Sunday, December 20, 2009

Kerap Minum Nescafe 3in1.APA KESANNYA?


Hookey..Entri yang dibawa Kiz kali ni mungkin sedikit lari dari konsep yang sering dibawa oleh Kiz.Iainya pasal Nescafe 3 in 1. 4 5 jam yang lepas,Kiz baru sahaja taip Nescafe (Tiba-tiba rasa nak tau pasal Nes ni) kat Pak Cik Google ni.Lalu terjumpalah sebuah topik forum yang membahaskan isu ni.Sangat menarik perhatian Kiz.Kenapa menarik?Jom kita baca lebih lanjut ok.

Hmm,siapa kat sini,yang baca entri ni,tak pernah minum nescafe 3in 1?Ahah!Kompem hampir kesemuanyalah pernah minum bukan?Lagi-lagi kalau dalam keadaan mengantuk tatkala assignment yang perlu dihantar esok masih belum lagi disiapkan.Haa,study lagi last minute(kutuk diri sendiri).Apatah lagi kalau nak berjaga sampai pukul 3 atau 4 pagi untuk menonton perlawanan bola pasukan yang disanjungi.Ataupun untuk berjaga sebab tiba-tiba ada idea nak tulis entri kat blog(khas untuk blogger2,hehe)?Tup tup tup,maka nescafe 3 in 1 lah jawapannya termasuklah Kiz.Mmm,sedappp, namun banyak kesan sampingannya.

Bukan nak dijadikan cerita tapi ni betul-betul berlaku.Dan dipendekkan ceritanya,Sorang budak yang bernama Ahmad Al bukan nama sebenar ni pergi mengadu kat doktornya bahawa dia ada masalah Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

Antara Masalah-masalah lain adalah.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak
jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga
satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Lalu doktor tu pun terus mengadakan survey tentang pemakanan yang diambil Ahmad tiap-tiap kali makan dan hasil dari survey tersebut..Ahmad
1) Breakfast with Nescafe
2) 10am break with Nescafe
3) Lunch with Nescafe ais
4) Minum petang also with Nescafe.
5) Malam supper pun pekena Nescafe.
Macam iklan selalu kata..1 now 1 nescafe..

So...Bagaimana sekarang?Rasanya dah tak perlu Kiz terangkan banyak-banyak.Betul tak?So,marilah kita sama-sama kurangkan minum nescafe 3 in 1 ni ya.Kenapa kurangkan dan bukan berhenti?Jawapannya mudah,kita dah memang terbiasa dengan minum 3 dalam 1.Bak kata orang puteh kita dah addicted.Macam si Iz ni.Kat kolej tu hampir tiap-tiap malam minum walaupun takde niat nak stay up ke apa.Haiii..Nampaknya Kiz dah kena stop minum nes 3 in 1.

Hmm..Apa solutionnya?Kalau mengikut pakar-pakar kesihatan,
  • Elakkan krimer yang dibuat dari susu
  • Jauhi Cofee Mate
  • Elakkan makan Ais Krim ( Wah!ini susah)
  • Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain
    susu.
  • Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
  • Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan
    segala yang sewaktu dengannya
  • Elakkan mandi selepas makan
  • Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam
    air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus
    sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
    makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.(Kompem malasnya nak buat nie)
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,
    daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  • Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di
    kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar
    nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat(haa,sedap tu nasi lemak,aduyai).
Apa kata Kiz pula?
  • Haa,Kiz cuba buat perkara diatas selagi mampu,hehe..
  • Bertukat kepada 3 in 1 yang lebih baik,tiada kofien ya..Minumlah radix koko ( Kiz panggil choco radix,sedap sikit bunyinya)
  • Buat nescafe guna cara manual dengan memastikan susu pekat manis yang digunakan memang betul-betul susulah

Dan akhir sekali..Apa kata anda semua?Ada cadangan?Ada Pendapat?Mari-mari kongsi bersama Kiz..

Kelik Nescafe Forum link untuk lebih detail.Huhu,credit untuk entri ni.

Seikhlas Hati,


40 comments:

AmSyA said...

adehh~~

sya2 dan nescf 3 in 1 mmg xdpt dipisahkn~~

alahai~

Normi said...

Tapi.. saya sangat sangat suka minum Nescafe 3 in 1 tu... 2 timer per day.. breakfast & tea time.. aduhhh. Sedih ni

KizZ said...

To AmSya:

Sya,jom nanges sama-sama sebab kiz juga begitu,dari dulu agi dah gila dengan nescafe..skang tengah biasakan Kopi radix...

KizZ said...

To independent Queen:
Waduh2..gawat nih..kiz juga sedih tapi nak wat macamne..kita kena pilih,nak rasa kesedapan nescafe atau merana di hari kelak..

afiq said...

uitt bia betol nih.. takot sudah.. dan yes aku memangs elalu bedebar debar.. owh yes lagik.. aku memang minum nescafe 3 in 1 itu. beli stu peket.. minum untuk due mnggu... pagi tgh hari serta malam.. okeh takot

Adam said...

adam ada migrain serious.... minum kopi biasa xde efek.. tp sesudu nescafe membawa sakit otak sampai ke petang.... adoyai

KizZ said...

To afiq:
Haa..yeke..alamak..afiq dah kena cuba kurangkan amek instant mulai sekarang ok..Kiz pun takut suda nie..time kat kolej hampir tiap2 malam minum kot...aduyai..

KizZ said...

