Saturday, February 18, 2012

4 Kes Pemanduan yang aneh diMalaysia

Ramai manusia-manusia mostly kat Malaysia ni Kiz tengok mahir memandu kereta, TAPI?? Tapi sebenarnya tak tau cara pemanduan yang betul. SO hari ni Kiz nak sentuh sikit tentang isu ni. Jangan bimbang sentuh sikit aje ok, dont sentuh-sentuh*touching* ya.


So what does it mean by "cara pemanduan yang betul" tu Kiz ooi? Ok sebelum kita berceloteh lebih lanjut pasal benda ni moh kita tengok antara pengalaman-pengalaman Kiz yang menyebabkan jari-jemari daku menari kat atas keyboard ni sehingga tersiap entry ni (Ter?).


1. Drive di lane kanan tapi bawak 10km sejam. What The Fish?
Okeh ini masalah yang paling kerap berlaku dimana ramai pemandu 'hebat' kat Malaysia ni suka bawak slow tapi nak stay kat lane kanan jugak. Kiz tak bape nak kesah sangat but still, bengang jugak arr bila dah banyak kali terkena. Bukan apa, kesian kat orang lain yang mana tau ada emergency ke dah lambat nak g kelas ke ataupun mungkin dah tak tahan nak membuang tupp tupp ada lah seorang kereta ni bawak dengan rileks skali di lorong kanan.

Nak memotong ikut lorong kiri tak dapat sebab selalunya ada kereta yang memang bawak perlahan kat lorong kiri. Yang itu takpe la dia nak bawak perlahan coz lane kiri memang khas untuk memandu perlahan ataupun "peep, kenderaan berat sila gunakan lorong kiri". Lagi best bila kita dah bagi beam-beam-bagai-nak-rak tapi depa still wat bodo aja. Mungkinkah cermin belakang 'beliau' dah diterbalikkan jadik ke depan? Ohh i dont think soo larh.


2. Brake terlalu awal sampai 1 lori tangki muat masuk (dimaafkan)
Yang ni pun best. Situasi selalunya bila kenderaan tu brek kat traffic light. Punya lah jauh dia brek sampai sampai lori tangki minyak tu pun muat beb nak masuk kat celah tu. Pastu dah kita yang tengah bawak kat belakang tak ke tiba-tiba terkezut lalu brek mengezut*err,mengejut sebenarnya*. Silap-silap haribulan boleh haus jugak kita punya brek tu kalau selalu jadi.

Tapi tu lah, kes-kes macam ni kira boleh dimaafkan lah jugak sebab yelah kenang-kenang balik zaman 'kaki menggeletar time nak imbang minyak dengan clutch' tu kan ada cakap, "kita sebaik-baiknya berhenti dalam jarak 1-2 kereta dihadapan". So sebab tu lah Kiz kata dimaafkan. Tapi kan cikgu, kalau dah sampai 4-5 kereta dihadapan tu camne ek?


3. Masuk simpang/roundabout sesuka hati.
Ahah, yang ini rasanya hampir semua orang pernah kena and semua orang panas dengan kes ni. Kereta tu dah dekat tapi dia masih lagi dengan beraninya cuba nasib dengan masuk jugak kat jalan kita tuh. Kalau kena hari tu accident? Sape nak bayar? lagi-lagi kalau ianya melibatkan kereta-kereta lain yang tak pasal-pasal eksideng sama sebab kereta yang depan tu of course la akan brek mengejut.

Lukisan terang-terang nampak tak reti melukis

Pengalaman Kiz masa kat roundabout, dah tengah syok-syok bawak kat roundabout ni so masa tu nak masuk lah jalan yang kita nak masuk. Eh paham tak? tak paham takpe Kiz siap ada lukiskan lagi untuk korang. Tupp-tupp adalah sorang mamat ni suke-suke je masuk roundabout. Tak pasal-pasal aku kena ikut flow kereta tu, dah lagi skali tak pasal-pasal kena pusing roundabout tu buat kali kedua. Kes-kes macam ni memang boleh menaikkan darah. Mood tengah happy-happy tak pepasal jadi emo*bukan 'emo' yang celakkan mata tu okay*

4. Berani-berani-takut nak kejar traffic light
Yang ini lain pulak, mula-mula kononnya BERANI sangat nak kejar traffic light pastu dah dekat dah ngan traffic light eh dia boleh berenti pulak tiba-tiba. So aku yang tengah drive kat belakang ni dah kena brek mengejut sampai menyeret-nyeret bunyi tayar kereta.


