Monday, December 31, 2012

Vitamin C & Konsep Dropshipper

Ahaa seperti yang dijanjikan, hari ni Kiz akan ceritakan kat anda semua suatu Bisnes yang paling 'Masyuk' yang Kiz memang tak sangka-sangka. Cuba teka apa bisnes tu?

Jawapannya adalah bisnes Vitamin C 1000mg keluaran Pahang Pharma..


Macam tak percaya, start-start je bisnes ni dah ada 3 customer beli Vitamin C 1000mg dengan Kiz. Bisnes Vitamin C ni Kiz jalankan secara dropship sahaja. Maksudnya, Kiz tak pegang pun stock barang yang Kiz jual tu. Prosesnya macam ni:

Kiz letak barang kat blogshop > Customer beli barang dengan Kiz > Customer bayar kat Kiz > Kiz bayar dan tempah kat dropshipper harga modal > Dropshipper akan pos barang tu ke Customer tadi.



Ok? Faham tak? Maknanya Stok tu takde pun pada Kiz,.Secara ringkasnya, Kiz hanya jual gambar & ayat marketing sahaja untuk dapatkan Sales. So, ini yang kita boleh namakan RISK FREE punya bisnes. Tiada risiko, kalau takde sales pun kira takde rugi apa-apa, dropshipper yang rugi, betul?

Another reason of why Kiz suka sangat jual produk Vitamin C 1000mg ni adalah kerana Kiz tak perlu nak bersusah payah keluar ke tempat supplier cari Stok, buat shoot, pastu dah ada orang beli nak kena pergi pos satu-satu barang..Memang leceh. Even so, ada buruknya jugak Bisnes Dropship ni.

Keburukan Bisnes secara dropship

1. Tak dapat pegang/rasa produk sebenar.
Yup, kita takkan dapat pegang (kalau produk fizikal) atau rasa (produk makanan) produk tu melainkan kita sendiri beli untuk kita sendiri. Contohnya, produk tu adalah baju/kain, disebabkan ianya dropship, kita tak dapat rasa kain tu ok ke tak, ada terkoyak ke kat bahagian-bahagian mana. So kalau nanti barang dah sampai kat customer, customer komplen, kita yang kena, bukan dropshipper.

2. Profit kurang sedikit berbanding jual sendiri.
Bila buat bisnes melalui dropshipper ni, kita punya keuntungan mesti akan kurang sikit berbanding bisnes tu kita buat sendiri. Sebab biasanya dropshipper akan caj kita lebih dari harga yang dia dapat dari kilang (contoh). Kira macam caj upah minyak, tenaga, risiko dan masa dropshipper tu lah. 

Tapi cuba bayangkan kita sendiri ambik stok daripada kilang dan jual sendiri tanpa melalau dropshipper, mesti untung kita lebih betul tak?


Jadi jika anda nak buat bisnes yang melalui dropshipper, pastikan anda tahu harga market Produk tersebut supaya tak tertipu dek dropshipper (dah banyak jugak kes camni, dropshipper cekik darah). Buat kira-kira, kalau untung setakat RM5 untuk sehelai baju, nak jual kat online baik lupakan jek, cari dropshipper lain. Rajin usaha mesti jumpa yang bagus punya ok..


Ok lah itu sahaja setakat ni Kiz kongsikan buat anda semua..Selamat Tahun Baru (Saje nak wish awal-awal)


Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C?
Klik LINK ini sekarang!

1 comment:

BeLaLanG HiJaU said...

baru buat satu entry tentang droship,tp penerangan ringkas jela :)

http://suarabawahtanah.com/2013/01/01/3-teknik-sebenar-jana-pendapatan-di-internet/

Masih Ada Plan B, Mari baca!