Showing posts with label Kiz Garden Contest. Show all posts
Showing posts with label Kiz Garden Contest. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Hadiah lagi BEST berbanding AJL26? Betul Kah?

OK berbalik kepada persoalan tajuk yang gedeboom-gedegang-bam-boom tadi. So jawapannya adalah tak betul. Hihi. *saje je nak trick korang sebenarnya


First of all tahniah kepada adik Hafiz kerana memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu ( AJL) yang ke-26. Suara dia memang mantap habes memang you deserve to be the winner that night lah orang puteh kata. Eh Kiz ada cakap 'adik' hafiz eh? Haha pedulikkan aje ye.


So sebenarnya Kiz nak ajak korang beramai-ramai join Contest 'OH!SEM tagline Contest' ni. Pastu kalau dah join jangan lupa ajak kawan-kawan blogger dan semua follower-follower korang join contest ni jugak tau. IM SERIOUS!! *amboi


Kenapa kena join?


Sebabnya Kiz dah preparekan hadiah yang giler-giler gundah-gulana punya hadiah untuk korang semua. Kalau tak silap Kiz ada la lebih kurang 24 hadiah daripada sponsor-sponsor yang berbeza. Hadiah pun bukan murah-murah macam pensil2B mahupun sebuah pemadam dari Faber Castel (macam salah eja je ni) .


Tak percaya? Jom kita terjah beramai-ramai apa hadiah disebalik Contest ni. Jeng Jeng Jeng..



GRAND PRIZES

Pemenang 'Grand Prize' akan mendapat:

1 X Baju Ashley Puffy bernilai RM55 dari Kedai Kiz
1 X Rubber Watch dari Fariza Faisal Boutique
1 X  HandBag Esklusif bernilai RM50 dari Pupel
2 X Shawl dari Sponsor Shawl


2nd PRIZE
Pemenang '2nd Prize' akan mendapat:

1 X Set Accesories berharga RM50 dari Foreveradeeboutique
1 X Rubber Watch dari Fariza Faisal Boutique
1 X  HandBag Esklusif bernilai RM50 dari Pupel
2 X Shawl dari Sponsor Shawl



3rd PRIZE
Pemenang '3rd Prize' akan mendapat:

1 X Rubber Watch dari Fariza Faisal Boutique
1 X  Vintage Purse dari Grab n Kaching Shop
2 X Shawl dari Sponsor Shawl 




CONSOLATION PRIZES ( 4 WINNERS )
4 Pemenang 'Consolation Prizes' akan mendapat:
2 X Shawl dari Sponsor Shawl 




SHAWL'S SPONSORS LISTS 
Sini ada senarai sponsor-sponsor shawl yang cantik lagi baik hati.




Sponsor : LaanaLang








Ahaa dah tengok hadiah-hadiah yang giler-giler? Tak guna menaruh impian setinggi gunung kalau tak mulakan langkah pertama dengan join contest ni. Kelik LINK ni cepat-cepat ok guys!


Oops lupa nak bagitau, tarikh tutup contest dah dilanjutkan kepada 1 MAC 2012. Cepat join sebelum terlambat okeh.


P/S : Pastikan anda visit-visit blogshop dan Facebook Sponsor-sponsor sebab
barang yang dijual begitu cantik dan berkualiti. Trust me.

~ TQ FOR JOINING EVERYONE!! ~


Saturday, December 11, 2010

Dengan SukaCitanya..Diumumkan...

Pemenang hadiah utama bagi Kiz Garden Contest "Aku Suka Taman" iaitu....




OOoopsss!!STooooppp!!




Rileks lu..Jom Kita tengok dulu 5 calon yang terpilih sebelum 3 pemenang dipilih..JOMM!!


CALON-CALONNYA ADALAH
1) BAZ
Tajuk : BAZ LOVE TAMAN


2)Nurul `Izzah bt Radin Mohd Badruz Zaman
Tajuk: Berjalan Melihat Mentafsir , Taman Shinjuku Japan






3)ANis IZYAN ABD RAHMAN
Tajuk : Taman Walt Disney Paris




4) radin ahmad mujahid
Tajuk : Dalam Hati Ada Taman




5)Nik Nurolaini Nik Mohd Isa
Tajuk : Taman Kasih Anugerah Ilahi






Perlu difahamkan disini keputusan yang Kiz keluarkan nanti adalah hasil daripada perbincangan Kiz dan jugak Family kiz..Kiranya atas persetujuan ramai lah ya..Kalau nak ikutkan hati,semuanya adalah pemenang,semua ada kelebihan masing-masing,tapi 3 saja akan dipilih so Kiz terpaksa pilih lah ya.Ahah!Dalam kesempatan ini,eh macam hari raya lah pulak,aa kiz pun nak ucap tahniah kepada para pemenang contest ni dan kepada yang tak menang jangan sedih-sedih okay.Kiz insyaALLAH akan buat lagi contest yang macam ni akan datang dengan hadiah yang lagi gempak,contest yang lebih menarik daripada yang lain ok.hehe.Panjang pulak Kiz berleter kat sini.Keputusan tak umum-umum jugak(mesti ada yang ter'monoloq' benda ni),hehe.Sebenarnya bajet nak buat korang berdupdapdupdap jantung tunggu keputusan tapi tak jadi eh?haha..


