Friday, January 6, 2012

mamak oh mamak by iz

Huh esok lusa ada paper hari ni boleh pulak Izz g update blog ye? Bagus betul budak ni. Hmm, actually update blog ni kadang-kadang boleh kasi hilang semua tension mahupong segala kekusutan yang ada tahu? Haa tu yang Izz nak update ni. Oke hari ni punya topik mungkin agak ringan (eleh biasa-biasa punya topik cam berat sangat je). Kali ni Izz nak sembang-sembang kosong ngan korang pasal Makan kat Mamak.



Hee. Izz ni sebenarnya kaki lepak jugak tau. Tapi takdelah selalu sangat ( tak bleh percaya! ). Tapi Izz ni pantang jugak ada member-member ajak lepak mesti nak ikut. Pukul 2AM tadi baru je kitorang lepak kat restoren Mamak Monster kat Ali. Budak-budak bilik la ni ajak, tak pasal-pasal Aku pun termasuk sama. Orang tengah syok-syok study boleh dia ajak lepak pulak kan (padahal memang nak lepak pun).


"Melepak ni tak elok! TAK berfaedah! ". Eh yeke? Hmm mungkin 70% daripada kata-kata tadi tu macam betul tapi Izz decide untuk ambik yang lagi 30% lah*nak sedapkan hati la katakan*. Daripada pengalaman-pengalaman Izz melepak kat mamak kan, rasanya macam takdelah tak elok sangat kot? Sebab dengan melepak ni lah kita dapat merilekskan kepala-otakku-yang-berjambul ni. Hirup udara segar, tengok orang tu, tengok orang ni, tengok TV, eh tengok aweks bukan sekali ya.


Biasanya kitorang kalau lepak-lepak kompem akan order Roti Tampal Goyang ngan Air Teh Ais (time takde duit order ais kosong je). Ahaa mesti korang tertarik dengan nama Roti Tampal Goyang tu kan? Haa roti tampal goyang ni diperkenalkan oleh budak rumah Izz , dia ada blog nama Sembang Shahrazali. Blog dia tu duk cakap pasal rahsia lelaki tau so kalau kaum-kaum bukan lelaki kat sini nak tau pasal lelaki boleh la terjah blog Shahrazali ni. Budak bilik tu. Feeweet. Eh lupa nak terangkan, Roti Tampal goyang ni maksudnya Roti Canai tu ada telur dalam dia and telur tu adalah telur cair.



Ahah ada satu Restoren Mamak kat Hakim ni, memang giler beb! Kalau malam tu ada Game Bola yang besar-besar kan ( maksudnya Team-team yang famous) tengah live, pergh dia punya penuh tu memang tak terkata, memang giler gilimat ah kalau nak kata jugak. Erm haa contohnya macam M.United lawan M.City, takpun macam Real Madrid lawan Barcalona. Memang kat restoran mamak tu akan jadi riuh pastu kita akan dapat tengok camne muka mamak-mamak kat situ tensen nak layan customer, nak amek order, Haha(nak jugak masuk gelak). Memang meriah habes ah.


Hmm oke-oke Izz dah penat menulis so jom layan sedutan lepak-lepak yang ada.


Camni lah gambaran keadaannya bila ada game (segan nak amek gambar penuh)

Ahaa kitorang ada kat belakang tu , sape tak nampak maknanya dia.............

Sorang tengah makan kerakusan, yang sorang lagi bagai harimau kekenyangan baru makan orang.Hihi
( Izz adalah tukang amek gambar so takde gambar izz disini, hihi )



So kesimpulannya, jauhkanlah diri anda daripada melepak kerana melepak ni memanglah sesungguhnya merugikan masa korang, dan jugak merugikan duit korang. Hehe~

Jari Menaip,
IzZ

21 comments:

Gadis Gingsul said...

alaa izz jom pi bljar,lepak"lah blajar jua hahahaha....

aReLaN said...

memang syok layan bola kat mamak.the best place.hohoho...tapi skang takde geng dah cam dulu2 nk lyn bola kat mamak

J.Syazwana said...

tapi sesekali melepak syok jugak.
hehehe

PopkoRn said...

rase nye x rugi kan duit pon...
sebabnye lepak jer lame2.... oder teh ais jer...
pastu kalo abis pon stakat oder air kosong yg di cas 2posen atau pon F.O.C

LaLa said...

Lala penah lepak kat satu kedai mamak kat KL, tp da lupa kat mana...
roti canai dia sgt sedap, berseih plak tu :D

Alieza Dayasari said...

lepak kedai mamak dan tgk bola itu satu kebiasaan di malaysia ni.....

kalau team yg disokong menang... mmg best ar.. lagi2 kalau pakai jc nyer sekali..
tp kalau kalah... malu setebal jer ...

Puan Besar Shag Yahaya said...

Lepak tu mengeratkan silaturahim. Ayat nak sedapkan hati :Pp Lepas ni nak try roti tampal goyang lah !! HAHA

Entri Terbaru Shag Yahaya

shahrazali said...

cehhhhh.....ok...aku makan memang rakus....tp mata x lari dari skrin ok...takut terlepas aksi menarik..hhaha...

Rozuan Ismail said...

wah,roti tampal goyang eyk.nasib baik tak berdangdut makan.haha.pi study izz

EZAN IDMA said...

lepak mamak kalau dpt roti banjir peh!

cik Kartun said...

lelaki rajin melepak2 niehh.. smpai kembung ngn air baru reti nk balik huhuhu

Lady Emilya said...

haha melepak kdg2 syok jugak,
lepas tension oh! lagi2 kalau tgk bola, homaii mmg best habes! ^^

kajaharuna said...

saya suka lepak restoran HAKIM :)

wan nurul hezrina said...

masa bujang mmg suke lepak mamak.tapi dah ada anak.tido besh.hahah

myblog said...

budaya rak yat Malaysia memang suka makan di warung mamak..termasuk aku..heheh
datang dari Hanif bloglist

rozeeta rashid said...

sekali sekala melepak best oo. hehe. tengok bola ramai2 kat kedai mamak memang feel dia lebih sikit.

bukan photographer said...

waktu belajar la waktu y paling best nak lepak malam2 dengan member..syiok ooo~

Ieja said...

hakim atas bukit tu ek..penah pegi dua kali..ramai :)

KhaiRin - anies said...

da lama x lepas kt KM..

LubLy said...

terBaekkk gmbr yg plg last tue..aummmmmmm..hahahaha

Afzainizam said...

Ohhh lama tak datang sini beb,,,, tah tak tau lahhh kedai mamak kedai tempat aku ni mmg penuh ajerr orang...

ramai tengok bola dan wifi free... ada gak geng-geng lepak borak kosong berjam2 kat sini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir

Masih Ada Plan B, Mari baca!