Showing posts with label games. Show all posts
Showing posts with label games. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

TERGEMPAR: TOP 3 GAMES YANG 'DIGEMARI' PARA WANITA.

PERHATIAN : SILA BACA 2 PERENGGAN PERTAMA BETUL-BETUL BEFORE KOMEN OK

Haa! Ingat Gurls tak minat main games ke? Siap ada 3 TOP GAMES tu. Oh sila jangan silap teka games-games cekadak-cekidik macam 'Angry Bird' , 'Fruit-Ninja' dan segala kemungkinan yang ada dalam benak kepala otak korang yang sekarang tengah duk tergaru-garu kepala sendiri sebab PELIK memikirkan benda ni. Eh, betul ke ramai ke pompuan yang main games selain games yang biasa-biasa kat telepon tu? Ah Tak percaya lah aku, MENIPU la Izz ni!

Tengok. Kan betul tu ada Gurl yang ske men game

WOOO..WOOO RILEKS GURLS

Sebenarnya kalau korang perasan kat TAJUK entri ni kat perkataan 'DIGEMARI' tu kan ada tanda  ( ' ) yang membawa maksud, "DIGEMARI lah sangat" ahaa. Atau lagi senang DIBENCI wanita lah ye adik-adik. Kenapa BENCI pulak, TAK baik lah korang ni, biarlah LELAKI, mereka ada HOBI diorang sendiri. Kalau pompuan suke BERSHOPPING kasut-handbag-wages(kasut jugak)-baju segala KENAPA lelaki tak leh nak ada HOBI sendiri? Hisy, OK lah tak nak cakap banyak pasal ni, masing-masing ada sendiri punya pendapat kan. Takpe, nanti kita bincang kat komen ya.

TOP 3 GAMES 'DIGEMARI' OLEH PARA WANITA

NO.3 : PES ( PRO EVOLUTION SOCCER )

Rembat jangan tak rembat. Yeeha!

Jatuh pada anak tangga ke-3 BELOG KIZ GARDEN adalah games bola yang paling diminati ramai para JEJAKA KACAK diluar sana iaitu "PRO EVOLUTION SOCCER(PES)". Game NI ada banyak version , dari tahun zaman TOK KADUK hinggalah ke zaman dimana ramai remaja-remaja dan dewasa pakai handphone Blackberry(BB) .Yang latest skang ni tak silap Kiz adalah PES 2012 lah. BEST jugak main game ni. So kenapa GAME ni 'DIGEMARI'?

Sebabnya adalah nak habiskan full games akan memakan masa at least 10minit which is TAK PUAS so MEREKA akan tukar kat option buat 15minit. SO dalam masa 15minit tu mereka selalunya akan tak perasan bunyi handphone Vibrate SEBAB mesej sampai mahupun ada gempa bumi tiba-tiba berlaku kat rumah dia. Dunia berubah secara TIBA-TIBA menjadi dunia sendiri. Then kalau dalam GAME tu dia kalah(tak terror,NOOB) maka dia akan REPEAT games tu ataupun cari TEAM CIKAI yang lebih senang untuk dikalahkan. Maka bertambahlah masa dari 15minit kepada setengah jam dan begitulah seterusnya. Dah macam belajar kitar ekosistem la pulak.

Game ni menjadi KEGEMARAN apabila Sang JEJAKA lupa nak balas mesej GF kesayangan dia.OH tak masa tu GAMES tu yang jadi GF kesayangan dia kot.Haha. Pastu kalau yang rajin REPLY pun akan REPLY sepatah dua patah je lepas tu sambung main games. Itulah dia GAME pada tangga Ketiga. PES! PES yang BEST.(Nasib baik CD game ni dah hilang, tak dapat aku nak install )



NO 2 :  COUNTER STRIKE

Haa ada berani masuk la.Aku tembak kau (padahal dah tembak).


