Tuesday, December 6, 2011

SHH RAHSIA : Cara Saya Blogwalking

Yup. Masing-masing punya cara tersendiri untuk blogwalking. Ada yang blogwalking dengan hanya membaca sahaja entri yang ada kat blog tu. Ada pulak blogwalking tinggalkan jejak ataupun mesej kat chatbox. Ada pulak yang jenis baca entri then bagi comment.

So hari ni jom kita sama-sama sharing-maring cara kita blogwalking.

Lukis sendiri pakai paint. COMOT tak?

CARA SAYA BLOGWALKING

UPDATE ENTRI DULU

Okes sebelum Kiz blogwalking biasanya Kiz akan update entri kat belog Kiz Garden ni dulu sebab takut nanti bila blogger tu balas balik pengemblogwalkian(bahasa reka-reka) kita nanti dia tak tau nak komen apa sebab entri yang dulu dah komen.


BUKA KOMEN ENTRI SEBELUMNYA

Lepas tu Kiz akan bukak komen entri yang before entri baru Kiz buat ni, blogwalking kat semua belog blogger yang sudi dan rajin yang amat bagi komen kat Belog Kiz yang tak seberapa ni.SOB SOB. Kiz akan komen kat setiap entri terbaru diorang.


CARI BELOG YANG ADA BANYAK KOMEN

CONTOH macam blog FARRA ARISHA ni(pinjam ya farra).
Nanti semua blog yang ada macam belog Ayuni, LAdy Ayu, Bujal X and Joe Kiz 
akan g blogwalking kat blog mereka. Hee sori ya pinjam nama korang.

Ahah lepas tu Kiz akan cari blog yang entri dia ada banyak menimbun-nimbun komen. Lepas tu Kiz akan bukak komen entri tu then blogwalking lagi satu persatu belog blogger-blogger yang komen kat 'entri belog yang banyak komen' tu. Kenapa cari belog melalui comment? Sebabnya adalah blogger yang rajin komen ni, possibility 'dia' akan blogwalking balik OR komen kat entri kita adalah tinggi. Sebab tu lah Kiz rasa better kita cari blogger yang rajin blogwalking THAN main rambang je blogwalking mana-mana.


BACA ENTRI BELOG BETUL-BETUL BEFORE KOMEN

Oh NO! Tak perlu kot seteliti ini..

Kiz suka baca entri belog betul-betul sebelum komen sebab takut nanti tersalah bagi komen. TAK PERLULAH nak baca secara detail sangat lagi-lagi yang jenis entri panjang berekar-ekar which is Kiz selalu buat TAPI at least kita faham apa yang Tuan Belog tu nak sampaikan. Contoh macam tajuk entri tu "KESAKITAN YANG TAK TERHINGGA". Kita pun terus scroll zup-zap-zup-zap sampai ke bawan then terus komen "Banyakkan bersabar ya awak,semoga awak cepat sembuh". Padahal Tuan Belog tu tulis pasal kucing dia yang sakit sebab gadoh ngan kucing lain ( kenapa mesti kucing? ). Haa kan pelik tu.


MEMBALAS KUNJUNGAN CHATBOX

Yang ni pun Kiz selalu jugak buat. Tapi bergantung kepada Mood and ayat kat chatbox tu lah. Kalau ayat dia nampak cam menarik biasanya Kiz akan bukak belog dia balik then kasi komen. Lagi satu kalau ayat kat chatbox tu ada sebut nama Kiz ataupun ada cakap pasal entri yang berkaitan. InsyaALLAH Kiz akan menziarahi belog mereka semula dengan berbekalkan buah tangan berupa 'komen'.hihi



SO. That It. Inilah cara Kiz blogwalking. Cara anda pula bagaimana? JOM share?

P.S : rasa janggal pulak tulis entri pendek-pendek ni

Jari Menaip,
iZz
Berminat dengan baju ni? Jom kita ke KEDAIKIZ..JOM

Sunday, December 4, 2011

Korang suka WebCam?

Webcam? Hmm, tak minat sangat actually. Cuma baru-baru ni time dating kat City Square JB A.K.A CS tiba-tiba je Kiz kemaruk menggile nak main webcam. Seronok jugak rupanya webcam ni. Al-kisahnya pada hari tu Kiz lepas tengok wayang citer "Twilight" yang penuh dengan adegan-adegan yang PANAS Kiz siggah jap kat satu Cyber Cafe (CC) ni. 

