Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Paisley shawl awak cantiknyeee.. Beli kat mana?

Assalamualaikum..

Wah nampaknya ramai sedang bercuti ya? Cuti-cuti jugak, hati dan perasaan orang tersayang kena jaga.Eceeh motif? Ok hari ni Cik Techix nak cecite tentang Paisley Shawl yang memang tengah in sangat sekarang ni.Kenapa IN? Kenapa gadis-gadis cantik sangat suka memilih paisley shawl ini? Sungguh menjadi idaman kalbu shawl sebegini sekarang.

Jawapannya apa? Sebab dia rare, unik, dan cantik.Kalau pakai mak mentua pun macam nak cubit pipi sebab omel sangat.Eh.Sebab biasalah kan kita orang pompuan ni mana suka nak sama-sama sangat dengan orang.Ihik ihik ihik. Jadi bila kita pakai paisley shawl ni memang jarangg nak terrsama dan kita pun gembira. Pastu pompuan lain pun tanya eh cantiknye shawl ni beli kat mana? beli kat mana? hentak-hentak kaki nak beli jugak.

Makanya gadis-gadis sekalian, kalau nak paisley shawl yang fuhh cantik yanga amat, memang berdarah hidung ah tengok kan, inilah gudang nya !



Ni u olls kalau rasa diri gadis semasa baik cepat dapatkan paisley shawl dekat sini.Cepat LIKE page dia, cpeat view sume albums dia cepat pilih dan BELI ! Shawl dia dah la limited pastu omakaii memang macam goreng pisang kot.

Bukan itu sahaja (peh skema), sincerelybuys shawl bukan takat jual shawl, malahan tudung bawal dan juga rainbow Al-Quran. Pendek kata, Paisley, Abstract, Shawls, Pashminas, everything under one roof. Ya di bawah satu bumbung semuanya.Takyah g bumbung lain. Dan hey tak perlu risau akan kualiti yang sememang nya di jamin TERBAIK !

Haa tak caye, meh tengok contoh dan testimoni dari pengikut mereka.

alolo omelnye..

cantiknya.tolong imagine shawl ni melilit kepala anda.menjeling orang sebelah.

fine nak ni tapi dah sold out.

eh eh leoprad kegemaran kitew pun ada.

cakkk ! ehehe cantiknye.
Peh agak-agak berdarah tak hidung? mengerling tajam tak gadis lain lalu sebelah? Haa nak lebih yakin, mari tengok customers mereka pulak.

Anak sapo lah ni comel sangat.Kreatif taw ain ni dia pakai dengan inner bawal.I pun pestime dengor.

ok serius nak cium je budak ni.
Ahah tercengang tak tercengang lah u olls kan.Baik cecepat beli ya. Dengar-dengar shop ni tengah buat contest.Yang mana semudah LIKE page, cite dari mana tahu (hey kizgarden yang gitau) dan cerita kenapa saja. Mudah kan? dahlah dapat rm30 dan shawl.Cik Techix pun nak cuba nasib.MARILAH KITA BERENTAP.

ok dah penat membebel, kbai.LOL.
Chix..

Thursday, December 1, 2011

Baju Superman, WHY mesti Faizal Tahir?

2 MINGGU yang lalu Kiz ada beli Baju Superman. *Everybody knows what is 'baju superman' rite?*. Alah T-Shirt yang  ada satu LOGO 'S' kat tengah-tengah dia tu. SO ,the story is lately Kiz selalu terfikiaq (terfikir) kenapa FENOMENA T-SHIRT SUPERMAN dikaitkan dengan ARTIS TERMASYUR MALAYSIA 'Faizal Tahir'? WHY must everybody said, "FAIZAL TAHIR!!" when seeing someone wearing that 'T-SHIRT-WITH-S-LOGO'?

 FAN Faizal Tahir please jangan marah ya. Ini Bukan Entri mengutuk beliau.
BACA dulu baru tahu ok. WE are a BIG fan of HIM too.


OH yeah, Kiz rasa Kiz tahu jawapannya.

Yelah, FAIZAL TAHIR, sebuah nama besar dalam industri Muzik Tanah Air kita rite? Almost every concert HE will wearing that Superman Tee ,dengan nyayian lagu-lagu yang BEST-BEST macam 'Karma' and 'Hanyut' and many more lah. Ini kalau nak list lagu-lagu best 2 3 malam pun tak cukup ni.*Repeat : Kiz is also a BIG fan of FT*. SO, That's why lah bila sesiapa nampak sesiapa yang lain pakai T-shirt Faizal Tahir Eh Superman MEREKA akan berkata "WAH FAIZAL TAHIR LAH!". Eh ke ada yang tak kenal siapa mamat rambut panjang bersuara ROCK-UU ni?

