Dah banyak kereta yang dah dipasarkan ke pasaran tempatan dan luar negara dek syarikat Proton Holding Berhad antaranya termasuklah Proton saga BLM , saga FL , Satria , Satria neo , Savvy , Tiara , Waja , Exora and last but not least the latest edition lah , Proton Inspira yang lebih hangat daripada biasa.Masing-masing dengan keistimewaan sendiri,anda pandu anda tentukan.Eceeeh..Dah macam iklan radio pulak.
SO,the question is..
Antara 3 Kereta ni,which are Satria Neo , Saga FL and Inspira.Mana satu yang akan menjadi pilihan korang?Ingat,masing-masing ada Pro and Cons tersendiri.Tak semestinya sebab Proton Inspira is the latest one bermakna kereta tu yang paling bagus ok.
1. Proton Saga FL
Dengan berbekalkan Enjin 1.6 CAMPRO IAFM ditambah pulak dengan bentuk badan yang agak 'exclusive' orang cakap , Kiz rasa this car sesuai untuk orang yang sukakan pemanduan yang biasa dan lebih kepada family-family punya sebab top speed dia boleh pergi paling-paling pun sampai 160km/j sahaja untuk yang dibiar suci(tak dibikin).
Dia punya tank pulak boleh menikmati minuman 'petrol' sebanyak 40 liter.Harga dia pulak untuk manual Kiz chech kat website proton adalah lebih kurang RM40,000 and for automatic transmission will be around RM50,000.Boleh tahan murah jugak tu untuk kereta saiz besar camni.
2. Proton Satria Neo
![]() |
| Gambar dipinjam daripada incik Google |
Walaupun kereta ni jenis yang dua seat dan agak menyusahkan penumpang yang nak masuk seat belakang sebab nak kena tarik seat depan dulu,dengan enjin 1.6 CamPro CPS , Si Cilik yang tak berapa kecil ni boleh memecut dengan kelajuan 190Km/j.Ok what,kat Malaysia ni laju-laju pun boleh jauh mana je pun kan.Harga dia pulak adalah around RM58,000 untuk manual dan around RM61,000 untuk auto transmission.Jom beli beramai-ramai(ecehh,duit tarak nak bali konon Kiz ni)
3. Proton Inspira
![]() |
| Juga dipinjam dari Pak Cik Google |
Bahagian dalamannya pulak kelihatan agak canggih dan esklusif ,sangat sesuai untuk yang dah berkeluarga nak balik kampung dari johor ke perlis dan sebagainya.HArga?RM79,000 hingga RM94,000 bergantung pada pakej yang diambil.
Okaylah,setakat ni jelah pergebangan kita untuk hari ni okayh.So masing-masing ada pendapat sendiri,kalau korang diberi pilihan untuk memilih antara 3 kereta ni secara percuma,yang mana akan korang pilih?Adakah Satria Neo seperti yang dipilih Kiz?Ataupun Saga FL?Ataupun inspira?Keputusan ditangan anda.Ahaa dah macam Pak nil lah pulak.Ok lah sebelum Kiz mengarut dengan lebih lanjut,baiklah Kiz takan butang noktah sekarang.