Objektif utama nak print Order Customer dari Kedai Kiz and KemejaKacak, TUPP-TUPP terbukak webcam lalu Kiz sempat-menyempat jugak CAPTCHA beberapa PIC kami untuk dijadikan kenangan kat CS JB. Seronok jugak rupanya amek gambar candid bersama-sama sebab before ni tak penah buat benda ni. Kan Kan Kan?

BEST apa. Jimat duit. TAK PAYAH kau nak g masuk kat yang benda 'JAMBAN TANGKAP GAMBAR(tak tau nama)' yang of course akan mengikis ribuan(hyperbola!) duit daripada kita kan.

Kelik LIKE jika anda rasa kami comel.HIHI! ;p



Iklan gigi daripada ENCIK IZZ..


Eh apa kejadahnya gambar ni boleh terselit masuk? 
P/S : Baju terbaru dari KedaiKiz



Kecix kata dia ada lesung pipit tapi sebelah je. Apekah?



Maaf , cat dah habis nak color picture ni. Eh menjeling-menjeling ku bertentang~



Alamak, aksi-aksi Kiz dah kantoi dirakam oleh webcam di belakang!



Kantoi tak kantoi, JOM Gelak ramai-ramai kalau rasa gundah-gulana sekarang



Sekian Aktiviti-aktivitas giler Webcam daripada Kami. Semoga lebih giler gelimat selepas ini dan selamanya. Psst, tengahari tadi ada orang belanja IZz makan PIZZA terbaru..YUMM-YUMM!Nanti Kiz update ya.

Jari Menaip,
IzZ

Nape iklan ni selalu menyibuk ? Tentulah sebab BlogSHop ni best yang amat..HIHI

Saturday, December 3, 2011

TERGEMPAR: TOP 3 GAMES YANG 'DIGEMARI' PARA WANITA.

PERHATIAN : SILA BACA 2 PERENGGAN PERTAMA BETUL-BETUL BEFORE KOMEN OK

Haa! Ingat Gurls tak minat main games ke? Siap ada 3 TOP GAMES tu. Oh sila jangan silap teka games-games cekadak-cekidik macam 'Angry Bird' , 'Fruit-Ninja' dan segala kemungkinan yang ada dalam benak kepala otak korang yang sekarang tengah duk tergaru-garu kepala sendiri sebab PELIK memikirkan benda ni. Eh, betul ke ramai ke pompuan yang main games selain games yang biasa-biasa kat telepon tu? Ah Tak percaya lah aku, MENIPU la Izz ni!

Tengok. Kan betul tu ada Gurl yang ske men game

WOOO..WOOO RILEKS GURLS

Sebenarnya kalau korang perasan kat TAJUK entri ni kat perkataan 'DIGEMARI' tu kan ada tanda  ( ' ) yang membawa maksud, "DIGEMARI lah sangat" ahaa. Atau lagi senang DIBENCI wanita lah ye adik-adik. Kenapa BENCI pulak, TAK baik lah korang ni, biarlah LELAKI, mereka ada HOBI diorang sendiri. Kalau pompuan suke BERSHOPPING kasut-handbag-wages(kasut jugak)-baju segala KENAPA lelaki tak leh nak ada HOBI sendiri? Hisy, OK lah tak nak cakap banyak pasal ni, masing-masing ada sendiri punya pendapat kan. Takpe, nanti kita bincang kat komen ya.

TOP 3 GAMES 'DIGEMARI' OLEH PARA WANITA

NO.3 : PES ( PRO EVOLUTION SOCCER )

Rembat jangan tak rembat. Yeeha!

Jatuh pada anak tangga ke-3 BELOG KIZ GARDEN adalah games bola yang paling diminati ramai para JEJAKA KACAK diluar sana iaitu "PRO EVOLUTION SOCCER(PES)". Game NI ada banyak version , dari tahun zaman TOK KADUK hinggalah ke zaman dimana ramai remaja-remaja dan dewasa pakai handphone Blackberry(BB) .Yang latest skang ni tak silap Kiz adalah PES 2012 lah. BEST jugak main game ni. So kenapa GAME ni 'DIGEMARI'?