Kiz said, "WAH RAMAINYA FAIZAL!"


Mesti korang tak faham kan APA POINT yang cuba Kiz nak sampaikan. Well, what i MEAN is korang tak perlulah nak rasa segan-silu-malu-mengemblushingkan diri nak pakai T-Shirt Superman. Bangga apa orang kata kat korang "FAIZAL TAHIR!!" bila pakai baju tu. LAGI-LAGI kalau pakai yang jenis warna biru. Tapi kalau korang segan jugak korang pedulikkan lah apa orang kata, buat bodoh aje.TAHU??

Ahah satu lagi, kalau you are not FAIZAL TAHIR fanz like US or korang ni KELAB-ANTI-FAIZALTAHIR tapi pakai baju superman, korang cakaplah kat diorang, "Ek eleh ,Clark Kent dah pakai baju ni sebelum Faizal Tahir keluar dari perut mak dia lagi lah". Contoh lah ya CONTOH.

 Kagum dengan ke'senget'an mulut dia. Cuba korang buat.

TAPI kalau Kiz, Kiz rileks je pakai baju superman ni tanpa rasa segan silu mahupun tersipu-sipan takut sape-sape nak 'nganjeng'.TAPI biasanya Kiz akan gandingkan (wah gandingkan gitu) baju ni dengan jacket lah. SEBAB kalau pakai T-shirt dia je rasa macam SUPERMAN betul pulak. Tak pasal-pasal Kiz terjun tingkat 3 UiTM sebab perasan empunya DIRI dah ada power boleh terbang. Lepas tu nanti kecoh lah kat MEDIA "Seorang pelajar UiTM dipercayai cuba Membunuh Diri gara-gara fanatik terhadap Faizal Tahir" (imaginasi sangat tinggi pada waktu ini ok). 

JOM layan-layan dulu kepingan-kepingan gambar Bajek 'SUPERMAN' dari Izz. SILA JANGAN gelak. Siapa Gelak Kena Balun dengan Penyapu Lidi.*Eh Kenapa mesti mau penyapu lidi?*

Sape suruh gelak? JANGAN gelak! Wat lagi sekali!


BAGUS! Pandai pun.Urm, Kemeja ada di BLOGSHOP KemejaKacak


Izz : Apa director cakap tadi? Sori saya tak dengar lah tadi..


Aku cakap, Baju ni boleh dapat kat Blog KEMEJAKACAK lah


OK habis sesi bergambar bersama T-Shirt Superman. Haa FAIZAL TAHIR, terkejut tak??


HOH terkezutnya saya!!!Haha


CEH!!

Jari Menaip,
IzZ

P/S : Kelik banner kat bawah ni kalau berminat nak beli T-Shirt Superman FOR RM35.00 only okes!

Thursday, May 12, 2011

Kedai Kiz @Yard Sale Wangsa Maju pula..

Hei Ho..
Lama tak menulis tiba-tiba rasa macam kaku pulak..
Tapi takpe, Kiz belasah je..

Apapun , korang nampak tak poster kat atas tu??
Apa?
Kedai Kiz At Yard Sale Wangsa Maju??

Yupp,Kiz julung-julung kalinya akan berganding bahu(amboi ayat) dengan Cik Anati Lina bukak Booth Vintage kat sana..Cuak sangat ni coz banyak lagi preparation belum siap..Tak caye?
Sila tengok pukul bape entri ni diPublishkan...Ahaaa...Gila tak gila..

Ooopss,sebelum terlupa, Kiz ada annoucement sket..
Blogshop KIz dah tukar url dia kepada www.kedaikiz.blogspot.com
So kepada sesiapa yang memang follow blogshop kami sila cepat-cepat yah follow balik.
Sori tau Kiz terpaksa tukar link ni sebab nak bagi senang korang ingat..K.e.d.a.i.k.iz..
Ahah!Kan senang tuh..kalau link yang dulu tu http://www.variatykizhanie.blogspot.com/ Kiz sendiri nak tulis pun kadang-kadang lupa nak eja camne tau..

