So hari ni Kiz nak update pasal haritu Izz bawak ibu mertuaku *eceeh* ke ayer hitam walaupun the real fact is kechix(kiz) & ibu dia yang bawak Izz pergi ayer hitam. Ahaa, untuk pengetahuan korang ayer hitam ni berada didalam area Batu Pahat dimana Izz sendiri pun tak reti nak terangkan jalan dia so korang pandai-pandailah tengok peta google maps pastu search Ayer Hitam. Yang penting korang kena exit tol 'Ayer Hitam' dulu. Jangan masuk Ayer Keruh pulak. Haa..
Apa yang best kat Ayer Hitam ni?
Eh mesti lah banyak benda best kat sini. Kalau tak takde lah Kiz bersungguh-sungguh update nih. Kalau untuk gadis-gadis diluar sana korang mesti suke tempat ni coz banyak pasu-pasu bunga belanga segala bersepah-sepah kat sini dan memang sangat cantik dan comel-comel semuanya.
Haa kan dah cakap memang bersepah-sepah.
Pastu kepada sesiapa yang fitrahnya memang kuat makan & suka makan dimana sahaja dikau berada, ahaa sini memang salah satu tempat paling best sebab korang bleh borong segala macam buah & kerepek untuk dimakan apabila balik ke rumah nanti. Yeehuu..
Harap maklum ye. Gambar ni tidak berkaitan dengan kerepek yang dihebahkan.
So kesimpulannya memang best lah jenjalan kat Ayer Hitam ni especially kalau korang nak cari barang untuk doorgift kahwen dan sebagainya. So selamat bercuti (padahal belum cuti sekolah).
Jari Menaip,
IzZ (KiZ)
Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com
5 comments:
sini memang surga tembikar dan tedi bear.ehehe
wowwwwww.........
Hehe harap² tak ada orang terkeliru antara Ayer Hitam dengan Ayer Keruh..
Macam² ada dekat sana kan.. Dari A sampailah ke Z. ;D
suka tengok pic ke dua..
kraft2 yg cantik :)
Ohh, cantik nian...
Post a Comment