Sebabnya adalah nak habiskan full games akan memakan masa at least 10minit which is TAK PUAS so MEREKA akan tukar kat option buat 15minit. SO dalam masa 15minit tu mereka selalunya akan tak perasan bunyi handphone Vibrate SEBAB mesej sampai mahupun ada gempa bumi tiba-tiba berlaku kat rumah dia. Dunia berubah secara TIBA-TIBA menjadi dunia sendiri. Then kalau dalam GAME tu dia kalah(tak terror,NOOB) maka dia akan REPEAT games tu ataupun cari TEAM CIKAI yang lebih senang untuk dikalahkan. Maka bertambahlah masa dari 15minit kepada setengah jam dan begitulah seterusnya. Dah macam belajar kitar ekosistem la pulak.

Game ni menjadi KEGEMARAN apabila Sang JEJAKA lupa nak balas mesej GF kesayangan dia.OH tak masa tu GAMES tu yang jadi GF kesayangan dia kot.Haha. Pastu kalau yang rajin REPLY pun akan REPLY sepatah dua patah je lepas tu sambung main games. Itulah dia GAME pada tangga Ketiga. PES! PES yang BEST.(Nasib baik CD game ni dah hilang, tak dapat aku nak install )



NO 2 :  COUNTER STRIKE

Haa ada berani masuk la.Aku tembak kau (padahal dah tembak).


Kalau games PES tu sang JEJAKA masih SEMPAT nak reply mesej eveen pendek-pendek. Korang sebagai wanita patut bersyukur SEBAB games COUNTER STRIKE ni lagi la susah diorang nak REPLY mesej korang. KENAPA? Sebabnya games ni memang tak boleh PAUSE walau sesaat pun. Kalau pause mungkin akan menyebabkan diri anda ditempat musuh yang celaka.Haaa.

Eh Izz lupa nak bagitau yang GAME ni adalah games tembak-tembak. Biasa main dalam bentuk multiplayer ATAU lawan dengan ROBOT. Yang lawan ngan robot tu ok lagi tak risau sangat. Yang Izz risau ni kalau lawan pakai Multiplayer which is kita lawan member-member kita sendiri. SAPE NAK KALAH KAN? SO, everyone must be FOCUS.FOCUS.FOCUS. Ahah, bila dah terlebih Focus kat GAME tu memang handphone dah kemana-mana lah jawabnya. Kau jerit kat bawah ada KFC pun tak layan punyer.KOMPEM ah. (*Ini cerita dari pengalaman sendiri, HAHAH! )



NO 1 : DOTA / WARCRAFT

 Haa kan dah cakap mesti takkan faham punye. Orang nameck je faham ni tahu.

MAka pemenang untuk TOP games pada pagi ini dimenangi oleh..GAME DOTA/WARCRAFT . GAmes ni memang giler AND KAW-KAW memang korang pompuan tak akan berpeluang LANSUNG nak tengok handphone korang ada mesej masuk. Nak tau KENAPA?

SEBABnya adalah games ni jenis STRATEGI GAMES. Lagi memerlukan 100% FOCUS.FOCUS dan FOCUS!. Haa..Izz pun tak tau sangat pasal games ni sebab tak reti nak main. TAPI berdasarkan pengalaman budak-budak rumah dan kawan-kawan sekeliling. Siapa yang main games ni memang akan susah nak REPLY mesej mahupun nak melayan pertanyaan kawan sendiri macam "Weh, mana MOTO ko aku tengok kat bawah takde?" ataupun "Weh kawan ko tunggu kat luar rumah tu..". Nanti diorang akan jawab macam "Alah biarlah MOTO aku hilang" atau "Alah biarlah dia tunggu kat luar rumah tu, pandai-pandailah dia hilangkan bosan". Hah tu dia mai.

Eh contoh aku bagi ni nampak macam over la pulak, ke tak ek?Eh biarlah.