Okes selesai sesi pengumuman..
So dengan bertukarnya link Blogshop Kiz maka bertukar lah jugak Biznes Card Kiz.
Kiz dah ada Bisnes Card BARU!Yeay!!!

Cantik tak?Kalau suka sila like ya..(padahal button like takde pun,sesaja je poyo-poyo sikit)
Ahah pada siapa-siapa yang nak memiliki Biznes Kad Kiz jemput-jemputlah datang beramai-ramai kat booth Kiz 14 Mei A.K.A Sabtu ni yah..ingat tau,14hb Mei 2011..Kiz menantikan kedatangan korang dengan penuh rasa terharu dan gemuruh(dah start mengarut dah).Jangan lupa ajak kawan-kawan datang bawak sedara-mara diorang sekali okayh..Barulah happening cket kan kan kan?

Eh lupa pulak Kiz nak listkan apa yang akan Kiz jual kat Booth Yard Sale tu nanti.
1) Readymade Skirt

2) Custom made Polkadot Skirt
3) Shameena Shawl
4) Preloved Shawl
5) Preloved Dress
6) Sepatu Vintage

Alamak macam terpanjanglah pulak Kiz membebel Kat sini..Nak dengar Kiz membebel lagi??Live??
Ahah datanglah beramai-ramai ke kedai Kiz(padahal booth je) kat wangsa maju 14 Mei ni yah..
Okes Gua Chow lu(amboi bajek mail lambung la ni Kiz ni)

P/S : Kepada follower http://www.belogbudakbulat.blogspot.com/ , Sambungan Kisah budak bulat akan dibuat dalam belog Kiz Garden..Al-Coming Soon yah..Nantikannya...Tataaaaaa

Friday, April 22, 2011

eh Kiz jual SEPATU pula.

Assalamualaikum semua.Ewah lama kita tak jumpa.Tup tup kuar stok baru, sepatu pula.Sebab tak banyak masa sebab sekarang kan final,maka marilah terus menerjah item baru di kedai kiz.Di harap anda suka ya.terima kasih.

ini adalah sepatu perempuan ya semua..hee..insyallah di lain kemunculan guys pulak k.


sepatu satu.rm70 dan FREE POSTAGE.size 35.ah menarik kasut ni.

sepatu dua.rm70 dan FREE POSTAGE.size 35.stylo dan kechix already have this.

sepatu tiga.rm70 dan FREE POSTAGE.size 36.omel dan omel.vintage sungguh.


kalau berminat boleh hubungi kiz di 0177323183 ok...siapa cepat dia dapat.

p/s GOOD LUCK UNTUK STUDENT YANG AKAN BERPESTA FINAL.

Thursday, March 31, 2011

Kiz Huiyoo Bazaar yoh!

Okes!
Akhirnya ada jugak time gua nak update belog!Ecceehh cakap 'gua' bajek ganaz pulak Kiz ni*Bish(tumbok diri sendiri)*

Seperti yang anda-anda ketahui,Kiz akhirnya berjaya untuk julung-julung kalinya bukak Booth kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam..Memang sangat penat,Tapi berbaloi-baloi Okayh!

Respon??
Alhamdulillah,respon daripada Geng-geng Blogger , geng-geng sekelas , geng-geng sedara mara , geng-geng FaceBook adalah sangat me'mmuahhh'kan..Cayang korunk lah!Ramai yang datang support Kiz..

Pengalaman Kiz??
Bukak Booth adalah susah okay..Tapi sangat Besh! dan dah start rasa ketagih nak berniaga lagi.
Kiz sangat seronok berniaga..Macam-macam gak dugaan Kiz n Noor terpaksa tempuhi sepanjang pembukaan booth nie.Macam-macam,saat-saat paling mencabar  Kiz adalah part nak mengangkut barang ke booth sebab kitorang takde troli angkut barang macam-macam peniaga-peniaga lain kat booth tu soo Kiz n Noor terpaksa ulang-alik angkut barang bertiga.Masa tu Kiz dapat belajar 'kalau kau nak bukak booth kau perlu ada at least satu troli angkut barang'.Ahah!

Pastu pemenang kedua saat-saat kesukaran Kiz adalah part Kiz dah nak balik tak jumpa-jumpa tempat bayar parking yang berkaunter sebab untuk dapat diskaun parking untuk berniaga kena pergi bayar kat tempat parking berkaunter.Dekat 30 Minit jugak tau kitorang pusing-pusing kat tempat parking tu,berpeluh-peluh tu pasal Kereta Kekancil Cooper Kiz ni takde air-cond.Takpe Kiz,esok kita pergi repair air-cond kayh.

