Sunday, December 30, 2012

Diari Online Bisnes Kiz bermula hari ini

Salam Sejahtera..

Diumumkan bahwasanya mulai hari ni Kiz berkemungkinan besar akan tukar genre entri-entri Kiz kepada Entri-entri tentang bisnes Kiz di Kiz Enterprise. Dan InsyaALLAH mulai hari ini, kami akan usahakan untuk update blog Kiz Garden ni tiap-tiap hari dengan 'Diari Bisnes' kami di Kiz Enterprise.


Mula-mula ingat nak jump terus ke diari hari ini tapi bila fikir-fikir balik macam tak 'manis' la pulak bak kata orang tua-tua kalau takde pengenalannya.


So hari ni Jom kita tengok senarai Bisnes Online yang sedang & telah dibuat di Kiz Enterprise.

1. Kedai Kiz (www.kedaikiz.blogspot.com)


Dalam kedai kiz ni, Kiz lebih kepada menjual blouse, skirt & bermacam-macam lagi pakaian perempuan yang mengikut fesyen. Bisnes ni ok tapi disebabkan beberapa kesilapan kecil masa menjalankan bisnes ni. Kiz mengalami kerugian yang agak besar walaupun kebanyakan baju yang dijual laku. Entri akan datang nanti kami akan ceritakan apa kesilapan-kesilapan yang kami dah buat supaya boleh dijadikan pengajaran.

2. Kemeja Kacak (www.kemejakacak.blogspot.com)
Kalau Kedai Kiz jual pakaian perempuan, Blog Kemeja Kacak pula lebih kepada pakaian kemeja lelaki iaitu baju kotak-kotak. Dukacitanya, Bisnes 'Kemeja Kacak' ni tak kekal lama disebabkan demand untuk pakaian lelaki di Internet tidak begitu meluas.


 Bila kaji-kaji balik baru kami sedar yang lelaki ni kuasa membelinya tak sebegitu 'Power' sepertimana orang perempuan membeli. Akhirnya, Blogshop 'kemeja kacak' ni kami tutup & plan untuk bisnes lain yang lebih sesuai.

3. Kiz Design (www.facebook.com/KizDesign)
Kiz Design ditubuhkan pada bulan September 2012 (Bulan perkahwinan kami) kalau tak silap kami. Kiz Design ni pada mulanya lebih kepada membuat design. Dan disebabkan ramai yang bertanya, "Kenapa tak buat printing skali?" atau "Ada printing skali tak?", Kiz akhirnya turut sama menceburi bidang printing macam print Bisnes Kad, Flyers, Kad Kahwin dan sebagainya.



Hasil jualan untuk Kiz Design nampak macam ok, banyak sales tapi kami berdepan dengan satu masalah besar iaitu kekangan masa. Kami mempunyai banyak perkara untuk dibuat tiap-tiap hari.Untuk siapkan 1 design, biasanya kami memerlukan lebih kurang 2 jam dan biasanya upah yang diambil untuk design ada dalam RM20-RM35. So lepas buat beberapa kiraan, bisnes ni nampak macam tak berbaloi melainkan kami mengambil Designer untuk membuat design. So, kami plan untuk 'pause' bisnes ni untuk sementara waktu sambil kumpul duit untuk upah pekerja(designer).

4. Kiz Wedding (www.facebook.com/Kizwedding)
Kiz Wedding ni ditubuhkan dalam masa yang lebih kurang sama la jugak dengan kami tubuhkan Kiz Design. At first, kami just target untuk jual bekas balang kaca (biasa orang buat doorgift) , yassin, Mr & Mrs Pillow & hiasan untuk perkahwinan. Tapi fikir-fikir balik, why not kita offer design & printing Kad Kahwin skali? So bermula dari tu, Kiz mula menerima tempahan Kad Kahwin daripada kawan-kawan Kiz yang akan berkahwin dalam tahun ni.



Then ada 1 hari ni, Kiz terima tempahan balang kaca 1000 pcs. Lepas terima bayaran deposit dari customer, Kiz terus pergi ke tempat supplier balang kaca & terus beli 1000 pcs balang kaca. Masa tu, tak terfikir pulak betapa banyaknya proses untuk balang kaca tu sampai ke rumah customer.
Supplier > angkut 3 kotak berat > Kereta > angkut lagi > Rumah Kiz(tingkat 4) > Bungkus & tampal Sticker > angkut lagi > Kereta > Angkut Lagi > Pos Laju



So lepas tu baru lah Kiz buat kesimpulan, "Hmm, patutlah takde orang buat bisnes balang kaca ni secara online". Ahaa lupa nak bagitau, dah la prosesnya berlapis-lapis, tup-tup dah sampai kat rumah customer, customer bagitau kiz "Aa, ada 58 balang kaca pecah lah". So kami pun macam "WHAT?". From that incident, Kiz terus tutup tempahan balang kaca tapi diganti pulak dengan Doorgift Kotak Kertas. Walaupun belum dapat order untuk yang ni, Kiz dapat rasakan ianya boleh berjaya, cuma buat masa ni Kiz terpaksa 'pause'kan jugak bisnes ni sebab kami nak fokus kepada satu bisnes sahaja.

BERSAMBUNG..

Ok lah setakat ini sahaja untuk hari ini, Kita sambung lagi dengan bisnes Kiz yang lain esok. Suatu bisnes yang Kiz macam tak percaya rupanya ini lah bisnes yang paling senang & masyuk, bukan mlm tau. Nantikan esok ye dalam "Diari Online Bisnes Kiz bermula hari ini II"


3 comments:

ikaa said...

lama xnmpk kiz sebelum nie

cikpinky said...

mungkin kne fokus untuk satu biz dlu memandangkan xde kakitangan lagi.kesian korang..mesti penat keje berdua..

Rodiah Amir said...

kagum dgn semangat xputus asa n xkedekut nk share pengalaman..

Masih Ada Plan B, Mari baca!