Erm kenapa games ni dapat NO.1? Sebabnya adalah games ni ambil masa at least 2JAM untuk dihabiskan. Ulang lagi sekali : 2 JAM untuk dihabiskan. TAPI biasanya Kiz tengok member-member Kiz main dari pukul 1AM - 7AM jugaklah kadang-kadang. Rumah Sewa dah jadi macam Arcade sewa pulak bila diorang main game ni dengan jeritan-jeritan macam , "WEH,Backup weh backup!" , " ALAMAK aku mati!" , " FARM FARM!" , pastu dengan macam-macam singkatan-singkatan yang hanya ALIEN atau orang PLANET NAMECK je yang akan faham bahasa tu.HIHI

KESIMPULAN

Eceh ada kesimpulan pulak Izz ni. Hurm, Kesimpulannya, kepada wanita diluar sana, make sure mintak BF korang bagitau korang dulu kalau diorang nak main game. Lebih-lebih lagi kalau 3 GAMES NGETOP ni. TAPI, walaubagaimanapun(amboi) , PLEASE PLEASE PLEASE lah jangan gado-gado kalau setakat BF tak mesej korang sebab main GAME. MEREKA memahami KAMU so kamu juga perlu memahami MEREKA. Betul TAK?

Okeh sekian Liputan Dari PLanet Nameck..

Jari Menaip,
 IzZ



VISIT KEMEJAKACAK KALAU BERMINAT

Friday, December 2, 2011

OH BUDAK PRAKTIKAL ! ( 5 perkara wajib di buat!)

Ooooo budak praktikal..Ingat tak lawak Nabil Maharaja Lawak tentang budak praktikal? Hehe masa tengok tu tak rasa lah apa-apa BUT now chix dah praktikal baru lah tahu hakikat sebenar rutin budak praktikal.Dan benarlah kata bang bil tu tentang budak praktikal.

So marilah cekidaout 5 PERKARA WAJIB UNTUK BUDAK PRAKTIKAL

FOTOSTAT ! FOTOSTAT ! 

Kalau tak kena buat perkara ni bukan budak praktikal lah kan. Hari pertama lagi kau dah akan di perintahkan memotostat segala dokumen di ofis. Pagi-pagi samapi lapor diri lepastu rasa memang perkara pertama di ajar lah ni. Dan sehingga beberapa bulan anda di situ anda akan siap terer repair lagi mesin fotostat tu.

BUAT AIR !

Ni kalau gadis-gadis yag praktikal ni memang wajib lah buatkan supervisor/ boss anda buat air teh/kopi/nescafe/radix. Maka wahai gadis-gadis sekalian, sebelum lapor diri tu apakata praktis buat air sedap-sedap ya. Probabiliti anda akan membancuh air untuk boss amat tinggi.

PUNCH CARD OH PUNCH CARD !

Budak praktikal memang kadang-kadang agak di buli sedikit.Lagi-lagi bab punch ni.Dahlah tak boleh datang lambat bagai, pehh kalau boss/ officemate mesej pagi-pagi jangan pelik sangat ya sebab selalunya akan suruh u olls punch kan mereka. Oppps jangan kantoi sudah !

POSMEN PUN BOLEH !

Yeahh posmen pun boleh. Setakat hantar memo/surat/fail kat building lain, naik turun lif/tangga takda hal la der siapkan jelah kekuda tu der bagi kuat. Nak menolak kang kau yang kena delivery balik rumah siapa nak jawab beb.

GANTI MENGGANTI !

Ni salu jadi bila bab-bab kursus/ seminar/ ceramah. Pergi jelah weh.Dapat makan free kot.Chix hari ni kena jadi pengurus bola jaring tak memasal semuanya kerana ganti mengganti.Layannn..


TUKANG CATAT/ SETIUSAHA !

Mungkin tak selalu kena tapi chix memang hohoi segala meeting aku kena catat minit mesyuarat lepastu buat lagi edarkan semua.Dahlah kena faham segala struktur perjalanan syarikat kalau tak tercengang-cengang lah tak tahu nak catat apa.Yeah time ni lah segala tulisan purba akan keluar.


Itu sajalah nampaknya Keluh kesah kak esah budak praktikal.Tapi sebenarnya Praktikal banyak mengajar dan memberi pengalaman.Sebelum kita jadi di atas haruslah bermula di bawah kan. Nanti dah jadi Boss barulah boleh hargai orang bawahan betapa penatnya mereka.

Kak Esah bukan nama sebenar,
Chix !

 sambil-sambil tapau air tu, meh singgah sat kat KedaiKiz..BEST blogshop nih!

Thursday, December 1, 2011

Baju Superman, WHY mesti Faizal Tahir?