Ok kita stop jap pasal pengalaman..Saat yang ditunggu-tunggu..
Jom kita terjah gambar-gambar kenangan manis Kiz sepanjang booth Huiyoo Bazaar!.Kalau ada gambar yang tak termasuk tu mintak maaf la yep.Kiz dah cuba captha semua gambar-gambar korunk yang datang dah cuma takut ada yang Kiz tak sempat captha okayh.

Jom Terjah menerjah dan diterjah!

Haiyak!Ini Cik Noor kita yang banyak membantu Kiz sambil-sambil Menjual Brooch-Brooch comei.
P/S: Cik Noor sudah berpunya okayh so takleh kaco dia tau jejaka-jejaka hangat diluar sana


Orite!Ini dia first customer Kiz & Noor..Geng-geng Klaz iz yang sangat supportive.TQ yah Fira,Fati & Mimi.


Cik Fira sempat rembat satu baju vintage yang sangat cantik dan vintage..Pengumuman,Cik Fira ni jugak adalah seorang model part time okayh.Awesome!


Kiz garden baru siap settings Kedai.Eh silap,booth ya.Buzy yah nampaknya sorang-sorang.


Dira Azhar datang melawat booth..Cuba tengok muka diorang ada iras tu..Moga kekal ke jinjang pelamin ya korunk..Eh Kiz pun sama ya..Doakan tau korunk.


Bro Hassan dan Zyra Abbas pun datang melawat Booth..Oops tak lupa jugak geng-geng rumah sewa Cik Kechik kita.TQ yah!


Ini dia geng-geng Stylo mylo juga sama-sama memeriahkan Kedai Kiz.Eh silap lagi,Booth Kiz.Eh macam dah ada tanda-tanda bakal bukak butik nih!


Cik Wani yang gojes meng'gojes'kan diri di belakang skirt-skirt polkadot Kiz.


4 Beradik kusyuk mendengar tutorial pakai shawl satin bersama Cik Kecik Kiz kita.


Blogger Cun melecun Cik Lyaa Suriany jugak datang jenguk-jenguk booth Kiz..Cun kan dia??
Leh jenguk belog dia jugak kat sini . Best uh belog dia..Segan Kiz.


Blogger Cik Eesyahira pun datang memeriahkan Booth Kiz yang tak seberapa ni..Oppss..Siapa yang berbaju biru tu Cik Ee??Boleh terjah belog dia pulak kat sini.


Kiz bergambar bersama 2 blogger hebat dan gojes , Cik Anis Izyan and Cik Eesyahira.Best sangat dapat jumpa blogger-blogger ni..Diorang sangat frenly..Nak melawat Belog Cik Anis Izyan ( tudung hitam ) tu meh kelik sini.Her belog is also superb okayh..


Ayah Iz A.K.A father in law kechix jugak datang support Booth Kiz.Eh siapa yang lambai-lambai tu??Tentulah anak sedara Iz , Baby Anis Az-zahara yang sangat comel!!Geram!


Okayh dah masuk hari kedua..Besar kan booth Kitorang?Hihi..


Inilah patung yang banyak membantu Kiz sepanjang Booth..Asyik bertukar-tukar aja baju dia..Naseb baik dia patung soo tak malu lah nak tukar-tukar baju..Kan patung kan??Eh ape Kiz ni bercakap ngan patung pulak.


TQ banyak-banyak sangat kat  Cik Ain Syikin And Ain Aziz datang awal-awal pagi tolong Kiz siapkan booth.


Amaran bila anda bukak booth: Jenguk-jenguk booth sebelah tup-tup terbeli baju sehelai..Itulah dia Cik Kecik kita..hihi


Geng-geng rumah sewa kecik yang sangat supportive lah!


Muka-muka dah penat..hihi..penat-penat pun senyum lagi tuh..itulah dia Kiz.

Last skali,Kiz nak terima kasih banyak-banyak kat semua yang support Kiz daripada Kawan-kawan hinggalah sedaramara...Tanpa Korang,Kiz tak mungkin ada semangat nak bukak booth nih..Tanpa korang,siapalah Kiz yah.

Harap dilain masa,lain hari , dapat lah Kiz bukak lagi Booth macam ni..Sangat seronok okayh.