So Kiz rasa daripada kes-kes aneh tak aneh yang Kiz dah listkan kat atas ni korang dah dapat agak kot apa itu cara pemanduan yang betul kan. Bak kat nabil rajalawak, "Aa Lu pikir la sendiri", Assalamualaikum.



Jari Menaip,
Izz (Kiz)
 Kedai Kiz ada buat contest, jom singgah!

25 comments:

Rozuan Ismail said...

aiyok bahayanya. itu memang punca accident lebih2 lagi bab berhenti mengejut

aReLaN said...

hahahaha...memang selalu sangat jumpa pemandu perangai camtu.rasa nak lempang je sorang2.

saya_arief said...

yepp... setuju sangat2.. tapi paling banyak kes yang fes tuuh..
haha.

Afzainizam said...

kadang kita berhati-hati tapi orang lain yang cuai kita juga yang terlibat sama ... benda tak leh jangka... benda kalau dah nak kena...

apa-apa pun kesedaran bermula dari diri sendiri... so kena lebih berhati-hati lepas ni

Story terbaru blog kami...
masalah kereta lembab tak ada pickup

Lady Emilya said...

haha betul betul, byk kali jugak terjadi..

~SaL IjOu~ said...

ya ya..paling geram yg no satu tu...kalo jumpa yg mcm tu mesti ckp,"oit..makan angin apa?!"

lagi satu yg suka masuk x bagi signal..grrr~

cik ika said...

bahaya2..tp ika ta de lesen lg..heheh

O CIKTEDDY said...

part yg roundabout x blh tahan tu..blh mmbhyakan org lain kalo xde sifat tolak ansur =)


pss::maaf cik lame x singgah sni..busy la katakan..jgn marah aw!hehe

Sarah Mohd Saleh said...

rase macam nak trn cabut streng die jauh2 oke masuk kereta blik and smileeeee

shahrazali said...

ko mmg pemandu berhemah dan hebat...

kim heeruul said...

yg last tu ikot mood..hahhahhaa..

zureen said...

wahhhahaha.. nice entry!! leh buat tips sebelum nak ambik lesen ni.. heee

zureen said...

<<-- belum ada lesen lagi..

Eera Shera said...

smua kt atas tu semua bahaya

Wahidah said...

btol2 btol2...byk gile btol sbb mmg btol pun..stress oo kalo ade org memandu mcm tu..tp lg stress kalo memandu blkang driver yg tk pndai guna signal..aiyooo...signal simpan dlm poket baju ke ape..:P

NIZAM said...

dorang drive takde ciri2 pemanduan berhemah langsung. penat je masuk klas memandu kan.

Zakaria's daughter said...

ngee.

saya pemandu berhemahh

Rtp Farra Arisha said...

elakkan melakukan perkara yang boleh mendatangkan bahaya terutamanya ketika driving, right? can't wait to be 17 and take a driving license hehe!

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Suka nombor 4! Hehe. Sebenarnya banyak kali jugak buat macam tu. Bawa laju-laju, ingat sempatlah konon. Nampak merah je terus brek mengejut. Bikin panas orang kat belakang je.

Yang lain-lain tu familiar jugak.

Ala, bak kata sorang kawan ni, "Dorang yang bawa kereta macam tu biasanya dapat lesen tu sebab cukup makan je dapat markah kesian".

;p

Hanif said...

No 4 ni yang paling aku takut...hehehehe

Anis Adila Aris said...

paling bengang kalau orng x bg signal bile nak masuk smpang..hehe

cinta siswi said...

lempang laju2 org cmnie...huhu,,,

YOUsoF said...

Hahah.. Tanpa pemandu macam ni, suasana atas jalan raya akan terasa sunyi. Tiada makin hamun, tiada hon², tiada jerit² (dari dalam kereta je la) dll.


Pada aku yang keempat layak pegang title 'pemandu sengal'.. ;D

Kalau dah was² tu slow je la terus kan..

ku-cit said...

mcm2 ragam kn

Anonymous said...

Rasanya awk ni masih dalam tahap belum pandai memandu lagi.. kena belajar lagi... Memandulah dengan menggunkan akal. aku amat setuju dengan Kes #1 ajer.. yang lain tu.. tak relevan... kena tengok situasi trafik masa tu... Adioss...

Masih Ada Plan B, Mari baca!