Kalau games PES tu sang JEJAKA masih SEMPAT nak reply mesej eveen pendek-pendek. Korang sebagai wanita patut bersyukur SEBAB games COUNTER STRIKE ni lagi la susah diorang nak REPLY mesej korang. KENAPA? Sebabnya games ni memang tak boleh PAUSE walau sesaat pun. Kalau pause mungkin akan menyebabkan diri anda ditempat musuh yang celaka.Haaa.

Eh Izz lupa nak bagitau yang GAME ni adalah games tembak-tembak. Biasa main dalam bentuk multiplayer ATAU lawan dengan ROBOT. Yang lawan ngan robot tu ok lagi tak risau sangat. Yang Izz risau ni kalau lawan pakai Multiplayer which is kita lawan member-member kita sendiri. SAPE NAK KALAH KAN? SO, everyone must be FOCUS.FOCUS.FOCUS. Ahah, bila dah terlebih Focus kat GAME tu memang handphone dah kemana-mana lah jawabnya. Kau jerit kat bawah ada KFC pun tak layan punyer.KOMPEM ah. (*Ini cerita dari pengalaman sendiri, HAHAH! )



NO 1 : DOTA / WARCRAFT

 Haa kan dah cakap mesti takkan faham punye. Orang nameck je faham ni tahu.

MAka pemenang untuk TOP games pada pagi ini dimenangi oleh..GAME DOTA/WARCRAFT . GAmes ni memang giler AND KAW-KAW memang korang pompuan tak akan berpeluang LANSUNG nak tengok handphone korang ada mesej masuk. Nak tau KENAPA?

SEBABnya adalah games ni jenis STRATEGI GAMES. Lagi memerlukan 100% FOCUS.FOCUS dan FOCUS!. Haa..Izz pun tak tau sangat pasal games ni sebab tak reti nak main. TAPI berdasarkan pengalaman budak-budak rumah dan kawan-kawan sekeliling. Siapa yang main games ni memang akan susah nak REPLY mesej mahupun nak melayan pertanyaan kawan sendiri macam "Weh, mana MOTO ko aku tengok kat bawah takde?" ataupun "Weh kawan ko tunggu kat luar rumah tu..". Nanti diorang akan jawab macam "Alah biarlah MOTO aku hilang" atau "Alah biarlah dia tunggu kat luar rumah tu, pandai-pandailah dia hilangkan bosan". Hah tu dia mai.

Eh contoh aku bagi ni nampak macam over la pulak, ke tak ek?Eh biarlah.

Erm kenapa games ni dapat NO.1? Sebabnya adalah games ni ambil masa at least 2JAM untuk dihabiskan. Ulang lagi sekali : 2 JAM untuk dihabiskan. TAPI biasanya Kiz tengok member-member Kiz main dari pukul 1AM - 7AM jugaklah kadang-kadang. Rumah Sewa dah jadi macam Arcade sewa pulak bila diorang main game ni dengan jeritan-jeritan macam , "WEH,Backup weh backup!" , " ALAMAK aku mati!" , " FARM FARM!" , pastu dengan macam-macam singkatan-singkatan yang hanya ALIEN atau orang PLANET NAMECK je yang akan faham bahasa tu.HIHI

KESIMPULAN

Eceh ada kesimpulan pulak Izz ni. Hurm, Kesimpulannya, kepada wanita diluar sana, make sure mintak BF korang bagitau korang dulu kalau diorang nak main game. Lebih-lebih lagi kalau 3 GAMES NGETOP ni. TAPI, walaubagaimanapun(amboi) , PLEASE PLEASE PLEASE lah jangan gado-gado kalau setakat BF tak mesej korang sebab main GAME. MEREKA memahami KAMU so kamu juga perlu memahami MEREKA. Betul TAK?

Okeh sekian Liputan Dari PLanet Nameck..

Jari Menaip,
 IzZ



VISIT KEMEJAKACAK KALAU BERMINAT

Masih Ada Plan B, Mari baca!