P/S : Barang-barang yang tak habis dijual nanti Kiz akan upload Kat Belog Biznes Kiz ,
Variaty Kiz hanie . So rajin-rajin lah melawat yah..

MMMUUUAHHHH!!!

Penulis hari ini : En.Iz Kiz.

Tuesday, February 15, 2011

SHAMEENA..silky satin shawl..

Bismillahirahmanirahim..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah semoga hari yang baik adalah permulaan yang baik juga untuk perniagaan KIZ.

         Hai Assalamualaikum semua dan semua.Seperti yang di janjikan , Kiz nak keluarkan satu lagi handmade shawl terbaru.Silky Satin.Shawl ini bukan sahaja selesa dan senang di pakai, malah memang cantik di pakai terutama kalau ada Majlis-majlis tertentu.Sejujurnya, shawl ini memang cantik bak namanya.Shameena bermaksud Cantik dalam bahasa arab.Malah Yuna atau selebriti Indonesia juga sudah memilih shawl begini..

      Hanya berharga RM35.Terdapat juga pre-order untuk warna PINK, TURQOUISE,BIRU, dan HITAM.
Anda boleh menempah 2 hari sebelum pos di lakukan.

Barang cantik untuk di kongsi bukan? Maka renung-renungkan sambil membeli..ceewahh...Jom layan gambar..

very soft dan tidak panas.macam nak buat tidur.nampak tak mata kechix dah kuyu.haha.

penerangan.

nampak tinggi kot.

apa motif?tak nampak.

 
belilah untuk kecantikan bersama.




haa tadi kechix ada cakap kan yang selebriti pun pakai kot shawl macam ini.meh tengok meh

girl yang ketiga pakai kot.



tengok yuna pakai untuk AJL kot..
.

Friday, December 17, 2010

Elvis Wackel joget-joget-dalam-kereta untuk dijual!(tinggal 1 je lagi)

Hye u all super charming readers.Entri kali ni pasal bisnes.Nak memperkenalkan kat korang "Elvis Wackel Original" punya mali untuk dijual.Sape cepat dia dapat .
Ehm,yang best pasal 'Elvis Wackel' ni adalah dia bukan wackel yang jenis just stiff je camtu.Dia boleh berjoget.Ahah!Tapi bukan la boleh berjoget boleh ber'joget' maksud Kiz.It's juz tangan dia and pinggang dia yang flexibel so secara fiziknya eceeh , apabila kereta tu bergerak dari keadaan pegun(wah!fizik betul) secara automatic Elvis ni akan bergerak macam dia kunun-kunun nya tengah menyanyi sambil menari cha cha dalam kereta anda.Tak caya?
Juz buy and feel it,u will love it we sure!

And satu lagi,benda ni adalah sangat susah korang nak jumpa.Jarang dijual di kedai-kedai runcit berhampiran mahupun di depan rumah anda.Eh,betul..Tak caya cuba lah cari.haa..


So ini lah wackel yang Kiz duk kecah kepohkan dari tadi..siap ada packaging uu..Erm,jangan silap faham eh,elvis yang korang akan dapat bile beli cuma satu je..bukan dua ya.

Hehe..Pasal Kiz ni memang suke mengedit gambar,Kiz pun edit la la sikit Elvis Wackel ni wat konon-kononnya tengah perform live konsert.Entah pape je Budak Slam Dunk tu wat kacu daun(padahal malas nak edit nak removekan dia) time Elvis ngah wat konsert nih.

Credits tu pemain gitar dan trompet yang sentiasa di sisi 'Elviss' sepanjang konsert berlansung ya.Walaupun pemuzik tu semua dah tinggal rangka besi je namun masih mampu memberi sumbangan terhadap industri muzik tanah air.Uwaaahhh( emo kejap )!

Dan last but not least,here we go,ni rakaman video Elvis 
tengah nyanyi lagu 'gemuruh ( Faizal Tahir )' sambil dia joget-joget:

Hehe..tak tau lah nape Kiz semangat gile sampai wat video bagai..Papepun,semuanya untuk tatapan korang sume okay.Tiada kaitan antara hidup dan mati.Oh ya,kepada sesiapa yang berminat leh sms / email Kiz.Setakat ni tinggal satu je lagi.Kalau nak boleh tempah kat Kiz ya

Harga: RM20.00 je
     Sms : 017-9074341
                 E-mail : heischenta@gmail.com

"Makan Laksa dengan Pak Lebai,
  Bye bye "


Masih Ada Plan B, Mari baca!