2 MINGGU yang lalu Kiz ada beli Baju Superman. *Everybody knows what is 'baju superman' rite?*. Alah T-Shirt yang  ada satu LOGO 'S' kat tengah-tengah dia tu. SO ,the story is lately Kiz selalu terfikiaq (terfikir) kenapa FENOMENA T-SHIRT SUPERMAN dikaitkan dengan ARTIS TERMASYUR MALAYSIA 'Faizal Tahir'? WHY must everybody said, "FAIZAL TAHIR!!" when seeing someone wearing that 'T-SHIRT-WITH-S-LOGO'?

 FAN Faizal Tahir please jangan marah ya. Ini Bukan Entri mengutuk beliau.
BACA dulu baru tahu ok. WE are a BIG fan of HIM too.


OH yeah, Kiz rasa Kiz tahu jawapannya.

Yelah, FAIZAL TAHIR, sebuah nama besar dalam industri Muzik Tanah Air kita rite? Almost every concert HE will wearing that Superman Tee ,dengan nyayian lagu-lagu yang BEST-BEST macam 'Karma' and 'Hanyut' and many more lah. Ini kalau nak list lagu-lagu best 2 3 malam pun tak cukup ni.*Repeat : Kiz is also a BIG fan of FT*. SO, That's why lah bila sesiapa nampak sesiapa yang lain pakai T-shirt Faizal Tahir Eh Superman MEREKA akan berkata "WAH FAIZAL TAHIR LAH!". Eh ke ada yang tak kenal siapa mamat rambut panjang bersuara ROCK-UU ni?

Kiz said, "WAH RAMAINYA FAIZAL!"


Mesti korang tak faham kan APA POINT yang cuba Kiz nak sampaikan. Well, what i MEAN is korang tak perlulah nak rasa segan-silu-malu-mengemblushingkan diri nak pakai T-Shirt Superman. Bangga apa orang kata kat korang "FAIZAL TAHIR!!" bila pakai baju tu. LAGI-LAGI kalau pakai yang jenis warna biru. Tapi kalau korang segan jugak korang pedulikkan lah apa orang kata, buat bodoh aje.TAHU??

Ahah satu lagi, kalau you are not FAIZAL TAHIR fanz like US or korang ni KELAB-ANTI-FAIZALTAHIR tapi pakai baju superman, korang cakaplah kat diorang, "Ek eleh ,Clark Kent dah pakai baju ni sebelum Faizal Tahir keluar dari perut mak dia lagi lah". Contoh lah ya CONTOH.

 Kagum dengan ke'senget'an mulut dia. Cuba korang buat.

TAPI kalau Kiz, Kiz rileks je pakai baju superman ni tanpa rasa segan silu mahupun tersipu-sipan takut sape-sape nak 'nganjeng'.TAPI biasanya Kiz akan gandingkan (wah gandingkan gitu) baju ni dengan jacket lah. SEBAB kalau pakai T-shirt dia je rasa macam SUPERMAN betul pulak. Tak pasal-pasal Kiz terjun tingkat 3 UiTM sebab perasan empunya DIRI dah ada power boleh terbang. Lepas tu nanti kecoh lah kat MEDIA "Seorang pelajar UiTM dipercayai cuba Membunuh Diri gara-gara fanatik terhadap Faizal Tahir" (imaginasi sangat tinggi pada waktu ini ok). 

JOM layan-layan dulu kepingan-kepingan gambar Bajek 'SUPERMAN' dari Izz. SILA JANGAN gelak. Siapa Gelak Kena Balun dengan Penyapu Lidi.*Eh Kenapa mesti mau penyapu lidi?*

Sape suruh gelak? JANGAN gelak! Wat lagi sekali!


BAGUS! Pandai pun.Urm, Kemeja ada di BLOGSHOP KemejaKacak


Izz : Apa director cakap tadi? Sori saya tak dengar lah tadi..


Aku cakap, Baju ni boleh dapat kat Blog KEMEJAKACAK lah


OK habis sesi bergambar bersama T-Shirt Superman. Haa FAIZAL TAHIR, terkejut tak??


HOH terkezutnya saya!!!Haha


CEH!!

Jari Menaip,
IzZ

P/S : Kelik banner kat bawah ni kalau berminat nak beli T-Shirt Superman FOR RM35.00 only okes!