Ok..so sekarang barulah,Dengan SukaCitanya Diumumkan Pemenang-pemenang Kiz Garden Contest "Aku Suka Taman" beserta commentnya sekali..FeeeWWeeeeTT!!




Aa..crew,bunyikkan drum roll please












Drrr drrr DRrRRRRRRRR!!!!(eh jadi ke bunyi ni?)


















1)Pemenang tempat PERTAMA!
Dengan tajuk tamannya "Taman Kasih Anugerah Ilahi" ,Nik Nurolaini Nik Mohd Isa menjadi pilihan para juri untuk membawa pulang wang tunai RM50.00 yang dijanjikan.Tahniah!.Dipilih bedasarkan gambarnya yang memang cantik plus menampakkan nilai sentimental taman tu.Editing juga tak terlalu over tambah pulak tajuk yang diberi sangatlah sesuai dengan gambar.Description yang diberikan pasal taman tu jugak sangatlah kreatif dan agak sentimental eceehh.




2) Pemenang Tempat Kedua
Dimenangi oleh Cik Baz dengan tajuk gambarnya "BAZ Love Taman"!Wee!Sila Tepuk Tangan beramai-ramai.Komen sikit,Gambar yang dipertaruhkan sangatlah ceria dan Kiz sangat suka warna yang digunakan untuk tajuk tu..Memang sesuai dengan gambar.Ceria.Dimaklumkan disini Cik Baz akan membawa pulang satu Shawl Lycra Cotton Ataupun Baju Prelove di "Variety Kiz Hanie" atas pilihan sendiri.




3) Pemenang Tempat Ke-3
Dimenangi oleh Cik Anis Izyan dengan Tajuk gambar tamannya "Taman Walt Disney Paris".Dipilih bedasarkan gambarnya yang memang dah jelas dan terang bak disuluh 'torch light' menunjukkan taman.Cuma.Cuma ada kureng sikit je kat part blur yang nampak agak berterabur and tajuk yang kurang menarik / kurang jelas.Jangan mara ya..hehe..Pemenang tempat ke-3 akan diberi hadiah topup berjumlah RM10.Tahniah Sekali lagi.




Fuuhh,dengan berakhirnya pengumuman pemenang contest Kiz Garden "Aku Suka Taman" ni,Maka al-berakhirlah contest Kiz Garden "Aku Suka Taman" dengan rasminya eceehh.Kepada yang menang sekali lagi diucapkan tahniah dan jangan lupa cek email masing-masing esok ya...TATA..

Kiz Garden CONTEST : Aku Suka Taman!! ( RM50 bakal menjadi milik anda )


P/S : Tarikh tutup dilanjutkan ke 10 Disember 2010 .Yeeha!







Jeng jeng jeng!!!Buat julung-julung kalinya Kiz Garden mengadakan satu 
Contest bertajuk "Aku Suka Taman".
Tajuk ni dipilih sebab nama blog Kiz pun dah Kiz Garden.So mestilah buat contest pasal taman kan..
Okey,tanpa berlengah-lengah masa lagi ...JOM kita tengok hadiah-hadiah yang bakal dirembat oleh para pemenang..Yeeha!

HADIAH YANG BAKAL DIREMBAT
1.JOHAN(macam komanwel la pulak kan) :
        Wang Tunai Berjumlah RM50.00

2.NAIB JOHAN :
         1 x Shawl Lycra Cotton ( boleh pilih nak warna apa yang disediakan )
         + Kiz Garden Badge (Button) Give Away
      ATAU
         1 x Baju Prelove dari Variaty Kiz Hanie(boleh pilih )
           + Kiz Garden Badge (Button) Give Away
Shawl Lycra  Untuk pemenang kedua
Okeyh!dah mula teruja dengan hadiah yang ditawarkan?Jom tengok Syarat pertandingan pula..
P/S : Tarikh tutup dilanjutkan ke 10 Disember 2010.Yeeha!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1)Semestinya ada belog sendiri ok
2) Ini penting ya,Mesti follow Kiz Garden dan Kiz Garden Misc Shop
3)Letakkan blog Kiz Garden dan Kiz Garden Misc Shop dalam bloglist anda
4)Tarikh tutup penyertaan adalah 10 DIS 2010 

