnya.Kesiaann.Haa,pendapat anda pulak gimana sii?

O
k,tunggu punya tunggu punya tunggu,akhirnya tiba juga keretapi yang dinanti-nanti tu.Poooooonn!!!Keretapi berbunyi dengan kuat sekali,Kiz ce
pat-cepat mengangkut semua barang yang berupakan 4 beg Chix dan 3 beg Iz + gitar ke depan sikit.Untuk pengetahuan semua,Kiz sebenarnya tiada pengalaman menaiki keretapi yang macam ni.Jadi bila keretapi sampai,Kiz bertanya pada Guard berdekatan dimanakah gerabak ni( Sambil menunjukkan tiket )?Guard pun jawab,"Gerabak ni kat hujung bahagian belakang (ooppss,Kiz sekarang berada di bahagian depan ),cepat ke sana."Haa,apalagi, Pengalaman Hebat 4 : Kiz terus berlari anak sambil mengangkut beg yang berat untuk pergi ke gerabak yang diberithu.Perasaan masa tu sedikit berdebar dan penat.,kebetulan masa tu tengah hujan rintik-rintik.

P
enat tapi lega,akhirnya Kiz dapat menaiki tren tu.Kiz terus menyandarkan kepala dikerusi,kedua-duanya dah sangat mengantuk dan capet(penat) berikutan sudah 2 hari belum tidur dan dengan hanya berbekalkan tidur yang h
anya beberapa jam.Kiz terus tidur dengan nyenyaknya tanpa menghiraukan lampu keretapi yang tidak ditutup sepanjang perjalanan.Pada mulanya Kiz agak kurang selesa tapi sebab terlalu mengantuk Kiz tidur juga.4 jam perjalanan dan Kiz telah tiba di Johor Bharu yang dirindui.


BAB 5: JB

Woow,dah Bab 5 kita ya Kiz?P
anjang beetul cerita pengembaraan Kiz ni,maklumlah,dah lama Kiz tak berjumpa.Hmm,tiba di Johor Bharu ( JB), Kiz terus menaiki Bas untuk ke Stesen Bas Larkin.Dipendekkan cerita,tiba disana,Kiz terus menyimpan beg di sebuah pusat penyimpanan barang dan mandi.Lepas tu,Kiz terus dengan plan yang berikutnya iaitu ke Hutan bandar .Haa,jangan salah faham,kiz bukannya ke hutan.Hutan Bandar ni sebenarnya adalah sebuah taman yang amat luas dan cantik,sesuai untuk berjogging dan bersiar-siar mahupun berkelah.Kiz menghabiskan masa disitu untuk bersarapan Roti canai 3 dan teh tarik,Yeeha!.Rancangan seterusnya,Kiz berjalan didalam taman tersebut sambil mengambil beberapi gambar yang menarik yang akan Kiz sisipkan dalam blog ni nanti .
Tak lupa juga Kura-kura berenang yang mati-mati Kiz ingatkan buaya
pada mulanya,haha.Sungguh menarik pengalaman tu.Sambil berjalan-jalan,macam-macam cerita yang kami bualkan.


O
k,jam dah menunjukkan pukul 10.00am,apalagi?Masa untuk City Square ( CS ) sudah tiba,Kiz sampai agak awal dan terpaksa menunggu sebentar sebelum masuk ke dalam.Kiz dah masuk ke dalam,dah shopping-shopping tengok (tak beli pun ),anda bila lagi??Hmm,lama juga Kiz menghabiskan masa disana,Wayang yang ditonton haritu?Cerita fiksyen '2012',Boleh tahan juga ceritanya.Jap,Pengalaman Hebat berapa entah ni:Kiz
kedua-duanya tertido hampir satu jam semasa menonton cerita ni sebab masih sangat mengantuk,haha.Tersedar masa separuh movie tu ditayangkan.,Kiz tergelak kerana tak pernah selama ni tertidur semasa menonton wayang.Cerita tu agak menarik untuk ditonton ya, cuma endingnya bagi Iz seperti tak logik kerana Manusia berjaya menyelamatkan diri dari bencana yang kononya kiamat itu.

BAB 6:Pulang


P
ulang?Kenapa Pulang?Haa,yang ni yang kita tak tau ni.Ya,da tiba masanya untuk Kiz berpisah ,perasaan masa ni sangat sedih bercampur hiba duka lara sebab dah hampir 24 jam Kiz bersama melalui bermacam-macam pengalaman luarbiasa.Haa,dan saat yang paling mendebarkan adalah semasa Chix tiba-tiba menangis tanpa seb
ab dan berkata, "Risau sayang nak balik ke Terengganu malam ni".Alamak,mungkinkah sesuatu akan berlaku pada Iz?Kiz dan Juga Ibu Chix cepat-cepat sama-sama berdoa moga-moga selamat perjalanan iz pada pukul 10.45malam nanti.
Chix menaiki bas Mara pada pukul 5 pm ke Kota tinggi dan tinggallah Iz keseorangan di Larkin.Iz terus tidur dimasjid menunggu M
aghrib tiba.sempat juga Iz sembahyang hajat doa agar Tuhan memberikan keselamatan pada perjalanan Iz malam tu.BAs yang ditunggu telah tiba...Alhamdulillah,Iz tiba di Marang,Terengganu dengan Selamat Sejahtera,terima kasih Ya Tuhanku.Yeeha.


Hmm,begitulah sedikit sebanyak pengalaman terhebat yang ingin Kiz kongsikan bersama kawan-kawan semua.Pengalaman terhebat Kiz yang sebenar tentunya melalui bermacam-macam pengalaman pahit manis lagi menarik sepanjang lebih kurang 24 jam Kiz bersama-sama ..Sorilah sebab lambat update ya kawan-kawan.Haa,jika nak tinggalkan komen digalakkan sama sekali,jangan lupa tolong Kiz Klik2 iklan nuffnang tu ya,dan selamat bercuti.Bye-bye..Yeeha!

5 comments:

Salle Sulieman said...

Assalamualaikum..hai Kizz..saya baru berkesempatan membaca blog anda..sama-samalah kita saling membaca dan memberikan komen yang segar ya..teruskan menulis tentang pengalaman terhebat! :>

KizZ said...

Salam,salle,iya2,bisa diteruskan ya..seronok juga bacain blog kamu

-wanie- said...

cntik photo..edit pkai ape ye?trip yg best!

KizZ said...

to Wanie :
Hehe..aah..best sangat...
Kiz edit pakai photoshop..nanti kiz ajar ok..

-wanie- said...

ok..thanks you..:)

Masih Ada Plan B, Mari baca!