Wednesday, November 30, 2011

ENTRI TERBAKAR : AKU TAK PUAS HATI BETUL!!

FUHHHH


PANAS WEH PANAS!!



Eh, Kiz nak mengadu sikit ni tau.

Bila lah episod 12 ni nak kuar ye



Punyalah semangat Kiz tunggu bagai nak rak buku,rak kasut dan segala rak-rak yang ada kat depan TV rumah sewa saiz 20 inci ni. SEKALI HAMEEK HANG, "Siri Drama Cinta Elysa Episod 12 ditunda pada minggu depan". Dah la lama nak tunggu 1 MINGGU = 7 HARI = 24X7 JAM ( malas nak kira ) ni. TUPP TUPP rancangan ditunda. Terpaksa lah Kiz tunggu lagi 1 minggu yang penuh dengan keperitan ini.

Mari menyanyi beramai-ramai, GRRRR!

Boleh pulak ada rancangan apa ntah pasal nyanyian lagu UMNO time tu. Time lain tak nak ambik. Buat la TIME rancangan kartun-kartun ke apa ke kan. HISH, takpelah, nak buat camne, dah takdir (amboi ayat macam dalam drama sudah ).

Hmm, Episod baru taknak keluar layan LAGU OST CINTA ELYSA "Kita Satu" pun jadi lah.


Nah HAMEEK lirik ni skali..

Kita Satu - Spider ( TAM )
Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Korus
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..
Satu….. wooooo..

Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

WARGHH #@$#%^^^

Jari Menaip,
IZz


LEBIH SEMPURNA,LEBIH BERGAYA,LEBIH YAKIN..JOM KE BLOGSHOP KEMEJAKACAK

Tuesday, November 29, 2011

Tuisyen Blog Kiz : 9 Tips menambah RATUSAN komen di blog anda!

Well, Kiz ni bukanlah hebat sangat dalam blogging mahupun famous-amos-sesuperstar-superman macam orang lain. Tapi APA KU KESAH? Kiz nak bagi jugak tips kat korang camne nak tarik orang supaya comment kat blog post korang.

1. PASTIKAN  BUTTON COMMENT MUDAH DILIHAT

Yup, ini penting, Kiz selalu time blogwalking, dah serunuk-berunok(bahasa apa ni weh?) baca korang punya post then cari-cari Button Comment tak jumpa. Cari punya cari last-last jumpa jugak. Alahai kenapa kecik sangat button comment ni. SO? make it BIGGER ok. Kena orang yang macam Kiz takpe la sebab Kiz still bersugguh-sungguh nak cari button comment tu, tapi kalau kena orang macam Si X ni?Cari-cari tak jumpa terus, "Ah, malas aku komen kat sini, kat mana ntah button comment dia ".Haa..Kan?


2. LAGI PASAL BUTTON COMMENT, GUNAKAN WARNA DAN POSISI BERSESUAIAN.

Ok tadi buton komen kecik sangat. So NOW dah besarkan? Bagus!!(Sila tepuk tangan ramai-ramai). Button dah besar tapi warna pulak tak sesuai.Hmm, takleh jadi jugak. Korang kena pilih warna yang sesuai untuk font Comment tu. Pastikan color yang dipilih tak sama atau lebih kurang dengan warna background blog korang. Contoh kalau background korang warna KUNING korang letak font "comment" tu pun warna kuning atau kuning cair atau kuning laut(eh ada ke kuning laut?), of course la tulisan comment tu akan jadi tak nampak.SUSAH NAK CARI TAHU?

Dah ubah color? Ok tepuk tangan untuk diri sendiri lagi sekali! Sekarang sila tengok kedudukan button comment tu kat blog korang. Adakah ia berada di BAWAH?di ATAS?di KIRI KANAN mahupun di TENGAH(ada ke ditengah?). Ok kalau ikut pengalaman Kiz blogwalking, Kiz suka komen tu berada di bawah post. Sebab senang kita nak kasi komen sebab rasa-rasanya setakat ni Tulisan Malaysia mahupun English masih lagi dibaca dari atas ke bawah. Contoh kalau komen tu kat atas, macam leceh lah cket nak kena scroll balik ke atas pastu baru tekan Button Comment tu.

