Monday, January 31, 2011

Tong-tong Duit.Pelik ke?? ( Part II )

First of all , kepada yang  belum baca 
Tong-tong-duit-pelik-ke-part-i boleh lah baca kat link ni.


Okayh.Selamat datang ya ke belog Kiz Garden.hari ni kita akan
membicecarakan tentang isu tong-tong duit dengan member.Tong-tong
duit dengan member ni berbeza cket berbanding tong-tong duit dengan
girlfren atau boyfren tau.

Kenapa?
Sebabnya,bagi Kiz yang umur dah kat 22 ni,which mean pelajar universiti,
dah sangat susah nak mintak member-member tong-tong duit sebab
masing-masing buat-buat tak tau je.Kalau dalam kapel ok la , kita boleh
bincang baik-baik.Tapi dengan member susah beb, nak cakap pun tak reti.
Lagi-lagi  pasal minyak kereta.

Pernah tak pernah berlaku situasi dimana kawan-kawan anda mengajak
anda pergi ke situ-situ-sana-sini dimana anda adalah si tuan kereta?Dan
pernahkah berlaku situasi yang korang dah berjalan-jalan agak jauh then bila
anda singgah di 'Petronas' nak isi minyak malangnya TAKDE SORANG PUN
yang hulurkan duit kepada anda untuk tong-tong minyak yang 
menyebabkan anda kena isi minyak totally pakai duit anda?

Kalau tiap kali nak isi minyak keluar duit camni takpelah jugak ek.

Hah!Itu lah yang dipanggil buat-buat tak tau.Boleh tak camtu.Kiz pernah
tau suatu ketika dulu kena macamni.Tapi style Kiz,skali kena je Kiz dah tak
nak 'pisang berbuah dua kali'.Memang Kiz 'ban' je terus orang-orang camni.
Kiz memang tak faham betul,padahal yang ajaknya diorang,kereta yang
jadi mangsa kereta kita,faham-faham jela.Pelik betul.

Apa hang ingat duit pakai daun macam zaman dulu lagi ke?
Ingat minyak tu murah ke.Kalau setakat RM5 tu leh ke mana lah 
sangat kereta tu leh bergerak sebelum shrtt! shrtt! nak start 
kereta pun dah tak boleh.
Tapi bagi Kiz,benda ni  actually terpulanglah,kalau si tuan kereta
tu dah kerja,dah kaya Kiz rasa tak kesah pun benda-benda macam ni.
Kiz maksudkan untuk pelajar-pelajar universiti yang agak berkesempitan
wang macam Kiz ni.Memang terpaksa lah berkira sikit.

So,Pendapat anda bagaimana?ataupun ada pengalaman yang nak
dikongsi?Sila-silakan lah ya.Sharing is Caring what..Ahah,pastu kepada
yang terasa ke ape tu Kiz mintak maaf okay.Harap-harap korang sedar.
Peace.No war.
Huu...tengah demam ni tapi still bersemangat blogging sebab dah lama
sangat tak hupdate blog..hihi.

25 comments:

echa rierie said...

haha..
perkara ni bese berlaku kan?
tp pglmn sy, time study dulu kitaorg salu share duit minyak..law duit pt dh hbs share mkn pn ley jd..hahaha..

Novelgurl said...

Assalamualaikum

la..knp x mintak ? dorng xtau tu..huhhu think + :P

Raji berkata said...

hohoho mmg tensyen kalau cmtu ;P
senang2 jer ajak
tapi xnk kuakan duit xD

KizZ said...

@novelgurl:
Hrmmm..pendapat Kiz la..benda-benda macam ni..bukan tak boleh nak mintak..cuma tak tau camne nak mintak..cne ek nk terangkan..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag memang akan bayar RM5 paling rendah. Tak kesah lah siapa ajak siapa. Tapi, kalau Shag yg ajak. Memang total minyak kat Shag ;)

chittysarah said...

nasib bek membe selalu ingatkan tuk bayar..
lagipun rasa cam bersalah plak law tak bayar..

tong tong amalan mulia..
win2 situation..
jangan nak ingat sendiri je jimat,membe pun nak jimat gak kan..

fiq. said...

ala kiz, mintak jea tong2 duit kat mereka, jgn rasa tebal muke plk, memang patut mintak tu..huhu

fiq. said...

selalunya, kalau saya n kawan2 tumpang budak yang ader kereta, memang paham la kene tong2,
dah besau kan mesti bijak berfikir..hehehehehe

misz FaTiN said...

kalau mcm ni la kan.. fatin pun mcm tension gak.
geram je bila mereka buat xtau time isi minyak.
apa kata kamu try ayat ni 'korang, tong-tong minyak yok, duit i pun tak bape nak ramai ni' mesti diorg bagi punyalah coz da tersegan sendiri.hehe

zaty luvlianncezzz said...

xpenah da g coz x masuk u g

hi3..nmpknye bla jdkan peringatan nie

Yellow LEOpard said...

hurmm, kadang2 dia maybe terlupe nk tlg bayarkan ke apa..kalo aku senang je..aku mmg mintak depan2, tak yah nk kias2..huhu

KizZ said...

hEE...TQ Yah korang...Kiz memang sedang metrykan pendapat korang nih..hihi

Mohd Hazwan Hashim said...

selalu jugak macam nih..huhu

qasehraihan said...

tu perkara biasa...
kena elok..lalu kat tol pun sume pakat wat diamm...hahaha

eesyaheera said...

yang ni mmg boleh bikin panas. ajak g jalan bukan main. duit minyak tak hulur. ish

kyo_9 said...

senang citer kalo xde duit tuh, jangan buat gaya cam banyak duit sampai belanja sakan guna kad kredit dan sebagai nyer.. blaja mengumpul daripada menggunakan duit.. bak kata orang, utamakan keperluan daripada keinginan.. ;)

KizZ said...

Yeeeha!Betul betul betul...gandakan duit..bukan sengketkan duit..

mahirahnazlim said...

sengsara la mcm uh haha

chenta said...

i dh kerja..so kalau i bawa org yg masih study, i tak minta la..kalau yg dh kerja pun i tak minta sbb nnt bila i naik kete diorg, i tak byr..hahhah

Anis Adila Aris said...

kalau saya.. mintak jew dr kawan2..
kawan2 je kot..hehe

manueng said...

sound la skali...bg baek nye sound...huhu=p

Un Phat Lee said...

naik kete same2.sharelah same2 en?

KizZ said...

Hihi..entah lah ek..Kiz bukan jenis sound..hoho

Syaza Raihana said...

kalau mcm nie minx je r duit kat dioewng2 tu..
Huhu..=P

Kuasai minda said...

Dulu pun penah terjadi macam ni pada saya...
Dua kali kena...member2 buat muka sardin kering!
Kali ketiga, 'alamak, aku tertinggal beg duit le!'
Lepas tu semua orang collect duit buat bayar minyak, huhuhu selamat duit aku!

Masih Ada Plan B, Mari baca!