APA PERLU ANDA BUAT?
1.  Of koz lah kena buat entri pasal contest ni

2.  Copy banner yang kat atas tu dan letak kat entri korang nanti

3.  Okeyh,yang  ni best,Korang kena letak SATU gambar korang yang paling masyuk kat taman
 kriteria Gambar:
  a. Ada gambar tuan punya belog tu sendiri
  b. Gambar tu boleh di edit ikut suka
  c.  Dalam gambar tu 'musti' ada perkataan "Taman".Contohnya,"aku suka taman","ini taman                                                        saya" ,"taman taman itu" (entah ape je Kiz bagi idea ni)
  d. Tak nak lebih dari 3 orang dalam satu gambar okey..
  e. Contoh Gambar dari Kiz garden,


4.  Tulis sikit pasal anda dan taman tu,contohnya macam kat situ lah korang bertemu jodoh ke,jumpa Brad Pitt ke kat taman tu,atau nak citer pasal taman tu pun boleh..Tulis pendek-pendek je pun da memadai okey

5.  Tuliskan 3 Perkara BEST yang anda dapat kat Blog Kiz Garden ni

6. Finally,Kalau dah agak-agak memenuhi syarat-syarat dan dah buat apa yang perlu dibuat,sila hantar komen kat entri ni disertai Nama , E-mail , serta link entri korang untuk memudahkan kerja 'penskodengan' Kiz..

P/S: Kiz akan update setiap link yang dipertaruhkan oleh contestan sepanjang tempoh contest ni pada entri bawah entri ini,sila tengok mana tau tiba-tiba tak diterima penyertaan,boleh cepat-cepat tanya kiz okey..SELAMAT MAJU JAYA!

P/S : Tarikh tutup dilanjutkan ke 10 Disember 2010 Yeeha!

" Jadi , siapakah yang bakal memenangi wang berjumlah RM50.00 beserta Kiz Garden's Badge Give Away?Nantikan lah pemenangnya!JOM sertai contest ni beramai-ramai!Penyertaan Adalah percuma!"

Friday, December 10, 2010

Mari tengok Kompilasi Gambar "Aku Suka Taman"..

Dup Dap,Dup Dap,Dup Dap,..Ooops,jangan berdebar lagi ya..hee..sebab entri ni belum keluar keputusannya lagi..Kiz saja buat entri ni nak tunjuk kat korang semua gambar-gambar yang dah dipertaruhkan oleh para-para sakura eh para-para contestan "aku suka Taman" ni.Kira macam sebagai penghargaan la kan.


Okay,Kiz tau,nak mengedit gambar bukannya senang kan.Kiz pun kadang-kadang mengedit ada jugak sampai 2 3 jam tau..Yelah,nak bagi puas hati punya pasal kan.So,kat bawah ni Kiz dah masukkan semua gambar-gambar korang wat dalam bentuk ala ala poster gitu..kalau nak sila copy&Paste saja okay..So,sebenarnya dalam hati ada taman,eh tak.Sebenarnya dalam hati,jauh dilubuk hati,cheeh,kiz suka kesemua gambar-gambar yang korang hantar.Tapi apakan daya(eceeeh dramatik lagi),Kiz hanya boleh memilih 3 je yang terbaik daripada banyak-banyak..So,yang mana yang tak terpilih tu tak mo sedih sedih,tak mo dengki-dengki sama Kiz ya(cuak ni)..hehe..Nanti masa Kiz umumkan pemenangnya pun Kiz akan bagi reasons kenapa Gambar-gambar terrrsebut yang menang okay..

So Kat bawah ni ada 2 poster Kiz buat..ENJOY!

P/S : InsyaALLAH follower cukup 1500 kiz akan wat satu agi contest lain pulak,hadiah lagi GEMPAK dari ni punya..haa..So get ready..hehe


P/S/S: Perlukah Kiz melanjutkan sedikit lagi masa untuk contest ni?

Thursday, October 21, 2010

Senarai Peserta Yang Accepted

First of all,kiz nak cakap seribu satu penghargaan pada semua yang hati kering join contest ni..heeeee...
Ok,kat sini Kiz akan sentiasa update list nama blogger-blogger yang diterima A.K.A menepati syarat Kiz okey..Apa-apa pertanyaan cepat-cepat tanya keyh ( ayat tunggang langgang ).So rajin-rajin la tengok sini okeyh..leh tau saingan-saingan korang ke...hehe..jangan gado sudah..1 MALAYSIA WOH!!

Senarai Nama Blogger Yang Diterima beserta link entri diorang
1. Noor adina abu bakar yang comel   
      http://cahaymataku.blogspot.com/2010/10/aku-suka-taman.html
     

Masih Ada Plan B, Mari baca!