Memang nampak macam benda kecik tapi boleh jadi problem jugak untuk Blogger yang sekali blogwalking bukak sekali 10 Tabs nak komen.


3. TAK HABIS-HABIS PASAL BUTTON COMMENT. PASTIKAN 'MEREKA' SENANG DIKLIK.

Ahah, ini jugak penting. Kiz selalu jugak jumpa belog yang susah betul nak kelik button komen dia. Korang pernah alami tak benda ni? Komen tu dah cantik dah jumpa, tapi bila nak tekan dia macam lari-lari pulak(biasanya ni masalah dengan layout la), orang sentuh sini dia lari sana, orang tekan sana dia lari sini EH APA AKU CAKAP NI?.

Lepas tu kalau blog korang jenis yang ada snow-snow berterbangan tu pun pastikan benda tu tak menganggu kita nak kelik button comment korang sebab Kiz pernah jumpa yang jenis nak tekan comment then terkelik snow-snow yang comel-momel tu then dia dah bawak kita g website mana-mana yang confirm Kiz akan terus pangkah. 

SO? Nanti balik ke belog masing-masing, try comment kat belog sendiri, pastikan benda-benda camni tak berlaku okeh. Baru orang tertarik nak kasi komen.


Meh singgah sebentar bersama Blogshop
KEMEJAKACAK. Lebih Kacak daripada BIASA!



4. GUNAKAN AYAT-AYAT COMMENT YANG MENARIK KAT BUTTON COMMENT

EH tak habis-habis lagi ni pasal button comment ni. Mogok apa Kiz ni? Hmm, korang perasan tak kat Blog Kiz garden ni kat tempat komen dia ada macam contoh "4 orang berani komen kat sini". Benda tu lah yang dipanggil ayat-ayat menarik. OK-ok Kiz tau ayat Kiz tak berapa menarik kan. Ok Kiz bagi contoh Blog Cik Epal , dia buat ayat macam " 4 orang doakan cik epal kurus" ..Kan menarik tu, EH KENAPA MESTI 4?

Nampak tu?Yang Kiz dah tanda tu


Ok benda ni korang boleh edit kat dashboard > design > page element > edit BLOG POST . Kat situ ada satu tempat yang korang boleh edit ayat-mengayat nih okay. SO fikirlah idea-idea kreatif.Jadikan ia satu ayat yang menarik ok. Kiz perasan ramai-ramai jugak buat style "4 ,000 orang komen di blog ni".Brilliant idea!( tepuk tangan ramai-ramai lagi! ). Nampak macam banyak je jadinya komen tu kan. Ahah dengan cara ni jugak, maka terjadilah ratusan atau ribuan komen di blog anda.T_T


5. GUNAKAN TAJUK-TAJUK YANG MENGANCAM NYAWA

Mengancam nyawa?What the.....

Kiz gurau okay. Maksud Kiz gunakan Tajuk-tajuk yang mengancam, contoh macam untuk Entri ni, Kiz tulis TIPS MENAMBAH RATUSAN KOMEN DI BLOG ANDA. Kat sini Kiz mengancam korang dengan perkataan RATUSAN tu (walaupun tak berapa nak mengancam sangat ). TAPI.

Ahah ada TAPI tu.

TAPI make sure korang jangan overboard pulak dengan tajuk mengancam ni sebab kalau korang selalu sangat buat nanti orang akan menyampah dah nak baca BlogPost korang. Habis asyik terperdaya je kan. Nanti blog korang pulak yang akan terancam kena Banned ngan Pak Cik Girl ( Pak Cik Google, Kiz panggil dia Cik Girl je, member lah katakan, hihi ). Jangan marah ya Pak Cik Goole. Gughaw!

6. VARIASIKAN JENIS TOPIK ENTRI KORANG

OK contoh lah korang update belog sehari sekali. Make sure kalau korang punya blog tu blog personal, selang seli kan entri korang tu dengan Info-Info which mean bukannya sepanjang masa pasal aktiviti harian HARI INI AKU MAKAN NASIK-ESOK AKU MAIN BOLA-LUSA AKU MEMANCING AWEK sahaja. Ada paham? Sebab nanti rugi lah korang dah update hari-hari tapi tak banyak keyword-keyword yang orang diluar sana taip yang kena dengan entri anda.