To adam:
Haa...yeke...takpe2,lepas nie say no to nescafe ok..

prevent is better than cure..

kasi-pecah said...

alamak aku penggemar alicafe tongkat ali... kene kurangkan nih...

aim said...

banyak juga dengar orang cakap berkaitan kesan minum nescafe ni dan saya pula memang tak boleh minum, minum kalu, sakit kepala tak boleh tahan punya..mungkin kalau sesekali minum tak mudarat la kot, tapi kalau dah jadi minuman harian, sikit-sikit lama-lama sakit-sakit badan-badan semua.

KizZ said...

To yedKajang:
Ahah!dah kena stop2 cepat tu yed...sebelum apa-apa berlaku..betul tak..haa..

To Aim:
Huhu..kiz dulu pun dah boleh kira jadikan benda ni minuman harian tau..bahaya bahaya..isk3..

mAmAbuDaK said...

DEBAR2 BKN BUKAN PENYAKIT ORG BERCINTA EK??

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

haii kiz.. bulan datang singgah sekejap.. oh info yang sangat berguna.. sebab my bf suka minum nescafe.. heheheh

KizZ said...

To ChocTarik:
Huhu,tu kalau jumpa depan2,nie time duduk saje2 pun berdebar.Haa..Actually tangan iz ada sedikit terketar2..tak tau sebab ni ke tak..

KizZ said...

To Bulan:

Hai bulan...haha..bukan setakat bf bulan je..kiz pun salu minum..

@cik_ezati said...

agk2 nescafe bese dgn nescafe 3 in 1 same x?? (dalam keadaan blurr..hehe)

KizZ said...

Hmmp...lain...lain...dengan syarat susu pekat manis yang kita guna tu memang susu betul..

ZaZa said...

Gulp..Baru tadi minum Mild Nescafe 3 in 1..

Dak Wan® said...

Yup, org ghumah teman pon camtu... last2 terpaksa kurangkan gak.

hahazirahas said...

ohh, nsib bek sy bukan penggemar setia nescafe. sy minum milo je. hehe. tp minum milo bnyk2 pon x baik gaks kan. hee~

KizZ said...

To Dakwan:
Huhuh...yeke dakwan..nampaknya begitulah caranya..

KizZ said...

To Chiczira:
Haa,ok la tu minum milo berbanding nescafe instant...

~minum milo anda jadi sihat dan kuat~hehe

buih said...

tak cukup menarik ah nak follow. sorry.

KizZ said...

To buih:
Huhu..yeke..tq anywy..

Bro Framestone said...

bro just minum air masak je hari2.... erm alahai... nk ade rase pun bancuh teh o je la

out of topic--> he...23x kizz pun dapat ek he...23x tp masih belum sampai tahap sharingan peringkat tertinggi lagi...

kalau tertinggi die xkuar air..tp kuar darah huhuhu

BroFramestone Blog

mamaarifakeemaisy said...

thanks for sharing info..aduss kena la kurangkan pasni..suka sgt nes 3 in 1 nih..!

hans said...

nescafe memang xbagus minum
minum kadang2 jer

Cik Yaya said...

kiz..out of topic...yaya da bunuh widgoe tuh..haha..tatau nk gtau kt mane..so kt komen ni jee..

eLLa said...

hurm..
ader pro and cons nyer..
juz amek bile perlu jer..
jgn r dijadikan santapan arian..
huhu..

KizZ said...

#FrameSTone

Waaah!!baguhnya kamuh..

#Mamaliena

Betul2..mesti kurangkan kalau setakat sehari sekali boleh kot..ek

KizZ said...

To hans:

Wah..bagus2..betul tu..kiz setuju..

KizZ said...
This comment has been removed by the author.
KizZ said...

To yaya:
Yeke..baguslah kalau camtu...sekarang dah takde lagi iklan mengacau tu kan..hehe

KizZ said...

To ella:
Betul betul betul...setiap benda pun ada buruk baiknya..sama macam instant nih..

Bro Framestone said...

bagus ke.. ala.. besa2 je.. nie bro nk habaq.... mybe by next week kot.. bro akan bukak kedai on9...

out of topic--> puisi..??? cuma luahan yang tidak terluah

BroFramestone Blog

Anonymous said...

actually coffee mmg xbgs. tak kisahla, nescafe 3 in 1 ke, nescafe breakfast ke, y penting nm coffee. byk effect coffee ni. one of them, ketagih.

abigemok said...

aku memang tak suka sgt pun nescafe ni.. kecuali nak siapkan assgnment smpi jm 4pg la.. :D

jantung berdegup kencang tu dah memang kesan kafein tu, sebab tu la kita tak dapat nak tido sebab kafein tu buatkan badan kita jd aktif semula..

abot shop said...

Pakcik sy hari 2 minum nescafe sehari minimum 2 kali. tp secara manualla,letak susu cam biasa . rasanya dah hampir 20 tahun . dia dan nescafenya..takde ape2 pon.dia merokok. tp bile sy tgk dari segi lain, dia banyak minum air putih dan kerja yang banyak keluarkan peluh sprt berkebun. dan saya ade tdgr pagi2 di tv3 sorang pengacara cerita utk meneutralkan kafin yg dimnum kite kena minum 5 gelas air putih utk secawan kopi..ok..yg penting minum air masak banyak2 kalo ske minum nescafe.

KizZ said...

To sallyshop:

Ohh..yeke..wah,baguslah kalau camtu..so,penyelesaiannya adalah dengan banyak minum air masak dan banyak berpeluh..
Wah...best2...tenkiu yah kongsi information.

Orked said...

~daa fobia mnum nescafe..
coz klo mnum tgn akn terketar2...ase xtentu arah..p sane xkena..p cni xkena..study lg xmsok..tup..tup..daa magrain sudaa..

Masih Ada Plan B, Mari baca!