PAHAM TAK?MESTI TAK FAHAM KAN?

OK apa yang Kiz maksudkan adalah Bila kita buat entri yang memberi INFO, lebih banyak peluang untuk orang masuk ke Blog anda sebab kebanyakan orang akan cari info lebih daripada aktiviti harian kita. Rasa-rasanya ada ke orang Search kat Google " Hari ini Kiz buat apa ". Mestilah takde, lainlah Kiz ni famous-amos bagai Cik Hanis Zalikha tu.

SO, kena seimbangkan, contoh pagi tadi Kiz wat entri pasal KIZ BERDATING, pagi ni KiZ tulis pulak pasal TIPS NAK TAMBAH KOMEN. At least , bila orang goole " Tips tambah komen " ke ada la jugak link blog Kiz kat List website tu. Anda RASA Kiz BETUL? GIVE ME FIVE BEBEH!!


7. RAJIN-RAJINKAN DIRI BLOGWALKING

Blogwalking, Tinggalkan jejak korang


Tak guna kalau kita update blog 5-6 kali sehari kalau kita lansung tak blogwalking. At least blogwalking 4-5 blog sehari pun dah cukup. Barulah ramai yang nak blogwalking balik kat belog Kita betul tak. Tapi kalau nak jadi SENGET macam Kiz blogwalking 20-30 Blog sehari pun boleh jugak.Hihi.

Bagi Kiz, Blogwalking ni skang dah jadi HOBI tau.Tu yang dah jadi senget tu. Percayalah cakap Kiz, Lagi banyak kita blogwalking, lagi banyak komen masyuk ke belog korang. CUMA, jangan jadikan ia satu beban, jadikan ia satu HOBI.Okay?


8. INI PENTING! BUANG CAPTCHA BILA TEKAN BUTTON COMMENT

PASTIKAN belog korang tak memaksa pengomen untuk taip Captcha Verification tu. INI cadangan Kiz la sebab kadang-kadang QUITE annoying la bila kita nak komen, PAP kuar benda 'Verification' tuh..Leceh sebab kadang-kadang susah jugak perkataan yang dia bagi tu. Pastu banyak kali terjadi, Kiz ingat Kiz dah siap comment so terus bukak TABS lain, Then rupa-rupanya masih ada lagi CAPTCHA yang nak kena diisi.

OH YEAH. SAY NO TO CAPTCHA!


Tambah pulak untuk certain-certain BLOG tu, CAPTCHA dia keluar lambat daripada biasa, mean that lepas kita dah kelik "COMMENT", nanti BlOG tu akan refresh automatically then baru keluar benda CAPTCHA tu.

Pendapat Kiz la, kalau korang kata CAPTCHA tu boleh mengelakkan SPAM COMMENT, ada je setting kat bahagian comment tu yang boleh bantu kita filter COMMENT-COMMENT yang berbentuk SPAM tuh.

TAPI ni pendapat Kiz la, lain orang lain pendapat bukan?




 9. BONUS : BUAT ENTRI ISU PANAS

Ini untuk sesiapa yang betul-betul nak tambah banyak-banyak komen, Mula-mula, korang tulislah Pasal ISU-ISU PANAS, contoh macam ISU KUTUK LELAKI, ISU MLM, ISU KUTUK-MENGUTUK. Kompem lepas tu meletup-letup orang nak komen kat blog korang tambah-tambah bila ada geng-geng anonymous masuk join pendebatan lepas tu ada pulak yang melawan. BOOM BANG BOOM BANG, views blog korang yang naik, komen bertimbun-timbun nak kena approve.

Entri Mesti MAU kasi PANAS beb, baru ngancam!!


Err tapi kalau boleh tak perlu lah buat benda ni sebab Kiz pun tak suka guna cari camni nak naikkan nama belog. Buat apa Blog naik tapi naik melalui kontroversi. TAK BEST!

P/S : SEBARANG PERTANYAAN ATAU PANDANGAN SILA KOMEN OKAY.

P/S/S : PERKATAAN 'RATUSAN' KOMEN TU HANYALAH PENYEDAP TAJUK SAHAJA OK.

Jari Menaip,
IZz

MAHUKAN LEBIH GAYA?LEBIH BERBALOI?LEBIH KUALITI.SILA KELIK

Masih Ada Plan B, Mari baca!